Resipi Bonda

Rahsia – Karipap 5 bulan

Karipap yang sudah siap.
Karipap yang sudah siap.

Bahan inti:

  • Kentang atau Ubi keledek – 300 – 400 gm
  • Potong dadu/jangan kecil sangat – tak cantik masa membentuk nanti
  • Bawang merah 6 biji – bawang putih 3 ulas – halia ½ inci –
  • Tumbuk bahan tumisan asas bawang
  • Nak lebih wangi letakan jintan putih/manis
  • (1 sudu besar jintan2 tu– kisar atau tumbuk halus dgn ½ sudu kecil halba)
  • Rempah kari babas ikut bahan lauk – Ikan – udang atau daging
  • 6 sudu besar atau ikut rasa. tambah Gula – garam – perasa – Ikut cita rasa
  • Rebus semua bahan dengan sukatan air paras bahan kentang – jangan lebih.
  • Kacau sehingga lembut sekiranya masih keras tambah air sikit2.

Ketepikan inti dan sejukan…

Cara buat kulit Rahsia Karipap : 

Tepung gandum 1 kg dimasukan dalam mangkuk mesin kuih- ketepikan

Panaskan :-
1 cawan ( boleh tambah lagi jika suka) minyak atau majerin –
Sehingga betul2 panas sehingga berasap
Masukan 1 senduk – Shortening bila cair

Mulakan :
• Tuangkan semua bahan minyak tersebut
• Pada tepung yang menunggu dalam mangkuk mesin kuih
• Kacau dengan senduk kayu ratakan.
• Putar mesin perlahan-2 sehingga rata
• Sementara itu siapkan air dalam 1 gelas campurkan 2 sudu besar garam
• Tuang dalam mangkuk mesin- kacau sehingga sebati dan lembut
• Jika masih keras tambah air jika terlalu lembik tambah tepung sedikit
• Uli lagi sehingga 20 minit-

Doh yang sedang diuli.
Doh yang sedang diuli.

Doh akan cantik lembut berkilat – bentuk bulat dan Leperkan
Siapkan tray – sapu dengan minyak atau majerin- sebelum menyusun karipap
Letak inti dengan penuh – tutup/kelim sehingga tiada udara – bentuknya akan cantik
Selesai meletakan inti dan membentuk karipap – biarkan 2 jam sehingga karipap berkilat
Bakar dengan suhu 200’c selama 5 ke 6 minit sehingga karipap tiada kesan berkilat.
Sejukan dan simpan dalam peti sejuk – Karipap rahsia tahan selama 5 bulan.

Sangat ranggup dan tidak berminyak..Api sederhana – semasa mengoreng sentiasa dijaga kerana  mudah garing…

Resepi saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

2 Comments

Leave a Reply to nike free 5.0 women's Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!