Resipi Bonda

Resepi – mee kuning – mee karot – mee bayam

Cara membuat 3 jenis Mee

Asas bahan : 

  1. Tepung Gandum Sekilo
  2. Air Alkaline 3 atau 4 sudu besar
  3. Garam halus 1 sudu besar
  4. 400 ml air

Perhatian :

Kalau Mee kuning letak pewarna kuning dalam 1 sudu besar

Mee Bayam atau Mee Karot caranya : –

Mee Bayam
Mee Bayam

Blender Bayam atau lobak merah + air (anggaran 300 ml) – perah sehingga dapat 400ml

Cara Buat Mee : 

  • Uli pakai tangan boleh – cuma penat- sakit-lambat
  • Lebih mudah pakai mesin kuih
  • Jika sudah mahir – sukatan air boleh dikurangkan
  • Lagi kurang air lagi cantik kualiti Mee
  • Tepung akan menyerap udara kelembapan
  • Bergantung cuaca – dan cara menyimpan tepung
  • Sbb itu air bergantung pada kelembaban tepung
  • Semasa mengadun tepung – jangan tuangkan air sekali gus
  • Kesannya (lembik dan tak rata – tak cantik & tak jadi kenyal kurang sedap )
  • Buat Mee bukan macam buat kuih pau atau karipap
Cara menguli menggunakan mesin.
Cara menguli menggunakan mesin.

Bila sebati – kepal- kepalkan lenyek ½ inci dan lebar sebesar tapak tangan bagi memudahkan proses memesin . Dibawah ini cara memesin Mee.

• Masukan kepingan asas doh Mee tadi pada mesin
• Lakukan sehingga – 3 x pusingan
• Sapukan tepung pada kepingan untuk mencantikan kualiti Mee
• Mesin kali ke terakhir meleper dan akhir paling nipis sebelum dijadikan mee
• Standby rebus air dalam kuali besar – untuk mencelur Mee –
• Masukan ½ cawan minyak semasa mencelur mee
• Masukan mee sewaktu air betul mengelegak
• Mesin terakhir pula prose membentuk kepada Mee
• Setelah siap proses mencanai Mee – celur sehingga mee timbul itu dikira sudah masak
• Angkat dan segerakan jirus dengan air sejuk
• Tapis sehingga air mula tiada.

Gaul dengan minyak sehingga rata…Kelebihan mee – halal – – tak sakit perut – tinggi zat untuk badan
Masuk Peti sejuk dan ia akan tahan selama 10 hari…

Resepi saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi..

Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!