Bicara Bonda

Ketahui Tentang Hormon Wanita..

penuaan

Menurut pakar kesihatan antara makanan yang baik untuk menggalakkan hormon dan kesihatan wanita adalah seperti Vitamin B, Evening Primrose Oil (EPO), Kacang Soya, Kacang Kuda, Bunga Cengkih, Black Cohosh, Dang Qui dan Lobata. Namun pengambilan EPO dan Vitamin B menyebabkan selera makan bertambah dan menyebabkan kegemukan.

gmbr mknan
Makanan yg meningkatkan hormon..

Wanita yang normal mempunyai 2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron.  Hormon wanita akan berubah-ubah sewaktu kitaran haid. Hormon memberikan kekuatan tulang, otot, libido, metabolisme, imuniti dan nafsu seks. Ia membuatkan wanita itu ceria, bertenaga, awet muda, bertubuh langsing dan mempunyai nafsu seks yang tinggi.

Namun ada wanita yang memiliki hormon lelaki iaitu androgen dan estrogen. Wanita ini akan mengalami masalah kulit dan perubahan suara yang kasar, rambut gugur, tumbuh misai, janggut seperti lelaki. Kegemukan dan perut yang buncit juga adalah punca masalah hormon.

Orang yang mengalami ketidakseimbangan hormon boleh dilihat melalui penampilan diri mereka yang kelihatan tua berbanding usia, mudah letih, murung, tidak bersemangat, kurang ceria, penampilan kurang menarik dan tidak bertenaga.

Ketahui Fungsi HORMON..

  • Mempengaruhi penampilan dan emosi.
  • Badan manusia bergantung pada hormone untuk tidur dan bangun pagi setiap hari.
  • Berfikir dengan jelas dan membantu pertumbuhan.
  • Mengekalkan kesihatan, berat badan, kesihatan sendi dan paras rupa.
  • Mood, kemampuan dan keinginan seksualiti
  • Kesuburan kulit, rambut dan penglihatan.
  • Perkembangan tubuh badan dan minda.
  • Penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan hormon.

Hormon Penentu Kesihatan Seseorang Individu..

wanita-gemukTAHUKAH ANDA, mengikut kajian pakar-pakar perubatan mendapati hormon adalah penentu kesihatan dan keceriaan kepada lelaki dan wanita. Masalah berat badan, kemurungan, keletihan, cepat marah, sakit otot, sakit sendi, masalah tidur dan stress (tekanan) semua ini berpunca dari ketidakseimbangan hormon.

Bermula umur 25 tahun, manusia mengalami kemerosotan perlahan dalam pengeluaran hormon lalu menyebabkan sistem ketahanan tubuh mulai lemah dan tanda-tanda penuaan pada wajah sudah bermula. Antara lain ialah sikap malas juga berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormon sehingga mengganggu rutin seharian. Wanita yang tidak boleh hamil atau mandul berisiko mengalami masalah ketidakseimbangan hormon. Ia juga penyebab kepada kegemukan, mood yang tidak menentu, berperut boroi dan mudah marah.

Tua sebelum usia..
Tua sebelum usia boleh kelihatan dari wajah dn tekstur kulitnya..

Gejala Ketidakstabilan Hormon :-

  • Darah tinggi.
  • Migrain atau sakit kepala.
  • Kegemukan atau obesiti.
  • Malas dan masalah tidak boleh tidur.
  • Tidak subur, lesu dan mudah keguguran.
  • Haid tidak betul dan senggugut.
  • Gangguan komunikasi dan lemah daya tahan penyakit.
  • Tua sebelum masanya.
  • Individu itu juga bakal berhadapan dengan pelbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, kuku pecah, stress (tekanan), lingkaran hitam bawah mata dan muka cengkung.

FAKTOR KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Memakan segera yg berlebih punca ketidakseimbangan hormon..
Memakan makanan segera yg berlebih punca ketidakseimbangan hormon..

Terjadi kerana beberapa faktor penyebab seperti:-

  • Alkohol
  • Toksik
  • Dadah
  • Kebisingan
  • Radiasi
  • Kurang tidur
  • Bahan Kimia
  • Makanan Segera
  • Peningkatan usia
  • Kurang senaman
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Pencemaran alam sekitar

Cara Mengatasinya

  • Mineral yang seimbang.
  • Makanan yang tinggi antioksidan.

