• Fesyen

    Jubah Madinah – code (BM)

    Saya hanya ingin test market jika banyak permintaan saya akan beli dengan banyk lagi untuk beloved customer saya. jubah cOde BM ini mempunyai : 1) Kain yang sejuk 2) Batu -batu kecil yang berkilat sangat cantik 3) Ini hanya ada satu design dan 1 helai 4) Saiz M 5) Serta selendang yang cantik 6) FREE POSTAGE Kelebihan : kepada sesiapa yang mempunyai badan yang gempal ia tidak akan kelihatan, ia akan kelihatan cantik dan dapat sorokkan lemak2 yang ada dibahagian perut. selesa jika pakai seharian tidak panas, kain sangat sejuk. SILA KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT LEBIH JELAS.  Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM

  • Umum

    Banyak orang muflis…

    Panjang umur, banyak berjalan, banyak kawan.. Banyak pengalaman..Itulah perjalanan orang yang sudah berusia..Ramai orang bertanya macam mana saya boleh kaya, ada 8 tips: Kejam pada diri sendiri.. Perancangan hidup saya bermula dari 18 tahun untuk jangkaan 5..15..30tahun.. Ada 3 simpanan yang berasingan.. Boleh usik.. Semi usik .. Jangan usik.. Jangan amal slogan “biar papa asal bergaya”. Berpegang pada islam dan jangan tipu orang.. Jangan terlalu ikuti fesyen..  Jangan terpengaruh dengan luxury keduniaan.. Prinsip hidup kena jelas. Punca muflis Kredit kad Suka baca majalah fesyen dan hiburan Nafsu besar dan suka menunjuk-nunjuk Duit kurang tapi belanja lebih Sayang dan terlalu percaya suami atau sayang isteri  sanggup guna nama untuk berhutang.. Bagi…

  • Bicara Bonda

    Umpat hasad.. Akan makan diri sendiri

    Wahai teman…kaum hawa terutamanya.. Mengumpat memang sedap, terlintas dimata.. Tak senang dihati.. Mulalah meragam nak juga cabul mulut… Bila berbunyi mulut.. Maka bergelonjak puas hati..Takat mana puasnya..??  Haaaa….  Nak buang tabiat tu memang susah sebab.. Mulut dan hati jahat tu tak pernah di didik untuk takut kesan hasad dan umpat.. Caranya senang je nak elakkan : Tanya diri sendiri .. Baik sangat ke aku ni..?? Hari ini hari aku, mengumpat dia.. Esok kalau Allah buka aib aku.. Lagi teruk macam mana ?? Paling takut buat orang ni.. Kifarahnya sampai seluruh keturunan.. Jangan berkawan dengan orang kaki umpat,suka menfitnah, mulut luas tempayannya..Di khuatiri akan terikut-ikut.. Tak dapat bonus pun fitnah hasad …

  • Bicara Bonda

    Doa dan nazar umrah saya..

    Semua orang ada pengalaman tersendiri semasa mengerjakan ibadah umrah. Bagi saya umrah selain ibadah ia adalah nazar saya sebelum saya berjaya. Mencuba nasib dalam perniagaan “umpama untung sabut timbul, untung batu tenggelam”. Rendah diri serta malu kerana tak berpendidikan dan susah sangat nak mendapatkan kerja yang bagus, maka saya berniaga..!! Sepenuh tenaga serta bersengkang mata saya berusaha menjayakannya. Doa merupakan teman penguat jiwa diri saya, antara doa yang saya sering panjatkan ialah  “Ya Allah Jika ada rezeki aku berjaya dengan izin mu pasti aku akan keluar negara, negara pertama aku akan pijak pastinya Mekah dan Madinah, bumi yang berkat kerana disitu ada kekasih mu. Barulah aku akan pijak negara-negara lain.…

  • Bicara Bonda

    PURDAH..?Kenapa pakai dan kenapa buka…

    Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam,  Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!! Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali. Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari  rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi.  Banyak kecaman hebat saya…

  • Fesyen

    Jubah Madinah

    JUBAH MADINAH….! Ini stok terbaru.. Jubah yang saya pakai hari tu sudah tidak ada stok  lagi… Jubah yang baru sampai ini material kain sangat sejuk… sarat dengan batu yang cantik. Saya hanya ingin test market jika banyak permintaan saya akan beli dengan banyak lagi untuk cuba pasarkan. Saya tidak ambil untung yang banyak sekadar suka-suka sahaja. jubah ini mempunyai : 1) Kain yang sejuk 2) Batu -batu kecil yang berkilat sangat cantik 3) Ini hanya ada satu design dan 1 helai 4) Saiz S 5) Serta selendang yang cantik 6) FREE POSTAGE Layari : http://jrm.com.my http://rozitaibrahim.net https://www.facebook.com/JRMOfficial http://instagram.com/official_jrm https://twitter.com/official_JRM

  • Jejak Bonda

    Pasu potongan kaca..

