Dugaan Nooraini

Yati anak kecil yg daif, lalui bersama peritnya perjuangan kami bina keluarga..Dugaan Noraini : Part 38

Sy teruskan story sy ..

Kenapa sy x teruskan membina bangsal kedai buruk sbb kena amaran… Dari pihak Felda… Sementara kami  menoreh  ex suami masih meneruskan berjualan dikongsi Indonesia.. Sy sibuk membina bangsal dari kayu terpakai bersama org Indon (Bukan sy yg buat sy mengaturnya saja)..

Masa Yati cuti sekolah sy tinggalkan mereka dirumah. Sy minta ex suami utk cuti selama 3 hari utk bantu Indon menyiapkan segera bangsal tu dan nak elakkan fitnah dari terus merebak..

Sy menebas anak2 kayu dekat tepi sungai.. Sungai tu nanti jadi sumber air utk kami mandi dan memasak.. Itu lah rancangan sy.. Alhamdullilah kedai tu dekat dgn anak sungai.. Jernih dan sejuk betul airnya… Lebih kurang 5 hari kedai buruk kami siap.. (Indon yg kerja sorang je.. Sy tolong pas2 bahan binaan masa dia kerja)

gambar semasa miskin
Inilah cerun menuju ke sungai sebelah dengan kedai runcit yang saya bina… Ada banyak lagi gambar lain tapi anak2 dah hilangkan..

Mmg x lawa langsung kedai sy tu.. Hanya atap dan tiang saja..  1 Meja kayu tempat nak susun kotak2 gabus ikan putih tu… Kedai yg daif sgt.. Zink buruk, papan playwood, dan x bersimen pun.. Sy niat nak jual ikan sayur je.. Malamnya sy balik ke rumah.. Siang sy duduk kedai dgn anak2.. (Manis bila dikenang kisah silam yg sy boleh ceritakan dalam blog ini,  tapi x manis laluinya.. Masa sy tulis ni kerap juga sy menangis.. Terkenang dn terasa saat tu.. Jauhnya sudah perjalanan hidup sy)..

Itu langkah awal buka kedai dn perancangan yg dah lama sy nak buat.. Meskipun x yakin sy masih teruskan.. Semangat ni tengelam timbul sambil menebas dan mencangkul buat anak tangga cerunan menuju ke sungai nak mudahkan anak2 dn sy mandi akan datang… dan bertanam sy serba sikit mana tau boleh redupkan bahagian belakang kedai tu nanti..

India tu sgt2 menakutkan sy, setiap kali balik dari uruskan pembinaan kedai tu, mata sy curi2 menjeling kearah kedai India tu… Penuhnya barang2 dikedai runcitnya dgn org yg x putus2 membeli dikedainya.. Lori dan Van pulak x putus2 hantar barang.. Haiii malu pun ada nak buka kedai sebelah India ni..

Masa naik moto balik rumah hati terfikir “kalaulah Mak sy kaya.. Sy mesti x susah macam ni.. Mesti Mak sy bantu bagi modal niaga.. Kalau sy kawin laki yg betul2 kaya dari hasil duitnya sy mesti x merempat macam ni..”… Kesal sy dgn apa sy lalui, dada rasa sesak, mata rasa nak keluar air..

Cepat2 sy bangunkan diri..“..Hoiiiiiii…iii berangan nak hidup senang…x habis2 dgn andaian kalau, kalau, kalau…xda sape tau takdir hidupnya lahh..syukur apa yg Allah dah bagi..lupakan semua tu..Sy pula bagi andaian kat awak Rozita..!! KALAULAH AKU BOLEH BANGUN DAN BUKTIKAN PADA SEMUA ORG BAHAWA AKU X SEKOLAH.. MAK AYAH X KASI HARTA, LAKI X BAGI DUIT.. DGN USAHA DIRI SENDIRI, PUNCA AKU BERJAYA.. AKU LEBIH BAIK DARI MANUSIA LAIN.. SY DAH MENCUBA DAN BUKTIKAN…SY HIDUP ADA MARUAH  DAN MEMINTA2.. SY GUNAKAN AKAL DGN BAIK.. BUKAN DARI SUMBER BANTUAN ORANG LAIN..”…

Selepas memarahi diri sendiri, sy dah x rasa nak nangis.. Menangis bagus tapi jgn lama sgt.. Nanti habis energy dalaman.. Kita gak rugi..

