Pengalaman kawin cerai ajar sy kenali kelemahan kawal emosi..Dugaan Nooraini : Part 39
Apa yg sy tulis dlm blog sebenarnya ialah mengenai liku2 hidup dari kepincangan diri dan semangat baik yg sy lalui masa kisah silam.. Kesedaran timbul dari rasa sakit, ingin maju kerana kesan dari keadaan keliling ..
Manusia hidup dikeliling sy juga menjadi cermin serta bagi kesan reflect kat sy.. Sy menganalisa kejadian demi kejadian.. Apa yg patut sy lakukan utk terus bergerak.. Bermulanya dari menganalisa..
Bukan saja sy mencipta dan belajar buat formula produk.. Tp sy juga belajar mengenali dan mencari kesempurnaan utk hidup, nilai kepuasan.. Dan nilai2 kebahagian yg sy cari.. Sy x cari kaya pun sebenarnya..!! (sy suka belajar herba dn kecantikan sampai sekarang)
Sy mengupas dan terus mencari apa sy nak… Kerana pemikiran sy masa muda dulu ayat ni selalu bermain2 dalam otak sy “Syurga akhirat sy belum tentu dapat.. Kalau syurga akhirat belum tentu dapat.. Sy nak dapatkan syurga dunia lah…” (Tp sy niat sy tetap nak kejar syurga akhirat)
Ayah sy lelaki contoh yg sgt menepati kriteria yg sy nak… Sy inginkan lelaki yg ada komunikasi yg baik, beragama, berwawasan, jujur, ada rupa yg sedap dipandang, rajin dan bijak..
Keutamaan mesti Rajin dan bijak… Tu wajib ada, ha ha ha itu paling penting.. Xda harta xpa.. Yg penting bijak dan rajin… Kerana sy yakin itu punca segala sumber kejayaan.. Itulah lelaki yg sy impikan hidup bersama sy… (Ini juga cara sy pilih menantu)
Sy merasakan alangkah seronoknya hidup dgn lelaki begini.. Sy masih muda dan sy x nak sia2 menyerahkan hidup sy sampai mati kepada lelaki yg bawa masalah dlm hidup sy… (Lelaki kosong).. Sy merasa berdosa kerana dalam hati terus marah x puas hati dan nak cari jalan lepaskan diri.. Itupun setelah bertahun2 , sy berikan dia peluang dan cuba mendidik dgn ajak berbincang…
Statik, semuanya sama xda perubahan, dah x boleh.. Maka sy yg minta dilepaskan.. Bukan senang nak cerai lebih2 lagi selepas sy berduit.. Ha ha ha… Semua ada nilai nak menceraikan pun… Belasan juta dituntutnya.. Walhal mereka x menyumbang apa pun.. Sekadar teman serumah je.. (x malu)
Rezeki sy dlm perkahwinan mmg x bagus sejak awal lagi.. Sakit paling sakit, berniaga lagi bagus.. Niaga susah macam mana pun nampak gak kesannya.. Sakit berniaga dapat duit hasilnya.. (protes sy masa dalam dilema)
Bagi sy kalau bagus dan menyenangkan perkahwinan tu, sy x mungkin tinggalkan. Benda syok sape nak buang..??.. Macam sy ada ST.. Susah mmg susah nak jaga ST.. Sy tetap sayang..Sbb ada nilai..!!
Kalau penyakit dalam perut atau ke tumbuhan doktor buang punca menderitanya pesakit.. Apa bezanya dgn suami dlm life..?? Dan x kan sy nak bertahan taat tanpa sebab hanya kerana nak bersuami..
Jika sy berkahwin miliki kehidupan yg sy harapkan.. Bahagia dan lengkap mungkin juga sy x duduk ditempat sekarang agaknya, sebb semua serba selesa (sy ni banyak dosa Ya Allah).
Sy berani dgn keputusan yg dibuat.. Sy tegas dan nekad dgn apa yg sy nak buat… Asalkan sy tau jalan tu betul, sy akan lalu setelah sy pertimbangkan sebaik2nya buruk baiknya.. xda siapa pun boleh mempengaruhi keputusan sy..
