Dugaan Nooraini

Azab kerja noreh getah rangsang hati mahu lebih kreatif cari rezeki.. Dugaan Nooraini : Part 21

Part 21:

Kita masih diambang tahun baru dan sibuk kita meraikannya.. Esok kita cuti dan esok juga merupakan hari besar kita umat islam.. Mengingati manusia agung kekasih Allah nabi kita Muhammad SAW.. Perbanyakan salawat kepada nabi..

Junjungan besar Nabi kita kaya dgn kebaikan akhlaknya dan  menyeru kita kepada jalan lurus kearah kebenaran…

Sy teruskan tulisan sy utk DUGAAN NOOR AINI.. Kisah kali mungkin sesuai utk anak2 muda yg selalu rasa rendah diri. (ada yg minta sy bagi tips sewaktu temuduga dan kenapa mereka sering gagal mendapat kerja ..dan ada org tanya susahnya mencapai bahagia)..

Sy merasa penat sekali.. Baru sy faham penatnya kerja membanting tulang X sama rasanya bekerja didapur atau berkebun kecil2an dirumah….!!

Sebelum ni sy yg meminta agar ex suami kerja kuat2 untuk mencukupkan keperluan kami… Pengalaman menoreh hari ni benar2 menginsafkan sy betapa penatnya kerja mengunakan tenaga 4 kerat.. (hakikatnya tenaga perempuan mmg x sekuat lelaki )..

Terbit perasaan malu dgn ex suami bahawa sy juga sama macam dia..Lemah dn malas ..suka bagi alasan.. dan x mampu nak kerja berat2.. (Ex suami anak org kaya.. Dia x pernah hidup susah kerana ibunya sering mencukupi apa saja keperluannya.. Anak kesayangan) …

Sy baru noreh 3 ekar je mencungap dn terdampar keletihan bila  balik rumah ..!! Badan sy berbintat2 kemerahan.. Gatal sekali penuh badan sy digigit nyamuk dan pacat.. (Sy x bawa ubat nyamuk masa noreh) …

1111Ya Allah macam mana nak habiskan 10 ekar nanti dn mengutip getah lantun berat dan berbau sgt busuk.. Itu yg dikata dek org2 yg dah pernah menoreh getah dikampung .. Macam bau taik.. Setakat hari ni mmg x da bau lah sbb x jadi getah lantun lagi ….

Bagaimana lah rasanya nanti kerja mengangkat berat getah2 lantun tu, mesti lebih penat dari hari ni.. Ia bermain2 di fikiran sy selepas balik tadi.. Selepas masak dan solat sy hanya memikirkan apa sy perlu siapkan mental utk kerja esok yg semakin berat.. (bukan masak je kena siapkan utk esok..Sy juga kena siap2kan mental itu paling utama kena siapkan dulu sebelum melangkah pergi kerja nak dapatkan rezeki )..

Tak sanggup sy nak kerja… Berat dan penat sungguh dugaan  mencari sesuap nasi ..!! Sedih sgt 6 batang toreh getah baru dapat 10 sen agaknya.. (Sekilo getah lantun 50sen zaman sy dulu)… Pengalaman ini mengajar sy erti kesungguhan nak ubah masa depan (sy masa sekolah antara pelajar yg agak cerdik).. Sy nak jadi professional macam kawan2 sy yg dah masuk IPTA dan keluar negara.. Sy xda sijil sy kena ada dignity diri.. Bila dan bagaimana x tahu..Sy kena buat dari sekarang.. Hargai kerja mengunakan otak ..!! Sy tercari2 idea kerja mengunakan otak dan kudrat seminima sesuai dgn kemampuan sy orang perempuan… Moto hidup sy jelas dan mudah dipraktikan …

SY X DA PILIHAN .Suka atau x suka sy kena buat.. Sy kena bersiap dari sekarang dgn  EQ DAN SQ… TANPA AKEDEMIK SY KENA  KREATIF..Masa amat beharga sy kena terus mencuba.. Tak boleh jemu atau kalah dalam bekerja .. Ini akan menentukan siapa diri sy 20 tahun dari sekarang.. (terlelap lepas berfikir2 )

Meskipun tersiksa dalam hati.. Sy kena ceria dan kesungguhan mesti seiring apa kerja pun yg sy buat.. Sy kena bina jiwa sy supaya kuat jadi agresif dlm kehidupan ni.. Kesibukan.. Kesusahan masa tu.. Tempat pendalaman pulak zaman dulu sy x pernah  hadir mana2 majlis ilmu ugama atau seminar… (bagus sgt 2 perkara ni  dunia akhirat pun dapat)

Kesukaran cari rezeki halal dan payahnya urus anak kecil dan Ani yg cacat adalah latihan Allah bagi kat sy.. Ia  dalam bentuk musibah / ujian hidup.. Supaya sy sebati dgn kesusahan utk mudah sy nak lalui ujian2 lain dihari akan datang.. (ALLAH HEBAT MENGATUR HIDUP SY SEBAGAI HAMBANYA..KESUKARAN TU DATANG BERSAMA HIKMAH…!! ..)

