Dugaan Nooraini

Niat x elok sy pernah nak gugurkan kandungan.. Allah balas kifarah yg berat.. Dugaan Nooraini : Part 54

Malu x tergambar masa lampin Ani jatuh, ada gak org senyum simpul memandang kami.. Hati malu bila mengenangkan mulut2 org yg suka mengumpat mengata…

“Org miskin manalah datangnya ni, dah lah miskin berderet2 bawa anak.. Pakai lampin kain buruk.. Dah tau miskin beranak banyak.. xda kerja sbb tu beranak banyak… itulah org miskin fikiran sempit hidup semua x da kualiti.. Lepas tu beranak banyak pulak tu dh tau makan xcukup “..

Contoh bas tahun 1980an
Contoh bas tahun 1980an

Sy terpengaruh dgn fitnah org, jahil pun iyer dn keadaan hidup terdesak sehingga sy pernah berbuat dosa dn Allah balas dgn kifarah sbb niat sy x baik masa mengandungkan Ani.. Masa lewat datang haid sy x nak kandungan ni.. SBB SY MALU, MISKIN DAN X MAMPU..

Hati memberontak kenapa aku subur sangat.. X suka betul mengandung..

Sy makan nenas dn herba dgn niat kandungan tu x menjadi.. Selepas 3 kali sy makan nenas masak sy terus berhenti..

Berani tetapi takut tetap ada.. Masa mencuba mengambil nenas masak tu sebenarnya.. (sy tahu nenas masak x kuat utk mengugurkan kandungan jika nak bandingkan nenas yg muda lebih bahaya dn tajam.. Sy juga makan herba dgn harapan boleh keluar haid sbb baru lewat seminggu)..

Wajib baca ni : Sehingga sy tersedar dn terus insaf..

“Kalau x gugur juga lepas tu kandungan ni lahir anak cacat xda tangan, sumbing ke macam mana..?? Beban 1 x hilang beban baru lebih teruk sy dapat.. Cuba sy yg di bunuh.. Apa sy rasa..??

Sy badan besar sebagai dewasa, boleh lagi lari, merayu dan tau takut nak di bunuh.. Kita masih nak bernyawakan..?? Bagaimana dgn roh kecil x berdaya dlm perut kita sendiri.. Dia x tau apa… Allah bagi rezeki kenapa tolak..? Kejamnya sy jahatnya sy.. Kalau x nak anak ni kenapa bodoh x merancang.. Kenapa nak buat dosa besar..” .. (ramai wanita mengugurkan kandungan zaman sy dulu sbb x nak anak bukan lewat 2 minggu tapi 4 bulan pun di gugurkan dah nampak sifat.. walhal itu anak halal.. alasan x ready dn banyak anak..)

Ujian Allah bermula pd sy :

Allah melindungi kandungan tu selamat sy kandung sehingga dilahirkan.. Gembira dn rasa syukur doktor sahkan Ani sempurna dan sihat.. Allah beri perasaan luar biasa sy melihat Ani sayang yg x tergambar dgn kata2.. Masa lahirnya Ani tu sy bertaubat pd Allah kerana niat sy nak gugurkan Ani kerana alasan x nak anak tu lahir kerana kami susah..

(Anak itu rezeki dn ujian dr Allah.. Sekarang baru sy terfikir macam manalah sy boleh bersalin 8 kali.. Banyaknya anak dn susahnya sy mengandung apatah lagi membesarkan)

Iktibar di sini Allah x izinkan anak tu gugur.. Ingat pembaca semua pengalaman hidup sy ni sy kongsikan bahawa Allah tetap membalas kita di dunia lagi.. x tunggu akhirat apa sja perbuatan buruk kita.. Akibat dri x redha mengandung.. Allah simpan ujian, di tangguhkan selepas kelahiran Ani..

Allah berikan sy 2 kifarah.. Satu melalui bagaimana rasanya anak cacat.. Ke2 rasa keibuan yg kuat.. Ujian ni yg berat sekali rasanya bagi seorang ibu..

Rupanya dia anak paling sy sayang.. Allah pinjamkan dia sempurna selama 6 bulan je.. Selepas dia sakit sy berusaha dia hidup normal seperti anak2 lain.. Dalam kisah ini  teladan yg boleh belajar ialah “Kita x boleh berkehendak atas semua urusan hidup kita.. Kita merancang hidup dn x mampu buat kejadian… Allah menentukan segala ketetapan apa yg berlaku dlm hidup semua manusia dn seluruh hambanya..” 

Sahabat pembaca yg amat sy muliakan.. Sedikit perkongsian sy rawat diri..

