
Musafir Palestin 2..

Sepanjang musafir ke Palestin beberapa iktibar sy dapat dari sana yg sy mahu kongsikn.. Namun ia sekadar cerita dan sy amat berharap jgn lah disalah ertikan sehingga timbul fitnah dan kemarahan kepada anda yg membaca tulisan sy ini..
Bila ia pengalaman pasti akan berlaku kesilapan, ambilah positifnya sebagai iktibar kepada kita semua.. (semuanya mengenai berkenaan semangat orang2 Palestin & sy disana)..
Kami hanya semalaman tidur di Jordan kerana dri negara inilah kami boleh memasuki kesempadan Palestin. Sepanjang trip 8 hari ni masa dipenuhi dgn berjalan pastinya sgt jauh dn memenatkan. Tambahan pula sy baru balik dri Turki ..

Jordan ini kali ke2nya menjejakinya. Sy pernah singgah pd tahun 2005. Pembangunan disana x begitu ketara dibandingkan dri dulu. Mata wang dirham sgt tinggi dan sy memsang niat x akan berbelanja disini.
Memijak bumi Jordan dan Palestin “HATI JADI LAIN.. SGT LAIN NIKMATNYA”..
Itu tanah yg diberkati kerana pernah dilalui oleh para nabi dn ambiyak sgt berbeza perasaan bagi org yg tahu menghayatinya.. Ia bukan saja mendamaikan hati, jiwa rasa penuh (macam org makan tu rasa kenyang sgt).. Ada hadis yg menyatakan mengikuti sirah nabi akan menambahkan keimanan..!!..

Kerana terlalu banyak ilmu yg disampaikan ada yg sy x sempat catit, apa yg sy tulis kali ni perasaan dn pengalaman sepanjang disana. Seramai 70 org dgn 2 biji bas kami ke sana. Selepas kami singgah di Jordan esok pagi2nya kami melawat masjid dn terletak di atas bukit dari situ kami boleh melihat bukit dn sempadan antara Jordan dan Palestin..
Selepas itu kami meneruskan perjalanan dn saat mengerikan bermula iaitu bila masuk ke sempadan Israel (musuh islam). Check point mendebarkan iaitu di kawasan imegresen.
“Memasuki kawasan ni sudah dipenuhi oleh periuk api. Kawalan askar2 muda dgn senjata2 terkini sudah menakutkan kami. Mereka serius dn x manis senyumnya.

Urusan di sini memakan masa 5 ke 6 jam dan sengaja disusahkan dn kawalan yg sgt ketat. Yg mudah masuk US dgn Singapore jer. Banyakan doa semoga Allah dipermudahkan. Jika dia minta buka jaket atau apa saja arahan jgn melawan. Kita nanti akan dipisah2kan oleh mereka.”

Begitulah taklimat sebelum kami memasuki kawasan imegresen Israel ni. Perasaan ketika itu macam serah nyawa kemari. Malaysia xda kedutaan dn hubungan dgn Israel dn kerajaan kita x galakan rakyat kemari. Semua atas risiko sendiri.

Uzt Amin sebenarnya hanya menghantar kami sehingga di Jordan sja dn Uztz sudah x benarkan masuk ke Palestin kerana Isreal sudah dapat tahu yg Uzzt Amin membawa bantuan utk org2 Palestin.. (Uzzt dah 27 kali masuk dan berdoa agar dapat masuk kembali kerana rasa rindunya pada bumi Palestin)

