Dugaan Nooraini

Ziarahi Nenek dan pengalaman menoreh getah hari pertama..   Dugaan Nooraini : Part 20

Sambungan part 20, 

Berbaki 1 lagi dalam beg plastik kosmetik sy ni. Nampak macam habis je… Walhal hati merungut2… Terjual baru 3 kotak.. Di rumah ada lagi 6 kotak.. Tak balik modal pun lagi..

Sy menyesal beli banyak sgt sampai 10… x tengok strategi nak pasarkan dimana… Baru sy faham berniaga bukan ikut minat je.. Kena tengok lokasi juga. Sy je yg suka org lain x suka pun..

Mana lagi arah sy nak pergi menjual yg baki ni.. Sambil membawa moto perjalanan pulang ke rumah.. Sy binggung memikir2kan apa lagi sy nak buat lepas ni buat cari duit nak makan pakai kami..

Mana lagi nak dicuba.. Goreng pisang x menjadi mana niaga pun.., Setakat lepas makan.. Nak hidup senang atau nak lebih2 mmg x kan boleh.. Kosmetik ni pulak azab nak peginya..

Org Pahang x heran kebendaan apa lagi nak jaga kecantikan ..Apa lah lagi nak yg sy nak buat… Sambil memujuk hati.. “Alahai x busuk pun kosmetik ni.. Bila2 boleh jual..”…

Hakikatnya mood dan semangat nak menjual kosmetik mmg dah hilang sbb duit terbenam kat situ.. Sy belajar seperkara dari kesilapan iaitu membuat tindakan tanpa mengkaji risiko..Telalu yakin dgn suara hati sy.. Bukan senang cari potensi buyer.. Sy nekad nak noreh betul2 lepas ni, Untuk kumpul duit..  Sy x nak dah jual goreng pisang. .

Sy nak rehat cukup2 dirumah sebelum menoreh getah.. Cuma tinggal 5 hari je lagi.. Sy bercadang bertandang petang hari esoknya kerumah Makcik jiran untuk meminta bantuannya menjaga anak2 masa sy menoreh.. Rancangan dan hajat sy sampaikan pada Mak Cik.. Yg sy nak kerja separuh hari je.. Pergi jam 6 pagi balik jam 1 tgahari.. Yati akan ke rumah Mak cik bila adiknya semua jaga dari tidur. Mungkin jam 7 atau 8 pagi Yati  akan membawa adik2nya kerumah Mak Cik.. Mak Cik Jiran tu setuju sy bayar RM 5.00 utk tempoh tu..

Kecoh di kedai kopi kaum lelaki bercakap ttg hari mula2 nak menoreh ni..!! Pembahagian lot2 tanah. Ada org yg dapat kebun cantik, besar2 pokok.. Dan jenis getah banyak.. Rezeki org lebih baik dri sy.. (mereka dapat di tepi jalan yg pegawai felda selalu inspected jadi pekerja orang indon bagi perhatian baja dan sulam pokok dgn betul..)…. Sy dapat kualiti teruk kawasan pendalaman… Bukit tinggi dan pokok x banyak.. Dan kualiti banyak pokok yg x banyak susu.. Parah betul kebun gerah sy ni banyak kosong, sbb pokok mati lepas tu felda x sulam semula.. Kecewa sgt.. Nak tukar x boleh sbb undian…

contoh pokok getah yg baru bukak plan
contoh pokok getah yg baru bukak plan

Peneroka semua ke pejabat felda mengambil cawan2 getah, spring dan sudu getah.. Utk permulaan membuka plan pokok getah.. Tiba sudah harinya utk kaki mula membuka plan pokok getah.. Masa hari membuka plan sy x nak ikut sebab leceh nak pasang spring.. Buka plan.. pasang sudu dgn cawan getah.. Sy akan datang bila semua selesai 10 ekar dipasang oleh ex suami..

