Dugaan Nooraini

Menjual kosmetik dgn anak tokeh balak Dugaan Nooraini : Part 18

 

Sambutan yang menggalakan di Balai Islam, Kelantan.

Jam 4 pagi sy bangun. Nak terbang ke Kelantan.. Ada ceramah utk Amanah Ikhtiar.. Sy mengambil masa 40 min utk menulis blog ni sementara menunggu giliran sy memberikan ceramah suntikan motivasi.. Susur galur semangat sy melalui perjalanan hidup sebagai usahawan…Pada 24 dec 2014..

Sy sambung cerita sy lg..

Selepas mendengar jawaban ex suami sy termenung sambil mengira2 risikonya.. Apa sy kena sediakan kalau nak jual ikan sayur.. Raga sayur + peti ikan + modal beli ikan + Dacing… Adoooiiii moto vespa mana boleh bawa ikan sayur sbb raga besar.. Mana nak cekau duit ni…

Akhirnya setelah sy fikirkan dalam2… Tolak dan campur.. Risiko besar… Sy pendamkan sementara waktu hajat menjual ikan.. Sy menoreh je lah dulu dan teruskan apa yg ada je… Hidup berdikit2 ikut kemampuan lah..

Ahhhhh malas lah fikir dulu…”..Stress nak usahakan hidup dalam hutan.. Sy pun pergi ke cermin membelek2 muka hilangkan sesak kepala… Dan mengambil krim yg sy beli dekat Lipis hari tu.. Siang dan malam sy oles ke muka.. Bersinar warna kulit muka sy… Makin cantik selepas beberapa hari sy amalkan..

booth JRM 2 kali runtuh di serbu pengguna.

Sy sangat sayang kulit muka dan semua yg Allah kurniakan pada sy… BAGI SY BADAN SY NI HANYA SEKALI JE SY MEMILIKINYA … DAN XDA GANTI.. KALAU SY X SAYANG DAN RAWAT…. SY YG RUGI.. DAH LAH MISKIN XDA PELAJARAN. XKAN BADAN SEMEWAH INI YG ALLAH BAGI SY TAK NAK JAGA.. INI ASET SEPANJANG ZAMAN TAU…!!.. (rupanya betul..bila kemas ada rupa minta kerja senang.. Lebih yakin diri.. Pakai baju buruk pun nampak kaya sebb kemas berjaga)  ..

Sejak usia sy 12 tahun sy dah menjaganya secara tradisional. Apa lagi yg ada dlm hidup zaman sy dulu.. Hiburan sy xda langsung.. Menjaga rambut.. Tocang rambut. Inaikan rambut.. Lulur badan dan makan ubat herba, kira seronok dah masa bercermin.. Hp dan komputer mmg xda lah… TV & Radio.. Majalah pun xda sebagai santapan minda atau hiburan..

Melihat hasil muka sy sgt berkesan berubah sgt cantik.. Sy yakin menjualnya dan minta izin kpd ex suami mencuba bakat, boleh ke sy menjual pulak…

Sy keluar jam 11.00 pagi utk menjaja kosmetik yg sy beli dgn cina hari tu.. Sy hanya buat pre order(ambik order tanpa barang..Sy hanya bawa sample je.. Yg sy pakai tu). Sy x nak pergi ke kawasan org2 felda sbb sy takut fitnah dan x yakin penerimaan org felda.. Sy paling muda dan mereka disana x respect pd org muda..

Sy start moto pergi ke kampung Jelai.. Perlahan2 sy bawa moto sambil berfikir2 mana lah sy nak tuju… Rasa hina.. Malu sgt macam org bodoh pun ada.. Masa tu terbayang sy macam mana ex suami boleh menjual goreng pisang.. Kira hebat dia boleh menjual. Dalam hati yg x mahu kalah.. “Alah hai dia jual goreng pisang mmg senang lah 20 sen je.. Semua org makan.. Try jual kosmetik mmg kincit x leh jual gak rasanya..“… Sana mana ada perumahan atau pekerjaan.. Melainkan balak.. Sawit dan getah..