Kata uztzh Hasni yg telah 7 kali kemari katanya org2 israel asalnya dari keturunan Nabi Yusuf mmg sgt cantik.. Pertama kali sy memandang askar yg bertugas sy terkejut super model pun kalah. Mata biru, sado dgn jambang dn kulit sgt cantik.. MasyaAllah kalau Nabi Allah Yusuf macam mana pulak cantiknya..!!
Sepanjang di Imegresen Alhamdullilah sy sgt mudah urusannya, dalam masa berbaris tu ada yg nak pengsan kerana terlalu takut. Meskipun sy selesai awal. Berita buruk kami terima Uzth Hasni sangkut dan ada 5 jemaah lain yg sangkut termasuk tour leader. @ darinya ialah Doktor pakar bedah.. Alhamdullilah trip sy kali ni Allah temukan dgn ramai golongan elit yg kuat pegangan ugama. Sempat kami berbual sementara menunggu semua Jemaah lain yg belum selesai urusan.. (Salah seorang pegawai polis pencen yg berpangkat besar. Katanya semasa masih berkhidmat x boleh masuk sini)..
5 org dri trip x lepas masuk dan kami meneruskan perjalanan bersama uztz Hafiz. Uztzh Hasni ditahan selama beberapa jam kerana dia x mahu menanggalkan jaket bajunya. Dan banyak barang2 jemaah yg diambil oleh askar isreal..
Sy x menyangka sy lepas dgn mudah kerana beg sy sgt sarat dengan muatan dapur dn tong gas. Itu lebih nampak mencurigakan.. Lekas sgt sbb Uztzh Hasni lepas akhirnya.. Sy tanya macam mana dia mengayat askar tu sampai boleh lepas. Sedangkan yg lain x lepas..
“Adik senyum dan adik cakaplah I don’t want open my jaket because I am too sexy”.. Dengan sikapnya suka bergurau tu suka sy melihat dia tenang dn masih mengekalkan auratnya meskipun dlm bahaya.. (gelaran adik yg family panggil dia sbb anak bongsu/kami berdua kawan baik)..
Perjalanan yg jauh menuju Bandar Jerusalem di mana terletaknya masjid Aqsa membuatkan kami sgt lapar. Singgah di restoran yg sangat menakjubkan lokasinya iaitu geografinya yg paling terendah di dunia membuatkan sy sgt teruja..

Suhu yg sgt sejuk dgn baju tebal berlapis2 berat sekali pd badan.. Sy sgt suka suhu iklim negara kita selesa dgn pakaian tipis.. Malaysia bumi yg nikmat.. tetap sayang negara kita. Sepanjang turun sy berlari seorang diri mengambil gambar landskap unik zaman purba arab..
Kami meneruskan perjalanan selepas makan sekali lagi debaran bermula setiap tol beberapa kali kami ditahan oleh askar2 Israel cek pasport dn sebagainya sehinggalah sampai ke hotel.. Dalam perjalanan tour guide Qasem ialah org tempatan Jerusalem menceritakan seluruh kawasan keliling palestin ttg perkembangan Palestin dgn “Israel Malaun”..

Tembok2 batu besar dibina sgt tinggi melindungi perumahan org2 Israel. Rumah2 cantik mewah ialah milik Israel. Manakala rumah2 kecil yg miskin2 itu milik org2 islam Palestin.. Kebanyakan bandar2 dikosongkan milik org Islam dn mereka tidak boleh keluar dri sempadan daerah masing2..

Contoh org Shah Alam hanya boleh duduk di daerah mereka sahaja. Mereka x dibenarkan pergi ke Mesjid Aqsa pun setelah berbelas2 tahun. Apa yg sy lihat dn iktibar yg sy dapat dri musafir kali ini ..
- Org2 Palestin sgt memuliakan tetamu. Semuanya akan menyapa dgn baik, meraikan, senyum dan penuh kasih sayang kepada sesama muslim..
Ni paling sedap. Ayam, kambing, sayuran. Manisnya.. Subhanallah sedapnya..
- Mereka sgt miskin wanitanya xda yg ada seurat cincin atau emas pun dan kebanyakan dri keluarga mereka mesti ada yg mati syahid, atau dipenjarakan.
- Ke mana saja sy pergi semua umat islam akan memegang tasbih, berselawat, berzikir dan mengaji quran di merata tempat.
- Remaja mereka yg lelaki dgn rupa yg segak sambil berjalan di kawasan masjid Aqsa kami sangka menyanyi (pakaian dn jalan ala2 model) Rupanya menghafal Alquran.

- Dalam mesjid sgt banyak org mengaji Al-quran berkelompok2 samada lelaki & perempuan. Suara mereka sgt sedap dgn tajwid yg sempurna.
- Pada hari jumaat seperti pesta masjid dipenuhi dgn seluruh ahli keluarga dra bayi sehingga yg uzur berkelah di dalam kawasan masjid mendengar ceramah ugama dan mengaji Al Quran tanpa henti.. (bukan pasang kaset mesjidnya macam kat Msia he he he)..
- Paling istimewa org Palestin pd kaca mata dn hati sy ada 2 perkara ialah “1 : Mereka ialah golongan manusia yg hebat kerana masih mahu bersedekah dalam keadaan mereka susah dan senang.. 2 : Mereka mengimpikan syahid dan mahu sama2 jihad utk Islam x mahu meninggalkan negara mereka meskipin ada peluang utk lari dri Israel.”

