Dugaan Nooraini

Ex suami pulih, fitnah pun ikut lenyap..Dugaan Nooraini : Part 30

 

Permandangan Masjid Haram dari atas Hilton.

Menulis dari Mekah Dugaan Noor Aini part 30…

Mengenangkan kembali takdir silam hidup sy ni dgn penuh ucapan dan rasa syukur sebanyak2nya kepadaNya.. Alhamdullilah.. Sy dapat buatkan umrah utk Ani.. Sy menitipkan doa mohon Allah redha penulisan sy agar dapat memberikan menafaat pada insan lain..

Sy x sempat melihat dan membesarkan dia sampai dewasa tapi sy menafaatkan perkongsian ini supaya Ani hidup dlm jiwa sy. Seterusnya melihat kebesaran     Allah. Lahirnya dia, sy belajar melihat di sebalik musibah ada hikmah.. Meskipun cacat dia x pernah menyakitkan sy langsung sebagai anak.. Malahan dia mungkin menyambut sy disyurga nanti..

Anak sempurna yg didoakan pagi petang siang malam serta dibagi makan pakai pelajaran belum tentu membahagiakan hati sy seorang ibu.. Mereka sempurna tapi hati sy sering terluka disebalik  kesempurnaan kecantikan anak tu.. Jangan sekali dikesali anak yg cacat..!!..

Semoga cerita perkongsian hidup sy dalam dugaan Noor Aini menjadi iktibar dalam kepayahan menjalani hidup yang mendatang utk teman2  pembaca sy yg dimuliakan..

Seterusnya scroll…

Keadaan ex suami makin pulih dan dia akan menoreh dalam masa terdekat ni, begitulah kata Pak Cik yg merawatnya.. Dia datang ke rumah mengurutnya buat kali terakhir.. Dan dia kata urat yg teralih tu semakin baik.. Bersama itu Ani juga semakin tegap berjalan..

Dulu Doktor sah kan Ani lumpuh seumur hidup.. Itu kata doktor kan..!! Bukan kata Allah.. Sy x mengalah dan sy percaya Allah kesian dan disimpan jawapan utk sy terus cari..

Lihatlah HAJAT SY ALLAH KABULKAN..WALAUPUN LAMBAT ALLAH TETAP BAGI.. Anak kawan sy yg sama sakit macam Ani terus x boleh berjalan.. Rahsia Allah tersembunyi di depan mahu pun yg ke belakang..

Sy x jemu ikhtiar, sambil mengurut sambil sy berdoa.. Ikhtiarkan tanpa rasa jemu walaupun x berduit bukan alasan sy berdiam diri dan terus membiarkan anak dn ex suami sakit. Mesti ada jalan..!!

Mengenangkan kisah ini terfikir sy bagaimana saat mula berkenalan dgn keluarga ni.. Hebat merendah dirinya walaupun pandai tapi mengaku serba x pandai..“Kami x pandai setakat cuba boleh lah kut dari kita x ikhtiar langsung”.. Masih teringat2 jawapan tu masa sy mengadu masalah..

Mereka merawat bukan pilih org yg berdarjat.. Dan bukan sbb duit. Kerana Allah Subhanahu Wata’ala menolong sesama manusia yg susah (boleh ke sy semulia keluarga ini)..

Sepanjang mengurut dia mendoakan sambil membaca ayat2 quran.. (perbuatannya itu ibadah dn sedekah).. Sy yakin dia org berilmu kerana melihat banyak kitab2 lama bersusun dirumahnya..

Disinilah kelebihan pengalaman dan moral of the story yg sy cuba sampai kan bahawa rahmat Allah datang dlm berbagai bentuk semasa hadirnya setiap ujian tu. Mampukah kita menghadirkan dalam hari yg Allah itu wujud dan sentiasa menolong hambanya meskipun dia memberi ujian.. Menguji kemanisan kuatnya iman dan keyakinan kita padaNya, supaya kita x lalai dari kesesatan dan terus memohon padanya tanpa rasa putus asa..

Bentuk ikhtiar secara kedoktoran x semestinya jalan yg pasti akan sembuh.. Doktor juga manusia dan kata2nya juga xda yg pasti. Drug yg berterusan merosakan saraf atau pembedahan yg belum pasti sembuhnya.. Belum tentu juga ex suami atau Ani berjalan pun..!! (Kini ex suami  boleh berjalan sampai sekarang sejak peristiwa tu)

JANGAN PANDANG RENDAH KEBOLEHAN ORG LAIN MESKIPUN DIA ORG MISKIN..!! Pak Cik org kampung ulu terpencil tu Allah bagi kelebihan ilmu.. Utk sy pandang bahawa ilmu Allah maha luas dan hidup ni terlalu luas pengertiannya..