Kerana pd fikiran sy ketika itu, hidup sy, hanya sy yg rasa.. Sy juga sendiri yg tanggung.. Orang kat luar hanya tahu mengata sangka buruk bukan membantu sy pun… (jangan tiru sikap sy yg buruk ).. Panjang kisah sy, banyak sgt kisah tauladan dlm hidup sy..
Manusia 2 sekeliling seperti keluarga, jiran, anak2, dan suami lah manusia paling terdekat menjadi sumber meruntuhkan semangat atau menggalakan semangat.. Pengalaman perkahwinan yg gagal melihatkan sy dgn jelas sikap2 manusia yg gagal dan menganggu jiwa sy.. Antaranya :
- Bodoh ,Baik dan lemah semangat. Sekadar pengikut.. X tau arah..
- Berpendidikan tapi ego, cakap besar, baran , sombong
- Berpendidikan tapi x tau keputusan, penipu..
Sy beranggapan hidup bersuami ni, sy akan menyerahkan hidup, hati dan melakukan tanggungjawab bersama bina keluarga.. Bantu sy susah senang perniagaan bersama2.. Bila sy set kehidupan begini , sy gagal.. Kerana mereka x seperti sy.. (Jauh sekali ) Sy sedih kecewa.. Ia merosak semangat positif diri sy sebagai wanita dan sy terbawa2 emosi ini dlm cita2 sy..
SEBAB TU SY SERING MENYATAKAN.. USHAWAN KENA TAHU MENGAWAL SEGALA BENTUK EMOSI KALAU NAK BERJAYA… (Panjang sgt kalau sy nak huraikan ayat ni)..
Jiwa sy sebagai ushawan sy campurkan dgn keinginan wanita.. Mmg x boleh..!! Sy kalah dn lemah ketika itu kerana sy terlalu ikutkan hati nak sgt kehidupan sebagai wanita yg berkeluarga.. Sy nak dilindungi, dibantu, disokong dan disayangi.. Lebih tepat ayatnya “Pasangan yg bermakna utk dunia, akhirat .Sy nak rasa selamat dn hidup berkerjasama”.. Jiwa sy mahukan kemajuan, kedamaian keamanan dalam hidup berkeluarga..
Rasa tidak percaya kpd pasangan membuatkan sy terus set minda mengenepikan masalah “jiwa seorang isteri”… Dan terus pandang kedepan.. BANYAK LAGI BENDA MENARIK SY BOLEH LIHAT DIDEPAN… Bukan fikir dn layan perkara yg x menguntungkan.. Sy kata kepada diri sy bahawa suami begini bukan saja x sesuai sebagai teman niaga tetapi sgt tidak sesuai utk sy yg teruskan hidup..
Kisah hidup sy banyak tekanan,dendam, menyalahkan org lain..Kita nak perubahan kepada yg lebih baik.. X mudah tu.. Cakap senang.. Cer buat..??
SLOGAN YG SERING KITA DENGAR “ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI“.. Nak ucap mudah… Melaksanakannya x mudah ..!! Nak ubah org lain susah.. Nak ubah diri sendiri juga belum tentu boleh.. Sy cuba ubah sikap ex suami.. X boleh..!!
Sebelum nak ubah org lain dan kehidupan sebenarnya sy perlu berubah dulu..!! Kalau nak berjaya kena mulakan kenali diri sendiri. Lakukan perubahan walaupun dari perkara yg sedikit..
Sy juga ada kalanya terbabas.!! Koreksi diri sgt penting (muhasabah.. Cek dan cari salah diri sendiri… Kalau ada org lain yg boleh tegur kesalahan kita lebih baik..)
Mood sy menulis hari ini ttg ego dan manusia terdekat keliling sy yg sgt tinggi egonya.. Yg sy tinggalkan jauh2 dari kehidupan sy.. (makin bodoh layan ego mereka) Mereka menyiksakan.. Kemaafan kita telah diberikan..
Kepincangan diri org yg ego tinggi ni mereka sgt taksub dgn diri sendiri… Kita paling baik, semua kita lah betul, org lain semua salah.. Dalam komunikasi keluarga dan kerjaya kita bukan nak cari salah sape.. Tujuan utama ialah kita nak betulkan keadaan dn cari apa matlamat yg kita nak tuju..
