PURDAH..?Kenapa pakai dan kenapa buka…
Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!
Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.
Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
- Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
- Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
- Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..
Masalah saya semasa berpurdah,
- Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
- Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.
Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??
Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..
Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..
Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..
Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.
Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.
Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM
17 Comments
Ieta Mat Sa'ad
Dah lama, saya juga tertanya2. Hari ni saya dapat jawapannya. Terima kasih berkongsi.
Sekadar berkongsi…
Biras saya dari dulu tidak berfurdah, kini berfurdah dan meneruskan perniagaannya dalam bidang pemakanan dan sering ke China atas urusan bisnesnya dengan jayanya. Beliau didorongi oleh suaminya. Beliau juga blogger.
Tak dinafikan, berniqab memang selesa dan ramai yg hormatkan kita even ada juga yang mencemuh disebabkan kurang faham.
Sabarlah Puan…. Dunia akhir zaman, memang Islam kembali dagang….
Salam ukhuwwah Islamiyyah dari saya ^__^
Blogger Blog ieta
Pingback:
Pingback:
Pingback:
Anie Yat
Assalamualaikum. ..saya mmg mengijuti perkembangan puan… semasa puan memakai niqab…dan puan memberi penjelasan tujuan puan..saya amat kagum… kerana antara sebab ialah puan tidak mau dikenali sebagai seorang yg terkenal…dan mendapat layanan istimewa… saya amat gembira dgn perubahan itu… tp kemudian saya melihat puan sudah pun membuka niqab… namun saya pasti puan ada sebab2 yg kukuh utk berbuat demikian… dan mmg pun wajah serta tapak tangan bukan merupakan aurat wanita…
Ali Wowberita
xpe nak bukak purdah pun..aurat perempuan hanyalah muka dan 2 tapak tangan jer 🙂
Farisya Anastasyia
Perkongsian yg sangat bermanfaat kak rozita.Moga Allah merahmati setiap langkah kak rozita dalam mengejar ma’rifatNya 🙂 InsyaAllah.
Pingback:
sufiana
Ye la tu puan rozita. Tak baik awak salahkan pihak lain disebabkan awak sendiri yg x nak berpurdah. Bbrp tahun lps saya pernah terserempak dgn puan di australia dan terkejut dgn penampilan puan. Meski bertudung, pakaian puan dilihat agak ketat dan menonjol. Jika puan betul ikhlas menutup aurat walaupun tanpa purdah, puan sepatutnya berpakaian lebih longgat dan labuh.
nurul
Asalamualaikum pegalaman puan rozita amat menarik kisahnya ..saya jg ada ceritanya berkaitan berpurdah memang betul bila urusan niaga kita terpaksa buka purdah kita sebb kadang kala org takut bila muka tak nmpk sebb itu saya bila pergi rumah pelangan di depan pintu terpaksa selak purdah untk nmpkkan muka saya .kerana bnyk kes pernipuan kerana itu org jd takut
parajumpers women's long bear coat
I’m not sure exactly why but this site is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I’ll check back later on and see if the problem still exists.
arnid
asalnya, wanita2 arab gemar bermekap n berhias. walau bagaimanapun, berhias itu adalah haram bg wanita di dalam islam, melainkan berhias utk suami shj n dibolehkn dilihat oleh mahramnya shj.
utk mengelakkn bkn mahram drpd melihat solekan n perhiasan mereka, wanita2 arab ini menggunakn purdah utk menyembunyikn kecantikan mereka. malah ada jg yg berpakaian seksi d rumah, tp bila nk keluar rumah terus mereka menyarungkn shj jubah, bila blk rumah trus tanggalkn jubah n hya pakaian seksi jer d badan. jd bila bila bertemu suami, wanita ini akan buka purdah, so tkyah la kelam kabut nk lari masuk bilik, br nk mekap dulu ke ape.
selain tu, tujuan purdah juga supaya tk berlaku pilih kasih d tempat kerja atau mn2 tempat awam lah. takut t yg cantik dpt layanan istimewa, mnkala yg muka tk lawa, cacat dsb dpt layanan tk seberapa.
jd, spekulasi sesetgh pihak yg mengatakn wanit arab memakai purdah krn nk elak debu d pdg pasir adalh mengarut semata2.
jamuratu malaya
Arnid,
Terimaksih sudi komen mudahan sy mendapat menafaat dr tulisan puan.. s
Ruqayya
Masya Allah….macam-macam ujian sekarang ni. Moga semua diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik Insya Allah.
Ruqayya has just posted on….. Beli pun dapat pahala. Macamana tu?
Othman bin Hj Mohd
Tahniah pn Rozita….. Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH ayat 155)
pemulih sunnah yg dirosakkan
Ambil Tahu : HUKUM BERPURDAH ( Ulangan )
Qaul/Pendapat Muktamad : WAJIB ,seperti yang disepakati oleh imam mazhab kita sendiri iaitu Imam Syafie dari sanad tafsiran ayat tentang hijab oleh Saidina Ibnu Abbas r.a,dan dipersetujui oleh mujtahid mazhab kita Imam Nawawi,mujtahid fatwa dan ashabur rajih kita seperti Imam Ibn Hajar Haytami,Zainuddin Malibari dan majoriti ashab syafi’iyyah..Jadi kita amal yang ni,sebab ia muktamad,apa yang jadi,teruk mana pun zaman tu,kita tetap amal ini sebab ia fatwa ulama kita,kalau tak ada orang amal,kita je amal,kita jadi ‘ghuroba’ yang Nabi S.A.W bagi berita gembira kepadanya,jangan risau tentang masalah komunikasi sebab purdah ni dipakai oleh semua isteri Nabi S.A.W dan isteri para sahabat Nabi S.A.W,tapi merekalah pendakwah paling utama dalam umat ini,dakwah mereka didengari sampai kiamat walaupun mereka berpurdah,kita amal agama ikut Nabi S.A,W,bukan ikut nafsu….
Qaul/Pendapadat daif/lemah : TIDAK WAJIB sekirannya AMAN dari FITNAH… ia disepakati oleh Imam Rofi’e,Al-Asnawi dan beberapa kumpulan kecil ulama dalam mazhab yang menyatakan hanya jadi wajib bila menimbulkan fitnah (keinginan) pada laki ajnabi atas alasan muafik (sepakat) dengan mazhab lain seperti mazhab Hanafi dan mazhab Maliki yang menyatakan hal yang sama dalam masalah ini..
Pendapat yg daif ini sering dijadikan fatwa kepad umat islam bermzhab syafie khususnya di malaysia kerana umat islam di malaysia masih blum bersedia mnerima hkum islam seadanya,maka harus utk bertaqlid (ikut) fatwa yang daif iaitu muka dan tapak tangan bukan aurat kecuali timbul fitnah (contohnya sbb cantik sgt,dan mmg rmai yg cantik2..wajib belaka tu…lg2 yg dok tayang muka dlm fb tu,lawa2 belaka)..
Tapi walaupun dibenarkan amek pndapat yg daif,pndapat yg muktamad tetap tidak boleh dinafikan kedudukannya dan stiap wanita kena ada keazaman utk menutup wajah mreka kerana itu sumber ftnah utama kpd lelaki…. smile emoticon
Karya asal : ustaz Ibnu Batoota
jamuratu malaya
uzikri.., terimakasih atas peringatan dn memberikan ilmu pada sy yg masih kurang ilmu apa lagi amalnya..Doakan sy Tuan , agar Allah melembutkan hati sy terus mencari redhanya dn memberikan sy ilmudn sy beramal dgn ilmu itu..