Dugaan Nooraini

Pertama di KL.. Sinis pandangan M Cik. Dugaan Nooraini : Part 62

Rasa syukur dn sedih bercampur2 setibanya sy di perkarangan rumah M cik yg sy panggil Angah. Sy mengangkat beg masuk terus masuk keperkarangan rumah memberi salam. Angah keluar menyambut sy. Angah ni antara yg paling ramah dn baik dikalangan keluarga kami.

Pandangan keluarga terhadap sy negatif sekali  “buruk, liar, berani dn susah dijaga”. Sejak kecil perwatakan sy lain dri anak2 perempuan lain. Kulit sy cerah, sikap sy sendiri tu yg menakutkan mereka sgt suka bergaya,  senyum, peramah dn sgt aktif lincah bergerak. Berambut sgt lebat, ikal  cantik semulajadi keperangan. Ke mana sja sy pergi sentiasa menjadi perhatian kaum lelaki.. Ia sgt menakutkan bagi keluarga kami ketika itu.

Zaman dulu semua kaum wanita mmg x ada yg memakai hijab atau menutup aurat.. Dan prinsip family sy ialah menjaga “lembu sekandang lebih senang dri menjaga seorg anak perempuan.  Perempuan ni x ke mana pun kalau bersekolah tinggi sbb tu kawin cepat”..

Semasa remaja sy dikawal ketat oleh org tua, x pernah keluar rumah dn bersosial langsung. Pakaian sy sentiasa berbaju kurung. Setiap kali balik sekolah Abah akan cek beg,  takut ada surat cinta.. Di sekolah dan semasa balik sekolah sentiasa menjadi perhatian lelaki, itu juga salah 1 sebab org tua menerima pinangan keluarga ex suami.

Semasa menjelang hari perkahwinan dgn ex suami sy melarikan diri.. ha ha ha bukan sekali percubaan nak lari tu.. 3x..!!! Mmg  x boleh lupa “hari majlis persandingan tu pun sy buat hal.. Sy cuba utk kali ke3 dan terakhir..

Nyaris termasuk dlm kawah lauk org sedang masak lauk.. Itu last dah x boleh lari. Berserah diri sy disandingkan bermuka masam benci sekali sambil menitik air mata..

Sebelumnya sy pernah lari sesat termasuk dicelah2 rumah org.. Kecoh macam tangkap pencuri.. Ahh benci nak ingat, percubaan yg x berjaya dpt ditangkap juga  dalam masa beberapa bulan sebelum hari perkahwinan..!! Sy merasakan ketika itu kenapa perlu berkahwin kerana sy ramai peminat.

Sy nak sekolah seperti kawan2 lain dn sy pelajar yg cerdik di alam persekolahan.. Berkahwin bg sy ketika itu macam kena jual..

Itu sejarah yg menyebabkan keluarga cap buruk ttg sy. Sy mmg protes selepas berkahwin. Caranya dengan mengenakan pakaian yg bukan berbaju kurung sehingga saat semasa tiba di rumah Mak sedara hari ini juga sgt membuatkan M Cik terkejut melihat perubahan sy..

Sy mengenakan baju t-shirt putih labuh dn berseluar legging biru.. Rambut sy tocangkan kecil2 seperti negro zaman sekarang. Ia dikira sgt melampau. Sy buat2 x nampak lirikan pandangan mata negatif M Cik kerana sy sudah jangka ia akan prejudis dgn style sy ketika itu..

Apa yg sy tulis ini pengalaman dn iktibar.  Manusia x sempurna dn x lepas dri buat dosa termasuklah sy. Semoga Allah memberikan sy keampunan atas dosa sy yg lepas dn yg akan datang.. Sy mohon hidayah dn ilmu kefahaman dalam berugama agar iman dn keyakinan yg tetap sehingga sy mati dalam khusnul khatimah.. Amen Ya Rabb..

Makcik mengajak sy makan kebetulan sy mmg sgt lapar.. Kami berbual panjang memulakan mukadimah dn tujuan sebenar sy ke situ..

M Cik : Mak Abah kamu tau ke apa kamu buat ni. Datang KL sorang2 nak cari kerja ni Ta..

Sy       : X Ngah, mereka xtau sy kemari. Sy bukan suka2 Ngah. Dah buntu cari jalan hidup.. Di sana sejak awal dn sekarang makin sempit adakala nak buat makan jer pun susah..

M Cik : Alah mana2 pun susah nak cari makan. Ke kamu nak hidup bebas tanpa laki dn anak..??

