Dugaan Nooraini

Keraskan hati tinggal anak2 menahan sedih.. Dugaan Nooraini : Part 60

Seminggu sudah berlalu Masdar masih belum beri keputusan lagi, sy pun x pergi bertanya lg selepas itu.. Hati ni mmg mengharap sgt dia yg beli kedai tu.. Sy perlukan duit tu utk mulakan hidup di KL nanti. Yati nak masuk tadika betul (6 tahun), sewa rumah dn bila pindah banyak perkara baru yg perlukan duit..

Sekali tanya cukuplah. Itu sikap sy sejak dulu tebalnya muka x terkata dn malu lah nak memaksa org.. Kalau dia nak beli pun biarlah dgn rela hati. Sy dah xda pilihan org lain sbb tu x ditawarkan kepada org lain utk beli kedai runcit sy tu..

Hati terus mengajak nak lari jer dri felda. Perjalanan masa disana begitu lambat sbb pelanggan makin kurang dn suram.. Itu yg makin tekanan jiwa utk lari dri sini.. Petang tu sy menyuarakan lanjut pd ex suami dgn panjang lebar sy bercakap memberikan amanah.

“Sy akan pergi KL juga dalam masa terdekat ni.. Minggu depan rasanya hari isnin sy nak pergilah.. Sy nak tinjau2 dulu senang atau x nak dapat kerja kilang tu. Dalam masa 10 hari kalau sy x balik maksudnya sy dh mula kerja kat sana.. Sy ni nak dapat kerja bukan senang sbb xda kelulusan.. Mengenai kedai pula kamu pergi tanya Masdar dia nak beli atau x.. Anak kamu uruskanlah “..

Sy dah x kisah pun pasal kedai tu nak dapat duit atau nak tutup terus.. Sekarang niaga dlm RM 200 ke RM500 sehari dan bakal makin kurang sbb setiap kali jumpa Indon yg membeli dikedai masing2 cakap sy akan kerja tempat lain tunggu majikan ambik bawa pindah kerana kerja di sini dh habis.. lenggang kedai macam kena sambar burung garuda..

Sy tahu ex suami boleh menjaga makan pakai anak2 sewaktu sy xda nanti.. Tp hati sy kuat mengatakan dia x mampu urus kedai tu sebaik sy menjaganya.. Kebun getah x bertorehlah sepanjang sy xda nanti kerana xda sape nak jaga anak2..

Sy berkemas pakaian sedikit jer sy bawak cukup utk 4 hari disana.. Sy meninggalkan barang dapur dn duit kepada ex suami utk keperluan mereka sepanjang sy xda nanti.. Sy bercadang nak pergi dalam 2 hari jer dulu sbb sy x percaya anak2 sy dlm jagaan ex suami.. (x bagi tahu ex suami yg 2 hari.. Sy cakap 10 hari sbb nak tengok macam mana dia jaga makan pakai anak)

Sy dah agak kami semua bakal melalui hidup yg kucar kacir. “Kehidupan selepas ini macam badai yg paling azab akan ditempuhi oleh sy dan anak2 yg x berdosa akan jadi mangsa dri keputusan yg akan sy buat ni”.. xda sape akan faham tindakan sy waktu tu melainkan menghukum sy sebagai ibu yg jahat..!!

Zaman dulu orang kampung2 kaum wanita x bebas bersuara dn bertindak. Sy extremely berani kerana sy melihat sy senyap duduk sebelah suami selama 6 tahun org kutuk dan kalau sy berani pun dikutuk teruk. Xda beza pun yg kena dimata mereka.. Kebanyakan manusia sekeliling sy hanya tahu mengata dn buruk sangka.

Nota : Iktibar dn moral of the story sepanjang kisah sy dalam Dugaan Noor Aini dri part 1 hingga part 59 ialah “sy sentiasa melarikan diri nak mencari tempat aman yg jauh dri fitnah.. Sy mahu kedamaian dn menjalani hidup yg gembira” ..

 

Ini yg sy nak kongsikan dlm story sy sebagai iktibar supaya anda merasa kecukupan dn redha apa sja kita lalui iaitu memperbanyakan mencari ilmu Allah supaya jiwa kita ada “santapan rohani “.. Kuatlah jiwa dalaman melalui hidup ni..

Mana sja sy duduk tetap ada fitnah dn masalah. Larilah kemana pun.. Sy yg kena hijrah diri menerima fitnah sebagai panduan seperti :

  1. Allah tegur kita melalui manusia yg buat fitnah (kalau kita salah)
  2. Allah nak uji sabar dn simpankan sebagai pahala.
  3. Nak beribadat banyak x mampu, dapat pahala free fitnah org..
  4. X mati dek keji.. X hidup pun dek puji..
  5. Kalau betul xsalah dn sy org yg baik buktikan pd mereka sy terbaik.
  6. Lebih berbaloi sabar dgn fitnah dri sengsara azab neraka.
  7. Perang mulut itu bodoh. Pertahan maruah dn buktikan prestij diri.

