Sy takut pesaing kaya.. Lemah semangat : Dugaan Nooraini : Part 35
Assallamualaikum semua pembaca blog yg sy muliakan..
Dalam minggu ni sy x sempat nak update blog.. Sibuk event luar sy keletihan. Hanya fokus event supaya x banyak kelemahan. Selalu perjalanan travel sy banyak masa nak menulis… Sy teruskan tulisan sy dalam dugaan Noor Aini bagaimana sy bersaing dgn India yg sgt kaya dgn sy yg sgt miskin x bermodal ni nak harungi ujian tu, bagaimana sy mencari semangat yg makin lemah..
Betul kata Rasulullah SAW.. Iman itu ada pasang surutnya dan memperbanyakkan doa agar diberikan ketetapan iman.. Sbb tu Saidina Abu Omar berdoa kepada Allah supaya hati kita ni x berbolak balik…
Sama juga dgn semangat kita ni sebenarnya dia x selamanya kekal membuak2. Ada masa dia akan jatuh dan berpotensi jadi lemah. Mungkin x bangun2 pun ada.. ha ha ha… Niaga ni bermain dgn psychology diri sendiri gak…
Bukan sekadar strategy je.. Ada org niaga x kisah menipu atau berurusan dgn perkara2 haram.. Janji dapat duit.. Sy x naklah buat, macam tu.. Pertama sy paling x suka ditipu, sy percaya org lain pun sama x suka kena tipu.. Bukan senang nak cari duit, tup tup ditipu menyumpah2.. Niaga hasil sumpahan org x berkat..
Hasilnya panas, tak lama dan bawa musibah habis satu keluarga akan rasa bahangnya.. Ini dari pengalaman sy melihat dari ramai kenalan yg pandang duit je dan langgar syariat.. Niaga ni berat ujiannya dn bagi sy niaga ni bermula dgn niat dan hati..
Kekayaan yg manusia kejar tu kadang2 bertukar jadi bala… Ramai kawan2 sy laluinya.. Sbb masa mula niaga x pasang niat yg baik hanya kejar matlamat aku nak kaya.. Hati ni jika dimulakan cari rezeki niat nak dunia je tanpa nak mencari hak juga redha Allah akhirnya x nak kenal diri..
Bila x kenal 2 perkara ni.. Iaitu Kenal Allah dan Kenal diri jadi susah mengendalikan semua perkara.. Niaga ni emosi dan kepentingan diri buang jauh2.. Kena pandai2 control diri ..
SEMUA ITU SEKADAR PANDANGAN SY JE.. Huraian detail myb akan dtg sy perincikan melalui tulisan akan dtg.. Seterusnya pengalaman sy disana… Sejak mendengar peneroka askar pencen tu berniaga ikan, naik kereta bermodal besar pulak tu.!! Hati makin kecut dn lemah. Rasa macam x nak niaga dah masa tu.. Dia berniaga hanya dalam kawasan felda saja.. Sy dengar dia boleh bagi hutang, mmg itu org suka.. Hebatnya modalnya.. Berani dia berniaga dalam felda.. Sy x berani langsung sbb tu sy niaga ke kongsi Indon..(Askar ni buat sy lagi sy down sbb semua plan sy dah dicantas org)..
Sy niaga cash, naik moto.. X banyak pilihan sbb muatan nak isi sempit berbezalah dgn kereta.. Kalaulah dia tahu lubuk2 niaga sy didalam kongsi.. Habislah sy.. Begitulah fikir sy masa tu yg semakin serabut.. Dan India yg kaya buka mini market tu akan terus maju sbb semua ada dalam kedainya.. Mana Mungkin org nak masuk kedai kecik buruk yg akan sy buat nanti..
Sy pergi ke pasar hari ni dgn ex suami nak berjumpa Alex, sy berhati sayu dan terus kecut perut mengenangkan pesaing2 besar tu.. Sy berani kan beli raga buluh besar utk berniaga ikan dan sayur.. Dan janji dgn Alex pun.. Deposit dah kasi, mana boleh cancel.. Harapan sy mudahan Askar pencen tu x masuk dalam kongsi Indon tempat ex suami berniaga..
Alex : “Apasal muka asam amoi, raga besar sudah beli hati mesti mau musat.. Kalau Amoi ini macam susah mau niaga.. Macam mana mau kaya..”.. Alex menegur sy. Sy senyap sambil mengutip2 sayur dan ikan sambil melayan sedih..
Alex : “Amoi lu bole bawa moto ka sama raga ikan ..itu manyak musat..”.. (sementara suami menguruskan raga ikan)
Alex : “Amoi itu sapa”… (Alex heran lagi dgn sy dah lah muka asam bawa teman tapi x kenalkan pd Alex)
Sy : “Alex itu suami sy, sy lepas ni x dtg beli ikan sayur dah.. Semua dia akan uruskan.. Sy nak dia tengok apa sy pilih hari ni utk dia belajar esok utk jualan Alex..
Alex : Itu macam kaa.. (Sambil Alex datang bersalam dgn ex suami) bagus lah Amoi itu macam.. Suami kena kuat kerja baru bagus.. Senang kerja sekali.. Kaya sekali maa..