    Makanan tinggi anti-oksidan kebanyakkannya dari buah-buahan citrus..
    Makanan tinggi anti-oksidan kebanyakkannya dari buah-buahan citrus..
  • Supplement dan senaman.
  1. Supplement wanita Royal V & Kopi Ratu
  2. Soya Ginger Bird Nest
  3. Korean Ginseng Tonik
  4. Kopi Badang

Wanita & Menopaus

‘Menopaus’ lebih dikenali sebagai putus haid, tidak boleh hamil iaitu tempoh ketidaksuburan bagi wanita. Terdapat 3 jenis menopaus iaitu :

1) Menopaus semulajadi

2) Menopaus disebabkan pembuangan ovari

3) Menopaus pramatang sebelum umur 40 tahun

menopauseFasa transasi akan berlaku 10 tahun sebelum atau selepas menopaus. Kadang-kadang ia bersifat kekal dan ada yang bersifat sementara. Di bawah ini ialah antara simptom yang akan dialami semasa menopaus atau dalam fasa transasi: –

  • Sukar tidur.
  • Masalah haid.
  • Berdebar-debar.
  • Hilang nafsu.
  • Sakit kepala.
  • Sedih dan murung tanpa sebab.
  • Lenguh, sakit sendi dan tulang.
  • Mudah lupa dan hilang fokus.
  • Panas baran dan mudah tersentuh jiwa.
  • Sakit di beberapa bahagian badan.
  • Berpeluh dengan banyak pada waktu malam.
  • Berasa panas pada muka dan dada seolah-olah demam (hot flashes).

 

Pil Perancang utk mengawal gejala menopaus..
Pil Perancang utk mengawal gejala menopaus..

Gejala Menopaus

Serangan kepanasan atau Hot Flashes boleh menyebabkan wanita itu mengalami tekanan perasaan kerana tidak selesa serta menganggu kehidupan seharian. Doktor pakar sakit puan akan menyarankan wanita itu untuk mengambil HRT atau ‘Hormon Replacement Therapy’ bagi mengawal gejala menapaus. Antara ubat-ubatan untuk HRT seperti pil perancang keluarga, Anti-Depression, Venlafaxine, Gabapentin, Clonidine dan Metildopa sebagai rawatan akibat gejala menopause. Doktor akan memberikan dos dan ubatan yang bersesuaian untuk setiap pesakitnya. Kesan sampingan dari ubat-ubatan ini ialah seperti loya, muntah, pening, mengantuk, sembelit dan kegemukan.

SAYANGI DAN HARGAI DIRI ANDA

Royal-VADA RUPA ADA HARGA… Itulah Royal V. Setiap wanita yang mencubanya pasti akan teruja dan terus mengamalkannya. Perubahan yang dirasai seperti kesihatan bertambah baik, payudara menjadi tegang serta membesar, perut buncit semakin mengempis, punggung kembang dan jatuh menjadi lebih padat dan kemas.

Bagi wanita yang berkahwin pula, suami akan merasai ‘vagina’ begitu berbeza semasa hubungan kelamin iaitu sangat luar biasa kehebatannya. Masalah keputihan, berbau dan haid yang berbau busuk juga akan hilang. Perjalanan haid menjadi lancar, mengeluarkan darah kotor dengan banyak sehingga menaikkan seri wajah wanita kerana rahim mereka menjadi sihat dengan Royal V.

Sepanjang kajian kami mendapati ada wanita yang berumur lewat 40an dan 50an yang sudah menopause kembali datang haid semula, selepas mengamalkan Royal V. Pengguna dikalangan wanita yang berusia dan menopause pula sangat berpuas hati kerana Royal V dapat merawat masalah kesihatan seperti sakit sendi, gout, darah tinggi, kencing manis, perut buncit, tidak dapat mengawal kencing, peranakkan lemah, masalah menopaus seperti kemurungan dan sakit badan dapat diatasi dengan izin Allah yang memberikan shifa’ & afiatnya melalui Royal V.

 

17 Comments

  • faizah

    Puan, sy berusia 51 tahun. Sy ingin mencuba produk puan, namun dalam masa yang sama sy telah berasa selesa dgn kitaran haid yang tidak lagi setiap bulan seperti dulu. 🙂 Dulu kitaran haid saya dalam lingkungan 24-28 hari dan tempoh haid agak lama membuatkan saya rasa begitu pendek tempoh saya boleh solat dan sebagainya. Kini, sy agak selesa dengan keadaan haid saya yang sejak lebih kurang dua tahun ini, hanya beberapa kali sahaja setahun. Apa pendapat puan tentang perkara ini. Terima kasih.

