Fitnah paling kejam memalukan.. Ustaz punya hal… Dugaan Nooraini : Part 49
Jualan semakin rancak dan kini kedai sy sama meriahnya macam kedai India..!! Walaupun kecik, padat dgn org.. Ramai yg x suka dgn kehadiran sy, wanita yg nampak outstanding.. Manusia sejak zaman Nabi Adam lagi “buruk pun org caci, kita baik pun tetap ada org benci”.. Pilih apa ALLAH DN RASUL SUKA je lahh..
Peneroka memerhatikan kedai kami dari jauh sambil mengopi.. Kedai kami jarang sekali peneroka singgah hanya dipenuhi Indon.. Patani.. Burma.. Makin maju amat menghairankan mereka kerana kedai sy maju dgn jualan tunai..
Sedangkan India sebelah tu bertumpu peneroka penuh kedainya..!! Tp berhutanglah.. Apa yg istimewa sgt kedai sy hingga mampu bersaing hebat dgn India.. Bagi mereka banyak mengandaikan buruk saja ttg sy..
Tarikan utama kedai tu ialah sy.. Muda dn bergaya… (napa x pandang strategy sy bukan fizikal semata2).. India sebelah isterinya cantik dn bergaya juga.. Tp x jadi isu pun..!! KENAPA SY JADI MANGSA Kebencian terutama kaum wanita disana… (Sebenarnya mereka takut suami mereka suka pd sy..)
Sekali-sekali isteri pegawai2 felda datang membeli ikan sayur.. X banyak pun beli sekadar sekor 2 ikan je… Susah nak tarik perhatian peneroka.. Bukan x cuba , tp give up.. Sebelum berniaga sy dh cuba memberikan senyuman manis dn bertegur sape dgn peneroka..
Sedih sgtlah… Mereka memalingkan kepala bila bertembung.. Terutamanya perempuan.. Buat2 x nampak.. Sudahlah kalau x suka.. apa sy boleh buat kalau org x suka.. Hati mereka x boleh dipaksa.. Xda kesalahan yg sy buat sampai begitu teruk mereka membenci..
Pernah sorang peneroka membeli barang.. Bila tiba nak bayar katanya dompet tinggal.. Selang 2 hari datang lagi ke kedai sy utk bayar hutang tu.. pasti sy lega org bayar hutang.. Rupanya just drama je bayar tu, rupanya ada agenda lain…
Dia ambik lagi banyak2 barang… masa bayar tu, katanya x cukup duit pulak.. Sy nak buat macam mana dia dah pegang plastik baru cakap.. Lepas 2 bulan x dtg dah.. Sy datang kerumahnya (atas moto je x turun) bertanyakan hutangnya.. Sy dimaki oleh nya..
Sy menjawab “Akak yg kata hutang.. lepas tu akak x nak dtg bayar, sy dtg pun terpaksa kak.. Namanya hutang kan.. Dah 2 bulan kak.. Sy pun niaga berhutang nak bayar ke cina tu kak… Akak bayarlah apa yg kak dah makan tu..sikit 2 kak”..
Makin kuat dia menjerit mengamuk.. Sy xda pilihan lain dan tau xkan dibayarnya.. Sy takut kalau sy tunggu disitu jiran lain akan datang serang sy, lebih susah pulak.. Sy bawa anak ni.. Sy berlalu sedih.. Sepatutnya sy yg maki dia, tapi terbalik pulak.. Tadi tu sy beranikan diri je bercakap..
Susah sgt cari duit Ya Allah.. sampainya hati dia.. Sy x kan tuntut dah… Sedih sy dlm sehari 2 saja.. Sy pujuk diri, lepas ni berhati2 dengan peneroka.. Dan lupakan nak berbaik2 dgn peneroka..
Sy mula jual jajan.. Anak2 sy paling gembira.. Paling susah kawal anak kecil sy Anten paling nakal.. Ani mengikut je apa adik dn kakaknya buat.. Sy dibelakang, anak2 ke depan kedai mengerjakan coklat, keropok dn sebagainya..
“Errrrmmmh mananya untungnya mak nak niaga nak ouiii.. korang yg mengerjakan x sempat mak nak jual.. tolong lah jangan makan sgt.. Kesian kat mak cari untung ni”.. Rayu sy kat anak2.. Anten mengejek2 sy keriangan.. “Sikit je mak.. Kak Long yg ambik banyak..”.. Yati marah sekali dia jadi mangsa kpd adiknya.. Ketawa Anten, dia periang, nakal x dengar kata..!! Geram sambil gembira karenah anak2 ni.. Mereka je kawan2 sy..
