Dugaan Nooraini

Dugaan Nooraini: Part 6 : Ani sawan.. Sy Demam..

Assallamualaikum semua pembaca blog sy yg dirahmati Allah SWT dan terima kasih sebanyak2nya terima gaya penulisan sy..

Sy ni nak cerita mewah 2 xda benda nak diceritakan pasal kebendaan..

Sepatutnya semalam sy up date, ntah apa masalah web kami selalu sgt problem.. Sy ingat nak bagi resepi sy… Sy tunda kan entri resepi ya… Habiskan cerita Dugaan Noor Aini.. Sbb ramai yg minta begitu kat email dan di fb maka sy simpulkan elok sy habiskan..

Menulis cerita “Dugaan Noor Aini” bermaksud sy terpaksa membawa hati dan minda kepada kenangan lama yg paling menyakitkan ..!! Pembaca yg sy muliakan.. Sejujurnya perkongsian cerita Ani kisah zaman jahil sy yg mentah.. “Sy ni x da sape bimbing.. Lepas kawin senyap bawa diri.. Kawan2 pun xda  bayangkan usia 16 tahun… Sendiri2 je lah lepas kawin..

Kalau suami ada pegangan agama boleh bimbing dan menjaga perkahwinan dgn betul mmg selesa kawin muda… Sebab dr pengalaman tu… Sy sgt menjaga dan bagi bekalan banyak2 kat anak perempuan (nasihat panduan, ilmu sedikit harta)… supaya mereka x lalui macam sy dulu2… Perit betul..Kena hina umpat keji biasa dah..Yg sy x paling x lupa di ludah dek adik ipar pun pernah selepas perkahwinan ke2…

Ani hanya tinggal kenangan, tapi Dugaan Noor Aini x pernah mati dijiwa sy.. Selepas kesudahan umur Ani dan akhirnya tulisan sy nanti dlm Dugaan Noor Aini (bila hari kematian Noor Aini) sy rasa sy lah ibu paling x berguna.. Tamparan paling hebat dlm sejarah hidup sy semasa muda dulu2 tu…

Part Dugaan Noor Aini ialah perjalanan awal kehidupan sy sebagai remaja muda meniti dewasa dgn dugaan perkahwinan. Gelojak jiwa sy masa muda melawan kemiskinan dan menguasi keadaan dengan merawat mental supaya boleh menguasai emosi dan keadaan..!!

Asalnya sy sama seperti wanita lain.. Bersifat lembut mengalah.. Pendam.. Xpernah berkasar.. Takut.. Menangis.. Ada kala meratap juga kat nasib.. Perkahwinan mengajar sy erti berani dan sekaligus merubah sikap sy “senyap” kepada melawan arus kekejaman …

Situ lah sy belajar melawan kesakitan.. Melawan ketakutan.. Perceraian.. Penghinaan kerana miskin.. Tekanan tu buat sy bangun dan ada kalanya tersasar juga sy buat keputusan bodoh berkahwin semula selepas bercerai (di sihir) niat hanya kerana nak tutup status janda..

Alkisahnya Sambungan dari part 5:

Jiwa dn hidup sy sendirian tanpa keluarga.. Sy xda teman rapat atau jiran yg boleh dipercayai langsung sepanjang sy di Kechau Satu.. Hanya bekas suami dan anak2 tempat bercakap…

Alangkah bagus kalau masa tu ada kawan bagi idea dan petua senang juga sy memanjang2kan akal merawat Ani dan minta pendapat org lain, zaman dulu xda fb kan.. he he he…!!   Tu lah life zaman sy dulu tanpa hiburan. Sy hanya mengurus rumah dan anak2 hanya itu sja rutin harian sy….

Ani sawan bukan sekali tu je.. Setiap hari dia akan tarik sampai hari ke 7.. Ada hari yg dia kena paling teruk sampai sehari 3 kali sawan. Hati sy macam direntap2 melihat Ani sawan.. (Umur Ani 5 bulan hanya terlentang x pandai meniarap lagi)….

Dah lah anak tu perempuan.. Gelap masa depan dia.. Susahnya hati x terbayang waktu tu.., rasa berdosa sbb sy x bagi makanan berzat….. Sy harapkan suami berusha dan sy merayunya berkali2.. Kami miskin dan bertambahnya anak.. Gandakan lah mencari rezeki sebagai org dewasa demi membesarkan anak…!!!.

Sebenarnya sy x takut diri sy miskin masa tu, kalau pun keluarga sy juga org susah tapi x lah sedaif sy… Sangkaan sy betul selama ni sy takut miskin sbb anak makin terseksa, nak ubatan..Pelajaran..Makanan.. Masa depan.. Mmg x mampulah.. Ye lah kami yg dewasa pun x nampak lagi arah hidup.

H.K.L

Semasa hari ke3, baru sy bawa ke hospital.. (x da duit tambah teksi).. Doktor kata kalau dah sawan x boleh buat apa. .Dia suruh dtg lagi utk melihat keadaan Ani tahap mana… Muka Ani yg comel menjadi layu.. Pucat dan lemah.. Sy juga demam dan lesu sekali menjaga Ani..

Esok sy sambung lagi kesukaran dan berita yg sy x mahu dengar..!!.. Part 7  :  Mengigil Doktor sahkan Ani Lumpuh.. sy pula mengandung.. Saat itu sy menguji. Sukar terima kenyataan.. x berani nak lalui takdir yg akan datang.. Meskipun bersuami sy rasa dunia sy sendiri.. Sama macam x bersuami..

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!