Petua Bonda

Kuruskan badan fasa tua pulak..!!

Saya kongsikan bagaimana saya kuruskan badan di fasa tua ni pula..sambungan dari  BURUK BAIK JOGGING & DIET TAK MAKAN NASI LANGSUNG..!! (Gambar ini semasa saya mengandungkan anak yang ke 7 di Jepun).

Saya sangat percaya senaman itu penting tetapi jangan keterlaluan..!! lebih2 lagi kalau dah berusia macam saya ni…Gini lah sebelum cerita panjang.. Lebih elok saya berlapik cakap bahawa apa yang tulis ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dari muda, tengok dari kenalan dan diri sendiri yang mengalami masalah kegemukan ..Bukan dari mengambil mana-mana fakta orang lain..!! Jika nak percaya boleh ..Tak nak percaya pun tak mengapa…

Saya dapati wanita di usia remajanya aktif bersukan dan lasak  berjogging akan  mengalami kegemukan bila tidak lagi aktif bersukan. Metabolisma berlaku terlalu pantas dan tinggi sewaktu bersukan. Kemudaratannya bagi yang terlalu banyak bersukan sukar hamil dan sering mengalami rahim lemah boleh keluar tombong juga. Itu paling takut dan mengandung mudah keguguran. Kalau dah tua nanti kesannya pelvic  jadi lemah iaitu sukar mengawal pembuangan air kecil sehingga kencing pun tak terasa ..tau-2 dah terkeluar kencing..Banyak kes saya dah jumpa..!!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!