-
Sayur drum stick Rawat asma dan cepat tinggi..
Drum stick atau sayuran tongkat pemukul dram bantu kualiti kesihatan lebih baik . Bila anda membaca tajuk tulisan saya pasti anda akan fikir peha ayam kan..!! atau pengetuk drum ..?? Sayur ini juga dikenali sebagai kelo. Kaum India sangat mengemarinya dan dikatakan ia menbuatkan selera sex semakin kuat selepas mengamalkannnya…Haa bagus tu..!! ha ha ha begitu juga lady finger ..Tulisan saya kali ini ialah sayuran yang dipanggil drum stick . Ia hidup di negara India . Ia gudang sumber mineral dan vitamin yang sangat tinggi. Akar, kulit kayu, batang, daun dan buah-buahan semua berguna. Jus yang diekstrak daripada sayur-sayuran ini kaya dengan kalsium. Ia sangat bagus untuk anak-anak yang membesar…
-
Hiasan pura dari bali..
Pagi terasa indah melewati dekorasi balkoni rumah saya ditingkat atas. Deko ini merupakan lampu yang sering diletakan didepan rumah orang-orang Bali. Bentuknya lebih kurang seperti Pura tempat sembahyang orang Bali untuk menghantar sesembahan kepada tuhan mereka. Ia diperbuat dari kayu, kaca dan atapnya pula dari rumput keras yang tidak reput dek cuaca. Saya meletakannya di atas balcony berhadapan dengan infra red sauna. Setiap kali saya bersauna mata saya akan melihat pemandangan indah kabus putis dan bukit bukau. Pura dan deko ini menambahkan lagi rasa tenang mata saya yang suka kepada keindahan alam. Jelas kelihatan belak belok bumbung-2 rumah saya yang bertingkat-2 dapat dilihat dari pandangan atas. Jika melihat pandangan jauh…
-
Deko putih merah ada makna.
Deko bunga yang saya tulis ini ialah kawasan ruang tamu bahagian atas dirumah saya.Hanya saya saja faham maksudnya sudut deko ini.. SEMUA MENGENAI KISAH PERKAHWINAN SAYA DENGAN SUAMI SAYA sekarang..Konsul meja ini letaknya dalam posisi suram.Diapit bilik anak-anak sebelah menyebelah kiri kanan menjadikan lebih kesuraman. Siling kayu rumah yang tinggi memberikan mood kampung dan sunyi. Deko putih menaikan suasana cerah dan nampak berseri. Ruang ini dihias begitu kerana bertentangan dengan bilik tidur utama . Setiap kali menjengah masuk ketingkat atas konsul ini merupakan tarikan mata yang paling utama. Lukisan yang diletakan pada dinding sangat jelas melambangkan salju, sunyi dan sedih. Ia melambangkan jiwa wanita yang bersih , sunyi dan selalu…
-
Bunga sikit je..buluh lebih..
Ha ini namanya dah kering idea..!! Simple saja kan gubahan ni.. Gubahan ini di bilik anak remaja saya Nur Azizah berusia 17 tahun.. Saya berhajat akan merubah deko bilik ni..tapi duit tak mengizinkan lagi kerana ekonomi sekarang..!! Tunggu ada rezeki saya sambung lagi ubah suai perabut . Saya akan membeli di Indonesia untuk pilihan perabut saya akan datang dan saya memlih ukiran modern. Yang lama saya nak jual murah-murah perabut ni.. Masih elok lagi..!! Siapa berminat boleh cari saya atau call assistant saya..019 3307133 Ira.. Frame kecil kenangan dia zaman kanak-kanak.. Anak perempuan saya ni tak pandai nak menghias rumah dan masak..!! Bilik anak remaja perempuan ini diatas katilnya…
-
Gubahan ros merah putih..
Saya memang suka bunga ros. 2 kombinasi warna ini menimbulkan suasana romantik. Kawasan ini sangat gelap dan saya meletakan gubahan ini dibawah lukisan bunga teratai putih.Daun dan bunga lalang serta daun keladi menyempurnakan kepuasan saya mengubah bunga.
-
Gubahan ros kecil dan bunga ungu..
Saya mengubah bunga ini dari sisa bunga yang terpakai. Pasunya berharga RM5 ini sangat antic dan sesuai untuk gubahan kecil sudut bilik mandi.Ia memberikan seri yang lembut pada pemandangan bilik mandi.
-
Gubahan bunga ditempat buku..
Gubahan ini bentuknya sama. Ada 2 pasu, pilihan utama saya ialah bunga hutan, daun keladi, bunga teratai putih dan buluh sebagai tarikan esotik. Waktu saya mengambil gambar ini pada waktu pagi. Anda boleh lihat cahaya yang berkilau masuk ke dalam rumah. Saya menyusun pasu Vietnam dan gubahan ini dipintu balkoni tempat ruang anak saya belajar.. Terasa kampung dan harmoni sekali melihat bunga ini menyambut siapa yang lalu ditepinya.
-
Endives ATAU SALAD DEWI Rawat resdung dan anemia. Wanita hamil wajib baca..
Jangan anggap ia simptom biasa bagi wanita yang sedang hamil seperti keletihan dan mudah kehilangan tenaga . Kelajuan denyutan jantung yang luar biasa terutamanya ketika pegerakan yang aktif . Itulah tanda-tanda gejala anemia antara lain termasuklah sesak nafas kerap pening dan sakit kepala. Ia sering dianggap sebagai gejala biasa bagi wanita yang sedang hamil ..!! Ini disebabkan kekurangan zat besi dan asid folik iatu salah satu kumpulan vitamin B . Anemia terjadi akibat hemoglobin ( sel darah merah ) menurun dari paras normal. Orang yang ada anemia perlu banyak makan zat besi. Gejala Anemia berbeza-beza bergantung kepada punca anemia. Umumnya anemia dikatakan sering dialami oleh wanita hamil. Tetapi ada di…
-
Gubahan cincai tapi saya suka..
Bunga ros putih sebagai asas dan sudut tepi saya meletakan bunga lily berwarna merah hati. Saya meletakan gubahan ini di atas almari anak-anak kecil saya. Sebagai perantara antara cermin deko potongan kaca kecil dengan gubahan bunga. Ia sangat cantik dipandang dan mendamaikan hati yang keletihan berkerja.
-
Dill rawat luka, banyakan air susu dan rawat insomnia…
Rumpai Dill hidup dinegara orang kulit putih . Banyak zat didalamnya dan ia juga digunakan sebagai herba dinegara asia tengah. Di Poland ia dipanggil “Koper,” ia adalah salah satu herba yang paling popular digunakan di dapur sama seperti daun pasli dan daun kucai. Sejarah perubatan dibarat telah lama mengunakan daun dill untuk menyembuhkan luka terbakar pada askar zaman dahulu. Caranya dengan menjadikan pes herba dan disapu pada kulit . Kini ia lebih popular sebagai sayuran dalam salad, jeruk dan sup. Selain dijadikan rawatan untuk kulit terbakar ia boleh menyembuhkan masalah sukar tidur atau insomnia. Rebus dill di dalam air dan minumlah jadikan sebagai amalan sehingga masalah sukar tidur dapat diatasi.…