Jejak Bonda

Jom masuk Hatyai..

Saya suka percutian yang murah-murah je..Janji dapat tengok negara orang..Saya tak pernah lagi pergi London Paris..Sebab saya takut saya terpengaruh dengan kebendaan..Bila syok kebendaan jiwa kacau duit pun kacau..Hi hi hi..Orang niaga ni bukan sentiasa senang, banyak sangat masalah niaga yang sangat berat.. Menulis di blog membuatkan saya relax.. Saya pernah bercita-cita semasa saya miskin dulu , saya nazar kalau Allah bagi rezeki lebih negara pertama saya akan pijak ialah Mekah dan tiap tahun nak buat umrah selagi ada rezeki. Alhamdullilah kebetulan selesai umrah pertama saya pijak ke Brunei atas urusan kerja dan seterusnya ke Dubai urusan kerja juga.banyak negara lain yang saya dah kunjungi..Jepun, Bali lebih 10 kali..Jakarta 2 kali..  Switzerland..Taiwan, Hong Kong..Beijing..Guangzo..Turki..Phuket..Kali ni saya nak story pasal Hatyai… Saya suka lah sangat kesana..Murah, makanan sedap..Unik..Makanan ringan banyak.. Jom tengok ..!!

Gambar 1 & 2 : Berbegai jenis desert, mee, sea food, makanan tradisonal yang sedap dan menarik.
Gambar 3 & 4 : Salah satu tempat pasar diatas sampan, sangat menarik bermacam-macam jualan yang hebat dan unik. Urusan jual beli diatas sampan.  Dia memberikan makanan dalam bakul dan mengambil duit pun dalam bakul.

Gambar 1 & 2 : Bekas buluh dan cawan Mickey Mouse dan pelbagai watak kartun yang disukai kanak-kanak yang dibuat dari tanah liat. Hanya RM2.50 sekali dengan air..Murah ..Sedap..Unik..Kanak-kanak pasti suka..

Gambar 3 & 4 : Kebanyakan yang berniaga adalah wanita, semua yang dijual semua saya beli..Saya tak diet langsung..Rugilah datang sini kalau diet. Saya kesana dengan rakyat Malysia yang keluarganya asal dan masih tinggal di Hatyai. Kami datang dengan van besar yang sangat selesa..Kos van RM 450.00 sehari . Hotel paling mahal RM 120.00 sehari. Untuk makan kami makan digerai kecil dan ada kala saya minta direstoran yang mewah..Tapi yang syok tepi jalan juga pada pada saya.

Gambar 1 & 2 : Di warung kopi , mereka makan pulut dan roti canai yang sangat sedap. Ada jual nasi campur dan masakan sangat sedap…
Gambar 3 : Antara kuih yang mereka jual. Ada yang boleh berbahasa English dan ada yang boleh bahasa Kelantan.
Gambar 4 : Air teh dihidangkan dalam teko adalah free (tanpa gula). Kalau order air lain baru caj. Orang thailand minum dan makan dalam portion yang sangat sedikit. Mereka bawa kami kemana saja asal ada unsur alam, murah, dan menyeronokan atas permintaan kami..Saya tak tahu dimana tempatnya lokasi kami ini..Cuma saya bercerita sekadar apa yang saya suka..Maka saya ambil gambar..

Gambar 1 : Mereka sangat seni , banyak yang hand maid seprti yang dijual oleh gadis ini dari patani. Setiap jam 5 petang banyak peniaga seni menjual hasil seni mereka ditepi hotel, saya banyak membeli haisan peti ais yang sangat comel..

Gambar 2 : BBQ telor, pelik kan..Saya takut nak beli sebab mereka bukan muslim, kalau muslim saya pasti akan beli nak rasa.
Gambar 3 & 4 : Nenek yang tua ini mengirai rumpai laut..Semasa saya meninjau pasar.mereka..Orang muslim yang menjual daging ayam berniaga bersebelahan dengan daging khinzir..Huissshh saya seriauu..macam mana tu hukumnya ..?? Klau terpercik darah khinzir dekat ayam dan orang islam makan Kemajuan pertanian dan perikanan Thailand sangat hebat. Mangga muda dan telur puyuh adalah makanan ringan disana. Saya banyak beli kerepek durian, ikan masin, udang kering, dan anak remaja saya suka beli baju dan kasut..

H4

Gambar 1 & 2 : Patung Duyung ini ditepi laut dan anak cucu saya suka naik kuda dengan kos RM 7 sahaja. Kami berehat ditepi pokok dengan udara bersih sambil makan kacang tanah rebus dan mangga muda..hahhh indah..

Gambar  1 : Ikan salai ..Ikan masin disana tak berapa masin.
Gambar 2 : Makan ringan yang tidak halal ..Siap ada patung Bak..

Dapatkan info terbaru dan lawati :

LIKE fan page JRM :https://facebook.com/JRMOfficial
Twitter: http://twitter.com/official_JRM
Instagram: http://instagram.com/official_jrm
Web Rasmi JRM : www.jrm.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!