Dugaan Nooraini

Xda duit lari dri hospital & Masuk penjara jual rokok Gudang Garam.. Dugaan Nooraini : Part 52

Sampai di wad kecemasan lebih kurang jam 3 ptg.. Sy berasa lega dah.. Sy tahu Ani akan selamat.. Baru lah sy rasa lapar sejak pagi tadi, sibuk sampai x sempat makan.. Teringatkan Yati dn Anten apa mereka buat sekarang ni.. Ngerinya penyenduk sampah buatan tangan cederakan anak sendiri…

Dalam hati sy “Anak2 ni penyenduk sampah pun boleh jadi bahan mainan, macam xda benda lain nak main.. Nasib baik x kena perut”.. Lama juga Ani dlm wad, mesti kena jahit ni resah hati sambi mundar mandir menahan kelaparan “Macam mana nak makan duit x da ni adoii lapar sangat”.. Sy mencari2 air paip buat alas perut..

X lama lepas minum Ani di bawa keluar dr wad kecemasan.. Ani dibawa terus ke wad biasa sedang dia lena tidur.. Sy ikut nurse menuju ke katil Ani yg akan ditempat kan.. Sebelum nurse tinggalkan Ani.. Sy kejar Nurse nak tanya, sy nak tau ttg Ani..

Sy        : Bagaimana anak sy parah x..? berapa jahitannya nurse ..??

Nurse : (Senyum mesra dn baik sgt nurse tu..) dekat 20 jahitan gak.. x parah sgt lah..

Sy        : Boleh jalan x lepas ni anak sy Nurse..??

Nurse : Boleh lah.. x kan x boleh pulak..!!

Senyum Nurse tu bergegas meninggalkan sy sbb banyak kerja lah tu.. Sy sebenarnya nak tau lebih lanjut lagi.. Maklumlah sifat keibuan sy tu mahu lebih tahu ttg keadaan anak ni.. (Jiwa keibuan sy meruntun2 kebimbangan dn sedih)..

Rasa malu dn rendah diri sy masa tu mmg x nak cakap dgn doktor.. Perasaan sy org kampung, mana standard miskin bodoh macam ni, x nak doktor pandang.. apa lagi cakap dgn sy..

(Tetiba rasa hiba terkenang nasib Ani).. Kalau nurse layan sy sembang mesti sy cakap macam ni.. “Nurse kalau kamu tau ttg anak sy tu.. Akalnya terencat lepas sawan masa kecik.. Kesian dia.. Dah lah perempuan.. Sebelum ni dia x boleh berjalan.. Bila jadi macam ni sy takut nurse… Sy takut sgt nak lalui lagi anak sy ni cacat x berkaki pulak.. “..

Sambil mengelamun sedih sy rasa lapar makin menjadi2 walaupun dh minum air paip.. Sy bercadang nak ambik makanan Ani sikit nanti  (sedih tulis part ni.. Teringat perasaan masa tu sebagai org susah, rendah diri dn kelaparan yg sy alami.. Masa tu sy ingt peribahasa melayu “Hina besi kerana karat hina manusia kerana melarat” …)

Berbunyi perut… “Haaa mengada2..! Lapar lah.. sedih lah.. bosan lah perasaan perempuan ni.. banyak kerenah.. Selamba je waktu puasa boleh tahan pulak..”.. Sy memarahi diri sendiri.. Perasaan ni kalau dilayan mmg menyusahkan diri.. Masa ni air mata nak menitik merasa rendah diri dn lapar.. Zaman dulu mana ada perhubungan awam.. Dan x kenal sape2 kat sini.. Nak pinjam duit.. Kalau sy balik sape nak jaga Ani..

Nurse dtg bawa makanan utk Ani, bila nurse berlalu terus sy mengerakan Ani utk makan.. Sy menyuapkan Ani makan dn sisanya Ani sy makan.. Shukur Alhamdullilah lega dn senang sekali sbb perut ada isi sikit (jika kita pernah merasa hidup serba kurang, nilai sesuap nasi dan org bagi senyuman pun dah terasa nikmatnya)..