    • jamuratu malaya

      Puan Faezah..
      yg dikasihi semoga sihat hendaknya..
      sebenar menapos dn putus haid itu pasti ..dgn usia pun itu normal kalau dh menapos. .Tp kalau puan selesa dgn xdtg haid x bermakna puan kena biarkan hormon rendah dn x menjaga kesihatan langsung.?royal v ni besar menafaatnya buat wanita..bukan utk muda dn cantik sj..Bila hormon tinggi ingatan kuat..badan sihat segar bertenaga macam org muda..Usia bukan halangan utk kita mengabaikan makan terbaik kerana makanan terbaik pemangkin kesihatan lbh baik

  • Roze

    Assalamualaikum puan …

    saya pernah mengalami masalah ketidakstabilan hormon … sehingga rahim terpaksa di buang. (Choriocarsinorma) lebih kurang begitulah ejaannya … saya pun x berapa pasti. (sejenis kanser). Kini saya berusia 47 tahun. Anak empat … bolehkah saya menggunakan produk yg puan promosikan di radio ikim tadi (Royal V). Sekian terima kasih.

  • Fadzlina

    Assalam puan. Saya wanita berumur 23 tahun. Saya rasa saya mempunyai masalah hormon tidak seimbang sebab kawan kawan saya pernah cakap yanh suara saya selalu garau macam lelaki, saya juga ada bulu yang sangat banyak dia seluruh badan, cepat letih sangat malas dan asyik nak marah, vagina saya juga asyik gatal sangat sejak sekolah dan sekarang vagina saya dah menjadi warna hitam sebab asyik gatal, saya sangat sedih dan sangat sangat murung dan sangat takut nak jumpa orng kat luar sebab masalah masalah ini. Harap puan dapat bantu saya. Saya sangat menghargai pertolongan puan. Saya minat sangat dekat puan. Terima kasih puan.

    • jamuratu malaya

      Fadzlina
      ..Yg sy kasihi..Bukan cik sj ada ramai yg mengalaminya..
      elakan makan ayam daging, makanan ringan macam ayam goreng mc d atau kentucky. .makanan ringan air gas..ada banyak lagi sebenarnya cara nak jaga hormon. .nanti lah sy update kat blog ya..

      Makan d folia 2 biji pagi atau malam..dn makan Royal v ikut dos macam dekat leaflets ya..dah sembuh nanti kurangkan dos rendah.insyaallah

  • azean

    Umur sy 40 th. Skrg sy mkn dfolia, sedu arrow, st beauty dan coco collagen. Boleh tak sy ambil royal v?
    Kalau boleh, perlu tak sy kurangkan dos yg lain?
    Mohon pn berikan jadual mkn yg betul

    • jamuratu malaya

      Azean..
      Boleh Makan dgn Royal V..Ikut je dos dan waktu sama cuma d folia kurangkan kpd 2 biji makannya ambil waktu pagi je RV ambik dos macam leaflet pagi petang dn ikut usia puan 3 sudu sebaiknya dalam sehari 2 kali pengambilan..Kalau nak kesannya lebih baik..Cuma ada org nak jimat makan 2 sudu pun berkesan juga..tp x sebaik dgn 3 sudu lah ..Bila dh berusia hormon kena dipertingkatkan

  • azean

    Terima kasih puan. Sy mmg amalkan
    Produk st sebelum ni. Alhamdulilah, kwn2 x percaya sy dah 40 thn. Nampak mcm 30an.
    Sy mmg yakin dgn produk puan.
    Syukur alhamdulilah…

  • masliza

    Salam sis…bleh sy tya????produk ST ap yg sesuai utk sy yg mempunyai masalah lingkaran hitam bwah mta yg sgt trok????mohon bantu…. :'(

  • Aishah

    Saya berusia 51 ..saya ada penyakit darah tinggi dan asma….saya juga sering allegik pd byk hal…makanan..habuk dan cuaca panas…dek kerana allegik dan penyakit saya ni saya mnjadi penakut…saya takut untuk mencuba produk di pasaran dan suplimen…boleh kah saya mengambil produk ni…ada kesan sampingan x

  • nur

    saya mengalami kekurangan hormon tsh yg rendah….kdg saya berasa panas cemas n kadang macam tak tenteram..ape yg perlu saya makan untuk mengatasi masalah saya ini

  • azmira

    assalammualaikum puan, sy baru berusia 23 tahun, sy mempunyai masalah hormon tak stabil dan badan kerap masuk angin. kekadang tu dia menyebabkan period sy tak teratur langsung. sy risau kalau ade side effect yg buruk. apa perlu sy buat ye puan. mohon bantu sy untuk atasi masalah ini. terima kasih puan

  • Azean

    Assalamualaikum Puan,

    Saya tahun ni da masuk 40 tahun, da start period tak teratur, perut makin buncit, punggung peha makin melebar, angin banyak dalam badan, cepat letih lesu, muka pucat, mudah lupa, cepat marah.

    Saya baru nak kenal produk puan, tapi saya tak tau nak ambil yang mana.

    Harap puan dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!