Umur Anten sudah hampir 4 bulan.. Alhamdullilah x pernah sakit. Sy ingin menziarahi nenek yg merawat sy bersalin.. Kata ex suami dia duduk dihujung kampung.. Sy mengajak ex suami pergi ke menemuinya sebelum sy memulakan kerja menoreh getah.. Petang cuaca elok jam 3.30 sy membawa anak2 menaiki moto vespa menziarahinya, Yati dan Anten sy bawa bersama dn Ani sy tumpangkan dirumah Mak Cik jiran ..

Kami sampai di rumah nenek.. Subahanallah.. Daun pintunya dari kulit kayu.. Beratap zink.. Akar2 kayu dan herba bersepah2 diserambi depan rumah.. Ayam mengeram di depan beranda rumah. Cangkul dan kelapa elok berlonggok di depan tangga…

Sy x terkejut lagi dah  melihat rumah orang2 ulu Pahang..!! Kerana kalau rumah tokeh balak pun begitu (walaupun berduit). Ni kan pulak rumah org biasa.. Bila kami memberi salam xlama.. Elok pintu terkuak.. Nenek menjawab salam dgn muka selamba bersahaja menyuruh sy masuk.. Sy dah x heran dgn muka masam org Pahang.. Air muka je tapi lebih ikhlas berkawan.. Sy yg meramahkan diri supaya jadi meriah dan kami makin mesra..

Sy tundukan kepala kerana alang rumah nenek rendah yg dibuat dari batang2 kayu.. Tanah dan pasir terasa bila berpijak dilantai rumah nenek.. Bau asap dapur kayu dn kelihatan tempayan (biasanya berisi tempoyak).. Sungguh mudah cara hidup nenek.. Kitab2 dan quran bersusun kemas ..Nampaknya nenek lebih menjaga quran dari yg lain ..!!

Nenek bercerita ttg kebun sayur dibawah rumahnya (rumah nenek atas bukit) dan beberapa jenis kunyit dan kebaikannya..Sambil dia melihat bayi sy tanpa menyentuhnya dan melihat muka sy dan bentuk badan sy.. “Elok semuanya Alhamdullilah bawa anak kamu kemari.. yg sakit x boleh berjalan tu bila ada kelapangan bawa sini Nenek nak urut..Kita ikhtiarkan mana tau Allah bagi kesembuhan..”..

Kunyit Hitam (4)
Contoh kunyit hitam

Nenek ingin mengajar sy tumbuhan utk rawat penyakit, sy kurang minat dn tidak memberikan tumpuan semasa Nenek mengajarnya. Sy menyesal sekali terasa amatlah ruginya.. Malah sy dah banyak lupa.. Sy hanya fokus kecantikan… Semasa melihat kunyit2 sambil nenek bercerita.. Sy berasa pelik kerana ada kunyit berwarna hitam.. Putih.. Dan daun2nya x sama dgn kunyit biasa.. Kata Nenek menceritakan daun kunyit putih bagus dibuat panggang ikan sungai..dan ubi nya buat tambah susu bagi wanita lepas bersalin.. Kuatkan sex wanita , buang keputihan, ulam bagus sgt.. Awet muda dn amalkan tegang buah dada kalau nak kesan bagus lagi sapu dgn ramuan minyak herba sekali sekali..

Paling sy suka ttg kunyit hitam sukar nak dapat.. Dia hidup di alam ghaib asalnya dn bagus rawat sawan serta org lumpuh + kanser.. Kuruskan badan  dgn bahan herba lain.. Tapi itu yg utama .. Banyak lagi yg nenek sampaikan..

Sy terpaksa balik awal kerana takut moto rosak di tengah jalan, dah lah bawa anak kecil. . Nenek bagi buah tangan utk amalan dn makanan utk sy.. Sampai dirumah ex suami mengasah pisau toreh dan sy menguruskan anak dn memasak makanan utk malam nanti. ..