Selama 2 hari di hospital ex suami x dtg melawat kami.. Mungkin xda org jaga anak 2 org lagi (Yati dn Anten sbb tu dia x dtg agaknya.. Sy dah biasa susah, maka xda resah sgt pasal duit dan bagi sy x da ex suami sy lebih suka)..

Ani boleh berjalan ke tandas dgn perlahan.. X menangis, x merenggek.. Ani boleh makan dgn baik sepanjang dihospital.. Berbanyak2 syukur pd Allah.. Mata Ani redup memandang sy.. Sy cium dia berkali2.. Seronok sgt..

Nurse mendekati sy.. memberikan resit utk ambik ubat.. Boleh balik.. Seronok sgt keadaan luka dn jahitan Ani semakin baik.. Sy kemaskan apa yg patut, x banyak pun sbb mmg x bawa baju dn barang2.. Terus sy mendokong Ani ke kaunter ubat..

Paling menyedihkan bab ni lah, masa ambik ubat sy diminta bayar RM38… Termenung sy macam mana nak bayar, sy sesen pun xda duit.. “Ku toleh kiri ku toleh kanan.. Dikau tiada”.. (lirik lagu).. Sy kata kat cashier “Cik sy nak keluar jap cari suami sy”.. Sy cakap macam tu sebenarnya nak bertenang kejap cari idea macam mana nak bayar ni.. Nak pinjam dgn sape..?

Ubat ada di tangan dah… Kalau sy cakap xda duit, nanti sy bayar takut panjang cerita sy kena tahan atau mereka minta balik ubat ni.. Hati merunggut2 kerana sangkaan sy hospital kerajaan ni free.. “Kerajaan x kan bayar.. Kenapa mahal sgt..? Bersalin RM15 je.. Budak kecil je pun”.. Malu dan sesak dada mikirkan… Apa tindakan sy lepas ni..

Selepas 15 minit diluar berfikir sy buat keputusan lari dri hospital.. x bayarlah.. Rasa bersalah dan sy macam sorang pencuri masa tu.. (Sy x pernah ambik dn tipu duit org).. Bergegas sy berjalan cari teksi, supaya pihak staff hospital x nampak sy bawa anak keluar dn x bayar bil..

Teksi cepat menyinggah rapat kesebelah sy dn terus sy masuk ke dalam.. “Felda Kecau ya”.. Sy memberitahu destinasi.. Dada bergetar2 teringatkan sy ni x bayar duit hospital.. Sepanjang jalan sy menidurkan Ani supaya dia rehat dan sy pun nak bertenang..

Sampai sja depan kedai kami, Yati dn Anten menyambut sy.. “Abahhhh Mak balik.. Mak balik”.. Sorak anak2.. Astaghfirullahalazim bersepahnya kedai.. Macam tongkah pecah.. Tempat ikan dn segalanya menyakitkan mata.. Sepanjang sy x da, 2 hari x berkemas dn x jual ikan..

Ani masih lemah x aktif seperti kebiasaan.. Sy berpesan pd Yati agar lebih pantau Ani dn jga kakinya supaya x terpijak atau terkena kotor.. Takut jangkitan kuman.. Sy masak sbb kelaparan dan nak bina tenaga balik, nak kemaskan kedai..

Gmbr sy bersama motor semasa berjualan..
Gmbr sy bersama motor semasa berjualan..

Sambil kemaskan kedai sy terfikir “Bermacam2 ujian.. lepas ni apa lagi agaknya.. Ya Allah kuatkan semangatku Ya Allah.. Takutnya ujian yg x terfikir dek akal fikiran yg akan sy lalui semua ni.. Begini ke hidup org dewasa.. Mak Abah x macam ni  pun..”…

Sy x banyak cakap sbb otak penat berfikir.. Badan letih sbb tidur x selesa semasa di hospital.. Datang beberapa org tekong Indon kepala kontrak beli barang banyak tempahannya.. Sambil sembang2, mereka memberi cadangan supaya sy membeli lori hantu.. Untuk ambik kontrak membaja dn meracun.. Mereka ajar sy dn akan bagi org2 yg cekap berkerja utk sy.. Sy sgt berminat dn teringin nak mencubanya..

