Jejak Bonda

BROMO… BUMI TERINDAH SURABAYA..

Di KLIA 2, mengantuk lagi

Sy dah banyak tempat pergi melancong  ke Indonesia.. Tempat paling sy x suka Jakarta kerana sesak.. kotor dan bising.. Sy fikir hanya Bali yg tercantik di Indonesia, sbb tu lebih 10 kali sy ke sana.. Banyak keindahan  alam semulajadi, hasil seni, massagenya dan unik budaya sana…

Kami plan nak hotel mewah semua dn makan dikedai2 makan..sbb duit RM tinggi..Sbb kalau pergi Europe kami cari hotel 3 star je.. Kat sini kami cari 6 star.. Sebelum ni Yati dh ke mari.. Surabaya.., kerana anak pembantu rumahnya kawin.. Dia meraikan maid yg banyak berjasa pada keluarga Yati.. Yati cakap kat sy “Mak mewah.. Murah.. Cantik.. Sgt kat Surabaya. Rugi Mak x pergi sini.. Orgnya sgt baik2.. Lebih mewah.. 10 kali ganda best dari bandung Makkkklk “..

Sy mmg x percaya kalau bukan Yati recommend..

Yati tau taste sy.. Sy suka bersih dan pemandangan..!!.. Kalau x kerana Yati mmg sy xkan ke mari.. Kerana kebanyakan  tempat sy pergi kotor.. Sy pernah ke Medan.. Jogja x seronok seriklah.. Sy bayangkan Surabaya macam tu.. Sbb x glamour dan xpernah ada org cerita pasal tempat ni.. X pernah ada kawan promote pasal tempat ni..

Van besar penuh barang kami semua 13 orang..

Jam 4.00am kami keluar rumah.. Biasalahkan Air Asia ni kan over cari salah penumpang. Nak caj nak reject mereka dapat extra duit.. (pergi musim. Cuti sekolah.. Season  tambang lagi mahal tau)… 7.20am kami fly dan tiba jam 10.00 di airport sana.

Aduhhhh mengejutkan sekali.. Seronok dn mengujakan percutian  kali ni.. he he he sy nak bagi tips percutian sy..

  1. Kalau pergi negara serumpun terutamanya banyak Muslim sy x bawa bekal makanan.. Sy sengaja nak nikmati dessert atau makanan mereka.. X jaga maka  dah.. Sapu semuanya.. Kalau masakan sedap sy tebalkan je muka minta resepi.. Nak belajar lah.. Nanti balik sy try..
  2. Sy suka ke negara  yg Mata wang RM tinggi.. Sy akan enjoy dn pilih hotel 5 atau 6 bintang.. Sy betul2 seronok sbb duit kita tinggi macam ni  boleh lah eksen sikit macam org kaya kononnya..
  3. Kalau negara yg sy pergi mata wang mereka tinggi dan tukaran RM rendah.. Tertekan ooooo tapi nak gak pergi walau tertekan.. (cuti tengok2 namanya) Sy akan pilih hotel murah lahh.. Bawa bekal makanan.. Dan berjimat.. Mood masa tu sy utamakan melihat negara org dn akan beli barang yg berkualiti dn berharga je.

Maka percutian tu jadi serba berjaga 2 ..ha ha .ha…Tenatttt,kalau anak nak shopping.. Sy jawab Jimattttt.. Duit ada utk makan je.. X berbaloi jgn beli..ha ha ha

Jujur je sy menulis sbb  x perlu nak menyorok dari kisah sebenar..

Seterusnya …

Kami tiba di airport Juada Surabaya.. Wowww hati berdetik “ini sudah melambangkan apa itu sebenarnya Surabaya..”.. Kemas dan mudah urusan di bandara (Bandara bermaksud  airport dlm bahasa Indon)..

Surabaya bandaranya berbeza dgn airport 2 negeri. 2 lain di Indonesia.. Kami disambut  oleh  supir yg  juga kenalan kepada ahli keluarga maid kami ni.. Kami terus kan perjalanan ke hotel Bromo Permai.. Paling mewah kat sana 3 bintang. .

Kami melalui gunung ganang dikelilingi pokok buluh yg subur.. TERKEJUT betul buluh 2 Kat sini saiz batangnya sebesar peha manusia.. Cerun gunung  ganang dipenuhi  kebun sayur kobis, bawang dan daun sup.. X sama pemandangan di Cameron Highlands tau..!!

Lobby Bromo Permai
Kamar kami menghadap bukit… Jam 4 ptg macam malam.. Sejuk sangat..

