Biodata Bonda

Kronologi Sendayu Tinggi 17 Tahun Di Pasaran…

 

KRONOLOGI SENDAYU TINGGI 17 TAHUN DI PASARAN

  1. Usia 17 tahun produk Sendayu Tinggi (ST) di pasaran mengetengahkan penjualan produk Herba dalaman, Penjagaan Wajah dan tubuh serta rangkaian produk Mekap.
  2. Bermula hanya dengan  5 produk  di awal  kemunculannya,  kini ia  memiliki lebih 500 variasi  pilihan produk untuk pengguna lengkap dari herba dalaman, penjagaan wajah dan tatarias diri.
  3. Dengan keahlian ST melebihi 60 ribu dengan bilangan outlet / butik sebanyak  34 buah di seluruh  Malaysia.
  4. Mempunyai jumlah pengedar  ST mempunyai lebih daripada 8000 di seluruh Malaysia.
  5. Sendayu Tinggi kini menjadi produk pilihan wanita Malaysia kerana kualiti dan keberkesannya yang terbukti hingga diwarisi turun temurun.
  6. Mensasarkan 300 buah outlet menjelang 10 tahun akan datang.
  7. Pada Oktober 2012, Pihak Watsons telah menjemput Sendayu Tinggi untuk bekerjasama memasarkan produk di bawah butik Watson secara eksklusif selama 3 tahun.
  8. Pihak Watson juga terlebih dahulu membuat penyelidikan produk Sendayu Tinggi di kalangan pasaran orang Melayu sebelum bersetuju bekerjasama dengan Sendayu Tinggi
  9. Sendayu Tinggi merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang dijemput secara ekslusif tanpa caj tertentu seperti kebanyakan produk di bawah pasaran Watson.
  10. Sendayu Tinggi berbesar hati untuk bekerjasama kerana Watsons kerana syarikat tersebut merupakan sebahagian daripada perniagaan barangan runcit Kesihatan dan kecantikan yang ekslusif. Dilengkapi juga dengan Farmasi  yang terbesar  beroperasi di sekitar Asia dan Eropah iaitu  (Hong Kong, China, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Korea, Taiwan dan Filipina)
  11. Watson mengekalkan imej dan kualiti produk. Sesuai dengan konsep Sendayu Tinggi
  12. Kini Sendayu Tinggi sudah berada di Watson terpilih secara peringkat sejak akhir Januari ini. Sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan produk Sendayu Tinggi sekaligus menikmati ganjaran istimewa yang di tawarkan oleh Watson.

dan sejarah awal Pengurusan Sendayu Tinggi. Pejabat yang paling cantik dari hasil tangan saya sendiri. Saya beli semua peralatan pejabat yang terpakai.. Inilah dekorasi mewah saya.. Kain satin susun rak dicermin – daun tiruan saya beli dengan harga RM2.00 menghiasi pejabat saya. Inilah gambar cikgu part time tu…!!

Saya tak pernah disayangi orang sejak kecil. Fikiran keluarga saya ketika itu sempit ketika itu. Jaga anak perempuan lebih senang jaga lembu sekandang dan menyusahkan. Cukup masa ada orang nak kahwinkan. Sekolah tinggi-tinggi pun bukan boleh kemana, duduk dapur juga akhirnya! Ha.. ha.. ha.. Saya memang pandai ke dapur, menghias rumah, mengubah bunga. Kepakaran saya masakan kampung!

Masa sekolah rendah saya taklah bodoh sangat antara no2 ke no7! Orang kampung semua kenal saya. Rambut saya semulajadi perang, orang dulu mana ada pewarna rambut dan berkulit sangat putih. Semua orang kata saya degil tak macam budak perempuan lain di zaman itu..!! Aktif, suka memanjat pokok, berkubang dalam parit, naik basikal lepas tangan, peramah dengan semua orang. Mak saya paling marah sikap saya ialah tak pernah berjalan tetapi berlari walaupun tempat tu sangat dekat! Sehingga kini saya berjalan sangat laju dan buat kerja pun saya sangat cepat 3 kali ganda dari orang kebiasaan! Jadi jangan hairan kalau saya boleh berfikiran sangat laju ke depan.

Saya benci orang lembab.. boleh lembut tapi jangan lembab… Pepatah saya “Orang sampai ke bulan terokai dunia, kita masih dayung sampan.” Orang berjaya kita sakit hati diri sendiri Lemau tak sakit hati pulak…

bangunan sendayu tinggi

Sejak dulu saya ingin jadi wanita melayu yang miskin tapi ada ‘isi’

Saya pernah terfikir alangkah bahagianya ada bangunan sendiri dikawasan bandar. Bandar utama selalunya pemiliknya adalah cina. Dan ini lah bangunan pertama milik sendiri dan HQ Sendayu Tinggi di Bukit Tinggi Klang. Tahun 2003 kalau tak salah saya! Bangunan 3 tingkat, Showroom dan pejabat pengurusan. Tinggal Sejarah… Kini bangunan tu telah dijual kepada cina.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah! Paling bahaya dalam hidup ni bila ‘Kita tertipu dengan diri sendiri’.

DSC_1745 copy

Menjadi seorang usahawan bukan macam menjadi seorang peniaga kecil-kecilan. Besar perniagaan – besar juga risiko dan hutangnya..!! Berniaga ni macam berperang. Berperang dengan diri sendiri, perkahwinan, masa, pesaing, pendengki, penjahat, duit dan macam-macam lagi. Penuh kepala berfikir.. Berniaga berjuta – Risiko dan hutangnya pun berjuta.!!

DSCF3456 copy

1997 – Bermula sejarah saya memulakan Sendayu Tinggi sehingga kini usianya menjangkau 18 tahun. Bermodalkan RM400. Hanya berbekalkan semangat untuk mencuba dan terus menerokai bidang ini. Saya tidak pernah letak keyakinan dan harapan tinggi. Sekadar mencuba nasib. Kalau naik pun nasiblah dengan duit RM400, kalau jatuh pun saya tak rugi sangat!

Di sebalik musibah ada rahmatnya

launching watsons1 copy

Kejayaan demi kejayaan ST alami seiring dengan kesusahan dan musibah – itu sangat jelas dalam industri ini. Bagi saya sangat mengerikan dan menakutkan dan tidaklah seindah yang masyarakat sangkakan. Glamour–Hebat-Kaya. Hakikatnya bukan begitu! 10% yang seronok itu ialah kejayaan yang orang nampak namun hakikatnya 90% adalah kesakitan yang orang tak tahu!

launching watsons copy

 

3 Comments

  • Google

    I believe that is among the such a lot vital information for me.
    And i am satisfied studying your article. However wanna statement
    on some basic things, The web site style is perfect, the articles is
    in point of fact excellent : D. Just right activity, cheers

  • luna

    Salam puan, hehe kdg terasa sifat puan ada mcm saya, degil, nak cepat tak suka org yg lembab! saya juga tidak mahu bergantung kpd org,jika takde org tolong,tak apa!saya buat sendiri,tapi jika org minta tolong,saya tolong!insyaAllah.mudah2an persamaan ini dpt mendorong diri sy berjaya seperti puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!