Kini Felda ada Masjid baru siap dibina.. Ex suami kata ada Ustaz felda baru sampai.. “Dia tu bagi ceramah ugama seminggu 2 atau 3 kali dn imam mesjid.. Lawa orgnya.. Lupa sy namanya.. Katanya Isterinya x ikut sekali, cikgu mengajar di Perak ..”.. Ex suami menjelaskan kpd sy..
Ustaz tu dtg kekedai kami… Peramah dn segak orgnya.. Sering dia datang membeli ikan kekedai sy.. Dia peramah sekali ada sja modal dia nak sembang dn sy menghormatinya sebagai ustaz Felda dn sy anggap dia patut dihormati kerana ilmu ugamanya ..
Bila kekedai sy mmg ramah sebagai peniaga dn topik sy suarakan utk sembang tanya kabar anak2nya bagai lah… Sambutnya dlm perbualan tu, dia sorang duduk disini masak sendiri.. Katanya isterinya x dapat tukar tempat kerja..
Sy x menyangka dia ada perasaan pd sy.. Selepas beberapa bulan dia jadi kerap ke kedai kami.. Bagi sy ustaz ni x lebih antara pelangan dgn pembeli sja.. Atau kawan bercakap masa berjualan..
Satu petang selepas beberapa bulan dia menyatakan dia suka sgt pd sy.. Sy terdiam kejap, terkejut.. lepas tu senyum.. Dalam hati sy yg masih muda (hai kalau sy x kawin lagi dn kalau ustaz ni bujang, mmg sy suka pd dia..).. “Napa Ita ko senyum 2..? Sy cakap betul ni”..
Sy jawab dgn selamba bodoh “..Eleh ustaz ni.. xkan dgn pakaian sy yg rugged ni ustaz nak test test kot… x payahlah nak test test ustaz.. Sy bukannya murah ustaz.. sy tau juga sikit hukum hakam..”.. Tetiba ex suami keluar dr dapur nak masak sambil cari bahan2 nak masak maggi.. Ex suami tersenyum sambil menyapa ustaz..
Ustaz xlama lepas beli tadi terus beredar.. Sy senyum2 sendiri.. (Ruginya sy kawin muda.. Seronok kalau masih gadis boleh buat pilihan.. Mengelinjang rasa hati sikit lah masa tu ha ha..)..
Lama lepas tu ustaz x datang beli barang… Biarlah x heran pun ustaz x datang… Xda kesan apa pun dia datang atau x.. Lepas 2 minggu ustaz muncul beli barang.. Ustaz ni pandai, dia akan dtg waktu sunyi pelanggan kurang.. Itu ler time dia akan dtg..
Sy : Ustaz nak cari barang apa..?
Ustaz : Ikan dan sikit barang lain.. (Sy siapkan.. Ustaz memerhatikan sy.. Dalam hati sy errm ayat apa pulak kali ni dia nak cakap).. Ta ko ingat aku x …?? Lama kan aku x datang kedai ko..
Sy : Ingat juga kat Ustaz. He he pelanggan kan.. Mesti ingat… Ustaz ni mesti balik kampung jumpa anak isteri..
Ustaz : Mmg ada balik jumpa anak bini.. Hati aku x leh lupa ko Ta..!!. .Aku cuba x nak tengok kamu dlm seminggu.. Aku x tahan..
Sy : Jangan main2 Ustaz.. Sy ni kan isteri org dn Ustaz ni org ugama..
Ustaz : Jom kita kawin kat Thailand.. Ko tinggal kan je laki ko tu… X selayaknya ko kawin dgn dia..
Sy senyap je x ulas apa2..!! Masa balik dia renung muka sy masa ambik barang tu.. Esoknya sy balik kerumah utk berkemas sbb lama dh x balik, dan ex suami jaga kedai.. Masa mengemaskan rumah.. Mak cik sebelah datang bertandang bertanya kabar.. Sy menceritakan kisah Ustaz tu pd Mak Cik..