- Ada yg dipukul dn dipenjarakan gara2 ingin ke Mesjid.. Kefahaman berugama, sejarah para nabi, kecintaan yg benar2 yakin dgn Allah “Sayangnya mereka dgn masjid Aqsa, rindunya mereka dgn Aqsa.”
- Tapi kenapa sy dan keluarga sy x kerap ke masjid..?? Kenapa masjid di Malaysia yg megah terbina, aman selamat negara kita yg penuh nikmat dgn makananan dan duit tapi x ramai orang ke mesjid.. 0..?? Kalau mana2 majlis hiburan penuh, adakah ini cara kami bersyukur pd Allah.
- Peniaga di sini suka bersedekah dan ramah tamah orgnya. Kebanyakan mereka menjual roti. X banyak barang2 menarik di Palestin yg boleh dibeli melainkan sy membeli buah2an Palestin yg sgt sedap rasanya..

- Sepanjang berada di Palestin sy melihat 3 ugama (Kristian, Taurat, dan Islam) dri langit.. dn berebut ttg nabi dn bumi Palestin yg subur. Kata Uzt Amin Israel ingin merampas 3 negara selain Palestin (Jordan , Iran & Iraq)..
- Sy merasa sedih sekali kerana dalam masjid 2 utama yg dirampas oleh Israel ada kalimah2 Quran yg mereka x boleh nak hapuskan masih kekal dn itulah sebagai bukti sejarah Islam..

- Sepanjang di Aqsa sy mendengar Azan, Membaca kitab suci Al-quran dn lonceng2 dri gereka berlawan2 sepanjang di Jerusalem. Pelancong muslim dn kristian sama2 masuk dlam masjid yg ditukarkan tempat sembahyang org yahudi dn kristian..
- Sy x mahu melawat tempat Nabi Isa dilahirkan kerana kita akan disuruh menundukan kepala sebagai hormat kpd salib dn ugama mereka..

- Alangkah x malunya Israel mengakui itu negara dn bumi mereka.. Anak2 kecil mereka juga dilatih utk membenci Islam. Kenapa sy berkata begitu pd satu pagi masa lawatan tu Uztzh Hasni mengambil curi2 gambar anak2 israel balik dri tadika yg dlm kawasan lawatan kami tu, anak2 tu menjerit dan marah sekali dgn Uztzh Hasni..
- Kami cepat2 beralih perhatian supaya guru atau ulama mereka x perasan dn boleh mengundang bahaya. Sebenarnya ada perkara baik ttg Isreal yg sy belajar iaitu mereka mengkaji Al-Quran dan percaya semua isi Al-Quran..

- Contohnya mereka x makan babi, hisap rokok, cermat teliti kerjanya, rajin, mereka sgt menjaga dan mendidik anak2 mereka supaya berniaga dn menguasi ekonomi.. Mereka ibu bapa sgt menjaga anak2 mereka penuh dgn wawasan supaya menguasai.. Sepatutnya kita lah yg berperanan begitu pada fikiran sy..
- Kata org2 Palestin org2 Israel sebenarnya takut dgn keimanan dn keyakinan org2 Islam. Dri Quran dn iman inilah yg mereka cuba hapuskan kita tanpa kita sedari kita lalai dgn permainan halus dn bijaksana mereka..

- Sebagai ibu bapa peranan kita sebenarnya ialah menyemai generasi Islam yg beriman, berpegang pd Quran, bijaksana, rajin dn memegang ekonomi..!! Adakah sy termasuk dalam golongan ibu bapa yg baik..?? Ya Allah bantulah sy mendidik anak2 sy dn keturunan sy dalam hati yg tetap dalam berugama dn memegang Islam sebagai wawasan hidup mereka..
- Pintu Aqsa ada 15 semuanya dan dibuka hanya 1 setiap solat subuh. Diluar dijaga oleh askar Israel dan di dalam dijaga oleh askar Islam. Sy sering konfius kerana askar Israel ada yg memberikan salam kpd kami..
- Pd satu pagi keluar dri masjid Aqsa, sy menjawab salam dn senyum pd askar yg sy sangka mereka org Islam. Selepas sy menjawab salam askar itu bertanya kami dri mana.. Kami menjawabnya..

- Selepas jauh dri askar tersebut sy dn uztzh Hasni diekori oleh seorg wanita memarahi kami dlm bahasa English “ Kenapa kamu bercakap dgn mereka.. seperti kamu gembira bercakap dgn mereka sedangkan kamu melawat masjid Aqsa yg dimuliakan Allah. Adakah kamu gembira dgn mereka..?? Mereka bunuh kanak2, wanita dan lelaki kami.. KAMU TIDAK DIALU2KAN DATANG KEMARI.”

