
Resepi – mee kuning – mee karot – mee bayam
Cara membuat 3 jenis Mee
Asas bahan :
- Tepung Gandum Sekilo
- Air Alkaline 3 atau 4 sudu besar
- Garam halus 1 sudu besar
- 400 ml air
Perhatian :
Kalau Mee kuning letak pewarna kuning dalam 1 sudu besar
Mee Bayam atau Mee Karot caranya : –

Blender Bayam atau lobak merah + air (anggaran 300 ml) – perah sehingga dapat 400ml
Cara Buat Mee :
- Uli pakai tangan boleh – cuma penat- sakit-lambat
- Lebih mudah pakai mesin kuih
- Jika sudah mahir – sukatan air boleh dikurangkan
- Lagi kurang air lagi cantik kualiti Mee
- Tepung akan menyerap udara kelembapan
- Bergantung cuaca – dan cara menyimpan tepung
- Sbb itu air bergantung pada kelembaban tepung
- Semasa mengadun tepung – jangan tuangkan air sekali gus
- Kesannya (lembik dan tak rata – tak cantik & tak jadi kenyal kurang sedap )
- Buat Mee bukan macam buat kuih pau atau karipap

Bila sebati – kepal- kepalkan lenyek ½ inci dan lebar sebesar tapak tangan bagi memudahkan proses memesin . Dibawah ini cara memesin Mee.
• Masukan kepingan asas doh Mee tadi pada mesin
• Lakukan sehingga – 3 x pusingan
• Sapukan tepung pada kepingan untuk mencantikan kualiti Mee
• Mesin kali ke terakhir meleper dan akhir paling nipis sebelum dijadikan mee
• Standby rebus air dalam kuali besar – untuk mencelur Mee –
• Masukan ½ cawan minyak semasa mencelur mee
• Masukan mee sewaktu air betul mengelegak
• Mesin terakhir pula prose membentuk kepada Mee
• Setelah siap proses mencanai Mee – celur sehingga mee timbul itu dikira sudah masak
• Angkat dan segerakan jirus dengan air sejuk
• Tapis sehingga air mula tiada.
Gaul dengan minyak sehingga rata…Kelebihan mee – halal – – tak sakit perut – tinggi zat untuk badan
Masuk Peti sejuk dan ia akan tahan selama 10 hari…
Resepi saya bukanlah terbaik tapi kalau nak cuba inshallah jadi..
Layari :
http://jrm.com.my
http://rozitaibrahim.net
https://www.facebook.com/JRMOfficial
http://instagram.com/official_jrm
https://twitter.com/official_JRM