 Kami singgah makan tengahari..Ayam goreng..terkejut.. ADA KEPALA AYAM… TERENCAT TERUS  SELERA.. NGERI DAN GELI.. Sebelum sampai hotel kami lihat banyak betul kuda di keliling hotel yg kami nak menginap ni… Jam 4 ptg dah gelap seperti senja berkabus dan sejuk sekali..

Jam 4 ptg kami sampai kelokasi.. Hotel 3 bintang jer..paling mewah kat  sini.. Internet susah hanya ada kat lobi je…7 jam perjalanan kemari dgn jalan raya berlubang 2 .. x jammed pun..

Jeep kami sewa… Syokk Terhentak2 macam naik kuda.

Ady menguruskan Har Top org sini panggil kat Msia kita panggil jeep utk aktiviti  malam nanti nak ke Bromo. Acara kami trip ni sgt full masa hari pertama dan ke2.. Petang tu kami sewa jaket.. Beli sarung tangan.. Topi dn selendang cover kepala supaya x sejuk, nak lakukan aktiviti  lasak..

Laparnya Kat sana.. Sejuk agaknya.. Anak cucu kebuluran sy pun sama.. Makan sebanyak2nya  pan cake pisang.. Nasi goreng. Mee ayam.. Mee kuah.. Piza dn macam2 lagi.. Pelik sebelum ni x macam tu..Terkejut org hotel. Dekat 600 ribu rupiah sy beli makanan.. He he he ramai.. Kami pergi trip ni 13 org..  Anak remaja dan adik dapat wi5 laju je nak update. Adoiii.. Jam 9 mlm terasa dh lewat malam sgt disana..

11063384_693220667468012_927875321_n

Masuk ke bilik sangat sejuk sampai  nak ke tandas pun takut kena air.. Nak ambik wuduk je rasa macam nak nangis tahan sejuk..

Meriah pagi2 ni..
Ady siap semua peralatan nya nak naik gunung..
Berkumpul di depan lobi hotel tunggu jeep..

Jam 2.20am kami dah siap berkemas2 dan menuju ke lobi hotel. Anak2 kecil kami tinggalkan dgn maid yg asal org sini.. Kami naik 2 jeep menuju ke Bromo.. Suhu sejuk lebih mencengkam berada di luar hotel.. he he xda selimut..Lapar makin kuat.. Sy ada stok gula2 fisherman manis tapi bukan gula nak lalaikan perut lapar.. Sy x boleh naik kereta kalau perut kosong sy akan masuk angin. . .ahhhh makin sejuklah makan gula2 tu..

2 hero kami sewakan baju tebal.. Kami nak naik jeep ni..
Dalam Jeep sejuk… Muka bengkak bangun tidur..

Jalan berlekuk lekuk.. Jammed.. Banyak sgt jeep nak kesana.. Tebing batu dan jurang kiri kanan jalan.. Perut sy meragam dn sy mula x sedap perut.. Risau macam mana stamina sy nanti Larat ke..

249 anak tangga, Menegak.. mencunggao ooo..

Kami naik jeep hanya berpandukan cahaya kereta.. Xda lampu dikiri kanan jalan.. Kami mulakan trip kami tengok matahari naik sunrise di Bromo di bukit Panajakan..

Kami melihat lampu jeep mengekori  sepanjang jalan berkelipan. Bawah jurang nampak rumah org kampung..

Turun je kereta.. Sesak dada kami semua sbb sejuk dan keadaan  menaik yg sgt tinggi.. Kaki kejang sgt..Terhoyong hayang.. Kena pulak perut lapar.. Moto banyak sgt offer kami utk naik ke atas  setinggi  2km gak kami mendaki.. “bu bu naik ojek aja bu..20 ribu rupiah sja buk ngak mahal.. Biar simpan tenaga bu mahu lihat sunrise nanti “.. Sekitar RM5.70 … (20 ribu rupiah tu..)

Sy x nak naik ojek sbb nak bersenam, he he maklum lah malam tadi makan banyak ..!!.. Masa turun dari hotel jam 3.09 am dn tiba kat sini jam 4.00am.. Sy dah siap2 berwuduk sbb solat subuh Kat sana nanti dlm jam 4.30am.. Kalau xambik wuduk sejuk lagi lebih kuat kat sana.. 10°c wooooooo lagi kejang  badan.. Berdoa dlm hati Ya Allah jgn lah batal wudhuk ni.. Kesian kat sy ni.. haaa lega Alhamdulillah  bertahan juga dgn izin Allah… (3jam tahan kentut dn kencing ..he..he he) Kami berjemaah dgn org Indon  ada surau kat atas sana..

Warong kopi sebelum sampai ke lokasi nak tengok matahari naik..