Sy mencuba nasib hari ni… Memulakan target dgn bergaul mencari org kampung luar (Pahang).. Sy sgt malu mengunakan suara utk aproach menjual.. x pernah seumur hidup menjaja… Sy simpan kosmetik dalam kocek seluar..

Orang Pahang ketika itu kebanyakannya semua yg sy kenal bermuka masam dan susah nak senyum.. Kurang mesra.. Sy berhenti di bas stop tepi jalan.. Rehat sekejap.. haus tekak tahan je lah… Ada 2 orang wanita menuju kemari.. Dalam hati sy terus memaksa diri wajib sy menegur org tu dan apa jadi pun kena cuba.. X cuba x tau rasanya macam mana skill psychology dn PR sy berhadapan risiko pembeli. Dan sy nak tengok apa hasilnya keupayaan sy yg suka kepada misi hidup.. Kalau berangan je x da makna.. Buktikan lah…

Sy memberikan senyum perkenalan.. Mereka melihat sy dan membalas sgt tawar sekali.. Aduh berderai jantung..Tersekat2 nak mulakan hajat… Bertambah berat dan malu.. Takut pun ada nak mulakan mukadimah perkenalan… Sy tarik nafas panjang2  membina semula semangat (lepas 5 minit).. Sy pesan sekali lagi dan paksa diri sy kalau x berjaya jangan balik rumah… Sy memulakan strategi awal niaga dgn PR, maka bersuaralah sy memecah hening sunyi di bas stop…

Sy : Akak dari kampung mana dan nak kemana…

Gadis : Sy dekat sini je kampung sy… Sy nak ke Lipis.. Kamu org mana .. Org luar kan.. Duk felda ke..?? (Bahasa org Pahang… Ramah pulak.. Muka je masam dlm hati sy..Haa jarum sudah masuk.. Semangat sy dah masa ni)

Sy : Ya sy org luar Pahang.. Asal Selangor.. Duduk Felda ni dah 2 tahun.. Sy saja duduk sini tengah cari ilham macam mana nak niaga… Sy bukan org senang.. Keluarga kak usahakan apa maksud sy kerja apa ..

Gadis : Kami mmg x kerja.. Ayah kita ketua kampung sini.. Ayah buat balak dan tanah ayah tempat lalu keluar masuk lori balak.. Ayah caj tol lori cina2 keluar masuk hutan ambik balak tu.. (dalam hati org kaya ni)

Sy : Ohh hh.. Alhamdulillah.. Kakak org senang.. Ayah x ikut sekali ke Lipis ke..

Gadis : Sy biasa jalan dgn Ayah..Ayah ke Kolumpo (KL).. Sj keluar nak jalan 2..

Sy : Kakak suka ke jaga muka.. Muka kak cantik ..

Gadis : Tak reti.. Xtau nak jaga dgn produk muka apa.. Muka awak cantik bersih berkilat.. Pakai apa.. (Sy dah masuk fasa menjual.. Berdebar… huuuhhhh)

Sy : Sy pakai ni haa… Murah je sy beli.. Kalau akak nak sy jual RM45.00 (kos Rm30 ).. Mmg bagus sbb dia dibuat dari kulit mutiara.. Kawan sy cina pakai ni.. Mmg cantik sgt 2 minggu dh lain muka..

Gadis : Ada ke kak bawa sekarang..? Sy nak lah kak..

Sy: Sy x da sekarang.. Kalau kakak nak sy boleh hantar ke rumah kak.. Kak nak berapa ..?? Macam mana sy datang rumah kakak sy x tau..

Gadis : Kita jumpa kat sini lagi 3 hari.. Jam 11 dan sy bawa awak ke rumah.. Boleh kita kenal2 dgn keluarga sy… (pucuk dicita ulam yg datang..Alhamdullilah seronok sy)..

