Petua Bonda

Kaki lembut macam bayi dan petua hebat rendaman kaki rawat penyakit..

Assalamualaikum.. Doa sy kepada semua pembaca blog sy menjalani hari2 yg terbaik.. Amen Amen Ya Rabb..

Sy ingat org berusia je follow blog sy.. Alhamdullilah ramai juga org muda yg baca.. Salam ukhuwah semoga anak2 muda boleh menerima tulisan sy ni seadanya.. Mklumlah kebanyakan yg follow ni banyak yg terpelajar.. Malu juga sy ni maklumlah cara bahasa sy x cantik.. pakai hantam ikut apa terlintas di perut je sy menaipnya..

Topik kali ni rugi x baca kerana ia sgt bagus utk menjimatkan duit dn merawat  kesihatan dgn kos murah tp sgt baik…

Bonda nak kongsikan sedikit amalan untuk mendapatkan tapak kaki selembut bayi… Anak2 muda masa zaman bonda muda2 dulu.. Kaum lelaki kalau nak tengok kecantikan anak dara atau wanita melalui tumitnya.. Kalau tumit merah dan cantik haaa dalamnya lebih cantik…

Zaman bonda muda dulu anak dara terkurung dn jarang keluar rumah.. Baju kurung jer walau x bertudung lintup.. Seksi mmg x berani.. Jadi lelaki nak tengok kecantikan dalaman melalui tumit kaki je lah..

Jom lagi bonda nak sembang ya.

Tapak kaki kena cantik juga kan.. Bonda malas jaga kaki asalnya dan kesedaran menjaga tumit kaki ni dalam 3 tahun lepas jerr.. (he he he malu nak cakap.. Tp kalau x atasi kelemahan mana nak dapat pengalaman tu.. Bonda tau kesannya pd diri bonda sbb tu bonda tulis..).

Sy ni aktif berkebun dan sehari sy berjalan dalam 1jam 30minit.. Sebab tu tapak kaki sy keras.. Sy x pakai stokin masa bersenam.. Selipar je selama berjalan laju tu.. Petua sy ni sgt bagus.. Cepat hilangkan kaki yg keras dn pecah2..

Myb anda x caye tp cuba lah berkesan cara sy ni.. X payah pergi ke salon utk menjaga tumit kaki.. Marah org salon yg buat manicure..(Maaflah sy percaya semua org nak cara betul utk menjaga diri bukan senang cari duit oiii).. Sy x suka ke salon buat kuku atau buat rambut..

Alkisahnya…

3 tahun lepas sy mengalami tumit kaki pecah dn kasar x selesa.. Kesedaran bermula bila sy nak tidur tapak kaki dn tumit yg terkena cadar tu terasa kesat dan berderai masa menyeret atas tilam.. Srrrrrrrrr…. Berbunyi pulak tu..!!!

Kena pula cadar cotton satin sampai tercabut benang dn rosak kain jadinya sbb kaki sy tu.. Rasa malu sendiri tersedar lah pulak.. he he he badan berjaga bagai.. ha ha ha tapak kaki keras macam kaki kuda jerrr…

Sy terfikir berpuluh tahun niaga pergilah ke spa buat manicure pedicure myb dgn service kat sana boleh rawat dn kikis kulit keras kematu kaki ni.. Buat sendiri x reti dn ngeri melihatkan pisau dn guntingnya…

Sy pun pergi ke spa buat masa tu kena caj dlm RM45.. Lepas 3 minggu terasa kasar balik.. Maka sy ulang buat lagi rawatan pedicure.. (pada sy x bagus mana kesannya merawat kaki keras ke spa.. Sbb x jadi cantik lembut macam bayi..)

Sejujurnya kaki sy bukan cantik pun..!! he he he.. Alhamdullilah kaki yg x cantik ni lah Allah anugerahkan boleh berjalan dan banyak nikmatnya sy dgn tapak kaki ni.. Walau letaknya dibawah kena jaga dan rawat sekalilah.. Jangan biarkan mengeras… Sy pun nak tumit yg bersih, x kasar.. keras merekah.. (Produk yg sy gunakan bukan produk keluaran sy tau..)

RAWAT PENYAKIT:

Sy nak share kalau ada gaout, pernah termakan racun, atau lancarkan perjalanan darah rendam kaki dgn garam bukit Pakistan bersama air suam + mengkudu atau serai wangi atau pokok kucing.. Kalau org ada kanser rendam garam bukit + pokok semalu atau pokok bunga ni… Bagus sgt kesannya pd kesihatan badan..

Semalu..
Pokok Semalu..
Sy x tahu nama apa bunga ni.. Kalau ada kanser bagus buat rendaman kaki dn minum rebusan airnya..
Sy x tahu nama apa bunga ni.. Kalau ada kanser bagus buat rendaman kaki dn minum rebusan airnya..
Garam bukit kasar atau halus..
Garam bukit kasar atau halus..

RAWAT TUMIT DAN TAPAK KAKI:

Rendaman kaki yg sy buat ni just garam bukit + air panas + air biasa supaya jadi suam.. Tujuan untuk melembutkan kulit kaki dn bagi kesihatan sy lebih baik.. Lepas 15 minit rendam.. Sy lap dan mesinkan.. Kulit kasar akan tanggal… Ini kena buat setiap minggu.. Mesin ni harganya dalam RM 150 (Pakai bateri..) Mahal tp berbaloi mesin ni utk jangka masa lama lah.. X yah gi salon kan..!! (beli kat farmasi jenama scholl)

Besen plastik lebar yg camourankan garam bukit dn air suam utk rendaman kaki..
Besen plastik lebar yg campurkan garam bukit dn air suam utk rendaman kaki..
Mesin Khas yg sy gunakan utk buang sel kulit mati..
Mesin Khas yg sy gunakan utk buang sel kulit mati..

Tapiiiiiiii x sebagus produk jepun ni namanya baby foot.. Harganya dlm RM52.. Pakai sekali dn buang.. Setahun seeloknya pakai 2 kali utk melembutkan kaki… (buat sekali setiap 6 bulan.)..

Ini yg sy gunakan buang sel kulit keras setiap 6 bulan sekali..
Ini yg sy gunakan buang sel kulit keras setiap 6 bulan sekali..
Ini lah bentuk baby foot..
Ini lah bentuk baby foot..
Kena gunting dulu..
Kena gunting dulu..
Pakai selama 30minit.. Baru cuci..
Pakai selama 30minit.. Baru cuci..
11836707_772770876179657_624106064643638508_n
Selepas hari ke-4

Lepas 2 ke 7 hari akan nampak kesan kulit mati dn keras terkopek2 tinggalah kulit yg halus dn lembut.. Masa sy nak ke London tahun lepas sy rendam kaki pakai Baby Foot ni.. Elok lepas hari 4 kaki sy terkopek2.. Seronok sy mengopeknya dalam hotel..

Anak sy paling suka mengopeknya..
Anak sy paling suka mengopeknya..
Ishhh.. Siap kumpulkan lagi..
Ishhh.. Siap kumpulkan lagi..

Kena pulak karpetnya jenis nipis berterabur macam sisik ular kesan kulit mati yg tanggal tu.. Sejak sy mengamalkan penjagaan kaki ni sy terus buat setiap bulan.. Selesa dn terasa puas bertapak kaki lembut dn bersih.. Cuma bila dh buang semua kulit kasar tu kaki akan rasa ngilu sedikit masa pijak lantai.. Kena pakai selipar baru selesa masa baru2 lepas kulit mati keluar tu.. Anda cuba lah..

15 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!