Sampai dirumah remang2 petang yg cantik shahdu, lemah kaki naik kerumah.. Ex suami dah balik.. Raga jualan di belakang dapur… Sy terus mendapatkan anak2 supaya boleh lupakan rasa sedih nak mulakan hidup.. Ohhh sekali lagi hati sy direntap2…

10867097_686674008122678_10113701_n
Baju ini yang dijumpai di dalam bungkusan plastik yg saya cerita hari itu.. Sehingga sekarang Yati masih ingat tekstur kain tersebut.. SEDIH SAYA TENGOK GAMBAR INI… WALAUPUN MISKIN ANAK SAYA KERIANGAN..

Yati berkumpul dgn adik2nya makan sesuatu.. Sy melihat dgn hati sayu.. Sy x pernah membelikan junk food utk mereka.. Paling biasa sy buat ubi rebus, ubi goreng, pisang, tepung yg bergaul dgn air.. Senang cakap makanan anak2 sy ialah asas yg biasa org melayu bagi makan je.. Tu je sy bagi makan pd anak2..

Yati makan asam jawa gaul gula.. Kesedapan dan nampak berselera betul anak2.. Hati ibu mana x sakit.. (cuba hayati tulisan sy).. Nasib baik kedai jauh dari rumah kami.. Keinginan kanak2 kan..Mereka teringin tapi sy xda duit nak bagi semua tu.. Yati yg kreatif buat makanan sendiri… Makan lah dia dgn adik2nya.. Sedap dah pada mereka..

Adakala xda makanan buat anak2 alas perut, sy gaulkan tepung beras dgn air campur gula garam jadi macam dodol bayi..Aduhai nasib.., sy pun nak bahagia dan hidup senang macam org lain juga.. Tapi takdir macam tu..Kais pagi habisnya pagi.. Kais petang makannya petang.. Sampai bila begini.. Anak2 membesar makin menakutkan sy..

Kenapa sy rajin dn kuat.. Sbbnya sy takut..!!.. Sy bukan nak kaya raya.. Jadi jutawan jauh sekali mmg xda dalam hati sy.. Mmg xda langsung.. Sy letakan impian sesuai kemampuan sy je..

Sehingga kini Yati dgn sy mempunyai jiwa sedikit sama.. Kami amat sederhana menilai duit dan kebendaan… Kami x perlu barang berjenama utk kelihatan ada status.. Kami elakan berkawan dgn org yg berlumba2 dunia dan luxury kerana kami x mahu terpengaruh.

Kami mahu sama macam dulu hidup sederhana tapi masih boleh merasa..Kami melalui kehidupan tu dn belajar ttg hidup ni bersama2 meskipun jarak usia kami agak jauh ibu dan anak.. Kawan terdekat, sahabat susah senang.. Utk ketika ini lah.. Mudah2an lah sampai mati Allah tulis takdir tu begitu..

Sumber makanan semuanya dari hutan, rebung, cendawan, pucuk paku, jering, petai dn banyak lagi.. Sy bertanam sayuran semua dari tangan dan peluh yg keluar membesarkan anak2..

Nikmat hidup ini ialah bersatu, sekalipun banyak duit jika berpecah ia merupakan kehilangan yg sgt merugikan..Nilai sebuah keluarga, kasih sayang dalam kebersamaan.. Walau kemana pun kami tetap bersama itu hanyalah impian sy..

Sy merasakan begitu akibat keseorangan, masa lalui susah cari nafkah dn perkahwinan yg kucar kacir.. Hidup sy hanya anak2 lah teman. (Bukan suami dihati sy) Masa perceraian dan masa ada suami sy melihat perkahwinan tu x selamat dan sy berazam x mahu berpisah dgn anak2.. (sy rasa anak2 akan buat sy selamat dn bahagia )..

Rupanya x juga wahai pembaca sekalian..!!.. Adakala perkara kita cuba elak, itu yg Allah akan duga.. Berhati2 kita letak rasa kasih sayang pada manusia, harta.. Darjat.. Senang cakap dunia dn isinya lahh….

Dulu sy takut jika sy terus hidup miskin dan x sanggup nak dengar hinaan org.. Kini sy sedar seperkara lagi dlm kehidupan.. Sy takutkan kasih sayang dn kehilangan , kecewa dgn manusia yg kita sayang adalah perkara paling sakit.. Dalam susah Allah uji, dalam senang pun Allah uji.. Selagi hidup x putus ujian demi ujian akan kita lalui..

