Dugaan Nooraini

Sy halau Yati dari rumah hanya kerana duit 50 sen… Dugaan Nooraini : Part 36

Pn Yati
Gambar atas sebelah kiri adalah gambar terbaru katalog ST

Hari berganti bulan dan detik2 tu sy lalui sebagai pendokong utama ekonomi keluarga. Mendidik serta mendokong semangat suami yg x tahu arah tuju hidup.. Nasib sy baik sebenarnya meskipun ex suami lemau  malas (jika sy kerja baru dia nak kerja) tetapi sikap yang sentiasa mengikut jer, x panas baran membuatkan saya lebih stabil dlm berkerja.

Yati sudah masuk tadika… Sebulan kalau x salah sy bayarannya RM 60.. Umurnya sudah 6 tahun.. Senang sy menguruskan Yati masa kecil.. Sifat berdikarinya dan x susah dihantar ke sekolah tadika.. Pastinya dia x menangis..

YATI ANAK HEBAT DI MATA SY.. UMURNYA 9 BULAN DIA SUDAH PANDAI BERCAKAP.. X PELAT LANGSUNG.. ada 2 perkara yg sy xlupa…. Sewaktu dia kecil dan  cara sy  mendidiknya… Dan sering sy ceritakan padanya…

Sy halau dia dari rumah kerana curi duit 50 sen.. Mmg x banyak kan..???.. Masa tu kalau x salah sy dia ke sekolah dan sy mengira duit tabung sy kurang 50 sen.. Bila dia balik sekolah sy tanya..”Yati ada ambik duit mak x..??” Dia mengaku “Yati ambik nak beli gula2 masa balik sekolah sebab yati tengok kawan2 makan nampak sedap jer mak…“..Sy marah dan pukul Yati dan sy ambik baju sy halau dia lepas balik sekolah tu.. Dia sgt takut dan berjanji xkan buat lagi..

Yati : “Ampun Mak… Ampun Mak..Yati x nak curi duit lagi dah..Yati x nak keluar rumah..Yati xde tempat tinggal… Ampun mak… Yati takutttt…”

Sy : Pergi… keluar dari rumah ni, Mak malu anak pandai curi duit..! Nanti kalau dah keluar rumah, klu sesat jln  pandai2 lah  yati cari makan.. Biar dia pandai sgt mencuri duit nanti Polis tangkap.. Mak x nak tolong..!!!

Mengigil2 Yati ketakutan teramat sgt masa sy halau dia tu.. Sy ketawa dan kesian sbb dia mengigil dan terlalu takut.. Tujuan sy berbuat begitu supaya dia besar jgn menipu.. Jangan mencuri.. Jujur walaupun salah.. Sekali pun susah atau lapar atau teringin sgt macam mana sekali pun.. Menipu dan mencuri ini jgn sekali-kali dia buat.. Kerana itu bermulanya  asas  akhlak yg rendah…

Ke 2 : Dia balik sekolah bawa tin kosong..Dgn seronok sekali dia menjerit dari jauh.. Rumah kami bawah bukit.. Dia berlari atas bukit dan termengah2 mencari sy..

Yati : Mak oooo Mak tengok ni apa Yati bawa ni… Yati nak tolong Mak cari duit.. Boleh kita jual nanti…(sy intai dari tingkap..siap ko Yati ya..Nak marah dah sy masa tu)..

Sy :  Mana Yati dapat tin minyak  hitam motor (tuti) ni.. Setahu Mak kat kantin felda..?? Tempat bakar sampah yg org buang tu kan T..??.. (sy menyoal  sebelum saya nak pukul  Yati)..

Yati : Mak kan kerja dgn abah… Yati pun boleh cari duit kan Mak.. Yati nak tolong Mak.. Kita jual Tin ni.. Kumpul tiap hari.. (sedih, sebak, bangganya sy melihat dan mendengar semangat Yati masa tu.. x jadi sy marah.. Sy sorok tangisan dn perasaan sy)

Sy : Yati tau x kat longgok sampah tu ada kaca, paku dan macam2 ada.. Kalau luka Mak susah.. Yati sakit.. Bukan boleh jual tin ni.. X laku.. Kalau boleh jual org x buang T.. (sambil menasihatinya)… Yati berlalu sahaja terus ke dapur nak makan.. Sy ketawa kecil melihat keletah Yati yg setia menolong..

Kepada pembaca sekalian.. Rupanya sifat anak2 ni dari kecik dh boleh nampak kesungguhanya, setia, baik buruknya dgn kita.. Bila Yati remaja sifat2 murni dalam dirinya kekal sehingga kini.. Dia matang dan sgt ikhlas semua sudut.. Jika anda teruskan follow blog sy… Sy akan ceritakan bagaimana sifat Yati sebelum kahwin yg sgt selekeh dan pakaian ala2 tomboy.. Anti lelaki.. Sy bergaduh2 mendidik asuh dia supaya jadi feminin.. Akhirnya siapa yg kenal rapat dgn dia mmg sgt terkejut melihat dia yg angun2 gitu ..ha ha ha..

