Dugaan Nooraini
-
Air Mata & Semangat demi sebuah keluarga.. Dugaan Nooraini : Part 63
Lama sy memerhatikan org lalu lalang balik dari kerja.. Ada pasangan yg pulangnya sambil memegang anak2.. Ceria mereka bercerita dn memegang anak2nya.. Mungkin mereka mengambil anak2 dri rumah pengasuh.. Ada yg sebaya anak2 sy.. Hari semakin gelap dn hati teringat anak2 di kampung.. Kesiannya mereka dan hati hiba x dpat ditahan2 kerana merasakan kami x sempurna seperti keluarga mereka dn sy pula merantau begini. Apa daya melainkan usaha sy kemari utk merubah nasib keluarga kami.. Niat baik disalah ertikan. Xda wanita nak memalukan diri bersusah begini.. Semua manusia kalau kawin nak sempurna perkahwinan dn keluarga mereka.. Ada rumah makan pakai yg cukup.. Maruah tu jangan dicalarkan, malu sgt jika dipandang…
-
Pertama di KL.. Sinis pandangan M Cik. Dugaan Nooraini : Part 62
Rasa syukur dn sedih bercampur2 setibanya sy di perkarangan rumah M cik yg sy panggil Angah. Sy mengangkat beg masuk terus masuk keperkarangan rumah memberi salam. Angah keluar menyambut sy. Angah ni antara yg paling ramah dn baik dikalangan keluarga kami. Pandangan keluarga terhadap sy negatif sekali “buruk, liar, berani dn susah dijaga”. Sejak kecil perwatakan sy lain dri anak2 perempuan lain. Kulit sy cerah, sikap sy sendiri tu yg menakutkan mereka sgt suka bergaya, senyum, peramah dn sgt aktif lincah bergerak. Berambut sgt lebat, ikal cantik semulajadi keperangan. Ke mana sja sy pergi sentiasa menjadi perhatian kaum lelaki.. Ia sgt menakutkan bagi keluarga kami ketika itu. Zaman dulu semua…
-
Cabaran pertama kali ke KL sendirian. Dugaan Nooraini : Part 61
Sepanjang perjalanan dalam bas hati sy yg masih muda (masa tu baru berusia dlm 22 tahun) sentiasa membayangkan masuk universiti seperti kawan2 lain.. Sakit hati sendiri bila imaginasi ni singgah dlm fikiran.. Sy malu dgn diri sendiri yg serba xda. Hati berdoa mudahan Allah melindungi keselamatkan sy dalam perjalanan menuju kerumah Mak Sedara di KL.. Meskipun berani sy meneroka hutan tebal di sempadan Gua Musang mencari rezeki makan pakai anak, namun resah takutnya dgn pemergian ke KL ni lebih ngeri rasanya. Sy x pernah berjalan sorang diri seumur hidup sy kerana sy sejak kecil x pernah keluar bebas itulah didikan Abah. Masa perjalanan ni teringat terus Abah kat kampung.. Kalau…
-
Keraskan hati tinggal anak2 menahan sedih.. Dugaan Nooraini : Part 60
Seminggu sudah berlalu Masdar masih belum beri keputusan lagi, sy pun x pergi bertanya lg selepas itu.. Hati ni mmg mengharap sgt dia yg beli kedai tu.. Sy perlukan duit tu utk mulakan hidup di KL nanti. Yati nak masuk tadika betul (6 tahun), sewa rumah dn bila pindah banyak perkara baru yg perlukan duit.. Sekali tanya cukuplah. Itu sikap sy sejak dulu tebalnya muka x terkata dn malu lah nak memaksa org.. Kalau dia nak beli pun biarlah dgn rela hati. Sy dah xda pilihan org lain sbb tu x ditawarkan kepada org lain utk beli kedai runcit sy tu.. Hati terus mengajak nak lari jer dri felda. Perjalanan masa…
-
Nekad tinggalkan Felda.. Mulakan dgn jual kedai.. Dugaan Nooraini : Part 59
Semua org ada sejarah dn cerita sendiri. Selingan sikit ttg 2 perkara ttg sy ni… he he x tau lah org lain pulak mcm mn… “Yang paling manis dn yang paling pahit” itu yg sy xkan boleh nk lupakan.. Sikit tips ttg lupakn memory yg paling sy benci : Perkara paling sakit yg pernah sy lalui atau org yg terlalu menyakitkan hidup sy. Caranya sy nak rawat hati ni mudah jerr Sy akan buang jauh2 ingatan tu sy akan cari penganti utk cepat sembuh X nak ingat yg mereka pernah wujud dlm hidup sy.. Tujuannya supaya sy x ingat rasa sakit akibat perbuatan org tu.. Bila rasa sakit ia akan…
-
Allah bagi alamat dlm mimpi buruk, niaga semakin malap.. Dugaan Noor Aini : Part 58