Sayang dan harapan sy pada anak2 sy set  sejak dulu.. Sy x nak berpisah dgn mereka dn mereka no 1 dalam hati sy… Sy nak berkumpul… Sy merancang yg menentukan Allah.. Sy lalui ujian lagi yg lebih berat dan lebih sakit sebagai ibu yg kecewa (maafkan sy x boleh tulis selanjutnya) Banyak anak banyak ragam ujiannya..

Kini ada 4 anak yg besar.. Dan 2 masih kecil.. Perangai anak x sama semuanya.. Jika para nabi Allah seperti Adam, Yaakub,  Noh  turut diuji dgn anak2 mereka.. Sy juga laluinya.. Jika dulu fitnah org.. Kini sy lalui fitnah anak2 pula..

Sy belajar seperkara lagi.. Sederhana letak kasih sayang dan harapan pada manusia.. Anak atau suami.. Sy masih belajar lalui hidup sy sesuai dgn usia, dengan doa yg x putus.. Itu senjata kita.. Teruskan sebanyak2nya berDoa..

Antara doa sy “Ya Allah jgn sekali kau biarkan aku lalai dgn dunia dn menangis dgn kesibukan dunia..Bantu aku melupakannya..Jangan sekali kau letak kan cinta aku pada dunia..JADIKAN CINTA DAN HARAPAN KU HANYA PADA MU YA ALLAH.Hanya pada mu Ya Allah..!! …  AKU SAKIT YA ALLAH KERANA MANUSIA YG AKU SAYANG..MANUSIA SELALU KELUH KESAH”..

Begitu juga sy yg x sempurna ni..Keluhan hidup dan hati sy sebagai ibu dn isteri.. Kalau xda ilmu agama dan sandaran mmg hanyut hidup melayan logik akal dan dendam yg  xsudah..

12 Comments

  • kakcik

    Allah jadikan anak itu sebagai anugerah dan amanah dariNya buat ibubapa. Dia juga menjadikan mereka sebagai ujian. Dan ujian itu bukan hanya buat ibubapa, tapi buat anak2 itu juga bilamana suatu masa nanti mereka akan lalui apa yang telah ibubapa mereka lalui dalam membesarkan dan memberikan kasih sayang. Aturan hidup akan berulang-ulang…

  • siti fadillah

    Cerita puan banyak mgajar saya…mengingatkan saya…sy mohon kongsi doa puan…sy juga pernah letak harapan pd manusia…akhirnya Allah ingatkan sy….rupanya….hati manusia berbolak balik….

  • bahtera kasih

    Assalamualaikum puan..ujian itu anda Allah syg dan salah satu cara Allah nk tingkatkn darjat hambaNya…tabahlah seperti selalu walaupun terkadang rasa x mmpu…

  • sarah

    sedih baca kehidupan puan masa lalu..yg selalu keluar dlm majalah ringkasannya saja kan..tahniah puan dah berjaya..bagi saya puan sangat berjaya..you are my inspiration..seriusly..

    • jamuratu malaya

      Ilasaleh…sy harap anak2 sy faham tulisan sy..itu pun kalau mereka baca lah…kalau calap sy pun x nak dengar..jauh sekali mereka tu nak baca…Mungkin sy dh xda nanti baru mereka insaf..Ini ujian sy ..Wallahualam

  • Fayyadh

    Puan sungguh berbakat dalam penulisan. Saya membaca dan terus membaca. Mahu tahu kisah selanjutnya. Tulisan Puan bagaikan ‘air sungai yang mengalir,’.Saya seronok membaca.

  • Shahirah

    Salam bonda rozita saya merupakan peminat bonda.sgla yg bonda cerita dlm blog ni telah sya bca..sungguh sy kagum bonda..bgi sy nk bina perkhwinan sgt mudh nk mmperthnknnya sgt sush.sy smp skrg msih lgi x serasi dgn suami.ad sja berkaitan suami yg x kna d mta sya..nak nak lgi bila kmi berasl dri ltr blkg yg berbeza..sy hrp bonda di pnjgkan umur dan dpt mmberi inspirasi kpd semua wanita di luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!