Berkahwin dan bercerai meninggalkan sejarah dan bahan analisa sy juga.. Terlalu banyak..!! Suami ni kalau x menyumbang sumber kewangan janji dia x menghabiskan duit yg sy cari tu dah kira baik sebenarnya..

Namun sifat tamak dan nafsu buruk sy sebagai wanita waktu tu masih terselit mahu suami yg bijak, sy sgt suka org bijak, rajin kerja… Uuisshh seronok betul. Itu yg sy nak sbb sy merasakan hidup berpasangan ni perlukan 2 manusia yg berideologi tinggi dan kolibrasi yg hebat…(saya merasakan diri sy  waktu itu mempunyai ideologi, kreatif, berani yg sgt berbeza dgn sikap suami sya) astagfirullahaladzim..

Sbb lelaki yg hebat akan mengatur keluarga dgn agamanya. Sebaliknya sy merasakan sy yg mengatur semuanya.. Pasti citarasa sy nak lelaki hensem ha ha ha (Malu sy mengaku buruknya sy).. Santapan mata kan…???

Begitulah rutin sy dan simpanan sy juga bertambah.. Sy sudah beli gelang dan rantai emas.. Sy pakai sebagai reward utk diri sendiri..  Sy bangga, itu lambang usaha dan tenaga sy.. Sy sudah bersedia utk membangunkan kedai runcit disebelah kedai India tu.. Sy mengumpulkan kayu2 dan zink buruk dibelakang rumah..dan sy ke pejabat Felda berjumpa pegawai menyatakan hajat sy nak buka kedai sebelah kedai India.. Permohonan sy diterima.

Sebelah petang sy membawa anak2 kecil membersihkan tapak kedai.. Kiri kanan ada beberapa kedai membaiki motor dan kedai kopi kecil yg telah lama beroperasi.. Lelaki yg duduk mengopi disitu melihat sy dengan muka yg pelik sekali.. Mungkin melihatkan sy menebas anak 2 pokok hutan mana mungkin nak buka kedai sy miskin dan x pernah campur org.. Sape je nak beli kalau sy jualan nanti. (Sy ada dengar org mengata sy)… Sy aturkan lori mengangkat kayu dn papan2 ke tapak niaga.. Dan sy mencari Indonesia utk membantu sy membuat bangsal utk menjual ikan..

Fitnah sudah mula kedengaran antaranya ialah “Ita keluar petang2 sambil bawa anak tu  ada hubungan pulak dgn Indon.. Susah jaga bini Man tu, laki kerja dia sambil bawa anak boleh lagi menduakan suami….. Ita tu liar..perempuan paling liar kat sini”..

Insyaallah seterusnya sy tulis lagi dugaan makin berat bila manusia bermuka2, yg alim warak pun sama bertopeng semuanya.. Tertekan sgt masa sy buka kedai.. Kisah silam sy membentuk jiwa sy sehingga kini… Sy suka menyendiri dr bergaul kerana sy x suka dan takut dgn fitnah..

5 Comments

    • jamuratu malaya

      ASSALLAMUALAIKUM. .Puan Baayah ..ha ha sy rindu puan komen sy..tq tq :))..Alah kisah silam..kalau org x buat macam tu sy x maju..sy dah jauh kedepan..mereka sy ziarah kat sana dah uzur semuanya. .

  • baayah

    Saya dah lama mengikuti perkembangan puan. Bermula dari puan mula buka kedai di Plaza MPK tempohari ( pernah pergi kekedai puan disana…temankan kawan.) Sewaktu product pelansingan keluar ramai rakan2 mencuba ..alhamdulillah berjaya kurang berat mereka! Saya tumpang gembira dengan apa yang puan kecapi hari ini.

    Pembaca yang tulisan puan sebenarnya beruntung kerana boleh membantu meningkatkan keyakinan diri ,mematangkan diri , dpt mengawal emosi tika berdepan masalah . Semoga kita semua boleh membuat anjakan pradigma untuk dlm diri kita.

    Terima kasih puan semoga rahmat Allah sentiasa ada buat puan dan insan lain dlm kehidupan puan.

  • puan zhy

    saya suka baca kerana pengalaman kesusahan yang boleh ambil pengajaran. saya dulu juga bermula susah. saya ada masalah penampilan diri dan wajah. usia dah meningkat 50 tahun… bagaimana saya nak ubah. kulit memang kusam langsung saya tak nampak menarik. malu rasanya nampak orang tua.

  • GokuSuperSaiya

    asallamuallaikum bonda, bonda di luar mungkin introvert tapi dalam hati extrovert, bonda kuat main emosi kawal emosi untuk cipta usaha kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!