Ani hanya boleh panggil MAK, KAKAK DAN YG LAIN SIGNAL MACAM ORG BISU.. Anten dan Ani sudah berjalan laju sekali.. Masih berlampin kain batik atau kain pelekat buruk. Keras dan x serap air kencing macam lampin biasa. Bila mereka berjalan dan terlalu aktif (air kencing dah berat) adakala terburai jatuh walaupun diikat kuat seluar getahnya..

Membesarkan anak 3 orang ni dlm keadaan serba kekurangan mmg x menarik utk dilalui. Semua kemudahan asas xda, sebelum ni air kami ambil dari sungai. Dan ada masa lori hantar depan rumah bekalan air bersih. Lepas 3 tahun masuk paip air tapi letrik xda ..

Ada jiran beli generator, offer kami utk kami boleh buka tv waktu malam saja. Sebulan RM5 kalau x salah sy.. Sejak kami pindah kami kalau nak tengok tv caj pakai bateri lori.. Jarang2 kami tengok tv pun.. Kalau habis bateri lori susah sbb kena caj bawa kedai.. Tawaran masuk letrik pakai genarator tu kami terima dan boleh lah kami tengok tv tiap malam..

Masa tu TV3 baru dilancarkan.. Subhanallah seronok betul tengok tv.. Hitam putih je pun.. Masa tu tv warna dah keluar.. Sy x beli sbb x penting xda duit pun.. Sejak boleh menonton TV sy Melihat kemajuan KL.. Masa tu terasa sgt sy ni jauh sgt ketinggalan dari arus kemajuan..

Hati sy sudah mula menerawang ada hajat keluar dari sini tapi bukan sekarang kerana sy x da sijil,  modal dan kenalan utk memulakan hidup di KL.. Anak yg nak sekolah membesar perlu  modal banyak…

Kami menoreh seperti biasa bersama suami,  fitnah ttg sy berskandal gara2 ex suami lumpuh senyap terus di Felda macam xda apa2 berlaku.. Sy semakin uzur x sekuat sebelumnya. Makan ubat jamu Indon bagi tenaga tu pun dah x menjadi.. Sy x larat 20 ekar dah..

Getah dibeli felda sgt murah.. Kami ni sistem saham masa tu. Bukan felda biasa. (Myb macam estet lebih kurang..ada kerja ada gaji).. Ex suami menjual sebahagian getah lantun diluar kat kawasan kampung.. X jual kat PMG (pusat pemungutan getah felda)..

Masa menjual tu kena hati2 takut ditangkap kerana salah sebenarnya. Kami x tau hukum haram sbb itu hak felda, yg kami faham haram tu kalau ambik hak peneroka lain.. Bagi kami pulak masa tu felda kejam dan kami teraniaya… Kami x cukup makan dan kami hanya dibagi ambik barang kantin sebulan RM180 ..(sy bertaubat dan mohon ampun ya Allah dosa ni kat felda.., nak cari sape minta maaf ni..??..).. Semoga Allah ampunkan perbuatan ex suami masu tu.. Sy pun ikut juga makan hasil duit tu.. Jahil sgt dulu..

Sambungan seterusnya sy akan cerita kan sy menoreh getah mengesot dari pokok ke pokok lain.. terlalu lemah sy paksa diri utk kerja.. Sehingga sy x mampu berdiri..

SALAM DARI MEKAH AL MUKARAMMAH…

 

5 Comments

  • dinietinie

    Subhanallah. . Kuat sungguh semangat puan utk menghadapi ujian kehidupan ketika itu.. semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat puan rozita

  • bahtera kasih

    Alllahuakhbar…tekanan hidup boleh menjadikan manusia yg lemah bangkit…Alhmdlh..terima kasih kpd Allah sbb datangkn ujian yg mgkin bg kita susah tetapi disebalik kesusahan dan keperitan itu terselindung hikmah yg besar…semoga kita semua boleh jd setabah kak ita hehe…

  • ilasaleh

    salam puan, saya pun baru pulang dari mekah.. alhamdulilah bila anak saya ada masalah jantng..tekad nak ke mekah makin kuat… anak saya dimaklumkan doktor tak tahu nasibnya (tak tau boleh hidup atau tidak) masa tue masih dalam perut..sakit jantung dikesan seawal 7 bulan dalam perut…

    alhamdulilah berkat doa yg tak putus2..sedekah walau sedikit atas nama anak.. nazar yg dibuat kalau dia bertahan utk ke mekah ..alhamdulilah dah setahun 7 bulan sekarang.. aktif.. tapi masih dengan sakit jantngnya. dia bertahan pun dah 1000 syukur utk ibu seperti saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!