India kaya bantutkan semangat niaga sy : Dugaan Nooraini : Part 34
Alex menyenangi sy mungkin melihat potensi sy.. Tanpa banyak bercakap antara kami, apa sy nak semua dilayan dgn cepat sepanjang dipasar tu. Sejak 3 hari ni, sy lihat tiada wanita melayu berniaga. Malahan sepanjang 3 tahun sy berniaga tu tetap tidak ada wanita semuda sy pun yg berurusan dgn cina semasa di Pasar Padang Tengku.. (bila ingat2 balik kenangan lama masa sy muda tu terasa sy ni degil dan sgt berani… Brutal kata org zaman sekarang).
Hari ni sy membeli stok tepung, cili api dan rokok lebih banyak. Sempat juga sy bertanyakan Alex mana nak cari raga buluh besar utk menjaja ikan.. “Dalam 2 minggu lagi sy nak rancang nak jual ikan lah Alex..” .. Adu sy kat Alex Cina pasar tu, dia pandang sy myb terkejut sbb perempuan muda melayu pulak tu xkan nak jual ikan.. “Bagus lah itu macam, untung manyak.. Lu pandai-pandai jual mesti ala untung”.. Jawabnya dgn slang cina bukitnya..
Sy mengatur dgn cermat perjuangan sy.. Maka sy membuat persiapan awal.. Duit tetap kena simpan.. Jatuh bangun sy niaga mesti buat duit.. Bukan kosong dan kembali macam asal org yg x berduit.. Kalau macam tu baik x payah berniaga. Teruskan jer noreh getah tu.. Gitulah rengus sy sendirian..

Ohh ya, sy x cerita dgn anda kan sy menjaja utk isi barang2 nak jual kuih tu pakai apa..!! He he he.. Sy pakai raga plastik je.. Ikat dgn tayar getah yg dah dipotong, sesuaikan kepanjangan dgn tempat duduk belakang moto… Dan kat handle penuh dgn beg2 plastik buat isi rokok..
Sy bila tulis ni sambil teringatkan perjalanan hidup sy masa dulu2 nak cari sesuap nasi.. Daifnya nak hidup Subhanallah.. Macam mimpi yg sy boleh duduk kat sini dan kerja ofc.. Tu lah kerja Allah kan..!!..
Ok sy teruskan berstory lagi..
Research ttg pendapatan org Indon dan kelemahannya yg bakal sy penuhi nanti mungkin mendapat pulangan menarik Terselit rasa yakin. Sy guna kan strategi sy masa tu ialah :
- Jual barang dgn harga murah dan banyakan jualan time gaji.. Masa tgh bulan ex suami sy suruh masuk selang seli harinya utk masuk kongsi Indon tu.. Banyakan tempahan untuk elak risiko stok x habis..
- Sy jual barang keperluan sj, murah2 yg mampu dibeli dan mendidik mereka beli cash supaya lebih jimat, dan boleh simpan duit..
- Sy x berjualan secara hutang. Semuanya cash.. Pertamanya sy x mampu rolling. Sy bagi murah 1/2 harga.. Itulah kelebihannya.
- Masa niaga sy wujudkan dan pupuk rasa kekeluargaan.. Jaga siraturahim dan konsep islam, amanah, jujur..
- Sy tegaskan dgn ex suami.. x boleh hutang sbb kita sendiri org miskin terpaksa berdagang.. Biar niaga sikit tapi tunai. Cakap dgn jujur, timbang betul, kalau barang kurang elok barang, cakap je x elok.. Jangan tipu. Kalau kita x suka org tipu kita.. Maka kita jgn tipu org jugakk..!!..
Selepas siap semua sy membeli stok sy cepat2 balik ke rumah dan menguruskan makan pakai anak2..!! Macam biasalah.. Nasib baik semua anak sy yg ber3 ni x nakal sangat.. X mengacau sy ke dapur masa memasak.. Sy ingat nak fokus menjual lepas ni.. Sy nak suruh ex suami x payah menoreh lagi kalau pendapatan sy ni lebih baik..
Sy menyuarakan hajat sy pada ex suami masa dia sedang makan Tengahari. Sifatnya yg ngeh, ikut je apa sy plan memudahkan sy bergerak.. Dia bergegas nak menjual petang ni, kerana sy menyiapkan stok yg sgt banyak lebih dri biasa..
Ayat sy dan moto sy pada dia “jangan balik selagi x habis dan ikut apa sy ajar supaya kita jumpa jalan nak buka kedai lepas ni”.. Sy puji sifat ex suami yg x baran dan mengikut je semua yg sy rancang.. X membantah tetapi dia x bijak memberi pendapat dan bertindak.. Dia follow sahaja.. Berbeza sgt sikap sy yg pantas seperti lelaki. Sampai ada kawan cakap sy ni macam harimau bintang yg duduk kat hutan.. Cekap, garang, tegas, sharp dlm kerja..
Ex suami ni muka dan perwatakannya seperti org indon yg tinggi budi bahasanya.. Dia disenangi oleh org2 indon. .Walaupun x peramah masa menjual.. Myb juga rezeki sy masa berniaga x da pesaing.. Org2 di kongsi tu pula xda pilihan.. Sy je yg menjual. Murah pulak tu maka mudah je rezeki sy tu menjadi..
Sy berpesan kepada ex suami, mulakan promote yg kita akan buka kedai runcit nanti.. (sy sudah mulai promosi strategy sy).. Semasa sy sibuk menjual kuih2 dan rokok di kongsi sy dengar ada seorg peneroka India baru berpindah ke mari.. Dah sebulan dia berpindah.