Sy : Alex sy modal kecil, sekarang sudah ada org kaya niaga dekat dalam sana.. Sy sudah ada pesaing kaya.. Sy takut Alex.. Sy org susah.. Ini sj sy nampak kerja yg sy boleh buat.. Lain2 sy x pandai.. Sy x sekolah..
Alex : Haiiiii yaaaaa.. Lu Amoi itu sbb muka banyak asam.. Lu tengok sini semua niaga ikan sayut aaa.. Tara takut pun.. Kami semua mahu wang.. Niaga ni macam judi… Nasib semuanya. Cara u jaga hati org mesti tau.. U bagus sama olang , mahal sikit org datang juga.. U kasi murah tapi barang talak bagus org akan lari juga.. U kena pandai main la… U pandai cakap.. U pandai cari.. Semua akan ok.. Bukan semua org kaya boleh galenti kaya niaga..!! Manyak juga yg bankLUPt.. Ada olang wang sikit boleh naik niaga juga..
Sy : Sy nak u tolong sy Alex.. Kasi sama dia (sambil tunjuk kpd ex suami) harga kena bagi murah2 Alex.. Sy xda kawan.. U ajar sama kami Alex ya..
Modal kami hari ni sgt banyak berganda2.. Takut ttt keluarkan modal… Berjaya belum tentu.. Hari ni bayar kos raga besar dari buluh, tong ikan.. Plastik, dacing timbang, sayuran, rokok, daging, cili api dan bahan2 makanan lain yg sy rasa Indon perlukan sesuai dgn kemampuan mereka.. Ex suami mengikat dan menyusun2 barang.. Sy x tolong sebb sy nak dia faham apa dia kena buat tanpa sy dipasar..
Selesai semuanya, ex suami balik naik moto terus menjual kekongsi. Hari ni ex suami x menoreh dan sy pulak x buat kuih untuk dijual.. Ini kajian kami yg pertama.. Sampai dirumah sy mengemas dan mengurus anak2..
Selesai semua sy membawa anak2 bertandang ke rumah jiran sebelah Mak Cik yg menjaga anak2 sy.. Panjang juga bualan gosip 2 setempat Mak Cik bercerita antaranya.. Askar pencen jual ikan sayur ada jual buah.. Seronok membeli dgnnya kata Mak Cik sbb banyak pilihan. Mak cik bertanya apa sy buat setiap petang sebelum ni dgn ex suami..
Sy menceritakan serba sedikit jual kuih tapi sy x tahu dimana ex suami menjual makanan tu, yg sy tahu hanya dikongsi2 Indon.. Mak Cik heran nape sy x menjual waktu petang seperti kebiasaan.. Sy lari dari topik perbualan supaya Mak Cik x tahu pergerakan kami seterusnya. Sy minta izin balik sbb nak urus anak2..
Sy balik dan masak lunch seperti wanita suri rumah yg lain.. Jam 12.00 sy mendengar hon kereta dan jeritan org. Ikannnnnnnn sayurrrrrrr.. (berulang kali).. Terus terbayang bagaimana sirent ex suami menjual ikan sayur hari ni… ishhh kesian juga dia ni.. Bukan senang nak menjual..
Sy mengintai. Nasib sy hari ni dapat melihat sendiri askar pencen peneroka baru tu menjual ikan sayur. Wahhhh kereta perdana menjual ikan.. Kayaaaaanya… Isterinya cantik duduk sebelah suaminya.. Keluh hati sy. Sy xda kereta macam tu. Jauh sekali nak bersenang2 seperti dia..
Rasa rendah diri dan mahu bahagia seperti wanita tu ttp ada.. Sy manusia juga kan ada nafsu dan keinginan dunia..!!.. Hasad dengki xda tapi rendah diri tu sampai lemah semangat melihat kelebihan org lain..
Jam 2.30.. Ex suami yg dari pagi tadi berjualan dah pun balik kerumah.. Dia dgn senyum dan berkilat muka sbb terik panas..Sy x berminat tanya apa pun.. Sy lihat Mak Cik sebelah senyum kepada ex suami sambil menjengah ditingkap menegur ex suami..
Mak cik : “Man besar raga kamu tu, dulu jual kuih ini jual ayam pulak ke”..
Ex : (Ex suami yg lurus bendul menjawab keriangan) “..Ya Mak Cik.. Ita susuh jual ikan, ayam, sayur.. Ntah dia macam2 rancangan dia..”.. (Sy dalam rumah gelisah dn marah sekali kerana banyak sbb.. Jangan cerita perkara yg x pasti. ntah berjaya ntah idak, kena rahsiakan.. Dan sy nak elakan fitnah..Sy x caye semua org..)
Mak Cik : ohh ye ke. Jualan kuih laku sampai jual ikan akhirnya.. (Bagi sy ayat perangkap tu)..
Ex : Ye Mak Cik.. Jualan semua laku sebelum ni, Ita pandai dia tukar 2 plannya.. Sy ikut je, Banyak dia simpan duit…! Sy x noreh dah sbb nak niaga sepenuhnya.. Penuh bangga ex suami yg merasakan kami sudah berjaya.. Sedangkan kami x berjaya pun lagi.!!.