- Dri insiden ini khilaf sy kerana x dapat membezakan askar Israel dn Islam hanya kerana dek menjawab salam itu sy melihat semangat patriotic wanita disini yg bencikan Israel.. Sy terkaget dn cuba memohon maaf pd wanita tersebut. Namun dia x mengendahkan permohonan maaf sy.
- Kami teruskan berjalan dan bersembang dan Uztzh Hasni menceritakan pd sy sebenarnya banyak askar Israel yg berkahwin dgn org Palestin dan memeluk Islam. Mungkin mereka juga x suka berlaku zalim tp terpaksa atas arahan org atasan..

- Pd hari jumaat selalu berlaku rusuhan dn kebetulan pd waktu sy di sana sy melihat seorg lelaki tua Palestin mengamuk depan pintu masjid kerana askar isarel lambat membuka pintu. Dia menjerit2 dn menyalakan semangat org2 Islam supaya memerangi Israel.. Sy melihat askar2 Israel cuba berlembut dgn org tua tersebut..
- Main menjadi2 org tua tersebut sehingga askar Israel memanggil askar2 bantuan lain. Keadaan jadi kelam kabut dn sy takut tembak menembak berlaku dan org2 Islam Palestin makin rapat. Sy dn Jemaah Msia masuk ke dalam masjid supaya dapat menghindari rusuhan atau tembak menembak.

- Datang kemari mmg xda keselamatan sebenarnya tp yakin bumi ini banyak keberkatan dan kalau nak mati kat mana2 pun mati kalau dah ajal.. Sy cepat2 masuk masjid dan kalau nak mati pun biar dalam solat itu hajat sy..
- Kata imam besar Syeikh Yusuf dalam masjid saja ada hampir 1000 kamera x termasuk di luar masjid. Org yg dalam merusuh itu akan ditampalkan pd dadanya kamera dn akan dipantau sehingga dia keluar masjid nanti..

- Di bumi ini baru sy melihat dri dekat bagaimana mengenali pakaian dn style rambut org2 Israel .Ini pertama kali sy melihatnya dan cara mereka sembahyang.. Sy takut nak ambik gambar..
- Pesanan salah seorang guru ugama wanita yg terkenal di masjid Aqsa pd sy.. “Ajaklah saudara mara kawan2 kamu ziarah Aqsa. Jika kamu x datang kami sgt sunyi. Lihat saja saf sgt sedikit. Kedatangan kamu memberikan semangat pada kami. Ramai org kaya x suka kepada akhirat dn melancong ke tempat lain mereka takut datang ke bumi Palestin.”

- Kata Uzzt Al Amin pada sy “Kakak nanti di sana macam2 alamat akak akn dapat bergantung pd seseorang tu yg Allah pilih. Kalau nasib akak baik akak akan dapat kitab2 lama yg sgt berharga nilainya”..

- Alhamdullilah sy mendapat beberapa nikmat ke sana pemberian Allah dn sy menangis kerana terlalu bersyukur atas nikmat kurniaanNya.
Impian hidup sy dipenghujung usia selagi masih sihat dgn berjalan dimuka bumi dgn rezeki pemberian Allah supaya sy belajar perkara2 baru dn melihat kebesaran Allah.
Sekian pengalaman sy dri Palestin.. InsyaAllah hajat hati sy mahu juga bermusafir ke bumi Morroco Spain..






















dah lama impikan ke mari ziarah makam wanita yg sgt sy kasihi dn ikon sy.. Maryam & Rabiatul Adawiah.. Yg sy duduk tempat solatnya.




Maryam ni sgt cantik dn bijak). Meskipun susah masa awal2 belajar tu tp nikmatnya sgt mendalam.. Sampai sy namakan anak sy Maryam Nur Amani (wanita cantik solehah cahaya keamanan).










6 Comments
kakciks
Maha Suci Allah…
Tinggalan sejarah yang sangat bermakna sekiranya kita mahu mengambil iktibar…
siti fadillah
Terima kasih puan…sudi kongsi pengalaman puan…seronok baca n melihat perjalanan puan…
jurina yusof
Terima kasih kerana berkongsi cerita dan ilmu puan.. dapat jugak saya tau serba sedikit…
faiz
Terima kasih di atas perkongsian pengalaman puan..
HANIM
excited sy mbaca pengalaman puan menziarahi tmpt2 yg diberkati…SubhanAllah
terima kasih puan kerna mengupload pic yg byk ..berkongsi..bila lah peluang saya pula
intanazlina
seronok membacanya. Terima kasih puan diatas perkongsian…. Semoga kami ada kesempatan dan diberikan rezeki untuk ziarah ke bumi palestin.