Bukan dgn terus melarikan diri. Terima fitnah dgn bijaksana sebagai teguran Allah dn merebut shurga Allah sabar dlm ujian. Sy tersedar perkara ini selepas sy tinggal di KL.. Jika dulu fitnah dari keluarga mertua maka sy pindah ke Felda sy ingat tempat baru dunia baru xda fitnah dri peneroka.. (Cemburu dn dengki)..

Sejak itu sy nampak jelas visi sy nak pergi dn kongklusinya “Fitnah itu virus & Antibodynya perbaiki hidup dgn positif bukan melarikan diri” Kini sy faham dn boleh berlapang dada dgn sebarang kemungkinan yg akan berlaku sepanjang perjalanan sy nanti.. Apa sy nampak dn sy telah lakukan ttg misi kekeluargaan, kewangan dn pencapaian hidup semuanya betul..

Ni antara ayat yg sy amalkan “Susah senang.. Sendiri buat.. Sendiri tanggung.. Sendiri rasa.. Maka kena buat semua dgn betul. Keputusan kena tepat supaya x rugi diri” Kalau takut dgn keputusan yg dibuat maka jgn buat. Kehidupan sy bukan ditentukan oleh orang lain. Mulut2 jahat yg suka memfitnah ni x boleh di lawan dgn mulut..

Sepanjang pengalaman sejarah lepas yg paling kuat menghukum nista ialah sesama kaum wanita & saudara mara sendiri..

Hari sy nak bertolak ke KL pun tiba.. ex suami menghantar sy ke stesen bas dgn anak2. Penuh atas moto sampai ke tangki minyak anak2 bertenggek macam burung.. Hanya Yati bersuara   “Mak pergi KL lama x.. Yati nak ikut lah Mak.. Kalau Mak xda macam mana kami nak makan nak sekolah..?? “

Sy jawab “Mak cari kerja baru. Mak nak keluar dri sini mana tau ada rezeki Mak dpt kerja kilang Mak akan bawa cepat2 keluarga kita nanti T ya. Bantu Abah jaga adik tu lbh2 si Anten ni nakal sgt..” .. Yati macam faham dn muka nampak blur dgn kata2 sy tu… Adik2 lain x faham sangat myb mereka ingat sy nak jalan2 beli barang..

Meskipun jiwa sy nampak keras, berani, nekad nak tinggalkan anak2 untuk ubah nasib.. Sy x boleh nak tipu jiwa keibuan ni tetap rasa sakit dn pedih dgn keputusan dn perbuatan sy sendiri.. Macam tulisan sy sebelum ni.. Sesi soal jawab dgn diri sendiri sudah dibuat dn sy tahu perasaan ni akan datang..

Bagaimana sy menerima keadaan ni dn bagaimana sy akan mengatasinya “Sendiri buat sendiri tanggung.. Kalau salah keputusan sy ni maka sy yg rugi. Kalau betul keputusan sy buat ni sy yg untung”.. Semuanya x pasti mana satu sy akan dapat dri tindakan yg sy buat ni.. Tp kalau x mencuba dn x memulakannya utk berubah mana nak tahu hasilnya..

Sayu muka ex suami memandang sy tanpa sebarang ayat kami sembangkan.. Sy yg mmg xda hati pd dia x rasa apa pun pandang dia.. Hati sy hanya pd anak2. MasyaAllah Tuhan jer tau sakitnya. Ketika itu mata tertumpu Ani yg nampak sihat syukur dn bahagia melihat dia berjalan dn berlari2 bermain dgn Anten.. Anten sgt nakal berlari2 sambil memanjat2 di sekeliling pondok bas.. Yati melihatkan adik2nya..

Errmm peneroka Felda yg lalu lalang melihatkan dgn pelik sekali keadaan kami di pondok bas..“Abah sy lapar …” jerit Anten dn ex suami gelisah melihat Anten “Kejap lagilah kita balik makan, tunggu Mak naik bas dulu, Mak nak pergi jauh ni”.. Bas kelihatan datang sayup pandangan dri jauh menuju ke arah kami..

Hati berdebar kencang menahan rasa.. Sy mendekati Yati “Yati Mak pergi ni bukan suka2 nak tinggalkan kamu.. Kalau Mak x buat sesuatu kita x kan mampu keluar dri susah ni.. Jaga adik elok2 masa Mak xda.. Ada rezeki dn peluang Mak akan bawa kita semua keluar dr sini “.. Itu pesan sy sekali lg pd Yati… Buruk kusam baju Yati dn adik2.

