
Rahsia – Karipap 5 bulan

Bahan inti:
- Kentang atau Ubi keledek – 300 – 400 gm
- Potong dadu/jangan kecil sangat – tak cantik masa membentuk nanti
- Bawang merah 6 biji – bawang putih 3 ulas – halia ½ inci –
- Tumbuk bahan tumisan asas bawang
- Nak lebih wangi letakan jintan putih/manis
- (1 sudu besar jintan2 tu– kisar atau tumbuk halus dgn ½ sudu kecil halba)
- Rempah kari babas ikut bahan lauk – Ikan – udang atau daging
- 6 sudu besar atau ikut rasa. tambah Gula – garam – perasa – Ikut cita rasa
- Rebus semua bahan dengan sukatan air paras bahan kentang – jangan lebih.
- Kacau sehingga lembut sekiranya masih keras tambah air sikit2.
Ketepikan inti dan sejukan…
Cara buat kulit Rahsia Karipap :
Tepung gandum 1 kg dimasukan dalam mangkuk mesin kuih- ketepikan
Panaskan :-
1 cawan ( boleh tambah lagi jika suka) minyak atau majerin –
Sehingga betul2 panas sehingga berasap
Masukan 1 senduk – Shortening bila cair
Mulakan :
• Tuangkan semua bahan minyak tersebut
• Pada tepung yang menunggu dalam mangkuk mesin kuih
• Kacau dengan senduk kayu ratakan.
• Putar mesin perlahan-2 sehingga rata
• Sementara itu siapkan air dalam 1 gelas campurkan 2 sudu besar garam
• Tuang dalam mangkuk mesin- kacau sehingga sebati dan lembut
• Jika masih keras tambah air jika terlalu lembik tambah tepung sedikit
• Uli lagi sehingga 20 minit-

Doh akan cantik lembut berkilat – bentuk bulat dan Leperkan
Siapkan tray – sapu dengan minyak atau majerin- sebelum menyusun karipap
Letak inti dengan penuh – tutup/kelim sehingga tiada udara – bentuknya akan cantik
Selesai meletakan inti dan membentuk karipap – biarkan 2 jam sehingga karipap berkilat
Bakar dengan suhu 200’c selama 5 ke 6 minit sehingga karipap tiada kesan berkilat.
Sejukan dan simpan dalam peti sejuk – Karipap rahsia tahan selama 5 bulan.
Sangat ranggup dan tidak berminyak..Api sederhana – semasa mengoreng sentiasa dijaga kerana mudah garing…
Resepi saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi..
Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM


2 Comments
nike free 5.0 women's
Hi are using WordPress for your blog platform? I’m new to the blog world but I’m trying to get started and set up my own. Do you require any html coding knowledge to make your own blog? Any help would be greatly appreciated!
nike free 5.0 women’s http://www.jobyasmichael.com/?keyword=nike-free-5.0-women's&id=2732
k.kashi
memang sedap kulit karipap ni, sangat ranggup walau dah lama lepas digoreng, tq.