Sy       : Sy nampak macam tu Ngah yer..?? ha ha ha (sentap berbisa sekali)
M Cik: Kamu muda lagi x elok org pandang hidup macam x berlaki, ni kan pulak kerja di KL ni..

Sy       : Angah ingat sy nak macam ni ..?? (sambil ketawa kecil cover rasa sakit dihati) Sy x nak Ngah buat macam ni sy terpaksa..!!  Sy niaga di Felda makin teruk dah x da org kalau x kan sy kemari.. Sebelum berkedai sy kerja kuat sgt dgn tenaga sy perempuan, sy nak ubah nasib… 20 ekar Ngah sy noreh…!! Sampai sy sakit teruk.. Sy dah x sanggup kerja guna kudrat sbb tenaga makin xdaya.. Di Felda, semua sy buat kerja lelaki. Sy ni x rasa sebagai isteri lagi Ngah, atas rasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga sy kemari cari peluang.. Ex Suami tu mengikut jer Ngah.. Mmg dia baik dn apa sy cakap ni Xkan ada sape yg percaya cakap sy.. Sy nampak x elok semua.. Tp itu lah hidup kami Ngah susah sgt.. (sy cuba meyakinkan pd M Cik bahawa sy wanita baik)..

M Cik : Habis kalau duduk sini berapa lama kamu nak duduk, tahan ke kamu berpisah dgn anak2.. (sinis sgt bunyi dn mukanya)..

Sy       : X lama Ngah. Stabil je kerja nanti sy akan bawa ex suami dn anak.. Hajatnya nak sewa rumah bukan duduk dgn angah lama2 pun.. Sy pun ada simpanan Ngah sikit lahh.. Sy akan bayar sewa rumah dn x kan membebankan Angah.. Sbb tu sy berhajat sgt Angah benarkan sy tumpang sekejap di rumah Angah ni..

M Cik : Banyak ke simpanan kamu Ta.. (Tersentap dgn soalan ni)
Sy        : X banyak Ngah,  yg ada dalam 15k.. Hutang ASB 50K.. (sy bukan suka nak cakap berapa simpanan tp demi menyakinkan dia sy bukan dtg menyusahkan)..
M Cik  : Banyak simpanan kamu Ta.. (sgt terkejut)..

Sy        : Alah Ngah sy jimat dn itu pun x tau tahan lama mana.. Sy cuma nak cari tapak duduk sini. Duit tu buat nak mulakan kemari juga Ngah.. (Zaman dulu 15K sgt besar nilainya).. Jam berapa anak2 Angah balik ni..??

Sy ingin bertanya kpd sepupu sy peluang kerja kilang dn bagaimana caranya interview dgn xda pelajaran sy mmg takut saat ni kedatangan sy sia2..!! Selesai makan sy mengemaskan meja dn berkemas apa yg patut dn menunggu kepulangan sepupu sy di ruang tamu..

X lama kemudian kedengaran riuh rendah bunyi org ramai dn kenderaan. Hati berdetik ni mesti org balik kerja. Bingkas sy bangun nak tengok panorama org balik kerja kilang. Bagaimanakah rupanya.. Kelam senja kemerahan diluar sana, melihat pasangan yg berkeluarga memimpin anak masing2 balik ke rumah..

Hati terus teringat anak2 di kampung degan ex suami.. “Ya Allah makan apa anak2.. Masak apa ex suami kat rumah ni.. Kesian mereka semua dn kesian juga nasib sy merempat di rumah org tinggalkan anak2..”.. Melihatkan kebahagian org lain berkahwin dgn lelaki pilihan dn memiliki keluarga yg senang makan pakai terasa sgt hati ni  juga ingin menikmatinya.. Tanpa sedar menitik air mata..

5 Comments

  • faiz

    Puan mmg seorang yg berwawasan.. dlm kesukaran hidup, puan ada simpanan. RM15K bukan jumlah yang sedikit dan ada pinjaman ASB lagi. Anak2 muda sekarang pun belum tentu selepas beberapa lama bekerja boleh mengumpul wang begitu, sebabnya kurang disiplin dan tak sabar nak hidup cara mewah.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, bonda , chapter 62 air mata sy keluar. uhui. pe2pun bonda kena banyak syukur dapat anak pada usia muda. sy ni umur dah patut nikah. tengok anak orang air mata sendiri keluar. anak orang sy duk video call tanya khabar. moga sy cepat nikah 🙂

Leave a Reply to jamuratu malaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!