Sy sgt marah ketika itu dgn diri sendiri kerana sy lemah semangat… x tetap pendirian dan mengalah pada semua perkara.. 3 ekar je dah merasa letih.. Apa kerja yg sy boleh buat..??.. Goreng pisang x berjaya.. Kosmetik baru sekali mencuba dah mengalah.. Kelulusan pun xda.. Apa aset diri pun sy x ada.. Kemahiran jauh sekali x da..!! JANGAN BAGI ALASAN PENAT ATAU X MAMPU BUAT..!!

Rasa malu dn tertekan dgn kemampuan sy masa tu… Sy sambil memujuk diri bercampur baur rasa hati termasuklah kemarahan.. “Alah hai baru hari pertama kerja .. Urat badan terkejut.. Kalau dah mahir, sy yakin.. Boleh je sy bertahan, Sy kan muda remaja lagi.. Badan masih segar mana boleh mengalah buta2 gitu je”...

Sy suka menganalisa semua yg berlaku dikeliling … Akan sy kaitkan dgn diri sendiri.. Sebagai panduan dan mengasah cara sy berfikir ketika itu..

Esok hari ke 2 menoreh..

Selesai memasak.. Sy siapkan pakaian dan bekal makanan utk Yati bawa kerumah Mak Cik Sebelah.. Hari ni bekal nasi goreng.. Air teh 1 botol dan air sejuk 1 balang besar.. Sangkar ubat nyamuk yg ikat dipinggang supaya sy x digigit nyamuk.. Sy pakai kasut dan stokin supaya kaki x sakit dan selesa masa menoreh..

Sy buka tingkap rumah.. Padamkan pelita.. Dan meletakan semua barang 2 ditepi dinding supaya Yati mudah menguruskan adik2 bila mereka jaga dari tidur.. Anak2 masih lena tidur sewaktu sy melangkah keluar rumah..

Sy bercakap dalam hati..”Ya Allah , Nabi Muhammad tu miskin anak yatim lagi..Tapi engkau kasih dn pelihara dia.. Macam2 Allah buka jalan pada Dia… Sy percaya Allah sayang dan kasihan juga kat sy.. Sy keluar ni cari rezeki utk anak2.. Allah tunjuk jalan lah pada sy ni..”.. Sy merasakan dgn bercakap begini Allah ringankan beban sy… Dan kepercayaan sy sgt yakin Allah mendengar apa sy katakan.. (sy sunyi xda kawan.. Hanya Allah dn anak2 sy bercakap).. Cara sy masa tu ialah org x berilmu agama (setakat solat dan puasa je..x pandai nak doa lain2)…

Kelambun saya gunakan waktu susah dulu..

Cuaca pagi yg berkabus menyambut sy dengan segar sekali, sama seperti semangat sy yg sudah diperbaharui.. Saya menoreh getah di kawasan lain yg lebih berbukit2… Maksudnya lebih susah dari semalam.. Sy nekad nak habiskan 5 ekar hari ni… Sy masih kurang arif mengenal kawasan sy dgn pokok getah org lain… Sy kena ada teknik memudahkan menoreh supaya sy x penat dan x pusing kebun 2 kali.. Sy menoreh satu bukit dn ex suami menoreh dikawasan lain.. Kami berpecah..

Sy berhenti sebentar makan sarapan pagi dan ada sedikit lagi berbaki utk 5 ekar sebelum jam 11.30 am.. Rupanya sy menoreh makin cepat dari semalam kerana tidak digangu nyamuk dan pacat.. Ubat nyamuk gantung di pinggang amat membantu.. ha ha ha.. Kalau kerja ofc bau baju wangi je sembur minyak wangi.. Baju sy pula bau ubat nyamuk..

Sy pulang seperti biasa dan sy berjaya habiskan 5 ekar hari ni.. Seorang diri.. Sy seronok sekali dan kepenatannya sama macam semalam juga rasanya.. (cuma semalam  3 ekar)… Stamina sy makin tahan dan boleh menerima keadaan tu.. Permulaan yg baik utk kerjaya sy sebagai penoreh getah..