Untuk meleraikan perbualan mereka tu sy menyuruh Yati menangis dan menjerit kuat2 supaya abahnya naik.. “abanhhhhh naik lah Anten ni cuba tengok bah” … Yati patuh sy suruh berlakun.. Sy dgn sopan menyapa sambil senyum kepada Mak Cik “.. Naik jap tengok budak2 tu.. Ex suami cepat naik mendengar Yati menjerit..
Sampai dalam rumah..Sy marah sekali dn mengingatkan ex suami..”dah tau jiran semua mengendap dan cari pasal jer, mereka nak tau rahsia kita.. Yg bercerita lurus semua kenapa..?? Org x suka kita x reti lagi ke.. Pegerakan kita biar rahsia.. Jangan buka pada sape”.. Senyap je ex suami x menjawab kena bebel..
Sy x tengok bakul jualan dan sy x tanya berapa jualan hari ni.. Ex suami datang kepada sy dan menyerahkan duit “Subahanallah banyak betul, habis ke..??”..Baru sy nak tanya.. ha ha sbb terkejut tengok duit banyak sgt. Senyum je ex suami tengok sy.. “Ya habis semua.. Esok kena keluar awal lagi dan beli stok lagi dalam 2 kali ganda”…
Ex suami mandi ke sungai dan meninggalkan sy selepas kena bebel.. Bagus ex suami seperkara dalam bab gaduh, dia x suka tinggi suara dan kami x pernah bergaduh.. Sy terus mengira modal dan mengasingkan untung untuk di pecah2kan..
Rezeki ni datang mmg manusia x akan sangka.. Dia datang kadang2 sekali bersama musibah, itu yg sy belajar..
Esok ada masa sy tulis lagi.. Jika ada kelapangan… INSYALLAH. .

14 Comments
nisya
alhamdulillah… semangat puan tak pernah luntur… sanggup menghadapi cabaran dan ujian… macam mana la saya nak jadi seperti puan…
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .Puan Nisya
boleh je puan..sy puan bukan kuat pun..sama je kita x kuat..tpi lalui pelan2
sya
asalm puan best dgr crita puan harap di teruskan ..puan nak tnya kalau makan royal v dgan d,folia bolehkah
jamuratu malaya
Assallamualaikum sya..boleh mmg sy makan keduanya..lagi bagus
liely
Teruskan menulis ye puqn.. suka sgt baca
jamuratu malaya
Assallamualaikum liely..Alhamdullilah. .milik Allah semuanya
nera azlin
saya skg berniaga…buka kebun sayur…tapi sgt2 byk dugaan dan halangansampai sy jadi lemah dan x mampu nk hadapinya lagi…bila sy lemah sy akn baca semua tulisan2 puan mencari semangat!
jamuratu malaya
Nera Azlin ..semangat ni pasang surut datangnya..Kena ada org lain lita pandang supaya kita bersemangat..kalau xbersemangat nak bangun tidur pun malas
ilasaleh
salam puan,
saya suka ayat nie “Rezeki ni datang mmg manusia x akan sangka.. Dia datang kadang2 sekali bersama musibah, itu yg sy belajar..
saya dah rasa 🙁
jamuratu malaya
Ila saleh..
Mmg ayat tu adalah apa kak selalu cakap dn kak lalui
Cikpuan Siti
saya suka dengan pegangan peniaga cina … diorang sangat percaya pada rezeki ‘masing-masing’ walaupun sebelah-menyebelah banyak pesaing. bila melayu nak jadi macam tu ek? malah saya sendiri kalau berniaga, kalau boleh taknak ada pesaing hehe..
jamuratu malaya
Cikpuan siti..,
Puan ni jujur orgnya dapat sy merasakan..Mmg suka cara cina..dan sy sendiri x suka pesaing ..Sbb adakala pesaing dikalangan bangsa kita ni snagta jahat hati dn perlakuannya..Suka atau x sy banyakan istigfar dn yakin banyak sikit rezeki bukan milik sy..So lapang lah hati
Zaiton
Sebenarnya kak ton dah hbais baca semua cerita sejarah bonda ni. Tapi bila ssh hati bila stress kak ton akan ulang balik cerita2 dr ita ni. Bkn ape saje jek. Harini kak ton baca bab ini. Ayat dr alex sungguh memotivasikan diri. Kak ton mcm ita jugak amat takut bersaing dgn si kaya. Samoai rase taknak ddk semeja. Baru2 ni kak ton msk kelas senamrobik. Ingatkan semua lapisan golongan ade. Rupanya semua wanita berkerjaya dan kelas atasan. Rase rendah diri sgt. Dah lah tak berada mukabpun kedut sana kedut sinj. Badan oun gemok lagi. Rendah diri amat sgt. Sudahnya 4 kali jek pergi. Hehehehe..
GokuSuperSaiya
assallamuallaikum bonda, lurus berbendul ayah yati mesti cute orangnya kan. haha. orang camni xbanyak dosa .