
Kaki lembut macam bayi dan petua hebat rendaman kaki rawat penyakit..
Assalamualaikum.. Doa sy kepada semua pembaca blog sy menjalani hari2 yg terbaik.. Amen Amen Ya Rabb..
Sy ingat org berusia je follow blog sy.. Alhamdullilah ramai juga org muda yg baca.. Salam ukhuwah semoga anak2 muda boleh menerima tulisan sy ni seadanya.. Mklumlah kebanyakan yg follow ni banyak yg terpelajar.. Malu juga sy ni maklumlah cara bahasa sy x cantik.. pakai hantam ikut apa terlintas di perut je sy menaipnya..
Topik kali ni rugi x baca kerana ia sgt bagus utk menjimatkan duit dn merawat kesihatan dgn kos murah tp sgt baik…
Bonda nak kongsikan sedikit amalan untuk mendapatkan tapak kaki selembut bayi… Anak2 muda masa zaman bonda muda2 dulu.. Kaum lelaki kalau nak tengok kecantikan anak dara atau wanita melalui tumitnya.. Kalau tumit merah dan cantik haaa dalamnya lebih cantik…
Zaman bonda muda dulu anak dara terkurung dn jarang keluar rumah.. Baju kurung jer walau x bertudung lintup.. Seksi mmg x berani.. Jadi lelaki nak tengok kecantikan dalaman melalui tumit kaki je lah..
Jom lagi bonda nak sembang ya.
Tapak kaki kena cantik juga kan.. Bonda malas jaga kaki asalnya dan kesedaran menjaga tumit kaki ni dalam 3 tahun lepas jerr.. (he he he malu nak cakap.. Tp kalau x atasi kelemahan mana nak dapat pengalaman tu.. Bonda tau kesannya pd diri bonda sbb tu bonda tulis..).
Sy ni aktif berkebun dan sehari sy berjalan dalam 1jam 30minit.. Sebab tu tapak kaki sy keras.. Sy x pakai stokin masa bersenam.. Selipar je selama berjalan laju tu.. Petua sy ni sgt bagus.. Cepat hilangkan kaki yg keras dn pecah2..
Myb anda x caye tp cuba lah berkesan cara sy ni.. X payah pergi ke salon utk menjaga tumit kaki.. Marah org salon yg buat manicure..(Maaflah sy percaya semua org nak cara betul utk menjaga diri bukan senang cari duit oiii).. Sy x suka ke salon buat kuku atau buat rambut..
Alkisahnya…
3 tahun lepas sy mengalami tumit kaki pecah dn kasar x selesa.. Kesedaran bermula bila sy nak tidur tapak kaki dn tumit yg terkena cadar tu terasa kesat dan berderai masa menyeret atas tilam.. Srrrrrrrrr…. Berbunyi pulak tu..!!!
Kena pula cadar cotton satin sampai tercabut benang dn rosak kain jadinya sbb kaki sy tu.. Rasa malu sendiri tersedar lah pulak.. he he he badan berjaga bagai.. ha ha ha tapak kaki keras macam kaki kuda jerrr…
Sy terfikir berpuluh tahun niaga pergilah ke spa buat manicure pedicure myb dgn service kat sana boleh rawat dn kikis kulit keras kematu kaki ni.. Buat sendiri x reti dn ngeri melihatkan pisau dn guntingnya…
Sy pun pergi ke spa buat masa tu kena caj dlm RM45.. Lepas 3 minggu terasa kasar balik.. Maka sy ulang buat lagi rawatan pedicure.. (pada sy x bagus mana kesannya merawat kaki keras ke spa.. Sbb x jadi cantik lembut macam bayi..)
Sejujurnya kaki sy bukan cantik pun..!! he he he.. Alhamdullilah kaki yg x cantik ni lah Allah anugerahkan boleh berjalan dan banyak nikmatnya sy dgn tapak kaki ni.. Walau letaknya dibawah kena jaga dan rawat sekalilah.. Jangan biarkan mengeras… Sy pun nak tumit yg bersih, x kasar.. keras merekah.. (Produk yg sy gunakan bukan produk keluaran sy tau..)
RAWAT PENYAKIT:
Sy nak share kalau ada gaout, pernah termakan racun, atau lancarkan perjalanan darah rendam kaki dgn garam bukit Pakistan bersama air suam + mengkudu atau serai wangi atau pokok kucing.. Kalau org ada kanser rendam garam bukit + pokok semalu atau pokok bunga ni… Bagus sgt kesannya pd kesihatan badan..