Dia dtg lambat dari kami.. sebagai pelapis peneroka yg lari atau rumah yg masih kosong utk tambahan peneroka.. Peneroka kebanyakannya dari kalangan org2 miskin.. Jarang sekali org kaya dtg duduk felda..
Kalau kaya atau ada harta sikit mesti akan cabut lari x tahan. Daif sebenarnya hidup sebagai peneroka ni.. Xsama dgn peneroka zaman sekarang.. Sy pelik kerajaan sgt bermewah2 bagi kat peneroka sekarang xsama lah macam sy dulu2..
Ex suami bercerita yg peneroka baru ni India kaya asal org pahang.. Naik treler besar.. Katanya nak buka kedai runcit kat sini.. Sentap dan sedih sy yg berhajat dulu nampaknya akan terbantut.. Mana boleh lawan gajah.. Mana sama gajah kuatnya gajah nak berlawan dgn semut.. (dia gajah modal besar, sy xda apa nak modal niaga.. Harapan je yg besar)..
Satu petang sy bawa anak2 sy meronda2 naik moto… Kami lalu dikawasan pusat kedai yg Felda khaskan.. Sy melihat betul2 ditepi jalan besar kayu sudah banyak bercacak2.. Nampak bangunan mulai naik.. Besarnya.. Kaya agaknya itu kedai India tu.. Lemah longlai.. ishh xnak lah buka kedai.. Malu dan x mampu sy nak saing. .”Ermmm selamanya lah sy duk jualan ke kongsi.. Aduiii kalau Indon semua balik nanti sy nak jualan dgn sape “.. Keluh hati sedih kenangkan masa depan yg rapuh…
Sy balik ke rumah dan xlama kemudian ex suami balik.. Alhamdullilah habis lagi jualan kali ni.. Duit makin banyak., tempahan juga sgt2 banyak.. Sy asing2kan duit niaga dan untuk disimpan…
Masa makan malam, sy suarakan minggu depan sy nak dia niaga ikan dan dia yg akan ke pasar bukan sy lagi..!! Kerana berat dan sy x boleh imbangkan muatan masa naik moto, bahaya.. Sy akan deal dgn Alex esok utk beli raga rotan besar utk jualan ikan tu.. Dan sy akan cakap dgn Alex, ex suami akan gantikan tempat sy beli barang..
Sy ceritakan dgn ex suami sy nampak bangunan kedai India tu dah naik.. Hati sy kerisauan hajat sy nak buka kedai tu akan bersaing dgn org kaya. Dari pandangan zahir sy x kan berjaya.. Ex suami senyap je mulanya dan mencelah x lama kemudian.. “Kalau bukan rezeki kita nak niaga ..noreh balik dan kita makan apa yg ada je lah”.. Menyirap sy jadi nak marah mendengar jawaban bodoh.. Kalau macam tu baik x payah bercakap.. xda langsung option atau semangat.. Sy harap dia bina semangat sy atau bagi idea.
Sy x jawab apa dan senyap bertahan dlm hati.. Sy tahu itulah sikap sejak azalinya.. Sambil menahan geram tu dia bersuara lagi “..ha aa kat blok depan tu ada askar baru pindah pakai kereta besar tau… Muda lagi ! Banyak modal dia, lepas seminggu pundah dah menjual ikan kat kawasan felda ni., awak tau x..??? Kaya betul peneroka baru 2 yg masuk ni.. Kalau pencen awal 20 ribu ada tu duitnya.. Kita ni merangkak2 baru nak cari modal kan..”..
Aduh satu lagi dugaan, ex suami bawa berita hangat utk sy lihat pesaing usahawan yg berduit2 belaka… Esok sy citer lagi dugaan sy sebelum niaga besar di sana,, Takut tetap ada.. Semuanya teruji sejak awal2 lagi..
10 Comments
kakciks
Kakcik nantikan kisah seterusnya… pasti menarik, kan? 🙂
myramaherah
Saya tunggu sambunganya..
jamuratu malaya
Cik myramaherah..
terimaksih ye sudi baca
diana
Salam puan.. coretan puan kali ni sgt berinspirasi n bg sy smngat utk trus bjuang dlm perniagaan mkanan yg br sy ceburi… sgt stress sbnarnya.. bniaga xde untung.. dn.. insyaallah.. awal bulan 3 ni sy akn merangka strategi baru utk kedai kami.. doakn sy puan.. sy amik smngat puan yg kuat utk jdkn kkuatan utk sy…
jamuratu malaya
Cik Diana. .Assallamualaikum. .Sy berniaga x terus naik…sakitnya banyak darinyg sedap..sekali mengena..mmg lapang hidup..kena pelan2 ..sy bersaing dgn gajah tapi akhirnya gajah tu linkup. ..so ikuti tulisan sy lagi lepas ni..buat semangat puan ya
ninazaimie
Salam,saya boleh andaikan semangat puan amat luarbiasa. Tak knl erti putus asa….selayaknya puan berada di tempat sekarang. Bahagia di samping ank2 dan keluarga tercinta…semoga puan dirahmati dunia akhirat..aminn
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .Nina zaimi..
semua pun ketentuan Allah..kita merancang je ..jadi x jadi sy x harap kekayaan. .hanya nak lihat hasil..usaha sudah semua sudah ..kalau xjadi sy x kesal…itu yg sy pujuk2 semangat org lain…kisah buruk baik pengalaman sendiri..Wallahualam
ilasaleh
tak sabar nak tgu sambungan puan hadapi semua cabaran
irfa
kagum dengan ketabahan puan
teruskan menulis ye
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, kelakar juga ex suami bonda ni. orang dahlah sakit hati susah hati boleh pula dia bakar darah. sekeh sekali baru tahu