Pejabat JRM
Biodata Bonda

Orang Guna Sihir Tak Akan Senang…

Pejabat JRM

Bulan Oktober 2013.. pejabat JRM kecoh, gangguan sihir berlaku. Lembaga hitam berkeliaran pada waktu petang jam 6.00 dan suara memanggil-manggil. Paling ketara, saya yang sangat aktif menjadi sangat mengantuk dan tidak boleh lama di pejabat. Saya hanya nak balik rumah, yang peliknya tiba di rumah hilang terus rasa mengantuk! Walhal saya bukan yang jenis tidur waktu siang. Staf juga turut mengalami rasa malas dan mengantuk yang sama macam saya..

Sejak kehadiran seorang staf baru, setiap hari duit dan produk hilang. Pada awalan berkerja dia tak mencuri sekali banyak sekitar RM100 ke RM200 sehari! Tak ada bukti nak tangkap terlalu licik. Orangnya sopan berusia 40an. Solat tak tinggal dan dalam beg ada buku doa! Siapa sangka sikapnya sangat sopan lembut baik penuh keibuan, tapi sangat buruk lakunya. Ia mengunakan sihir ingin melemahkan dan melalaikan saya dan orang sekeliling di pejabat JRM!

Masuk bulan ke-2 bekerja, dia masuk dalam perangkap saya dengan bukti yang sangat jelas! Dia bertindak lebih berani mencuri sejumlah RM26,700.00 sekaligus! Urusan selama 2 hari untuk mencari bukti berakhir dan selesai pada di rumahnya jam 11.00 malam. Saya datang bersama bersama 5 orang staf, suami dan bantuan seorang yang arif di Kampung Kuang. Mereka membantu saya menyelesaikan penipuan dan sihir wanita licik ini. Rumahnya sangat menyeramkan. Semasa soal selidik suaminya teresak-esak sangat malu dan merayu agar isterinya mengaku dan terkejut dengan bukti yang saya bawa terhadap isterinya!!

Suami wanita licik ini merayu pada suami saya “Tolong ubatkan saya ustaz, banyak kejadian aneh berlaku sepanjang berkahwin dengan dia. Saya pun selalu jumpa lembaga yang menakutkan. Saya bujang, masa kahwin dengan dia tu janda. Kami kenal seminggu je dan terus kahwin ustaz” Saya pelik bercampur kasihan..

Selain mendapatkan kembali duit syarikat yang dicuri saya menasihati wanita licik itu menjauhi syirik penunduk dan kasihanilah pada kawan-kawan yang tidak berdosa. Saya sangat marah kerana staf yang paling teruk kena sihir itu sedang hamil 3 bulan!

Semasa ‘wanita licik’ berkerja di JRM, staf yang kurang amalan semua jadi lemah, sasau dan meracau terpaksa bercuti berubat dikampung masing-masing akibat sihirnya. Keadaan makin parah, suami saya terpaksa merawat semasa staf kerasukan dipejabat JRM. Ketika diruqyah oleh suami, Jin tersebut berkata “Aku nak bagi Rozita bodoh, aku benci dia. Tuan aku nak duitnya.. Akulah yang pecahkan cermin tu, aku nak lari masa dia mengaji tak perasan cermin, terlanggar.. sakit!”

Dinding cermin pejabat JRM pecah. Walhal dinding itu sangat kuat cerminnya. Cermin keras itu khas untuk dinding luar bangunan. Kalau dirempuh kereta baru pecah! CCTV tak nampak aktiviti pencerobohan perompak. Kontraktor pun hairan bagaimana cermin itu pecah tanpa sebab!

5 Comments

  • luna

    Subhanallah dasyhatnya sihir,namun Allah tetap paling berkuasa.Saya doakan puan sekeluarga serta staf dilindungi Allah dari kejadian seumpamanya lagi.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum, alhamdulillah bonda rozita kena sihir dan rawat cara islam. ada dua option pilihan kepada mangsa sihir sama ada dendam atau guna rawatan islam. terima kasih pilih jalan rawatan islam.

    orang begini memang ada di mana2 , salah satu tips kalau jumpa orang dan dia berdehem 3 kali semasa dia berdehem tu dia sedang bagi arahan kepada jin untuk sihir. amalkan alfatihah 41, jaga solat, jadi baik, amalkan ayat manzil, ayat albaqarah 1-5, ayat kursi, 3 ayat terakhir.

    sihir ni terjadi dengan izin Allah. kalau Allah xizinkan tak jadi. jadi kita kembali kepada Allah betulkan diri dulu. kalau rasa dosa buat sunat taubat .cari guru2 yang merawat sihir cara betul tanpa bantuan jin, menurun dan seumpama dengannya. yang izinkan sembuh hanya Allah. jin tu sama macam manusia cuma dia dicipta halus tak nampak di pandangan mata manusia.

    ada sesetengah orang tak percaya sihir, jadi abaikan je. bukan tugas kita mengadu nasib kat orang. Allah dah berfirman dalam alquran surah jin, jadi siapalah kita nak dustakan ayat suci alquran? back to basic.

Leave a Reply to luna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!