Dugaan Nooraini

Ziarah Mertua..Nostalgia sy lari masa persandingan.. Dugaan Nooraini : Part 22

Sambungan part 22,

Esok sy menoreh lagi utk hari ketiga dan begitulah rutin yg sama kehari2 seterusnya sehingga sampailah keharinya kami mengutip getah lantun ..!! (tunggu penuh cawan getah tu).. Kini badan sy sudah boleh dan tahan menoreh 5 ekar getah setiap hari..!!

Susu getah x banyak sgt, sbb pokok getah x  bagus dan baru lagi buka plan.. Sy menoreh dan membalas torehan ke semua pokok sehingga susu getah memenuhi cawan2 getah.. Maka berkumpulah ia menjadi getah sekerap atau getah lantun..Kalau x salah sy 4 kali toreh baru penuh.

Masa mengutip getah lantun sy x menoreh… hari ni hanya mengutip getah lantun sambil merehat kan pokok.. Sy membawa guni (menyeret bila dah berat)  dan mengutip getah2 lantun dari satu pokok ke satu pokok..

Ya Allah azabnya.. Airnya masam getah lantun tu.. Gatal sgt terasa pada  lengan dan bahu.. Maklumlah sy xda pengalaman, nak laju buat kerja tanpa tahun risiko nya. Bau busuknya yg terkena baju mmg x hilang melekat dan paling dahsyat bau tangan juga melantun busuk sekali baunya.. Masa nak makan pun rasa mual sbb baunya kekal pada tangan…

Setiap 20kg sy akan longgok pada pertemuan jalan supaya mudah kerja2 pengumpulan utk diikat dalam satu guni.. Paling berat sy mengutip getah maksima 30kg… Beratnya aduh hai.. Sy paksakan diri Rasa sesak nafas dan kejang2 urat2 betis kaki sambil bergaru2 kegatalan peha kena air getah lantun.. dan kami berjaya mengumpulkan 200kg lebih getah lantun..

Gambar contoh jalan tanah merah di Felda

Siap semuanya getah diikat dlm guni dgn dawai keras.. Kami pun balik dari kebun menaiki moto vespa, macam biasa lah tapi kali ni dgn muatan berlebihan. Depan letak 30kg belakang 50kg dan sy dengan brutal sekali.. Sy duduk atas 2 guni getah lantun yg bertindih… (sy lebih tinggi duduk atas guni.. Ex suami depan bawa moto) lokasi nak dituju ke pusat pengumpulan getah tu jalannya bukan elok…. Kawasan berbukit2 amat bahaya.. Tanah merah licin dan melekat2 masa hujan…Gaung/jurang sangat tinggi dan ada jalan yg licin dan merekah lebih merbahaya .. Moto vespa tayar botak dan x tahan lebih muatan..

Masa turun bukit sy naik moto… Masa naik bukit sy turun berjalan kaki.. Supaya vespa tu bertahan… ANDA BOLEH BAYANGKAN TAK..??.. Bila susah hidup semua kena redah je… Berat badan sy susut sekali masa tu mungkin kerja teruk…

Selagi xda kecederaan kami x rasa bahaya langsung ketika itu… Kami hanya nak jaga moto.. Bukan nak jaga keselamatan diri kami… Begitulah kehidupan sy selama 3 bulan.. Menoreh kebun getah 10 ekar dan kehidupan makan pakai lebih baik dari 2 tahun awal tinggal disana.. Meski pun vespa tersangatlah uzur.. kami x mampu nak ganti… Kewangan kami mmg x mampu nak beli moto baru … X cukup duit.

Minggu ini mertua sy datang  menziarahi kami… dan katanya nak melihat anak kecil kami Anten yg kini berusia hampir setahun..Sejak berpindah ke Felda sy x pernah balik kerumah mertua kami. Hanya ex suami je balik… Dia akan minta duit dgn maknya utk keperluannya..Sebenarnya saya x tahan sikap keluarga ex suami punca sebenar sy lari sejauh mungkin..

Kehidupan menumpang dirumah mertua sudah cukup menyakitkan… Tambahan pulak sikap ex suami yg malas menambahkan buruk keadaan.. Bagi menutupi aib ex suami.. Keluarga ex suami anak mencari kesalahan sy semasa sy menumpang dirumah mereka.. Yg paling nyata mereka  memandang rendah sy berasal dari keluarga miskin.. Sering sy mendengar kejian mereka.. Sakitnya.. Malunya mendengarkan hinaan mereka..

Sy x berani melawan dan x juga menyampaikan kata2 nista mereka itu kepada keluarga sy.. Mana mungkin parent sy akan percaya… Sy juga hairan kenapa mereka pinang sy sedangkan mereka dah tau sy org miskin..

Kalau parent sy tu kaya xkan keluarga sy  menyewa ditanah mereka masa berniaga kedai runcit sebelum berpindah..!! Mak sy sgt rapat dgn ibu mertua dan juga ex suami masa kami tinggal disana..

