Dugaan Nooraini

Cabaran pertama kali ke KL sendirian. Dugaan Nooraini : Part 61

Sepanjang perjalanan dalam bas hati sy yg masih muda (masa tu baru berusia dlm 22 tahun) sentiasa membayangkan masuk universiti seperti kawan2 lain.. Sakit hati sendiri bila imaginasi ni singgah dlm fikiran.. Sy malu dgn diri sendiri yg serba xda.

Hati berdoa mudahan Allah melindungi keselamatkan sy dalam perjalanan menuju kerumah Mak Sedara di KL.. Meskipun berani sy meneroka hutan tebal di sempadan Gua Musang mencari rezeki makan pakai anak, namun resah takutnya dgn pemergian ke KL ni lebih ngeri rasanya.

Sy x pernah berjalan sorang diri seumur hidup sy kerana sy sejak kecil x pernah keluar bebas itulah didikan Abah. Masa perjalanan ni teringat terus Abah kat kampung.. Kalau dia tahu apa sy buat ni dn sikap ex suami mesti dia kecewa dn menyesal.

Semasa sy masih dlm jagaannya sama sekali dia x benarkan sy keluar rumah apa lagi keluar bekerja.. Mati sy kena marah dn pernah kena pukul sbb sy cuba mengambil upah menanam anak getah.

Bagi Abah itu sgt memalukannya sebagai ketua keluarga. Pastinya sikap dn pendirian Abah sgt berbeza dgn sikap ex suami yg melindungi sy dn semua wanita dlm keluarga kami.. “ex suami sayang pd sy tp dia x menjaga sy sebaik Abah menjaga sy”

Fikiran bila sedih, macam2 nostalgia lama terkenang kembali.. Pernah 2 kali sy masa balik kampung berhari raya naik kereta api bawa anak2. Kereta api dri Padang Tengku menuju ke Bahau. Itulah kenderaan paling murah.. paling selesa zaman sy dulu.. Sy bawa spring buaian dn gantung atas kepala tempat duduk penumpang untuk  tidurkan Ani dan Anten masa mereka bawah umur 3 tahun.. (Mereka x boleh tidur kalau x berbuai)..

Malu juga rasanya, dlm hati muda masa tu bukan x nak bergaya.. Namanya org x mampu dapat balik kampung dn makan pun seronok. Nilai syukur ni besar sebenarnya dn akan rasa cukup dn tenang merasa cukup apa adanya.

Masa tu macam org asli kami anak beranak. Meskipun naik keretaapi buruk dgn kerusi kayu keras dah bersyukur sangat boleh naik kenderaan dapat jumpa Mak Abah di kampung.. Sebab tu sampai sekarang sy x malu pun kalau keluar negara duduk di ekonomi klas.. (Menahan badan keras kejur badan ni kalau 8 ke 13 jam dlm flight tetap suka jer.).  Itu adalah lebih baik sbb naik kereta api zaman dulu lebih teruk dri naik kapal terbang ekonomi klas.

Yg penting sampai dn sy bukan cacat pun nak bermewah2 duduk 1st klas. Apa ada pd status dn gaya sbb bg sy nilai duit tu susah nak cari.. Selagi boleh jimat dn berbaloi itulah sy pilih. Sampainya sama juga.. (Sy ni x malu bab “gaya mutu keunggulan” sbb x jaga status demi gaya atau nama) ..

Masa dlm kereta api Ani tidur diatas kerusi sy lapikanlah kain batik. Supaya x sakit pinggangnya.. Anten dlm buaian. Yati tidur macam biasa dn sy akan pilih perjalanan petang supaya melalui detik malam.. Sy boleh tidur sekejap dn senang nak handle anak2.. Bila sampai jer di stesen Bahau sy akan ambik teksi masuk ke Palong rumah Mak sy..

Seterusnya lamunan kisah silam terhenti..,

Meninjau mata keluar melihat sign board dimana sy sekarang.. Perjalanan menaiki bas express ke KL mata sy x mengantuk dn terasa pulak jauhnya sehingga jauh sgt mengelamun td. Bas pun berhenti utk time makan.. Sy berlegar2 melihat2 penumpang lain yg sama menuju ke Pudu Raya.. Agaknya mereka sesusah sy ke..?? Soal hati kecik  “semua manusia ada masalah dn kesusahan masing2, sy dgn nasib sy org lain dgn habuan nasib masing2”..