Menarik sgt kat sini kiri kanan banyak warung menjual mee segera dn kopi lah.. Sy x mengopi dan teruskan jalan .. Haaa hh mata tengok kiri kanan jual goreng pisang panas dn jagung bakar..

Gubahan bunga yang unik..

11076241_693220137468065_694582078_n

Wowww x tahan ni.. Sy makan utk alas perut dan panaskan badan.. Sedapppp goreng pisang nangka muda panas menyegarkan.. Mereka masak dalam kotak sbb nak elakkan api mati terkena angin dn sejuk kut… Mulut dn hidung berasap kesejukan .. Kami melihat kiri kanan org menjual gubahan  bunga dari daerah Pasir berbisik.. Ada surau kecil sy berehat tunggu masuk subuh.. Selesai solat kami mendaki lagi dn sampai di puncak..

Org Indonesia golongan  remaja yg ramai sekali disini..Ada yg menyanyi berkumpulan sementara tunggu matahari terbit ..Namun sgt sopan dn berbudi bahasa sekali..Pelancong ada tapi x ramai ..

perlahan2 dia terbit.. CANTIK !! sorakan dari kami semua yang ada disini.. takjub lihat kebesaran Allah..
Pagi sudah terang… Jelas dari sini berasap gunung berapi..
berselimut biasaaaa dong… aahh..
Pagi yang segar hening masa turun gunung penajakan…

Yg x tahan tu mereka org Indon bukan berbaju tebal ada yg berselimut  dgn kain pelekat dn kain batik..ayooooo.. Tahannya.. Sangat sejuk..Sangat cantik melihat kemerah2an matahari naik.. Bentuk keindahan alam kebesaran  Allah  yg menciptakan.. Sgt2 menakjubkan.. Lepas tu kami turun dgn lega sekali kerana berbaloi kami dapat selesaikan tempat lokasi wajib singgah.. Huiii hilang penat melihat kehebatan  alam ciptaanNya..

Hebat betul pemandangan…

Kami teruskan naik jeep ke destinasi seterusnya.. Jommm… Melalui kawasan ini Bukit cinta yg berhadapan  dgn gunung  Semeru.. Mata dan mulut terkedu melihat keindahan alam seperti berada dalam fantasi.. Kami mendaki Bukit cinta utk melihat bukit Semeru yg cantik berlekuk 2 seperti  bentuk kuih dahlia.. Sy ada ambik gambar Kat sini atas puncak… Tp xnak pos kat umum..Utk personal jer.. lahhh..sbb sy buka jaket.. Sexy ha ha.. Hanya  sy dgn suami sy kat puncak tu.. Cantik sgt..

11072986_693220617468017_213761276_n

11073448_693220097468069_842377913_nTurunnya dari bukit cinta perlahan lahan takut jatuh.. Licin.. Semua ahli family x percaya sy boleh memanjat lagi.. Usia sy x sama dgn stamina sgt kuat.. Wah kembang sy di puji pujian dari anak2..

Kami naik jep lagi dan utk ke acara memanjat paling kemuncak iaitu mendaki kawah gunung berapi di gunung bromo.. Jam 6 am kami sampai di kaki gunung berapi.. Banyak warung kopi tanpa atap kat situ..

Kami makan pagi.. Wah berselera betul.. Tempe goreng  kami makan 50 ketul..Masakan lain2 kami sukar nak makan .. (makan juga tp sikit utk alas perut je) sbb agak pelik masakannya pd kami tekak susah nak terima… Air kopi panas cukup menyegarkan berlawan dgn suhu dingin mentari  pagi…

Di Indon sudah amat sy fahami jam 7 am umpama 9 am suasananya jika di Msia tau..!!.. Supir (driver kami) sudah siap membuat tempahan kuda utk kami.. Sebelum menaiki tangga yg tinggi tu sy ke tandas.. Org Indon ni baik dn sopan tapi tu lah kerajaan mereka x peka ttg keperluan pelancongan..

Tandas susah.. Kena bayar 2 ribu rupiah (60Sen).. Org banyak sgt tandas x cukup.DI INDON UNISEX TOILET BIASA JE pada mereka… Hai kalau ada yg jahat bahaya tandas macam ni.. SO kami disuruh guna tandas lelaki juga… ishhhh x suka.. Tp terpaksa..

Kami naik gunung pakai kuda..SYOKKKKK

Lepastu kami menaiki kuda 150 ribu rupiah (50rm).. Sorang caj nya. Sampai kat kaki anak tangga.. Kuda di parking khas tempat nya menunggu  kami balik..Masa naik kuda sy dah mendaki dan jalan merekah.. Seramnm takut jatuh..Ady kesian terjatuh  nyaris nak dipijak dek kuda..

