Saya nak berjaya sebab sahut seruan Tun Mahathir
Biodata Bonda

Saya nak berjaya sebab sahut seruan Tun Mahathir…

Saya nak berjaya sebab sahut seruan Tun Mahathir

TIRU JEPUN PANDANG KE TIMUR

MELAYU MUDAH LUPA 

BUAT FRANCHISE..!!  

Ayah saya orang kuat Pas..!! Dia tak suka Tun Mahathir….

Manalah tahu kan!  Ha.. ha.. kalau Tun Baca Blog saya

Saya tak suka politik. Tapi dengan Tun saya sukaaaalahhh sangat kat dia. Hensem, bijak dan paling menarik. Kenapa saya suka dia? Banyak jasanya ubah negara kita dan membentuk cara pemikiran saya yang telah pun saya buktikan.

Saya berterima kasih dan sayang atas keberanian dan kebijaksanaan. Dia bertindak bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Tun berfikir dan bertindak diluar jangkaan orang lain. Hebat kurniaan Allah SWT pada dirinya dan kita pun sama merasai nikmatnya. Kata Rasullullah SAW, sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi kepada manusia lain.

Untuk menjadi orang luar biasa kena kerja dan fikir luar biasa. Mencapai bintang bukan dengan lastik atau roket kertas! Perjalanan membina ST adalah perkara paling sakit. Saya tak pernah minta bantuan kerajaan dalam menjayakan ST. Saya juga bukan orang berpolitik..

Bukan mudah nak mendapatkan kelulusan produk kapsul iaitu MAL. Sewaktu awal saya mendaftarkan saya terpaksa mencari pakar dan cari sokongan dokumen penyataan! Bila mendapat lesen KKM, dalam keadaan yang sedih bercampur gembira pulang dari kerja saya berhentikan motor di tepi jalan. Menjerit ke langit sepuas-puasnya. Saat itu saya menangis yang teramat gembira.. YA ALLAH TERIMA KASIH.. SYUKUR SYUKUR.. Hanya Engkau Ya Allah tahu besarnya bermaknanya sijil MAL TU..!!! Lawak sebab saya rasakan macam dapat Phd ketika itu..!! Saya sujud sampai cium tanah..Kalau ada yati ketika itu saya akan ceritakan pada dia..Tapi dia di asrama ketika itu. Tak sabar saya nak tunggu dia balik dan bercerita pada dia.

20 tahun sejarah Perjalanan Rozita Ibrahim lalui.. tak cukup untuk seminggu saya menulisnya dalam blog.. kisah suka duka perjalanan menuju kepada Sendayu Tinggi.

Bangunan ST

Sebelum ini produk ST dibuat dikilang orang lain yang ada lesen GMP. ST membekal bahan herba dan di kapsulkan di kilang orang lain yang berlesen. Berbagai risiko ketika itu seperti kecurian label dan bahan mentah. Dan paling merisaukan ialah jika ada sabotaj pada bahan mentah..!! Asalnya saya tak berminat langsung nak buat kilang sendiri . Bukan kepakaran saya yang melibatkan teknologi dan keuntungan yang sangat sedikit..!! Untung cuma 5 ke 10 sen sahaja. Perkara lain paling susah ialah berurusan dengan Kementerian Kesihatan . Prosedur yang tak pernah tetap. Umpama kami timun dengan KKM durian! Azabbbb..

Demi keselamatan jangka masa panjang saya minta menantu saya menguruskan awal kilang kami Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Membina dan menjayakan STM adalah kejayaan menantu saya selaku General Manager dan staf Otai yang sangat setia berkerja selama berbelas tahun.. terlalu baik dan berjasa dengan saya! inilah usaha Yati – Ady  dan Staf lama Otai ST yang setia bersama walau besar ujian melanda mereka tetap setia dan tidak meninggalkan saya! tetap bersama saya! Itu juga anugerah Allah yang besar maknanya.

Staff lama Otai ST

Terima kasih sebanyak-banyaknya kerana menjayakan impian saya! Saya bukan pandang duit semata-mata. Selama ini saya melihat produk luar negara seperti Mustika Ratu, Estee Lauder, SK II menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Jika Eon kereta nasional, saya teringin sekali melihat ST sebagai produk bangsa Melayu yang boleh dibangga di Negara kita. Lim Goh Tong mampu menjana ekonomi pada negara kita. Saya juga ingin menyumbang ke arah itu.. Mudah-mudahan kerajaan boleh tolong dan pandang Misi saya ini..

2 Comments

  • sue kamal

    Salam Puan Rozita,

    Saya dah lama kagum dgn fikiran positive, usaha gigih & semangat juang Puan.
    Ada beberapa penceritaan puan, sy amat faham benar apa yg puan harungi terutama bila dikelilingi bangsa sendiri yg masih tidak boleh lekang dari berfikiran negatif & tidak menguntungkan.
    Belajar tinggi smpai PHD pun tidak berguna kiranya sikap kita seperti org tidak pernah pegi ke sekolah, wpun ilmu itu penting.
    Semua bergantung dgn sikap.
    Puan telah membuktikan banyak pekara yg mustahil hanya dgn bermula dgn sikap yg betul & usaha gigih yg beterusan.

    Saya ‘tabik spring’ dgn puan & Moga Allah tetapkan iman serta berikan rahmah pada diri dan kehidupan puan 🙂

  • Sue Kamal

    Salam Puan..

    I salute u..
    Tiada sekolah atau universiti boleh mengajar erti ketabahan & gigih kecuali kehidupan..
    May Allah bless u with ‘rahmah’ & barakah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!