Jejak Bonda

Semarang Indonesia..

Saya tak pernah terfikir pun akan kesana, kerana tiada tempat menarik sebagai destinasi pelancongan. Kedatangan saya bersama teman kebumi semarang untuk mencari bahan binaan untuk surau yang dijangka siap pada Jun 2014, Insyaallah. Sepanjang perjalanan saya melihat alam semulajadi dan ketenangan desa yang masih suci dari arus kemajuan kota. Orang disana sangat baik namun alangkah sayangnya perancangan bandar mereka tidak teratur dan sangat kotor.

Mereka masih mengunakan teknik lama menjemur dan mengisar padi..Semasa mengambil mengambil gambar mereka terjerit-jerit membuatkan saya jadi takut.

Mencari kesesuaian bahan ukiran dengan konsep rumah yang sedia ada dengan surau baru itu memang sukar kerana bahannya tidak ada di Malaysia. Jika sebelum ini kontraktor  yang membina ukiran dirumah mempunyai kemahiran seni ukir batu dan kayu berasal dari Bali amat memudahkan kerja saya. Kini dia tiada lagi dan saya keluar mencari semua bahan-bahannya untuk memenuhi citarasa saya untuk membina rumah berkonsep klasik ukiran melayu lama.


Gambar 1 & 2 : Rumah lama ini amat menakjubkan seni ukuran nya memenuhi dinding. Seni yang teramat indah sehingga saya terlopong melihat kemewahan rumah di Jepara.
Gambar 3 : Ini ialah seni ukiran pada siling diruang tamu. Teramat mewah dan seni kerana ia bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan
Gambar 4 : Ini menunjukan hiasan ukiran disebelah pintu masuk utama.

Perjalanan jauh kesana mengambil masa yang agak lama kerana infra disana amat teruk sehingga tayar kereta kami bocor. Mereka disana sangat miskin dan seluruh penduduk kampung dari anak kecil kaum wanita dan lelakinya tahu membuat kerja ukir serta membuat kerja pertanian semata-mata. Pelancong amat kurang disana jika dibandingkan di Bandung Jakarta atau Bali.


Banyak kedai-kedai menjual kerja –kerja ukiran kayu ditepi jalan namun harganya agak tinggi sedikit jika dibandingkan dengan kawasan pendalaman.

Kami tidur di Jepara Indah Hotel dan disana hanya itu satu-satunya hotel mewah dengan harga RM70 semalam. Kami berjalan sepanjang malam menaiki beca mencari warung makan. Saya teruja membeli makanan dari satu gerai ke gerai yang lain. Kami sempat meninjau kedai-kedai perabut yang dipanggil “Mabel”. Sangat murah dan kita harus tahu menilai kualiti kayu kerana mereka ada beberapa gred kayu.

 

Sepanjang perjalanan pulang kami menikmati makanan di restoran yang mewah disana, ikan kaloi (gurami) yang sangat banyak terdapat disana. Kami makan ayam panggang, tempe, taugeh goreng & sup ayam sebagai makan utama kami.

Gambar 1 : Produk Tabita sangat laris dibeli oleh pelancong Malaysia berharga RM 200
Gambar 2 : Biskut yang dibuat dari kelapa amat banyak dijual disana dijadikan ole-ole
Gambar 3: Saya senang dengan slogan BILBOARD ditepi jalan ini “MEWUJUDKAN IMPIAN MASA KECIL KU YANG BESAR“
Gambar 4 : Paling melucukan BILBOARD ini : “Ingin sekuat apa furniture anda?” Gambar lelaki sumo..bermisai lenteng..bercawat..takut tikus ..berdiri atas meja.
Saya senang dengan makanan disini, saya sempat menikmati juadah yang menarik dipusat membeli belah yang agak besar disemarang.

Gambar 1 : Es teler sarang burung
Gambar 2 : Bumbu bubur ayam
Gambar 3 : Bakso padang tembak senayan yg paling terkenal & Jus apokat (jus avocado bersama coklat dan susu) sedappppp
Gambar 4 : Bingka ambon lembut berwarna kuning
Rugi kalau datang ke negeri orang jika tidur dibilik hotel saja..Kami pergi melawat sekitar kota mengunakan beca ke tempat ole-ole semarang. Ikan Gerumi
Gambar 1 : Ikan bandeng lunak..Ikan yang sangat sedap seperti salmon dan boleh dimakan tulangnya digoreng bersama telur dan sedikit minyak. Makan sewaktu panas-panas. Harganya sekilo RM 24 . Agak mahal dan ia dimakan oleh golongan yang kaya di Indonesia.

Gambar 1: Cucur jagung ulam cilia pi
Gambar 2: Goreng pisang kapok dengan taburan gula halus
Gambar 3 : Satay kambing cicah kicap dengan sambal kacang
Gambar 4 : Buffet sayur asem dan berbagai masakan semarang


Horison tempat kami bermalam merupakan hotel 5 bintang di Semarang. Harganya Cuma RM 200. Sangat bagus layanan disana cuma internate sangat susah. Perkhidmatan van menghantar kami ke bandara ( Airport ) adalah percuma..Ha ha gratis

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!