Khasiat Temu Lawak yang cantik…
Assallamualaikum.. Semua pembaca blog sy yang sy muliakan..
Esok 1hb Jan 2015… Biarlah sy mendahului ucapan “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU”.. Bermaksud berganjak masa mendekati kematian dan kiamat.. Bertambahnya usia.. Berkurangan masa untuk kita. Masa yg tersisa ini gunakan umur sebaik2nya..
Sy terpanggil nak menulis temu lawak kerana semalam suami sy bawa balik Temu lawak.. “Ami nak x makan temu lawak”… Soalnya suami pada sy.. Wahhh dalam hati macam x percaya.. Mana dapatnya dan betul2 kenal ke dia herba ni.. Balik kerja sy melihat 2 besen dia bawa balik untuk sy ..
Kebaikannya temulawak ni banyak… Sy percaya ramai yg x tahu ttg pokok ni.. Jika ditanya anak2 sy sekali pun mereka x kan tahu.. Mereka ni hanya tahu KFC dan IPad nak tengok frozen..!! Rugi kalau kita x tahu ttg alam.. Temu Lawak nama saintifiknya Curcuma zanthorrhiza atau Curcuma xanthorrhiza. Ia juga dipanggil Halia Jawa. Ia adalah spesies tumbuhan keluarga halia. Bahasa Jawa sebagai Temulawak, di Sunda sebagai Koneng Gede dan di Madura sebagai Temu Labak… Semalam bila suami sy bawa balik riuh maid sy membicarakan bahawa ini ramuan jamu dan bagus buat anak2 kecik.. “OHH BAGUS INI AMI BUAT ADIK2.. CAMPUR SAMA BUBUR ENAK NI AMI.. BAGI MEREKA SELERA MAKAN ”.. Anak2 menjerit x mahu takut pahitt…ha ha ha..
Tumbuhan ini berasal dari Indonesia, khususnya dari pulau Jawa. Ia juga hidup di Malaysia , Thailand, dan Filipina. Kalau di luar Asia Tenggara, boleh didapati juga di China, Indochina, Barbados, India, Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah. Ia lebih subur ditanah peroi yg longgar..
Ia tumbuhan perubatan. Spesis Rhizome iaitu ubi ini mengandungi minyak yang mampu mengkhayalkan atau melegakan pesakit ia terdiri daripada sesquiterpenes. Terdapat juga kandungan Curcumin dan sedikit kanji (kabohidrat lak)… Ia bagus untuk masalah gangguan sendi. Wanita selalu menghadapi masalah sendi sbb tu, herba ni rawatan terbaik makan sebagai ulam dalam pantang.. Adoi mmg kuat beraroma.., sekali menyengat dan rasanya pahit.. Antara lain kebaikan memakan temulawak :
- Rumatik atau sakit2 otot
- Anti pyretic bagus rawat demam yg berpanjangan
- Masalah hati atau liver (tanda masalah hati ialah putih mata menjadi kuning)
- Demam kuning dan memcahkan batu karang
- Sakit kulit.. Batuk dan demam kanak-2
- Bagus utk ahli sukan, lepas bersalin, sawan yg kerap kejang atau mengurangkan kejang badan
- Buasir dan kesakitan kawasan rectum (dalam dubur)
- Berak berdarah atau kerap sembelit
- Menambah selera makan
- Keputihan dan jangkitan kulat dalam vagina ( candica albican)
- Kencing manis
- Gastrik dan perut banyak gas
Antara petua lain daun dan ubinya kalau dibakar dikeliling rumah.. Boleh menghalau nyamuk.. Jika anda berkebun dikeliling rumah jom kita tanam herba serba sedikit kerana tumbuhan2 ni unik sekali.. Boleh pakai buat ubat dan kita terangkan kebaikannya dekat anak2..
8 Comments
Kakcik
Temu lawak muda sedap dibuat ulam 🙂
baayah
Wow… temulawak boleh dibuat ulam selain jamu. Ramai yang suka menanam terutama orang jawa. Tapi hari dah tak ramai yang menanamnya. Baunya agak kuat juga. Terima kasih atas info yang berguna . Selamat menyambut tahun baru 2015. Semoga kehidupan puan sentiasa dirahmati Allah s.a.w. Amin.
hambaAllah
x pernah mkn..klu cekur ada la..tringin nk try mknnya
jamuratu malaya
Hamba Allah..Assallamualaikum sedap juga kalau makan…tapi kalau buat jamu kena extra kan madu dan air asam supayancover payaunya
junaina
Masa kecik2 mak paksa mkn untuk tambah selera makan almaklumlah bdn kami adik beradik kudut2. sedara mara sindir2 konon bapa saya tak mampu bagi makan…tu yang kena paksa makan. (padahal memang ikut baka belah mak comey2 ). Lagi sekali kena paksa masa dalam pantang mak kata bagus untuk badan. tp kali ini memang saya makan kerana ingat pesan mak nanti dah berumur nanti badan x sakit2 dan bisa.
Alhamdulillah diusia hampir 40 tahun (hihi tahun depan 2016 genap 40) badan saya masih kuat dan bertenaga, jarang demam. Terima kasih mak.
siti fatimah
Assalammualaikum…pn rozita sy sgt suka membaca blog puan.sarat dgn ilmu pengetahuan.
jamuratu malaya
Assallamualaikum siti fatimah…
Ramai student nak nak interview sy mng x da masa..boleh refer sini..Dn niat sy mmg blog sy ni utk bagi semangat kat wanita lain
norlina
Assalam pn..sy nak belajar ilmu herba dengan pn..jika ada bengkel atau seminar saya nak join..nak mantapkan ilmu…sedang berusaha kearah bisnes bidang kesihatan dan herba..mohon tunjuk ajar dr pn..dan minta dihalalkan segala ilmu yang sy peroleh dr blog ni…wallhualam