Dugaan Nooraini

Rugi besar..!! Kena tau bezakan kesian dn masa bila kena berhutang.. Dugaan Nooraini : Part 41

Sy ada menceritakan sy beli mesin mee dgn berhutang.. Sy suka sgt nak mencuba sesuatu, mudahan dgn mencuba sesuatu tanpa jemu tu akan menghasilkan sesuatu yg boleh bagi menafaat, ilmu dn kemahiran utk masa depan sy..

Dalam keadaan susah ada org bagi hutang terasa seronok sgt.. Harga mesin tu RM100 x salah sy.. sebulan RM10.. bagi sy x terasa sy nak membayarnya.. Walhal mesin tu sekarang harganya  baru RM50..

Myb zaman dulu lebih murah.. dlm RM30.  Sy beli hutang rm100..(Sejak itu sy berfikir bodoh sgt beli barang hutang.. Sbb harganya 2 kali ganda lebih mahal.. Hanya kerana nak kebendaan sy sanggup berhutang kenapa..??)

Sedangkan sy boleh beli sendiri lebih jimat, kenapa sy bodoh sgt sanggup berhutang benda yg sy boleh beli.. Simpan jelah duit pelan2.. Sama je nilainya dgn beli hutang RM10 kat pegawai felda tu.. Boleh dapat 3 biji lagi..(benda ni mengajar sy ttg nilai jaga duit zaman dulu..)

Wanita dgn Barangan Kemas
Wanita dgn Barangan Kemas

Keadaan sy disana lebih baik dari sebelumnya setiap tahun.. Mmg itu target yg sy kenakan pd diri sy.. Hidup mesti ada target (Set goal).. Perasaan mahu hidup bermasyarakat tetap ada walaupun takut..

Ada beberapa jiran datang kerumah ajak main kutu.. Kutu duit, kutu pinggan dn periuk… Kerana org disana nak simpan duit sekali banyak, mmg susah lah.. Dgn hanya main kutu baru merasa simpan duit dgn banyak..

Mereka ajak main kutu RM200 sorang.. Yg nak main dalam 20 orang maka dapat RM2000.. Kalau main kutu duit  selalunya ramai yg guna buat extend dapur, beli barang kemas, beli moto.. jarang lah yg  simpan kembali duit tu.. Walaupun niat asal mereka mmg nak simpan awalnya he he..

Sy juga trjebak kerana bagi saya eirrhh banyaknya RM2000.. Boleh simpan selepup.. Maka sy pun ikut sama bermain kutu.. Selain dari itu sy sebenarnya nak berbaik2 dgn jiran.. Supaya perkara lama boleh diJernihkan kembali..(sy nak selesa hidup bermasyarakat )

Setelah setuju kami semua berkumpul membuat undian utk menentukan no berapa kami akan dapat duit tu. Sy dapat no 4.. Seronoknya sy sbb bulan ke4 nanti sy akan dpt duit..( siap dah pasang2 angan2..).. No 1 mestilah yg organise tu dapat..

Sepanjang beberapa bulan main kutu tu ada kakak lain yg minta tukar dgnnya.. Dia no 10 nak minta no 4… Alasannya sbb anak dia nak kawin dn masalah kewangan.. Sy kesian dan sy x pakai sgt duit.. Dalam hati sy bagus lambat duit kutu ni.. Sbb dah selesai semuanya..

Sy pun bersetuju tukar no 4, gembira sgt akak tu.. Cukup masa giliran no 7. Kakak yg organise kutu kecoh katanya .. No 10 yg tukar dgn sy tu x bayar dah 2 bulan.. Maka x lama kemudian ada lagi org yg x bayar..

Kecoh dan perang mulut serang menyerang antara mereka.. Sy rugi dan ramai yg dah rugi.. YG DAH DAPAT CABUT LARI MACAM XDA APA2 BERLAKU.. XDA PERJANJIAN XDA APA.. MAKA LEBUR SEGALANYA..

Banyak2 perkara ni semua mengajar kesedaran pd sy sedikit demi sedikit ttg nilai hutang dn duit.. Dalam semua penulisan sy ada cerita dn ada iktibar kenapa sy berbuat demikian…

Seterusnya

Apa sy tulis dlm blog ni sebenarnya sy mengharapkan anak2 sy yg akan baca.. Supaya faham maksud sy marah supaya mereka menang dewasa nanti.. Sy BELAJAR DARI TEKANAN HIDUP..ANAK2 BELAJAR DARI TEKANAN AMI..

Tu lah yg sy nak luahkan rasa kesal kat sini kalau anak2 x suka dgn ami sekarang.. Akan datang mungkin anak2 faham kenapa ami suka marah..

Sikap x suka berdisiplin, bangun tidur lambat, x reti nak urus masa dn cuai, buat kerja 2 kali tu x menempah kalah dalam hidup..  Susahnya hati Ami anak2 x mengendahkan apa yg Ami cakap.. Mereka muda dlm kemewahan dn selesa tu yg menjadikan mereka x bermotivasi..

Kita ni x selamanya hidup senang dan muda.. Akan tua dan sakit.. Ami marah x pa.. x rosak apa pun sakit telinga je.. Keadaan diluar sana tu sgt kejam, menakutkan wahai anak2 ku..

Ami x boleh bagi praktikal hidup Ami yg dulu masa zaman susah… Ami dn kak Yati dah berkais mulakan hidup kita… Ami tengok Kak Yati menghargai semua barang, dn kata2 Ami.. Sbb tu dia boleh buat apa yg Ami minta x banyak soal..

Kesimpulan cerita sy kali ni ialah.  Jangan berhutang kalau boleh beli cash.. Hutang ni menjerat & merugikan kita..

  • Jangan main kutu kerana kita x yakin dgn cara kita simpan duit.. Kita mesti kuat disiplin dlm kewangan..
  • Kena faham betul2.. Jangan terpengaruh dgn perasaan kesian dan sayang kepada org lain.. Perasaan tu akan makan kita balik akhirnya..

7 Comments

  • Noorhafizah

    sebenarnya Puan,sy ada mengikut kisah Puan dan sy kagum sgt dgn Puan..Malah luahan hati Puan td telah berikan sy semangat utk tidak lg berhutang utk mendapatkan sesuatu barang..Sy main kutu tp Alhamdullilah semua yg main ok dan bayar on time..cuma sy la bila dpt duit dh Jd gelap mata mcm2 nk beli..terima kasih Puan.

  • norhidana

    dana ada main kutu kt opis nih kak dh msk thn ke 5 n alhamdulillah takde yg bt hal sbb dana yg kepala tukang kumpul duit, lgpun kami semua keje gomen, time gaji comfirm byr kutu… selalunya duit kutu bt byr duit insuran ngn rodtax kereta…

    tp yelah, setuju ngn akak, beli brg hutang mmg merugikan, lbh baik beli cash je… puas hati

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, dulu sy niaga emas, sy jual kutu. sy pastikan acik2 bawang membawang untuk cari ahli kutu. acik bawang ni peramah, identiti extrovert, orangnya bergaya tp belum tentu berduit. bila dapat gang kutu, masing2 pilih barang kemas, sy masuk ar rahnu, selesai bayar baru tebus barang kemas. seronok kenal acik2 ini walaupun kuat membawang tp mereka pintu rezeki sy.

    pekara paling mengejutkan cleaner, acik dari indonesia merupakan collector brg kemas, mereka simpan duit beli emas, kesimpulannya dont judge customer. layan sama rata dan terbaik. sebab kita tak tahu niat customer dan berapa amount willing to spend.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!