    Semua ruang didalam rumah akan saya hias. Cara saya merehat kan otak ialah melihat hasil kerja tangan saya. Bagi saya menghias rumah dengan kos murah sangat berbaloi dan menyeronokkan. Tidak semestinya mahal baru cantik. Bijak membeli dan menyesuaikan dengan konsep itu yang penting.. Kali ini saya ingin bercerita tentang sejarah pasu yang sangat unik ia dibuat dari tanah liat yang dibakar. Setelah itu kepingan kaca di cat mengikut warna pilihan dan dipotong kecil2, lalu ditampal mengikut saiz pasu. Saya membelinya 1 set ada 3 biji pasu ..Ingin saya kongsikan dengan pembaca pasu ini sangat rumit kerjanya dan dibuat oleh wanita Lombok. Pasu unik kesayangan saya ini tidak ada dijual di…

  • Jejak Bonda

    Semarang Indonesia..

    Saya tak pernah terfikir pun akan kesana, kerana tiada tempat menarik sebagai destinasi pelancongan. Kedatangan saya bersama teman kebumi semarang untuk mencari bahan binaan untuk surau yang dijangka siap pada Jun 2014, Insyaallah. Sepanjang perjalanan saya melihat alam semulajadi dan ketenangan desa yang masih suci dari arus kemajuan kota. Orang disana sangat baik namun alangkah sayangnya perancangan bandar mereka tidak teratur dan sangat kotor. Mencari kesesuaian bahan ukiran dengan konsep rumah yang sedia ada dengan surau baru itu memang sukar kerana bahannya tidak ada di Malaysia. Jika sebelum ini kontraktor  yang membina ukiran dirumah mempunyai kemahiran seni ukir batu dan kayu berasal dari Bali amat memudahkan kerja saya. Kini dia…

  • Jejak Bonda

    Jom masuk Hatyai..

    Saya suka percutian yang murah-murah je..Janji dapat tengok negara orang..Saya tak pernah lagi pergi London Paris..Sebab saya takut saya terpengaruh dengan kebendaan..Bila syok kebendaan jiwa kacau duit pun kacau..Hi hi hi..Orang niaga ni bukan sentiasa senang, banyak sangat masalah niaga yang sangat berat.. Menulis di blog membuatkan saya relax.. Saya pernah bercita-cita semasa saya miskin dulu , saya nazar kalau Allah bagi rezeki lebih negara pertama saya akan pijak ialah Mekah dan tiap tahun nak buat umrah selagi ada rezeki. Alhamdullilah kebetulan selesai umrah pertama saya pijak ke Brunei atas urusan kerja dan seterusnya ke Dubai urusan kerja juga.banyak negara lain yang saya dah kunjungi..Jepun, Bali lebih 10 kali..Jakarta 2…

  • Jejak Bonda

    Deko bilik mandi…

    Gubahan bunga ini ada 3 jenis :- 1: 8 jambak bunga ( tak tau nama bunganya,maaf)  mempunyai batang panjang 2: 6 helai daun keladi yang lebar dan mempunyai batang yang panjang 3: Bunga berjurai 6 yang mempunyai batang yang panjang juga.. Mudah sangat nak mengubahnya hanya ikat semua batang-batang bunga dan letakkan.. Saya suka menghias, kalau saya bukan pengasas ST atau JRm saya juga berkebolehan menjadi pereka hiasan dalaman. Sayangnya tak ada seorang pun nak bagi saya job jadi pereka hiasan dalaman tu..ha ha ha !! ..Maka saya simpan bakat saya dalam blog ini.. Saya percaya anda semua suka menghias rumah. Hiasan tak semestinya mahalkan..!!  Masa saya rumah setinggan pun…

error: Content is protected !!