Petua Bonda

Rawat bawah mata hitam..

Lingkaran hitam dibawah mata dialami oleh lelaki dan wanita. Ia membuatkan wajah kelihatan pelik . Kesannya bawah mata nampak bayang-bayang kelabu dan lebih teruk lagi sehingga gelap hitam di bawah mata mereka. Sehingga ada yang mengelarkan seperti mata burung hantu. Hakikatnya jika dibiarkan ia akan kekal . Bagi kaum hawa kulit menjadi nipis dan kesan lingkaran hitam lebih ketara bila  semakin berusia . Urat lebih menonjol kelihatan dan ketahui antara puncanya ialah :

  • Keletihan dan tidak cukup tidur,
  • Tekanan hidup atau penyakit.
  • Kekurangan nutrien atau penggunaan ubat-ubatan
  • Rabun yang kuat
  • Mata kerap stress
  • Memakai cermin mata yang kuat power

Rawatan terbaik ialah melakukan perkara yang bertentangan diatas :

  • Rancang masa dan cukup tidur
  • Belajar lepaskan masalah dan cari kedamaian
  • Makanan bergizi dan rawat diri dengan herba
  • Merawat diri dengan kaedah semulajadi adalah terbaik
  • Minum air putih dengan banyak
  • Mengunakan Bio Miracle Action (produk JRM)  juga dapat membantu
  • Mengamal tip dibawah yang  saya berikan untuk rawat lingkaran hitam dengan bahan buahan dan sayuran

½ sudu lemon bersama sari tomato 1 sudu besar. Satukan bahan ini dan ambil kapas untuk menyerap bahan campuran tadi. Sapu pada lingkaran hitam mata dan biarkan selama 20 minit. Lap dengan bola kapas direndam di dalam air  jus . Antara lain minum segelas jus tomato dengan satu sudu teh jus lemon dan secubit garam antara petua lain yang membantu lingkaran hitam cepat pudar.  Minum jus ini seminggu 3 kali..!!

Parut ½ cawan timun dan jadikan jus ekstrak . Rendam pad kapas pada jus tadi dan letakkan pada kelopak mata. Berehat selama 20 minit. Bilas dengan bersih lakukan amalan ini  yang  saya beri ini seminggu 3 kali dan and akan rasai mata akan bersinar dan lingkaran makin terang warnanya.

kentang-merahKentang  juga bagus untuk rawat masalah ini . Sebaik2nya ialah kentang merah. Jadikan  jus dan lakukan seperti di atas iaitu mendapatkan ekstrak jus kentang. Langkahnya sama saja , celup pad kapas dan sapu pada tempat pada mata selama 20 minit.

Antara petua lain ialah menyapukan minyak badam dan memakan badam . Sangat banyak menafaatnya dari badam. Ia menguatkan daya ingatan, mencantikan kulit dan ia membantu lingkaran hitam pudar lebih cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!