Bas pun datang dan gadis tu meninggalkan sy sendirian.. Sy pun start moto utk pulang ke rumah… Bila sy kenangkan.. Sy masa ni macam minah lepak pun ada, minah rempit pun ada… ha ha ha.. Tapi sy lepak buat duit dan berfikir.. Buat kerja… Bukan bual kosong..!! INGAT ANAK2 MUDA BIAR Masa muda susah.. Masa tua jadi senang.. Sekurang2nya kita sudah berikhtiar.. (Anak muda jangan buang masa.. Nanti menempah kefakiran)…

Sy pun pulang ke rumah dan sy merasakan strategy sy menjual make up sudah nampak sedikit jalan .. Senyum bersemangat dan sy x menjual petang ni.. Sy ingin bersama anak sambil membersihkan kebun sayur dan pisang… Namun otak sy berisi syrategy baru. Apa sy kena buat akan datang.. Sy bercadang ke Lipis lagi membeli stok kosmetik utk temujanji lagi 2 dgn gadis tu.. Kali ni sy minta ex suami hantar sy ke Padang Tengku.. Dan sy sekali lagi bersendirian ke Lipis..

Kali  ni sy meronda utk projek berniaga yg berpotensi seterusnya .. Sy nak usahakan lain2 perniagaan akan dtg.. Mana lah tahu ada peluang.. Kaki terasa kejang banyak berjalan.. Apa xnya.. Sy meronda seluruh kawasan bandar Lipis.. (berbukit2)… Semua ceruk kedai sy lihat, intai2.. Dan nak tahu mereka di kedai tu jual apa..!! Itu kerja awal mencari peluang nak buat niaga yg akan datang selain menjual goreng pisang.. Sekadar nak dapatkan belajar mengenal mood asas org niaga je..

Sy membeli kosmetik kali ni sebanyak 10 kotak sahaja RM 25.. Pesan cina tu kat sy berkali2 ..”U kena  selalu cantik… Jaga muka.. U punya badan…itu harta yg mudah nak jual kosmetik.. Itu modal utama kita orang perempuan.. Kalau barang berkesan pun… Muka u x cantik orang x percaya.!! U jgn tipu orang nanti u x kan niaga lama..”

Sy beredar setelah puas berjalan dan membeli kosmetik tadi.. Jari jemari makin sakit kerana berat menjijit beg2 plastik ni.. Ikan sayur, sedikit buah2an.. Pastinya sy akan belikan makanan kesukaan anak2 sekadar kemampuan sy je waktu tu… Sy berhenti sebentar, duduk merehatkan kaki dan jari jemari.. Sementara menunggu ketibaan bas sy (ke Padang Tengku) Sy duduk di bas stop dekat Lipis sambil meninjau2 bas ..

Xlama kemudian bas sampai… Sy naik dan duduk depan sekali.. Dgn kondaktor bas yg sama.. Mungkin sy muda nampak org asing dn kelihatan modern. “AAiii kak kerap kebandar.. Akak sorang je?” Sy jawab ringkas…” Ya cari Barang sikit buat anak2″.. (Sy juga difitnah org felda dgn kondaktor bas)…

Setelah sampai dirumah sy x sabar mengira jam nak start menjual dgn org kampung Jelai tu….dan mahu belajar teknik menjual produk melalui skill sy sendiri… Sy berfikir2 apa yg sy suka dan apa sy x suka (jika org melayani sy semasa membeli barang)… Sy list kan apa sy kena cakap.. Ayat apa awalan dan endingnya..

Bila sy kenang2 kembali sikap sy dan kesungguhan sy dlm bisnes.. Rupanya sy mmg teliti dlm memulakan bisnes dan menjaga customers… Bisnes dengan kepercayaan tu ialah strategy utama sy niaga.. Sy percaya maruah dan jujur niaga ni sgt2 berharga utk jangka masa panjang niaga …

.

 

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!