11020313_693220244134721_752453023_n
Anak2 paling seronok…
Temple hindu kat sana..

Kawasan kampung keliling gunung bromo  org kampung sini beragama hindu.. Tapi baiknya subhanallah.. SEPANJANG NAIK SY TERASA KEJANG KAKI DAN DADA MENCUNGAP BERNAFAS.. Ia lebih tinggi  dari gunung Panajakan  yg tengok matahari terbit tu.. Banyak kali sy berhenti ambik tenaga.. 249 anak tangga.u..!!!..

Kesan lahar gunung berapi jelas kelihatan..

11070326_693220007468078_1880377597_oAkhirnya sy berjaya menaiki sampai ke mulut kawah gunung berapi.. Mashaallah hebatnya bumi mu Tuhan… Anak remaja 2 org tu lebih adventure… Habis ke hujung mulut kawah mereka pergi.. Malah masa turun x ikut tangga tu pun.. Mereka turun ikut rekahan bekas lahar gunung berapi..

Kami turun dan meneruskan perjalanan lagi ke lokasi lain yg lebih mengujakan.. Apa pun kami kena habiskan  aktiviti  kami dn wajib sampai semula di hotel jam 10 a.m..

10570259_691058941017518_198571667606271778_n

Perjalanan pulangnya kami berhenti di Pasir berbisik… Miracle betullah bumi Indonesia yg indah dn kami menelusuri di lautan pasir berbisik. Fantastic tempat ni… PALING SY MEMUJA KEINDAHAN DISINI.. Pembaca kalau ke Indon suka pemandangan wajib kemari… Supir berhentikan jeep..”..bu enak bu..bagus deh tempat ini ambil photonya “..

Pasir lembut halus hitam sekali menunjukkan kesan2 bekas lahar gunung berapi yg pernah meletus.. Xda pokok besar disini.. Aduh indahnya ciptaan mu Ya ALLAH… Kami benar2 berada di atas awan ketika itu.. Bayangkan lokasi kami itu benar2 tinggi… Awan keluar dari bumi dan naik semula keatas.. Badan kami dicacah awan dingin bertukar  kabus dan terasa air menyapa muka dn kulit. Sy teruja sambal berzikir dan ada kala menjerit2 dgn anak2 kerana sgt teruja.. Selesai disana kami terus balik hotel jam 10am… Rehat sekejap dn tertidur.. he he kumpul tenaga dulu.. Jam 12 kami keluar menuju Batu Malang ..

Perjalanan ke hotel Pohon Inn Batu Malang mengambil masa 5 jam kerana ada singgah makan tengahari.. Tiba disini sgt mengujakan  sekali lagi.. Konsep  sama macam sunway lagoon tapi lebih unik.

 SY TERFIKIR SEMEWAH HOTELNYA SEPI XDA ORG.. ZOO DN MUZIUM SANTAI JE KAMI MELEWATI NYA.. KUASA MEMBELI SGT KURANG.. PELANCONG KURANG.. JAM 6 DAH TUTUP LAMPU…PELIK TAPI BENAR..!!

10983209_691725520950860_6982609676820112982_n 11045454_691725487617530_6472721175756377447_n

Hotel Pohon Inn 6 star.. Makanan kat hotel ni simple tradisional Indon..Dalam kafe nya ada 3 ekor cheetah..Hebatkan..?? Hanya kami pelancong yg lain org Indon  yg kaya.. Boleh kenal dari pakaian dn cara pergaulan mereka lebih elit dn kurang ramah ..

Jika semewah ini di negara kita pasti sesak dgn pengunjung..Tapi sepi dan santai sj..Ha ha ha sy suka macam ni.. Mewah dn x ramai org..

1509924_691030881020324_6634622594707190050_n 1453312_691030944353651_8704186219643263405_n

Jam.10am baru buka Zoo di Batu Secret dibuka.. Kami bersarapan dulu sebelum meneruskan lawatan se keliling Jatim  Park Dua.. ZOO THEME PARK 2… Muzium Satwa Jawa Park.. Cukup menarik kami lalui..

Dalam zoo banyak permainan juga.. ni jalan menuju ke muzium satwa..

Zoo bersih tanpa bau binatang.. Seluas 17 hektar.. Sy menyewa basikal letrik 100 ribu (30rm).. Supaya jika ada anak cucu yg x larat boleh naik nanti.. Dalam Zoo ni pun ada permainan air.. Banyak binatang yg sy x pernah lihat di Malaysia ada disini.. Monyet2  kecil saiz 6 inci dn berjanggut pun ada.. Allah Hu Akbar..

