Biodata Bonda

Ibu tetap terbaik..!!

ibu-puan-rozita

Inilah mak saya Aminah Abd Satar. Mak merupakan anak yang paling dimanja kerana anak bongsu. Ia sangat disayangi dan semua kehendaknya dituruti oleh kedua ibu bapanya. Amat berbeza dengan kehidupan mahupun sikapnya dengan abah. Sangat kontra!

Tidak apa yang menarik ingin saya ceritakan disini tentang ibu. Apa pun segala perbuatan terhadap saya adalah kejahilannya semasa muda. Allah telah takdirkan saya lalui begitu dan gantikan kehidupan saya jauh lebih baik dari orang lain! Allah maha adil. Meskipun perjalanan saya sakit tapi saya berterima kasih kepadanya kerana apa yang saya terima dari dia adalah pelajaran yang banyak hikmahnya!

Semasa tahun 2003, saya pernah didatangi oleh 3 orang pensyarah Universiti dari Jepun, UM dan USM. Mereka mengkaji tentang asal usul sejarah yang membuatkan saya berjaya tanpa pelajaran. Pertama, soalan mereka tentang ibu bapa saya. Pastinya jawapan saya Abah ialah terbaik jika dibandingkan dengan Emak.

Semasa kecil saya menguruskan semua hal di rumah seperti mengemas, memasak, bertanam sayur, menyiram pokok, ambik air di paya yang jauh dan berbukit untuk keperluan rumah, berniaga dan paling menyedihkan saya tidak ada waktu rehat walaupun 30 minit sewaktu siang hari.

Sekiranya saya masak nasi mentah atau lalai saya akan disiram dengan air panas, dipukul dengan rotan, tali pinggang, getah paip dan adakalanya dihenyak ke lantai, dipukul dengan penyapu serta diherdik yang sangat tidak patut didengar. Pernah satu ketika emak memukul saya dengan batang penyapu yang ada paku! paku itu sangkut dikepala. Saya balut luka dengan tuala mandi sehingga tuala itu dipenuhi dengan darah. Saya tidak berpeluang kesekolah. Adik lelaki saya sempat menjadi pelajar UiTM Perlis bahagian kejuruteraan…

Semasa bersekolah rendah, pergi ke sekolah dengan basikal sejauh 2 batu. Balik dari sekolah saya akan bersekolah agama. Bila hujung minggu saya membantu keluarga saya berniaga! membuat aiskrim yang banyak. Saya sangat keletihan dan tak pernah merasa upah walau 50 sen. Pakaian saya hanya sedekah dari sepupu atau hadiah dari cina yang menjual gula-gula.

Berbeza dengan adik lelaki saya dibelikan mainan bot yang ada bateri dan baju yang cantik. Mak memberikan perhatian lebih kepadanya. Saya juga seperti kanak-kanak lain ingin bermain dan membeli permainan. Saya kumpulkan duit belanja sekolah untuk hajat saya. Mak terjumpa mainan saya dan memukul saya sekuat hati. Yang tak boleh saya lupa sampai hati mak membuang semua mainan saya ke dalam parit. Sedih zaman kanak-kanak saya. Saya dipaksa berkahwin dan abah setuju kerana tak sanggup melihat saya terseksa. kebetulan lelaki itu anak orang senang dan baik keturunanya.

Kesimpulan cerita saya,  kata Pensyarah – sebenarnya Ibu yang mencetus kejayaan saya dan Abah adalah cermin untuk saya terus maju. Saya juga ditawarkan mengambil Phd dan membuat tesis. Apapun emak adalah Syurga saya dunia dan akhirat dan kerana dia saya lahir ke dunia dengan sempurna. Didikannya menjadikan saya seorang yang berdikari dan seorang yang tidak berputus asa.

Maafkan salah saya mak!

3 Comments

  • ayu

    assalam puan.boleh tak saya dapatkan biodata puan.?jika tidak keberatan,biodata dan kejayaan puan mahu diletakkan di perpustakaan sg besar sebagai tokoh tempatan.

  • Dian Nuranismi Mohamad

    Terimakasih puan Rozita sya juga melalui kehidupan hampir seperti puan semasa kanak2 .cuma kehidupan puan lebih berat. sya kadang2 merasa sakit hati dan benci kepada emak saya kerana melayan saya dengan teruk semasa dahulu. Tetapi apabilasaya membaca kisah puan dan puan masih boleh menghargai bu puan saya rasa terharu dan terpanggil untuk melakukan seperti puan.
    untuk pengetahuan puan saya telah lama mengikuti kisah puan di majalh sebelum lagi puan sebegini terkenal. saya memang merasa kehebatan puan apabila membaca serba sedikit kisah hidup puan.
    Terimakasih melalui tulisan ini saya belajar utk tidak berdendam kepada ibu saya. Teruskanmenulis kerana dengan sedikit coretan itu memberikan inspirasi kepada yang lain.
    Terimakasih .semoga Allah memepermudahkan segala urusan puan

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, siapa2 yang melalui zaman dibuli dianiaya bersyukurlah sebab doa anda di angkat Allah. saya dah lalui dua2 zaman, zaman dibuli zaman sekolah, zaman pembuli anak derhaka bermula form 4 berpunca kesilapan saya sendiri dan gangguan sihir .

    andai ada ahli keluarga yang baik tetiba berubah jadi panas baran, atau hubungan keluarga jadi panas pergilah berubat. amalkan ayat manzil. berguru dengan ustaz. ada seorang ustaz ni kena sihir sami india, berubat dengan tuk guru tak sembuh.. last2 amalan setiap hari baca 10 juzuk alquran dengan izin Allah sembuh.

    banyakkan sabar seperti bonda rozita. banyakkan kerja keras. luka memang sentiasa ada tapi bukan untuk di pikul untuk di fikirkan. tabahkan hati kita.

    sentiasa maafkan dan lupakan orang pernah sakiti binasakan kita. kalau kita simpan dendam, orang sekelililing kita akan terkena tempiasnya.. jadi delete dendam move on dan kerja keras.

    lain orang lain dugaan.moga kita semua kuat tabah hadapi dugaan ye

Leave a Reply to ayu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!