Lama dah sy x buat story ttg kisah susah payah sy melalui hidup dalam dugaan Noor Aini.. Kali ni sy sambung lagi.. Kemuncak kesusahan hidup sy semakin teruk seterusnya selepas entri ni… Bila mula penghijrahan sy ke Kuala Lumpur (entri akan datang).. Sy mulakan penceritaan sy.. Ujian datang berbagai bentuk seiring usia. Usia sy masa tu dlm 21 tahun.. (- +)… X berhenti2 ujian datang rasanya macam menimpa2.. Bila ketenangan yg datang walaupun sekejap, hati ni masih merasakan akan ada ujian lain datang.. Ngeri rasanya nak lalui apa lagi ujian yg aka sy lalui.. Kalau dulu sy nak tau apa musibah atau ujian kaki sy berbonggol unta dibahagian tepi akan…
-
Projek ladang gagal akhirnya lori dijual besi timbang kati.. Dugaan Nooraini : Part 57
Lama sy x menulis Dugaan Noor Aini.. Mengimbas kembali sejarah silam adakala hati ni sakit sendiri melihatkan anak2 remaja x serajin seperti sy masa muda..!!.. Zaman berubah org pun berubah.. Gitu ke..?? Adakah salah sy sebagai ibu yg telah menyediakan hidup serba ada serba senang menjadikan mereka kurang berwawasan..?? Mudahan mereka sedar dn berubah.. Amen Amen Ya Rabb.. Adakala sy marah dn terlalu kecewa jika melihat anak2 remaja sy bersenang lenang x menjaga masa.. Kunci kejayaan bukan datang drI keturunan org kaya.. Bukan sijil beralmari.. Kunci kejayaan datang dari “sifat Jujur dgn diri sendiri, bertanggungjawab, ada kesedaran, rajin, disiplin, tekun, berani dn mahu berubah..”.. Nak berubah dn melakukan perubahan tu…
-
Ani Tertelan Duit Syiling 20sen.. Dugaan Nooraini : Part 56
Kami menaiki bas Kuala Lipis Pahang.. Masa naik bas tu terbit rasa puas sgt dapat buat perkara yg menyeronokan.. Apa xnya semuanya memenuhi perancangan yg baik masa balik kampung tu terasa berbaloi.. Ye lah dapat ubatkan anak, beli barang dn ada rantai batu tiruan yg cantik.. Kemesraan family ex suami itu yg paling bermakna.. Terasa rugi juga beli aksesori tu tp pujuk hati sekadar hiburan mata reward kat diri sendiri yg selama ni teruk bekerja.. Masa tu hati tetap berfikir apa bodohnya beli rantai tiruan beratus ringgit, x laku pun kalau dijual balik.. Sekecik2 emas boleh gak jual.. ada harga.. (Setiap perbuatan sy akan fikir kesannya buruk baiknya) Kami sampai…
-
Beli rantai palsu nak menunjuk2 kaya kononnya..Nak balas rasa sakit hati..Betul ke cara sy ni..?? Dugaan Nooraini : Part 55
Sy nak Ani petah bercakap.. Sy dah berjaya usahakan Ani berjalan.. Alhamdullilah Allah bantu… Allah x kejam dn maha memberi keampunan, sy percaya tu.. Doa ibu xda hijab pasti Allah makbulkan dn bawa anaknya ke pintu shurga.. Bas pun sampai, sy pimpin anak2 naik ke dalam bas.. Setibanya di kampung rumah mertua, kami disambut dgn sebaik2nya.. Patutlah Islam suruh kita berbaik sangka, dn x berbalah antara sesama keluarga/muslim.. Berdiam diri adalah lebih baik.. Sebalik sabar sy selepas beberapa tahun kami berpindah ke felda serta bertahan dgn sikap keluarga mertua akhirnya dapat juga sy merasa nikmat dihargai oleh keluarganya.. Disini sy berlajar xda benda mudah pun sy nak dpt dlm kehidupan…
-
Niat x elok sy pernah nak gugurkan kandungan.. Allah balas kifarah yg berat.. Dugaan Nooraini : Part 54
Malu x tergambar masa lampin Ani jatuh, ada gak org senyum simpul memandang kami.. Hati malu bila mengenangkan mulut2 org yg suka mengumpat mengata… “Org miskin manalah datangnya ni, dah lah miskin berderet2 bawa anak.. Pakai lampin kain buruk.. Dah tau miskin beranak banyak.. xda kerja sbb tu beranak banyak… itulah org miskin fikiran sempit hidup semua x da kualiti.. Lepas tu beranak banyak pulak tu dh tau makan xcukup “.. Sy terpengaruh dgn fitnah org, jahil pun iyer dn keadaan hidup terdesak sehingga sy pernah berbuat dosa dn Allah balas dgn kifarah sbb niat sy x baik masa mengandungkan Ani.. Masa lewat datang haid sy x nak kandungan ni..…






