Setelah beberapa hari niaga, permintaan rokok gudang garam makin banyak, stok makin x cukup dn kami rancak order kat Alex.. Musuh x pernah diam dn aman hatinya.. X sangka dalam diam ada org report, sabotaj sy.. Elok je kedai sy yg kena.. India x kena pulak.. Masih ternampak2 depan mata macam baru je  kejadian tu…

Kisahnya  

Lebih kurang jam 3 petang.. Ex suami duduk belakang kedai sedang lepak dgn anak2.. Datang seorang lelaki melayu yg sy x kenali..

Lelaki : Sy dapat tahu Awak jual rokok gudang garamkan.. Sy nak buat siasatan kedai awak ni.. (sy panik sgt )..

Sy        : Ada jual Encik tp x banyak lah… (sy terpaksa tipu walhal banyak kat belakang.. Sy nak sorokan, x sempat ni.. Dalam fikiran sy idea paling bagus.. Campak kat sungai belakang.. Biar hanyut dulu, kut2 lepas ni sy boleh kutip balik atau paling tidak sy kena saman atau dipenjarakan)..

Lelaki 1: Mana stor awak letak barang2..?? (Sy ajak dia masuk dn sy mendekati anak2 sambil cakap supaya makan elok2 jgn bersepah2.. Sedangkan sy mencuri dan bagi signal, berbisik kpd ex suami supaya buang kotak2 rokok gudang garam ke sungai sekarang juga, dalam masa yg sama lelaki tu mengeledah kedai)..

Lelaki 1: Ada awak sorok kat mana2 lagi x.. Kat sini mmg xda lah..!!.. (Menggigil kepala lutut sy takut.. X pernah jadi macam ni.. Mau x takut)

Lelaki 2: (Tetiba muncul lelaki lain bawa kotak gudang garam yg dicampak dek ex suami yg masih basah tu..) Tuan ni ada lagi.. mereka campak kat belakang sungai.. (ha ha ha nak gugur jantung ku bahan bukti jelas x boleh sorok dah)..

Berkumpul 3 org pegawai depan kedai kami, banyak peneroka tengok kedai kami masa kena serbu tu… Sy dah x boleh cakap apa..  Hanya menggigil dn senyap terus.. Muka pucat lesi.. Anak2 senyap memerhatikan sja..

Lelaki 1: Sape yg nak sy bawa ni..? Awak atau dia..? (menunjuk pd sy dan ex suami).. Salah ni jual rokok gudang garam.. Kena penjara ni ya.. Sabit kesalahan.. (tegas dan serius bunyinya )..

Sy melihat dlm situasi kami ni.. Adalah lebih baik ex suami lah yg sy suruh masuk ke penjara.. Fikir sy sbb dia lelaki dn sy boleh urus kedai dn anak2.. Sy lebih baik menjaga dn uruskan kedai dibandingkan dgn dia.. Sy bercakap dgn ex suami idea sy tu.. Dia setuju je tp sy ada cakap dgn dia walau apa pun sy akan uruskan dia.. Dgn cara apa pun utk lepaskan dia dri penjara nanti..

Sy        : Suami sy lah Encik.. Sbb sy jaga anak2.. (masa cakap tu rasa kesian tengok bekas suami sy.. Meskipun bendul, perkara ni bukan salah dia sorang.. Salah sy juga.. Dahlah muka kesian dn air muka org baik ex suami sy tu..)..

Lelaki 1: Sy akan bawa awak (bekas suami).. Dan akan dibicarakan nanti..