Sy x da kawan bercakap mengadu perihal diri.. Mana tau Mak Cik boleh bagi pandangan atau nasihat yg baik, sy nak dengar.. Selepas 4 hari dari berjumpa Makcik jiran sy tu.. Kes besar meletop sgt menakutkan sy…
Ustaz datang kekedai dan memarahi sy.. Kuat betul dia marah.. Malu sgt tergamam.. Ada juga jiran2 niaga yg nampak (perempuan).. ” Awak perempuan x bermaruah, awak menduakan suami awak dn mengajak sy berkahwin ke Thailand..” ..Sy tergamam dan mengigil2.. Apa dugaan ni Ya Allah.. “Dia buat… Dia sgt jahat.. dan bijak nak malukan sy nak selamatkan dirinya.. betul2 dia balikkan semua fakta..”..
Sy terus lemah, ex suami dengar (x pelik bagi sy yg suami x berfungsi.. Macam xda apa2 berlaku.. Buat x tahu dn x tanya apa pun dgn sy..) Sy pun malas nak bincang dgn dia.. Esoknya sy bawa anak2 balik kerumah lagi.. Dlm kalut x da pengalaman macam ni sy mengharap kawan bercakap..
Sy x terfikir yg Mak Cik sebelah rumah ni yg sebarkan cerita ni.. Sbb dia saja yg tau perkara ni.. (sy hanya bercerita pdnya) Masa naik moto menuju balik kerumah tu, sy ditahan oleh 3 org isteri pegawai felda.. Menambah lagi kehairanan sy.. Xpernah terjadi macam ni.. Adakah kes Ustaz juga, detik hati ni..
Sy berhentikan motor.. Senyap sy xterjawab apa… Dada macam nak jatuh.. Malu x terhingga masa tu.. Ustaz mmg duduk dekat rumah pegawai felda.. Mana nak letak muka.. Ni lah dugaan paling sy sakit sepanjang disana..
Isteri pegawai felda menegur sy dgn sinis “Sy nak tegur awak sikit ni, awak kalau niaga.. niaga lah elok2.. Kalau dah jadi isteri org buat cara bini org.. X payah goda suami org, awak x malu ke dgn Ustaz pun awak nak goda.. Kami benci perempuan yg x tau harga diri..”
Selesai isteri pegawai felda menempelak sy.. Sy dayakan bawa motor walau pun jadi x stabil.. Kalau x kerana anak2 sy mmg terduduk dah kat situ.. Kalau sy Rozita yg sekarang sy akan serang Ustaz dn paksa suami sy bela sy..!! Sayangnya sy dulu masih x tau bela diri.. x tau memberontak..
Sampai dirumah sy menangis sepuasnya sbb malu sgt.. Sampai malam sy x balik ke kedai.. Bengkak mata sy menangis.. Mana nak letak muka.. Jahat sy yg nampak.. Sbb sy bukan Ustaz.. sbb sy perempuan.. sbb sy moden..
Tetiba sy teringat Mak Cik sebelah.. Sy terus kerumahnya.. Bersemuka dlm mata bengkak tu, sy cakap baik2 saja apa salah sy sehingga dia sebarkan fitnah sampai jadi terbalik dr apa yg sy ceritakan padanya..
“Tujuan sy bercerita supaya Mak Cik bagi pandangan.. bukan buka aib dn terbalikan cerita..”.. Mak cik diam je.. (no komen kata retissss ha ha ha) Mak Cik pandang suaminya.. Selepas meluahkan sy kecewa, x ada faedah berbalah dgn org bermuka2… Siap sumpah2 Mak Cik tu.. x mengaku pun… Masalah x ni xkan selesai pun dgn Mak Cik ni..
Sy balik kekedai keadaan anak2 dah mengantuk.. Ex suami menegur napa lama dirumah tadi.. Sy ceritakan semuanya yg terjadi kes Ustaz.. dan sy kerumah Mak Cik yg sebarkan fitnah.. Sebelum ni sy x menceritakan kpd ex suami kerana dia umpama tunggul x membantu pun..
Sy syak suami Mak Cik berjumpa Ustaz tu pengakuan sy ttg Ustaz ajak sy kawin lari… Yg Ustaz macam cacing kepanasan nak cover dirinya sebelum gosip panas merebak.. Dia bertindak dulu.. dn jaga maruahnya sebagai Ustaz yg baik..