Nak akui salah sendiri mmg xramai yg boleh begitu. Ego kena buang kalau nak capai hidup berkeluarga yg bahagia dn ia penting juga dalam berkerjaya..
Pandangan sy ttg ego… Ada ego baik dan ego jahat.. Ego kena jaga dan balancekan.. Ego hanya digunakan pada masa tertentu.. Susah sy nak jelaskan tp selalunya sy gunakan waktu sy tenang bukan dlm keadaan marah..
Bila mendahulukan ego dalam semua perkara terutama masa darah muda, kita akan marah dan dendam.. Bila marah kita akan kehilangan banyak perkara… Jelasnya menyakitkan hati org lain antara paling teruk ialah menampakan kebodohan diri..
Ego selalunya sbb nak jaga status sbb kita selalu diatas..Lebih tinggi pangkat , lebih kuat , lebih hebat maka ego jahat tu terus mahu jadi raja sehingga memusnahkan perkara2 baik yg boleh kita capai..
Kelemahan org ego :
- Org yg pegang ego selalu kecewa dlm hidup .Dah ditinggalkan , tua kesaorangan baru mereka sedar ..(dah terlambat)
- Mereka menang pada 1 sudut iaitu marah.. (sehingga x terkawal seperti memukul, menghina, terlafaz talak, pecahkan barang.. Muka dn suara macam binatang buas)
- Kesannya org terdekat x hilang rasa sayang , x hormat hanya takut barannya naik..Seronok ke begitu..??
- Mereka x boleh kawal emosi dan lebih pandai mencari salah org lain.
- Susah berbincang kerana mereka x sedar atau x mahu akui yg mereka salah..
- Mereka ni macam ada penyakit mental , menyendiri bila bersalah.. Nak mengaku atau minta maaf mmg x lah.. Bergaul dgn mereka atau bercakap dgn mereka hati2.. X boleh silap.. Mudah sentap.. Terus naik minyak.. Mereka ini lebih banyak bercakap kasar dari ayat memujuk atau berkasih sayang.
- Berpura2 depan org tunjuk baik dan orgnya x realistik. (Hipokrit)
- Org ego mendahulukan bergaduh dn puas hati mereka sendiri je.
- Org ego lambat matang & cetek fikiran
- Org ego keras hati & xkan minta maaf
- Org ego cepat marah, x pandai memujuk, berlagak pandai, dan syok sendiri.. Pandai sorok kelemahan diri depan org..
Serba sikit pengalaman sy ttg org ego, dlm perkahwinan org ini akan menghancurkan mood, reputasi dalam kerjaya pasangannya. Anak2 ketakutan dan pasangan mencari jalan keluar.. Xkan ada kemenangan melain kemarahan yg berpanjangan..
Ego racun dlm kehidupan, dan sy katakan org ego mesti ada baran.. Mereka gagal kawal diri dan mudah sgt cari salah org lain.. Sbb tu kalau nak menang kehidupan ni “kena buang sikap mencari salah org lain”..
Serba ringkas sy cerita ttg org ego.. Org alim ada ego.. Org kaya, org pandai semua ada ego… Riak.. Ujub.. Takbur ialah sikap mazmumah..
Uisshhhh susah betul nak jadi baik,.. Sy juga nak ubah sikap buruknyg sy ada, pelan2.. Yg penting sy nak ubah dn perkara paling susah ialah macam mana nak jadi ikhlas dn redha.. (sy sendiri selalu kalah dlm perkara ni).. Sy belajar menerima tekanan kehidupan.. Cara nak selesaikan sy buat ayat 2 sendiri…. Sy buat utk santapan minda contohnya..
- Pandai buat pandai tanggung..
- Masalah datang dn pergi.. Bila dia nak pergi itu Allah punya kerja..
- Nangis pun x selesai masalah
- Nak rayu kat sape..?? Xda pun org x dengar apa lagi nak tolong..
Maka doa jgn putus harap dgn pertolongan Allah.. Bukan Allah minta duit atau caj tol pun kalau minta kat dia.. Berdoa lah banyak2.. Minta kat manusia dihina, minta dgn allah semua free dn yakin dgn rahmat Allah.. X hari ni esok lusa adalah Allah akan jawab pada masalah kita tu..