  1. Jika kita x sabar… x redha dgn ketentuan Allah apa yg kita boleh buat lagi.. Ada pilihan x..?? Pasti xda…
  2. Percaya pd Allah.. Apa sja keadaan sy itulah ketentuan Allah..
  3. Hanya sabar dn redha yg boleh buat sy kuat kerana sy lihat hidup manusia ni umpama melalui pengembaraan masa..
  4. Kaya macam mana pun kita, x mampu membeli masa yg lepas dn masa akan datang.. Org yg berjimat dn menjaga masa ada lah org yg bijak utk lalui pengembaraan masa..
  5. Jangan berlama2 dgn kesedihan..
  6. Jangan terlalu suka dalam kesenangan..

Sy ni sebagai manusia xda apa yg kena.. Semua x kena dn x redha apa Allah beri.. Susahnya dn mendidik diri redha dgn pemberian Allah.. Ni lah akibat jauh dgn ugama..

Ex Suami x berilmu, lemah membimbing sy pd ugama kena pulak bila jauh dgn ulama, x da bahan bacaan &  media yg berunsur makanan rohani.. Alangkah rugi masa muda sy kosong terbiar.. Jika sy belajar ugama dri awal mesti sy akan berlapang dada apa sja yg datang dlm hidup sy dn menyelami hidup ni kerana bila di selam indahnya Islam tu..

Meskipun buruk kisah silam utk di ceritakan tp sy teruskan berkongsi pengalaman hidup sy ni kerana sy tahu ramai wanita yg melaluinya.. Jangan anda buat tindakan yg salah.. Jadikan kisah sy sebagai panduan..

Moral dri stori kesudahan hidup sy di sini ialah kesal yg x terhingga kerana berperasaan, berniat buruk pd anak yg x berdosa akibat kelemahan kita.. Anak jadi mangsa keadaan..

Wajah Ani redup, anak yg sgt baik x menyusahkan sy menjaganya masa kecilnya.. x banyak ragam cuma dia lemah, sakit dan cacat selepas umurnya 6 bulan.. Hati sy menyoal kembali dan terbit rasa bersalah yg amat sgt.. “dulu anak ni yg sy x nak sangat… Kenapa baru sekarang sy berdoa dan berusaha menjayakan kehidupan kami anak beranak.. Napa x biarkan Ani cacat atau bagi pd org jer..??? Ya Allah ampuni sy, sy sayang dia.. Sy berdosa ampuni sy Ya Allah..”..

Tersedar sy mengelamun masa nak tunggu bas ke Sabak Bernam.. Menitik air mata melihat Ani lena di riba sy.. “Kesian Ani kamu nak jenguk dunia.. Mak sampai hati nak buang dn bunuh kamu dulu… Jahatnya sy..”…

Yati dn Anten dgn ayahnya… Sy nak betulkan keadaan sebagai bukti sy bertaubat pd mu Ya Allah.. Sy akan jayakan dn tebus balik salah sy.. Kali ni sy x nak balik kampung dgn sia2 atau buang masa, sy nak usaha lagi rawat Ani walau ke mana pun sy pergi.. Sy akan tanya org2 di kampung Pt 13 tu ada x jalan nak ikhtiar cara kampung rawat utk urat bekas sawan..

NOTA BUAT IBU 2…

Org kena sawan urat akan kejang dn tarik sehingga melemahkan otak.. tulang belakang dn terencat saraf dn otak, ada kancing gigi, mulut berbuih.. Ia berlaku pd anak2 dan x terkecuali berlaku pd org dewasa.. Sbb tu sy sangat takut ahli family sy atau sesiapa saja yg demam panas.. dn antara lain punca2 sawan ialah ..

JANGAN DIBIAR ANAK DEMAM PANAS,  MELALUI TEMPAT2 KERAS YG BANYAK JIN, JANGAN BAWA ANAK KELUAR WAKTU SENJA, MASA HAMIL JGN KELUAR MALAM DAN PERGI KETEMPAT2 BANYAK JIN.. ia akan menyebabkan gangguan pd anak atau sawan..!!

(Mungkin juga Ani sawan sbb ganguan halus sbb masa duduk rumah dn sana tanah hutan yg baru dibuka.. Allah yg lebih mengetahui segala yg berlaku)

Esok sy sambung lagi, InsyaAllah.. tentang rawatan kampung sy rawat Ani supaya boleh petah bercakap…

4 Comments

  • lina

    Sy baru lps menjalani pembedahan payu dara.bdn sy dah 5kali jalani pembedahan.kali ni sy sedar seperti kata2 puan ketetapan dari Allah kita mampu merancang saja.kita tak da pilihan.klau boleh pilih sapapun tak mahu diuji dgn penyakit dan kemiskinan .

  • ilasaleh

    ye puan.. sabar itu banyak manisnya… reda itu payah.. tapi terpaksa.. insya allah kita kan nampak hasllnya.. mungkin selepas bertahun…. saya bercakap dari pengalaman sendiri.. pengalaman yg secubit nak banding dgn pengalaman puan .. itupun dah buat saya tersungkur.. kalaulah bukan kerana allah… memang dah lama mati kot 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!