Sy peluk anak2 dn biasalah ayat yg biasa ibu2 akan pesan pd anak2nya “jangan nakal2 ya masa Mak xda”.. Sy hanya bercakap pd ex suami tanpa bersalaman pun masa tu (teruk betul sy ni).. “Sepanjang sy xda, jaga keselamatan dn kesihatan anak2..Sy tetap akan bagi duit dn sy tau tanggungjawab sy nak ubah nasib semua anak2.. Jangan lupa jual kedai dn lori tu.. Kalau awak dpt jual maka cepat kita semua keluar dri sini”..

bas express 80an
Contoh bas express tahun 80an..

Bas sampai dn sy naik bas dgn beg kecil sy lihat ex suami menangis masa sy pergi (kenapa sy kejam sgt  pd ex suami. Dia sayang sy tp sy xda hati sikit pun malah sy nak dia rasa ada wanita lain yg boleh jd isterinya membalas rasa sayangnya tu.. Sy pernah cakap pdnya. Respondnya senyap jer ).. Jiwa sy masa muda masih mencari Mr Right yg sy inginkan.. Sy tetap salah disisi Islam.. Kifarah hukum karma tetap sy merasakan yg Allah balas pd sy, nantikan tulisan akan dtg..

Masa meninggalkan keluarga sy x tunjuk apa reaksi muka pdnya dn hanya melambai tangan pd anak2.. Yati termenung.. Ani senyap kaku manakala Anten menjerit nyaring melihat sy naik bas.. “Mak nak ikut.. Mak jalan pergi mana.. Abah jom ikut Mak jom lahhhh”.. Membentak2 kaki si Anten pd Abahnya..

“Ohh Tuhan bantu sy kawal perasaan ni.. Sakitnya berpisah dgn anak2. Beri sy kekuatan hadapi cabaran ni.. Sy x punya apa nak bagi kehidupan pd anak2. Mudah2an izin mu Ya Allah semuanya dipermudahkan jalan utk sy cari rezeki semua utk anak2 dn masa depan kami”… Berdoa dn tahan desakan dada nak meraung tp air mata jer keluar.. Menangis tanpa suara..

jamalBas makin jauh sehingga sy x melihat anak2 dn bas bergerak semakin jauh. Lagu dalam bas Jamal Abdillah berkemundang..

“Sendiri
Menempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara”

Lagu ni nostalgia kesengsaraan sy mencari arah hidup..

14 Comments

  • iman shahidan

    As salam.. tolonglah habiskan kisah ini walaupun tahu Puan sibuk dengan berbagai urusan. hati tertanya2 apa jadi pada ani..Kalau dibukukan lebih bagus pahala berganda kerana memberi kesedaran dan keinsafan insyaALLAH.

  • puan zhy

    puan, sebak saya baca tulisan puan.. sebab saya pernah mengalaminya 21 tahun lalu. bezanya suami yang hantar saya dengan berat hati… saya juga pernah kena keji… tapi alhamdulillah keputusan saya buat berbaloi walaupun rezeki yang saya perolehi cukup untuk mengubah nasib keluarga.. kalau tidak saya tidak kenal komputer n internet

    • jamuratu malaya

      Puan Zhy..
      kenangan ni akan buat kita sensitif dn cepat sedih bila bercerita , kalau sy bila motivasikan anak2 sy akan sakit sendiri bila anak2 x ..Sbb apa sy buat tu mengutamakan keluarga adalah no 1 dlm hati sy..Nak menyatukan semua bukan mudah..Perjalanan hidup ni macam2 sakit dn ujiannya..

  • butterfly

    Puan, pengorbanan puan mniggalkn anak2 tu xsanggup sy bayangkn mcmne.tp bgitu kuat hati puan mghadapinya.part ni paling menyentuh hati sy…sebak rasa.puan teruskn cerita puan.yg baik sy amik jd panduan,yg kurang tu spy jd pengajaran.

  • nurshi

    Puan,

    Saya mengikuti kisah2 puan dari awal. Pedih perit, macam 2 rasa. Bila baca tu macam tergambar di mata. Semoga kita semua memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Semoga kisah2 ini dapat jadi semangat untuk mencapai kejayaan sesiapa yang mebacanya. =)

  • Ana solehah

    Assalamualaikum wbt bonda yg dikasihi lagi dihormati.

    Terus terang Bonda Rozita Ratujamu idola Ana.

    Tidak terucap nilai penghargaan atas perkongsian ilmu dan pengalaman Bonda .

    Ana doakan bonda sekeluarga diberikan kebahagiaan & ketenangan dunia akhirat.

    Ana sayang sangat Bonda.. Ana juga pelanggan ratu dari jenama keluaran syarikat Bonda.

    Salam sayang dari ana untuk Bonda. Doakan Ana agar sama berjaya ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!