Maka doa sy antaranya lebih kurang gini bunyinya “Aku serah pada mu YA Rabb..Tp bagilah aku ni kekuatan nak laluinya. .Aku ni lemah sgt. .Aku kurang dan x sempurna amal..Kat mana lagi aku nak minta tolong..Hanya pd mu Ya Allah yg maha kuat yg paling berkuasa atas milik mu.Aku yakin xda sempadan milik Mu ya Allah..Jika engkau nak beri ..Jangan biarkan aku tanpa pertolongan mu Ya Allah”..
Semakin hari semakin menarik, sy cipta formula set minda bagaimana nak atasi tekanan.. Sy pun x tau nak tulis susun ayat macam mana.. (sbb sy bukan pakar psikologi) Nantilah bila ada stori yg sesuai dn Allah bagi idea sy bagi lagi tips tu..
Makin berusia sy tau nak cari manis kehidupan .. Bila ada masalah sy set minda bagaimana sy menapis dn menelannya..ha ha ha.. Pembaca semua sy pernah terfikir, nape ramai org sekolah pandai2.. kerja pangkat besar2.. ramai yg hadapi tekanan sehingga dapat “sakit depression”..
Sebenarnya susah senang kita lalui tekanan tu.. Mesti ada cara kita nak pecah2kan supaya kita x merasai sakit tu.. Makin sy tua makin mudah sy nak fikir supaya sy boleh nikmati usia dan kehidupan menjadi lebih aman… Sy nak aman… itulah lelaki yg sy impikan hidup bersama sy…


16 Comments
aini
Betul puan bukan mudah nak bina keserasian dlm rumahtangga. Serasi tu datang jika kita kahwin dgn yg sekufu. Beza umur yg jauh serta berbeza latarbelakang family sangat beri kesan dlm rumahtangga. Ada saya tulis pasal keserasian jodoh ni di blog saya. Moga2 semua pasangan yg kahwin dpt hidup serasi.
Teringin nak tahu formula set minda atasi tekanan puan tu. Harap puan dapat kongsikan dgn kami ye =)
jamuratu malaya
Aini.ASSALLAMUALAIKUM. .terimakssih baca blog akak..ha ha kak ni tulis blog pakai taram je..malu lah org pro baca blog akak..
Nora Md Jali
Puan..saya tertunggu2 setiap penulisan puan terutama dugaan nooraini ini. Byknya panduan dan secara tak langsung tulisan puan menjadi guide line pd saya. Terima kasih puan sebab berkongsi cerita kisah hidup puan dgn kami semua. Puan sgt tabah. Saya kagum dgn puan. Tak sabar saya nak tunggu sambungan cerita dari puan
jamuratu malaya
Puan Nora, salam ukhuwah
sy pun suka menulis kalau ramai yg amhik iktibar..dlm perkongsian sy..Sy kalau x free sy tulis..Insyaallah. Sebanyak2 sy menhargai komen puan disini
Nurain
Betul la puan… Mmg susah nak berperang dengan ego sendiri.. kdg2 boleh gila melayan perasaan nak marah, tak puas hati, geram, sedih.. macam2 emosi berlanggar… tapi kdg2 saya cuba tahan saya cakap jgn buat sesuatu yg akan saya menyesal nnt… lepas marah semua tu hilang saya lebih tenang.. dan bangga dgn diri sendiri sbb dpt tahan marah yg sgt2 tu tadi… tapi kadang2 terlepas jugak marah tu… lepas tu ego xnak mintak maaf… rasa maluuuuu sgt.. kalau mintak maaf ni kang malu la dia igt aku salah… ha ha ha ha… itu yg masih x dpt nak buat lg.. susah sgt nak mintak maaf.. tapi dlm hati mmg teringin nak mintak maaf tapi rasa malu… n selalu org ckp saya macam tak ikhlas nak mimtak maaf… saya ikhlas tapi saya malu..tu yg bila mintak maaf tersengih2 macam kambing…. buat org rasa saya tak ikhlas.. drpd berlakon buat muka sedih tapi sebenarnya masih berdendam lg teruk kan….? Hihihi
jamuratu malaya
Assallamualaikum. .Nurain..