RAWAT TUMIT DAN TAPAK KAKI:
Rendaman kaki yg sy buat ni just garam bukit + air panas + air biasa supaya jadi suam.. Tujuan untuk melembutkan kulit kaki dn bagi kesihatan sy lebih baik.. Lepas 15 minit rendam.. Sy lap dan mesinkan.. Kulit kasar akan tanggal… Ini kena buat setiap minggu.. Mesin ni harganya dalam RM 150 (Pakai bateri..) Mahal tp berbaloi mesin ni utk jangka masa lama lah.. X yah gi salon kan..!! (beli kat farmasi jenama scholl)


Tapiiiiiiii x sebagus produk jepun ni namanya baby foot.. Harganya dlm RM52.. Pakai sekali dn buang.. Setahun seeloknya pakai 2 kali utk melembutkan kaki… (buat sekali setiap 6 bulan.)..





Lepas 2 ke 7 hari akan nampak kesan kulit mati dn keras terkopek2 tinggalah kulit yg halus dn lembut.. Masa sy nak ke London tahun lepas sy rendam kaki pakai Baby Foot ni.. Elok lepas hari 4 kaki sy terkopek2.. Seronok sy mengopeknya dalam hotel..


Kena pulak karpetnya jenis nipis berterabur macam sisik ular kesan kulit mati yg tanggal tu.. Sejak sy mengamalkan penjagaan kaki ni sy terus buat setiap bulan.. Selesa dn terasa puas bertapak kaki lembut dn bersih.. Cuma bila dh buang semua kulit kasar tu kaki akan rasa ngilu sedikit masa pijak lantai.. Kena pakai selipar baru selesa masa baru2 lepas kulit mati keluar tu.. Anda cuba lah..


17 Comments
jai
Macam menarik je bonda..hehehe
dulu rajin buat sbb mak sy pun buat…bila dok jauh dr mak sume tggl…kne amal kn balik ni..
fai
Assalamualikum…. Puan baby foot tu beli kat mana. Kulit saya kasar cem kulit badak gajah.
jamuratu malaya
Fai..
Sama lah sy teruk dulunya..sy x tahan bahan kimia dn sy kalau berkebun suka pakai selipar je..jongging pun sama sbb tu tapak kaki keras..baby foot boleh tawar lagi dlm 45rm
liely
Akak beli kat mane yer baby foot tu
jamuratu malaya
Liely..
farmasi biasa je..tp x semua jual kan..yp iti lah yg sy pakai
siti fadillah
Terima kasih bonda…tip yg sungguh membantu…lately tumit kaki pecah2..nak cuba buat la….
jamuratu malaya
Siti fadilah..
yer bagus sgt rawatan ni anak dara kena jaga sbb lbh bertahan cantik nya badan nanti klu dijaga awal2
Salmah Abdullah
tq share ilmu penjagaan kaki..saya juga alami masalah yang sama..buah mengkudu tu nak di potong2 ke dan pokok kucing tu akar saje ataupun sepokok rendam terus sekali..
jamuratu malaya
Salmah Abdullah
potong atau ramas bahan herba tu puan
faradiana md zaman
salam.puan beli kat mana baby foot tu.sy dah cari banyak farmasi tapi xde jual pun benda ni..
kak ton
Kat mana nak beli babybfoot ni ita…kak ton punyer kaki mcm ni gak..abis cadar..lagi satu nak tanya lah..kalau dah pakai baby foot tu perlu ke lagi nak rwndam kaki dgn air garam bukit tu
HANIM
alhamdulillah…terima kasih utk petua/infor puan..sesangat bagus. Saya nk bertanya pd puan, bkenaan sakit tapak kaki dibahagian bawah sedikit pada tumit..apakah?
jamuratu malaya
Puan Hanim
Itu sbb peranakan bermasalah…tumit ialah urat peranakan. .Makan d folia puan..Insyallah kalau Allah izinkan sembuh..sy dh banyak jumpa kes macam ni Alhamdullilah baik dgn d folia
nurul atikah
puan beli baby foot kt mna ya
Anizah
Mana nak beli baby foot ni?
Mimi
Thanks bonds…mmg dok cari Cara jaga kaki nih… semoga murah rezeki bonds…🌹🌹🌹
Mimi
Thanks bonds…mmg dok cari Cara jaga kaki nih… semoga murah rezeki bonda.