Bila kami berpindah ke felda N9.. Keluarganya meminang sy kerana nak mendekatkan hubungan keluarga supaya x  terputus.. Bagi sy jika sekadar nak menyambung persahabatan x perlu menjadikan sy sebagai menantu..dan sy tersepit jadi mangsa keadaan..

Sy berpindah ke Felda Kechau itu menjadi lebih baik dari hidup menumpang dirumah mertua.. dan hikmahnya sgt banyak sy pelajari dalam kisah hidup sy ni.. Masa tu niat dalam hati “Sy rela x makan dan daif macam ni, asalkan hati sy x sakit dihina sebagai menghabiskan harta org dan pengikis… Duduk jauh,  bau bunga… Duduk dekat bau tahi“..

Perasaan marah pada mak yg memaksa sy berkahwin.. dgn sikap keluarga mertua merupakan tekanan  paling beban diusia sy semuda tu.. Kena lalui berbagai ujian yg sgt berat.. x terpikul x tertanggung rasanya.. Kalau mak tau dan kalau mak rasa.. Mak akan lari juga.!!… Mak dah buat kesalahan yg amat besar mencorakan masa depan sy..!!

(Itu rungutan sy..Sy x redha.. Sy x sabar dgn ujian.. Ampun kan sy menyalahkan Mak .. Ampunkan sy Ya Allah)

Sy pernah bertanya pada mak kenapa sy kena kawin dgn ex suami… Kalau mak nak sgt mak je lah kawin dgn dia.. sy mentah sekali… Mak x jawabpun… masih meneruskan rancangannya..Berbagai helah dn pakatan parent sy lakukan… Kononnya sy akan menyambung pelajaran.. Walhal mereka terus mengatur perkahwinan secara paksa dengan kerja sama semua ahli keluarga mak sy…

Perkahwinan sy dgn ex suami sgt kecoh…. Sy kena kurung dn dipindahkan kerumah keluarga belah abah yg lebih ketat mengawal sy.. 3 kali sy cuba melarikan diri ..tapi dapat ditangkap semula.. Akhirnya sy mengalah dan x melawan lagi.. Sekali lagi buat kali terakhir sy buat hal … Masa hari persandingan.. Sy cuba melarikan diri…. Bila diingat2 cukup mengerikan nyaris sy jatuh termasuk dalam kawah lauk yg sedang mengelegak..

Selepas sy ditangkap masa hari persandingan tu.. Mak dtg merayu “Tolong jgn malu kan keluarga.. Lembu dah beli jemputan dh dibuat.. Kami kawinkan sbb kita ni org susah.. Masa depan kamu kawin nanti terjamin.. Kami nak tengok kamu senang.. Dia keluarga baik2 dan berharta.. Lepas kawin nanti cerailah mak x kisah.. Tolonglah demi maruah keluarga kita“.. (Eleh yg kaya… alim mak ayahnya ..bukan dia pun rungut hati masa tu)

Cair hati sy dan kesian sy tengok Mak merayu tadi..dalam hati terfikir “Kalau aku belajar xda sape nak tanggung, keluarga miskin..Kalau aku kawin mak abah dh x beban lagi.. Dia pun baik..sy x suka dia sekarang.. Mungkin boleh pupuk jadi suka dh lama2 nanti”... Begitu sy memujuk diri..Saat  bersanding dgn muka sy mencuka dan badan mengigil menahan kebencian.. Ex suami tersenyum sgt gembira..

Ahli keluarga lega dah macam lepas 1 bala besar..Ex suami melihat semua kejadian ni dan sejak awal tahu sy xda hati terhadapnya.. Selepas berkahwin sy pula melalui bala besar.. Senyap menghilang tanpa dari pengetahuan sesiapa pun… Kalau nak fikir mmg x adil rasanya tetapi hikmahnya selepas ujian.. Tetap ada..!!  Terjawab selepas anak2 sy membesar..

Nantikan esok sambungan tulisan sy ttg konflik mertua trhadap sy utk menutup kelemahan ex suami anak mereka..

5 Comments

  • kakcik

    Semua ibubapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Malangnya ibubapa tak tahu bahawa tak semua yang mereka rancang itu membawa kebaikan atau sebaliknya…

  • niezah hadi

    Saya pun mcm puan huhuhu duk menumpang umah mertua dgn suami yg kerja tak tetap.Allah sakit sgt hati hampir saya bercerai dibuatnya.sjrg

  • baayah

    Ramai diluar sana mengalami nasib spt puan . Tapi puan lebih cekal dan kuat semangat. Tapi sekarang puan telah pun berjaya .Rahmat dr Allah yg sangat besar untuk puan!

  • lina

    Saya pun ada sejarah menumpang mertua saya dihina difitnah sampai ke balai polis pun ada tp polis tak percaya tp ambil juga statment .mereka mencari cari salah ya betul dok dkt bau taik jauh bau bunga tp saya takkan lupa sampai mati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!