Suka sy baca komen puan ..ikhlas..sebenarnya sy sgt mengharap perkongsian peribadi sesama kita dlm menghadapi konflik diri..elok kita share bersama…sbb blog sy ni sy rasa prempuan 99% yg baca..Bila kita kongsikan Contoh macam puan ni kan…kami yg berhadapan dgn suami atau anak2 yg baran lebih memahami mereka..
Mereka ji terkunci nak bercakap..x tau sayang atau x..macam mana nk mengekalkan rasa dgm mereka sbb mreka sukar difahami..dn kami rasa sakit ..x sabar..xda ruang nak membentuk mereka..
Terimaksih banyak puan ya komen kat sy
bahtera kasih
Allahuakhbr…bestnya kalau ada smgat mcm puan…ada mslah or x sama je.. tetap nmpk cool…
ilasaleh
umur saya 35..ada anak 3… kecik2 lagi.. bila baca cerita puan.. selalu bayangkan..apa saya jadi di umur seperti puan?
rafeah.ibrahim
Dugaan nooraini tulisan puan mmg byk iktibar. Tak pernah saya miss baca. Tabik puan!
Tapi saya rindukan juga tulisan puan tentang resipi2 dr dapur puan juga gubahan2 bunga puan.
Terima kasih kongsikan kisah. Assalamualaikum Puan Rozita.
jamuratu malaya
Rafeah ibrahim..ehh Sukanya sy baca komen ni..sy suka nak letak hiasan sy..Tapi sy takut org cakap sy riak..
cqin
Saya suka ayat yg puan tulis ni..
Kepincangan diri org yg ego tinggi ni mereka sgt taksub dgn diri sendiri… Kita paling baik, semua kita lah betul, org lain semua salah.. Dalam komunikasi keluarga dan kerjaya kita bukan nak cari salah sape.. Tujuan utama ialah kita nak betulkan keadaan dn cari apa matlamat yg kita nak tuju..
Sy jgk ada ego… Sy jgk ada baran… Sy selalu x sabaq bila ada masalah… Sama mcm pasangan sy.. Sbgai Penyelesaiannya sy lebih suka berdiam diri.. Stress sgt..
jamuratu malaya
Cqin..ayat2 yg sy tulis semua sy ambik masa sy stress..sy fikir ..sy soal..sy jawab..kini sy tuliskan kat blog..bagus ikin mengaku sbb itu maksudnya dah sgt baik. .sy punnnak ubah diri lambat nakmjadi betul
dilahazril
sangat-sangat memberi inspirasi. saya baca semua catatan hidup puan selama dua hari. tak sabar nak tunggu episod seterusnya
jamuratu malaya
Dilahazaril…dah habis semua le..woww banyak tu entri sy..terimaksih sy sudi singgah..
Wawa
Saya tatau apa yg terjadi pada diri puan. Tapi jelasnya saya setuju bahawa ego lelaki mmg amat tinggi n jika kita sendiri ada ego mmg meletup lah jawabnya.. Saya baru bercerai dgn suami setelah 4 bulan berkahwin. Puncanya adalah ego dan panas baran. Agak sukar nak membuat keputusan bercerai , tp kata org kalau bnda tu baik utj kita , dia akan terus kekal bersama kita. Allah maha mengetahui. Saya masih dalam proses pemulihan dr kesedihan. Mencari hikmah . Kerana saya percaya semua wanita berkahwin inginkan sebuah keluarga yang benar2 keluarga dan tidak suka mengubah diri pada org lain. Wallahuaalam..
jamuratu malaya
wawa..sy kawin cerai bukan sekali..Yg nampak jelas macam sy yg jahat sbb ada rupa..Tp org x tau apa kita lalui kat dalam..So jangan sedih sbb perjalann masih jauh dn kita kawin bukan nak cerai..Tp ketenangan dn kasih sayang..Sy kena belasah teruk sy tahan juga ..maki mahun jgn cakap lah..sy bertahan sbb x nak dh status janda..Sy bagi peluang dlm 6 tahun then sy bercerai setelah bagi masa dn peluang mereka utk berubah