Esok hari pertama sy menoreh.. Sy sudah menyiapkan barang2 yg nak di bawa esok.. Macam bekal utk kekebun dn makanan utk makanan anak2 sepeningalan sy tumpangkan dirumah mak cik nanti.. Elok lepas subuh kami pergi.. Sejuknya jangan cakaplah.. Kabus putih tebal sekali.. Moto vespa naik ber2 mengaum masa naik bukit.. Uzur sgt dah vespa tu…

Akhirnya sy melihat kebun kami buat kali pertama.. Sy memilih kawasan rata saja utk hari permulaan utk sy mulakan menoreh..Perlahan2 sy menoreh takut luka pokok getah.. Akan rosak atau mati kulit.. Huiiihh sangat memenatkan x sampai 3 ekar sy menoreh.. Nyamuk sgt banyak.. Dan kaki sy di gigit pacat.. Sy x sedar masa digigit dn melihat darah menitis banyak di kaki.. Sy hanya berselipar waktu tu.. Jijiknya melihat kembung pacat 5 ekor kiri kanan betis sy.. Menjerit ketakutan sy pukul dgn kayu untuk jatuhkan pacat2 tu… Nasib baik sy x pukul dgn batang pisau, silap gaya boleh tertoreh kaki sbb panik.. Hari pertama ikut sy x mampu menoreh banyak kerana masih tinggi dan kami pulang awal seperti yg dijanjikan dgn Mak Cik jiran..

Pulang kerumah 1 pengalaman baru bagi sy bekerja..Sy ambil anak2 dari rumah Mak Cik jiran dan sibuk menguruskan dapur pula.Sy mmg suka masak dapur kayu.. Meriah dan ia hiburan bagi sy.. Sehingga sekarang sy mmg suka masak dapur kayu dn rasa masakan lebih sedap sy rasa..

InsyaAllah, saya akan sambung part yang akan datang.. 

10 Comments

  • ayshah

    Assalamualaikum Pn. Rozita Ibrahim,

    Pertama kali kenali puan hanya melalui rangkaian produk puan..tp bila baca kisah-kisah dugaan Noor Aini, timbul rasa lain dalam diri saya terhadap puan.
    Kagum dan terharu, gigihnya puan membesarkan anak2..dlm masa yg sama jaga kecantikkan, jaga ekonomi keluarga yg sepatutnya bkn tugas puan.
    Teruskan puan, berkat kesungguhan puan akan terus menjadi insipirasi kepada wanita diluar sana termsk diri sy, tak sabar nak tau smbgn cerita puan.

    • jamuratu malaya

      Waalaikumusalam. .tiada yg menarik sy rasa dlm hidup sy sbgai prempuan miskin dn jauh sgt dr kesempurnaan. , Tapi memandangkan sy melihat ramai wanita malang nasibhya mengambil iktibar kisah sy..Sy bersemangat menceritakan kisah hidup sy yg buruk atau baik supaya dijadikan kekuatan nak mulakan hidup..Bukan sy nak menjual buku utk kepentingan sendiri..Sy menulis dgn cara sy meskipun typo db ayat berterabur..Niat sy hanya nak wanita dan insan yg di duga Allah ni kena berjuang meskipun terpaksa menjaja kuih supaya nasib x terus membelengu mereka..Banyak wanita lemah dn jagn memilih jalan salah..Kita sama 2 mendoakan mereka ya puan, kasihan sekali kerana Sy dh lalui ..

  • lina

    Puan mengingatkan saya tentang pokok pulai mulanya saya tak perasan just baca ja lps baca part 19 baru tringat pokok tu dulupun saya lps gian tringin nak menoreh guna pokok tu juga .saya pernah dihalau semasa menoreh tuan kebun org senang padahal saya dah minta kebenaran saya darjah 6dah pandai menoreh .pokok pulai tu bergetah cairkan?puan byk memberi kesedaran pd saya.byk sungguh perbezaan patutla puan berjaya cerita puan memberi saya tahu kelemahan yg ada pada saya t.ksh ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!