Semua org memerhatikan drama kami hari tu.. Ex suami masuk kereta dn dibawa pergi.. Anak2 keluar dri dalam dn melihat keadaan ayah mereka.. x tanya apa2 pun pd sy.. (puas hati lah mereka yg report tu..)..

Sy tutup kedai awal.. Sy tinggalkan anak2.. “Yati jaga adik ya.. Mak nak cari jalan macam mana cara nak lepaskan Abah ni.. Jangan main api atau benda bahaya.. Kena tolong Mak.. Ko Anten jangan nakal, tolong lahh”..

Dlm resah sejuk kaki dn tangan tu, sy capai motor RXZ.. pecut macam minah rempit nak cari org kampung.. Mudahan ada jalan nak selesaikan.. Sekali lagi sy rasa di perhatikan macam wayang kulit..

Masa bawa motor.. Sy x tau arah mana sy nak pergi… Hantam sajalah.. Sy mulakan dengan Pak Tua ayah angkat sy org Pahang dn sy dibawa ke rumah ketua kampung.. Sy berbincang disana dan 2nd options sy kerumah sorang lagi, org kampung..

Sy x nak ikhtiar 1 je, kena ikhtiar lebih 1 sbb x tau mana mengena dulu.. X salah mencuba nasib, masa balik tu dah lewat petang sy tebalkan muka singgah rumah org kampung lagi (lupa pulak namanya).. Sy ada dengar dia ni rapat dgn kerabat dn sering ke istana Sultan Pahang yg sekarang ni..

Sy ceritakan masalah sy.. Jawapannya ringkas dn sgt memberikan respond sehingga sy rasa tenang.. Jawabnya “Ohh senang yg amat, esok sy jumpa dn akan minta tolong Sultan.. Mudah je kes awak ni.. InsyaAllah sy boleh tolong awak selesaikan kes ni.. Kami cari suami awak,  dia ada kat balai mana.. Awak baliklah urus anak2.. Semuanya selamat dn selesai cepat.. Sultan suka tolong rakyat”..

Macam mudah selesai bunyinya.. Boleh tidur sy malam ni.. Senangnya hati ada org sudi membantu.. Dan sy balik waktu dah gelap lalu kawasan hutan.. Hati ingat sgt kat anak2.. Mudahan selamat semua anak2 masa sy tinggalkan ni.. Kesian anak2 x da sape tengok2an mereka.. Hati juga rasa x aman sbb risaukan kaki Ani yg masih luka.. Laju sy bawa motor dn sejuk sekali terkena angin malam..

Sampai dikedai kami, Yati dgn adik2nya sudah baring dn bermain2 atas tilam.. Senang hati sy dah tengok muka anak2.. Masih teringat juga pd ex suami, bagaimana keadaan dia dalam penjara.. Kesian dia.. Sy masak makan malam anak2 dn membersihkan luka Ani.. Mudahan esok ada perkabaran baik utk ex suami..

Bertimpa2 ujian hidup rasanya, berat2 semuanya antara sabar dn erti kemanusia..

Moral dr stori sy

Sedih hidup rasa terasing dgn masyarakat.. Walau bagaimana sakit pun, sy masih perlu hidup dgn kelompok manusia juga.. Hidup ni x boleh mengasing diri selamanya.. Kita mmg x kenal mana kawan mana musuh.. Peneroka yg x baik tetap ada, tp jangan cari musuh.. Dalam kebaikan kita ttp ada org pandang..

X semestinya dah kaya baru org akan sayang kita, buktinya dlm diasingkan dn difitnah, Org Indon Org Pahang sangat membantu dan x semua org membenci kita.. Allah kaya dgn rahmat kasih sayang dn di situ ada banyak yg kita boleh pelajari ilmunya.

Orang Pahang yg sy kenali ni meskipun pendalaman, x moden, x peramah.. Mereka x prejudis terhadap sy dn tetap menolong sesama manusia.. Org Pahang ni sgt kaya bagi sy kerana mereka banyak duit cuma x di zahirkan secara kebendaan.. Bukan saja kaya budi bahasa tpi sifat kemanusiaan x kira apa pun kedudukan sy…“Sy cuba meniru sifat baik mereka ini”..