Bas bergerak meneruskan perjalanan dn bila memasuki kawasan KL yg mewah indah terus bersemangat. Pemandangan dn kemajuan KL menakjubkan sy mulakan hidup kat sini dn bagaimana rasanya nak mulakan hidup sy sorang di sini nanti.. dunia moden dn bukan dlm hutan lagi..

Sampai ke Pudu Raya dlm jam 1 tghari, semua penumpang turun.. Sy terus mencari pondok telefon. Sy call Mak sedara nak beritahu sy dh sampai Pudu Raya KL “Ngah sy sy dah sampai KL ni.. Sy nak ke rumah Angah tumpang sementara waktu boleh ke Ngah.. Sy bayar sewa dn makan sy Ngah..”

Hiba sgt hati sbb merasakan sy isteri org dn ibu kpd 3 anak yg miskin merempat nak cari makan. Masa tu sy kawal emosi sedih dn berpura2 riang beritahu yg sy minta tolong nak menumpang hidup sementara waktu dirumahnya.. Malu sgt masa cakap tu.. ye lah dh kawin2 merempat tumpang rumah org.

Org miskin datang bukan org kenamaan sy ni nak bersambut bagai. Suaranya menjawab ms tu kedengaran x mesra.. Tp itu jer harapan sy. Dialah Mak sedara sy yg terbaik… “Angah kalau dri Pudu Raya nak ke rumah angah ni ambik masa berapa jam Ngah yer.. Takutlah Ngah sy x pernah dtg KL sorang2.. Sy takut kena culik Ngah.. KL ni bahaya kan Ngah”…

Sebenarnya dalam hati sy ni mengharapkan kut – kut dia nak minta anak lelaki atau adiknya atau siapa saja dikalangan sedara di sana menjemput sy di sini.. Sy konfirmkan alamat rumahnya supaya nanti teksi boleh bawa sy dengan betul.. (Ramai adik beradik belah Abah dn Mak di KL..).. “Ko ikut jer Ta alamat tu bagi kat dreber teksi tu, rasanya dalam 40min ke 1 jam sampai rumah Angah ni”.. Itu jawaban mak sedara yg sedang sibuk ke dapur katanya td..

Muka terpinga2 dn takut x dapat sy sorokan sementara mata dn diri sy berlegar2 mencari teksi.. Datang 1 teksi menghampiri sy “Nak kemana dik.. Awak nak teksi x..??”.. Driver lelaki berusia dlam 30an menyapa sy.. “Sy nak ke Kampung Medan, Encik boleh hantar ke sana x.”.. Sy menjawab dgn suara teragak2 maklumlah sgt takut.. “Boleh.. Sy biasa hantar org kat sana.. Naiklah”…

Sy masuk ke dalam perut teksi dn terus sy senyap tanpa bersuara.. Tetiba driver menegur sy.. “Awak asal mana macam asing jer sy tengok, x biasa ke datang KL yer”.. Sy makin takut sbb kami berduaan. Dalam hati xda lain sy fikirkan takut dibawa lari kena jual atau kena r****.. Alangkah malangnya nasib sy kalau itu terjadi.. Lama juga utk sy jawab soalannya kerana sy x tau nak jawab. Sy x pandai menipu dn patut ke menipu kerana nak selamatkan diri.. “Sy biasa KL dn sedara sy ramai.. Sy x sihat ni.., X selesa sbb jalan jauh tadi mungkin tu encik nampak muka sy macam org x biasa Kl. Sy org Selangor lah”….

Ahh lega jawaban selamat dn x menipu sy berikan pd soalannya. Perbualan kami terhenti tp sekejap2 dia pandang cermin dn sy nampak matanya mencuri2 pandang ke arah sy.. “Sy nak ambik penumpang lain sementara nak hantar awak ni”.. Sy hanya mengiyakan. Dalam masa 15 minit teksinya berlegar2 mencari penumpang kini masuk penumpang lain. Sy dgn mula terasa mabuk kenderaan sbb x makan lagi tp hati berasa lega sbb ada org lain bersama kami.