Ustaz ni x mahu nama baiknya rosak.. Dia buat cerita terbalik.. Myb Ustaz takut sy menyebarkan cerita itu kepada org lain.. Maka dia buat strategi lebih baik dia yg menyebarkan cerita sebaliknya kepada org2 tertentu.. Supaya jadi benteng utk dia..
Fitnah ni kejam.. mana sy nak mengadu..? Kejadian demi kejadian sy rasa keseorangan sgt hidup ni.. Sy renung anak2, apa nasib sy kalau sy nak bawa mereka keluar dr penjara duduk di felda ni.. Terfikir sy masa ni kalau ada adik2 atau sedara mara, atau kawan baik yg sy boleh percayai bagusnya kan..!!. Boleh mengadu nasib..
Next story sy nak cerita kenapa susah kurus sbb sy minum air gas Mirinda dn Sarsi.. Punca gemuk susah kurus..
14 Comments
nieza
Berat nyer dugaan bila difitnah saya pun pernah merasainye tapi aper pun Allah Maha kuasa lambat lain kebenaran pasti timbul juga.huhuhuhu sedihnyer..
jamuratu malaya
Nieza..mmg berat..Bagi sy masa tu..sy malu kat masyarakat sbb sy nak hidupndgn mereka..mereka x terima kerana prajudis
irda
umur berapa masa tu, puan rozita?
ilasaleh
boleh faham perasaan tue 🙁
jamuratu malaya
Ilasaleh
Terimaksih..dlm penulisan blog mem sy tulis betul semuanya supaya ada cermin yg kita boleh pandang..meskipun ada salah sy dlm kisah muda2..cara pakaian sendiri membuka ruang fitnah…
Sayanh..suami yg beriman akan membimbing kejalan yg benar
ina
Masyaallah…. Ustaz apa mcmtu?? Sakit plk hati baca story puan harini….berat betul dugaan puan kan?
jamuratu malaya
ina..Lebai pun org kan puan???..Sakit sgt sy masa tu..rupanya hidup ni bermusim2 Allah uji..semusim miskin, semusim ada rezeki. .kaya juga fitnahnya..Allah bungkus sekali musibah dn nikmat sekali dlm hidup..supaya kita dekat pd Allah. .Cara Allah tegur kita
as dila
MASYA-ALLAH..hebatnye dugaan puan.Sungguh pak2 kopiah memang xboleh percaye sangat la nie..sungguh sebaik-baik tempat bergantung Allah taala yg terkenal dgn 99 namenye..#AkuSayangAllahAkuRinduAllahAkuCintaAllah
norhidana
ya Allah puan, besar betul dugaan puan yek nk majukan kedai tuh… yelah manusia nih mana blh tgk org lain maju, mule lah nk tabur fitnah nk cari salah…
tak baik betul ustaz tuh, ptt nya dia jd contoh… tp dia lak jadi kaki jahat…
rafeah.ibrahim
Slm puan, life is a journey of lessons. Never ending.
p/s : ta, ko mmg lawa la..gmbr dah blur pun aku nampak! (anggap komen yg ni dr sorang kwn, sbb tu bahasa dia camni)
jamuratu malaya
Rafeàh..,
kisah silam , macam mimpi bila sy kenangkan balik..
norma
saya anak peneroka felda .ingat lagi kisah arwah kakak saya..janda..balik dddk felda slps bercerai buka kedai makan..laris sb kakak sy mmg pandai masak sb pernah ddk bandar kerje restoran..
tapi fitnah bini2 peneroka yg takut laki kawin ngan kakak saya dan buat cerita bukan2 menyebabkan arwah kakak tutup kedai dan tknk duduk kt felda lagi.padahal kakak saya berniaga nk bela anak n tolong mak saya masa tu.
last2 yg dok buat fitnah tu bercerai berai jgk akhirnya.itulah balasan Allah
selalunya yg buat fitnah dan dengki mendengki ni sb tak yakin dngn diri sendiri dan tak blh tengok orang lebih dari dia
jamuratu malaya
Norma..kesiannya arwah kak puan …simpati sy baca komen puan…sy dapat rasa
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum bonda, no comment, sy pernah kena fitnah juga dalam bisnes berkaitan duit hutang. alhamdulillah after 2 year kebenaran terbuka jua. sy jantina laki jadi orang nak fitnah ni susah sikit kut. sabarlah bonda. tak hidup dek puji tak mati dek keji pegang tu je.