10 Comments

  • AlzaAbdullah

    Saya selaluny jadi silent reader saja, terima kasih atas kesudian Puan berkongsi kisah hidup sekurang-kurangnya untuk dijadikan penangkin semangat buat saya. Nasib setiap orang, kesusahan kita memang tak sama-sama tapi yang mana-mana kisah puan saya jadikan tauladan dan peringatan buat diri saya. Kejayaan tu mudah nak dijunjung tapi bila kita gali akar umbinya baru terserlah pahit maung sebelum sampai kejayaan. Terima kasih sekali lagi.

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Cik Alza
      kisah senang lenang kekayaan kalau diceritakan menyakitkan hati org…kesian org yg xda..sy merasakannya berkongsi realiti kehidupan org2 berusia macam sy ni mungkin boleh memberikan kelapangan bagi org dlm kesukaran

  • sue

    Asaalamualaikum puan…saya nak mintak pendapat…saya skrang mengambil pil resdung nosygon st..alhamdullillah resdung saya berkurang dan xnteruk mcm dulu2 selepas saya menghabiskan 3 botol nosygon tue.,,masalahnya skrang saya nak pkai apa ya untuk memulihkan muka saya nie akibat jerawat resdung nie..saya skrang hanya memakai sunblock st.bg saya sunblock tue untuk melindungi tp bukan untuk merawat keadaan muka saya nie.mlm mlm saya pkai serum sendayu tinggi..,dan juga puan lingkaran hitam bawah mata saya semakinteruklah puan..,saya ingin meminta panduan dan nasihat drpd puan..blog puan memang best..

    • jamuratu malaya

      Waalaikumusalam sue,

      Terimaksih komen kat blog sy ni..x sunyi sy dlm penulisan. .Alhamdullilah Allah bagi keberkesanan dgn produk kami..

      Sy cadangkan puan ambik skin care st yg botol hijau ..lupa sy namanya atau makan trimella produk kolagen st..Atau salmon placenta

      Kalau jrm cik gunakan bio miracle action dn super perfect collagen. .

      Tapi kesan parut ni bukan cepat pulihnya..Ambik masa 2 ke 3 tahun ..kalau x makan atau ikhtiar apa2 mmg xkan sembuh

      • sue

        Puan..,klu saya nak ambik dfolia dgn botanical herba bleh x campur 2 produk nie..saya x kawin lg..mintak tunjuk ajar sekali lagi..ingin kelihatan cantik mcm puan ngan anak puan tue…terima kasih

    • jamuratu malaya

      ila saleh

      Ya ..,kesian sebenarnya org miskin dn xda kawan..itu sy dulu…sekarang sy kalau jumpla cleaner atau org susah sy akan bagi sedekah x..banyak sikit pun jadilah..terutamanya wanita melayu..sbb sy terbayang itu sy

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, dulu first time makan kfc, kawan sy suruh pegang botol kfc berbaki dia cakap free. sy pegang selamba keluar tak de sapa tangkap. kalau fikir balik malu kena tangkap sia2.

    pasal kisah kfc, sy masih ingat lagi family sy pergi rumah seseorang, masa tu ada barel kfc. adik sy nak sangat. tak dapat sebab tak di jemput. mak sy marah sy dan adik. ada ayat mereka yang buat sampai mati sy ingat. sy xdendam cuma sy pendam sampai bila2. sy rasa terhina. sy dtg rumah dia sebab mak ayah sy bawa bukan nak makan kfc dia.

    kesimpulan sy dpt bukan hak kita jangan meminta, bila senang kalau ada orang susah bagi apa orang susah nak bukan bagi orang susah benda mereka xperlukan. kita muliakan hajat orang, satu masa nanti Allah balas berkali ganda.

    bila kita dihina ke dikeji kita tahu perasaan itu dan takkan buat kat orang lain 🙂

Leave a Reply to ilasaleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!