Dalam masa 30 minit dia menurunkan penumpang tu tinggal sy yg masih belum di hantar ke destinasi yg sy nak tuju. x sedar sy tertidur sekejap.. Bingkas sy bangun dn sy dapati sy masih dalam teksi. Leganya hati sy masih selamat dlm teksi ni dn mata terus mencari2 jam dah pukul berapa.. Kenapa sy boleh tidur alangkah bahayanya. Sy beranikan diri bertanya. “En jam berapa sekarang”… Cepat dia menjawab “Jam 3 petang”…

Ya Allah jam 3 petang sepatutnya sy dah lama sampai. Mesti org ni jahat. Sy mencari idea untuk lari darinya “Encik napa lama sgt nak sampai yer. Sy pening dn lapar sgt dah ni”.. Kepala sy melihat2 kiri kanan jalan untuk mengetahui sy berada di lokasi mana. Sy juga mengharap ada Polis supaya sy dpt menjerit jika apa2 berlaku..

“Sy bosan drive sorang sbb tu sy bawa awak jalan2 dan x hantar awak lagi.. Lewat sikitlah sy hantar awak kita jalan2 dulu ya”.. Selamba jer dia sambil senyum2 pandang sy.. Makin sy takut..!! Teksinya menuju ke deretan kedai di tepi2 jalan yg banyak kedai makan.. Sy panjang2 mencari akal supaya x nampak takut atau menampakan reaksi muka sy nak lari “En sy nak beli Panadol kejap.. Tunggu kejap jer. Sy mabuk kenderaan Encik, nanti kalau muntah dlm kereta Encik lg susah.”..

Dia berhentikan keretanya. Sy keluar perlahan2 dn berpura2 sakit.. “Awak jangan lama sy nak cari penumpang lain pulak ni “.. jeritnya kuat dr dalam teksi.. “Ya En.. Tunggu tau”… Hilang sy mnyusup dan terus sy hilang melarikan diri.. Ya Allah sgt lega masa tu dgn penuh hati ni mengucapkan rasa syukur..

Ya Allah macam ni ke agaknya kes org kena jual jadi pelacur, rungut sy sendirian.. Dalam masa 30 min sy menyorok dn sy berjalan dgn berhati2 takut terjumpa dgn driver teksi tu lagi.. Sy menongkah ke arah lain yg jauh dri teksi tu. Sy menahan teksi lain dn memastikan dirvernya kali ni mesti muka nampak baik. Sy jumpa lelaki melayu yg dh tua beruban..

“Ni mesti x gatal dn wajah driver tu nampak baik..”  sy memulakan reaksi muka berlagak berani (kononya sy org KL juga) Tujuannya sy xnak terjadi kes macam tadi.. “En hantar sy kealamat ni” Tegas suara sy bercakap kali ni.

Senyap tanpa banyak cakap driver tu menghantar sy ke lokasi. Senang sekali hati sy.. Dlm masa 20 minit sy sudah sampai di perkarangan rumah mak sedara sy tu..

2 Comments

  • saidatulhamimah

    Salam Puan Rozita,

    Terima kasih kerana terus menulis blog ini. Saya adalah silent reader blog Puan. Cerita pengalaman Puan terlalu tinggi motivasinya. Dengan gaya penulisan Puan yang bersahaja, santai terasa kami berada dalam situasi tersebut, merasai pengalaman Puan. Saya juga mengesyorkan blog ini dibaca oleh adik-beradik yg lain sebagai sumber inspirasi. Akhir sekali semoga Allah swt merahmati Puan sekeluarga, dilimpahi rezeki & rahmat dari Nya. Serta Puan selalu berbahagia dengan ahli keluarga. Amin. Teruskan menulisnya Puan.

    • jamuratu malaya

      Saidatulhamimah..Sy baru kelapangan reply..Assallamualaikum..
      MasyaAllah malu s pujian cik ni melambung x sesuai dgn sy …Ia sekadar kasihan pd nasib org lain semoga kebahgiaan akan datang selepas ujian..kena kuat..Dan tulisan sy supaya memujuk mereka yg dalam keluh kesah,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!