Aktiviti utama sy pagi petang makan jamu dn jaga kecantikan x pernah sy merasa bosan..Sy mandi disungai, sejuk dan sedap bila kena pada kulit.. Masa membersihkan kulit2 badan  terasa kasar tapak tangan.. Tapak tangan sy sudah mengeras akibat memegang pisau getah.. Esoknya sy kena pakai sarung tangan nanti tangan sy besar dan x cantik…. Iktibar dari pengalaman setakat ini sy dapati  :

▪ Sy percaya bekerja dari tahap bawahan sebenarnya bagus utk belajar mengenali diri dlm kehidupan, kita akan lebih bersyukur dlm situasi apa pun..!!

  • Kita membina semangat
  • Mengenal potensi atau kelemahan diri.
  • Belajar mengawal emosi.. (sikap buruk kita )
  • Merangsang emosi (sikap baik kita)

Jika dilawan kelemahan sekuat2nya utk mencari positif diri .., akhir nya walaupun lambat akan capai juga kejayaan tu.. X kisahlah bentuk kejayaan apa pun.. Yg paling penting kita tau kontrol diri.. Sbb diri kita ni bukan semua bagus..  KEBANYAKAN MANUSIA NI BODOH MEREKA X SEDAR..!! Antara sikapnya ialah x boleh terima teguran dan kritikan.. Melenting dan marah yg di dahulukan..  Mana tahu satu hari nanti bila dah jadi org senang, jiwa boleh tapis… Mudah membuang rasa ego dan angkuh… Pentingkan diri sendiri… Kita memahami perasan orang lain kerana kita berasal dari org bawahan juga..

▪ Mengatasi rasa malu dgn berpaut hidup dari kemampuan org lain/ terdekat. Sifat ni paling x bagus..!!

Malu wajib ada.. Tapi pilih pada saranan agama..!! Jangan malu x bertempat…Malu ni berpunca dari asuhan diri sendiri juga.. Ke2 baru keluarga sebenarnya..!!  Kurang pendedahan luar dan x yakin diri antaranya yg melemahkan potensi diri.. Nak berjaya selain dari curahan tenaga, cara rangsang otak, rajin x putus asa.. PR paling penting..

Antara penyebabnya rasa malu x bertempat ni (lemahkan semangat dn PR) ialah kegemukan atau wajah kurang menarik, miskin, cacat, masalah peribadi atau keluarga, kurang akedemik..

Bermula dari PR dan cara bertindak.. Ia skill utama dalam kerjaya (Pr ada banyak cabang skillnya…Dan phycologi sgt penting)

  1. Sebutan kurang jelas dalam percakapan
  2. Bahasa yg digunakan tidak menarik atau x sopan
  3. Step memulakan dan memperkenalkan diri salah..
  4. Tidak pandai atau x bersedia membaca sikap org dihadapan kita ..
  5. Tidak bijak menguasai suasana dlm perbualan..
  6. Perwatakan, warna pakaian, tidak ceria, kurang informasi salah 1 sebab gagalnya PR.
  7. Tidak boleh mengawal perasaan gementar (cepat panik)

Malu… Kelemahan PR… Sentiasa berharap sokongan/bergantung  org lain.. x pandai MENDIRI (Mengurus diri atau berdikari)  merupakan faktor kegagalan utama.. Ini sukar mewujudkan kecemerlangan diri..

▪ Perhatikan ada setengah org dlm kesukaran hidup akan terus mengambil kepada jalan negatif… Puncanya dari jiwa yg x dibendung dari awal.. Pilihlah kawan, bahan bacaan yg sebaik2nya utk menyuburkan jiwa yg  lemah semangat dn ini amat bahaya..

Rangsangan hidup untuk berjuang akan padam.. Ia boleh menjurus kepada gejala kurang sihat pencuri, penipu atau kegiatan2 lain x bermoral kerana ingin mengecapi kesenangan dgn cara mudah..

Xda benda mudah datang bergolek kat dunia ni.. Kalau mudah sgt kita nanti jadi manusia yg x bersyukur.. Ramai org kaya atau pandai2 belaka  tapi jiwa miskin dn ketakutan… Mereka jadi hamba kepada dunia yg x da ketenangan..

Jangan sekali-kali kita meletakan matlamat dunia ni di hadapan.. Kita akan hilang semuanya nanti.. “Dunia akan lari”.. Jika kita mendahulukan hak Allah.. “Dunia akan kejar kita”…

Insyaallah sy sambung lagi, bagaimana sy mula angkat getah yg berat dan jatuh gaung yg menyebabkan ex suami x boleh bergerak selama 3 bulan…

8 Comments

Leave a Reply to jamuratu malaya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!