11072574_693221347467944_29438499_n 11051099_693221030801309_903491836_n11069176_693221140801298_121751913_n11063027_693221267467952_2002392209_n11063999_693220767468002_515742954_o11030653_693221107467968_519074037_o 11064214_693221324134613_1548137816_o 11063999_693220767468002_515742954_o (1)  11064210_693221360801276_343528716_o11065267_693221174134628_1599146895_o11073738_693221284134617_847931737_o11073784_693221124134633_1535103664_o

Selesai disini kami memasuki pula, Muzium Satwa Jawa.. Haaaa sy fikir x best…Masuk je bangunan mewah tu menerusi zoo tadi sy melihat banyak binatang 2 yg dikeraskan.. Pemandangan  menakjubkan.

11075519_693221164134629_941242385_o (1) 11063256_693221264134619_1323827218_n11063288_693221244134621_1919768932_n  11072188_693220887467990_1699297452_n11072465_693221167467962_736452039_n        Sy beli pakej murah sikit untuk masuk 3 lokasi.. Zoo..Muzium.. BNS.. Harga 95ribu rupiah ( 28rm) perhead.. Untuk kita org luar harga tiket mahal dn jauh lebih murah untuk rakyat disini  BNS atau Batu Night Spektakular ialah taman permainan utk kanak2.. Bagi sy x seronok langsung.. Sy balik awal dn membiarkan family sy disana.. Disini xda SPA..Kaki kejang sy minta hotel carikan org kampung utk urut..Kami 3 malam di hotel Pohon Inn.

Hari ke2 hari yg sy nantikan melihat ladang epal.. Macam x caye.. Betul ke

Iklim macam Msia xkan ada epal..Sebelum ke ladang epal pada hari ke2 tu kami singgah beli ole2 Dedaunan di Daerah Batu Malang.. (makanan ringan tradisi sini).. Sy x suka sangat.. Hanya beli buat makan Kat sini.. Kat Malaysia lebih sedap makanan ringan..!!

Kami melalui kampung2 org disini cantik2.. Pokok2nya subur.. Yg sy pelik… Nape x banyak bunga ros.. Sbb cuaca sejuk ros paling sesuai.. Yg ada pokok kekwa..

Aksi gerun panjat pokok
Ady curi2 ambil gambar sy… Macam mak endon sy kan… ha.. haa

 

 

11075201_693220477468031_1919333831_n11064522_693220867467992_1803234801_o11078125_692359050887507_3993926145650112009_n11081585_693220724134673_1018530206_n11081890_693220737468005_1864721341_n11064073_693220714134674_436470077_o

11069486_691862234270522_8819640895934454495_n11078085_692350947554984_444756401015083530_nLadang epal di desa Jungo Punten..Tiba kami di kawasan gunung dn iklim disini bukan sejuk macam Cameron pun.. Menjerit2 kami bersorak memeriahkan mood percutian dalam van melihat kebun epal..

Macam jambu je.. Bunganya putih..dan x tinggi.. Epal ni rupanya buahnya akan besar jika banyak kena sinar matahari.. x kena kecik bantut lah dia.. Sepanjang  percutian  kali ni x menariknya  makan x sedap mana.. x pelah janji halal..

Kami berjalan lagi menuju ke Muzium  angkut Pasar Apong.. X jauh sgt perjalanan kesana dalam 3 jam.. Kami keluar awal pagi supaya cukup masa utk kesatu2 lokasi. .Bangunan agak grand.. Sy kurang bersemangat tempat  ni sbb sy dah habis syok di ladang epal..Sebelum masuk kedalam muzium kami meninjau2 pasar terapung.

Ada 1 kiosk menjual kuih apam bersaiz kecil. .ada 3 perisa.. Lawak betul namanya PUKIS  (jika otak kuning paham… Banyaknya kan.. Double meaning).. Kami senyum kerana tengah “berotak kuning”. .Penjual  tu menyapa. .Kuih Pukis buk ada ijo..coklat..hitam.. Mau yg terbuka ada..yg tertutup juga ada”… Kami ketawa terbarai xdapat tahan dn penjual kehairanan sikap kami.. Kami tetap membeli sbb nampak sedap.. Mmg sedap lorŕr..

11072570_693220964134649_1537803365_o 11071216_693221064134639_702014296_o11081525_693221014134644_1770274541_n11041982_693220894134656_900067534_n11071216_693221064134639_702014296_o11065721_693220900801322_877767301_o11064242_693220817467997_1098413455_o11063973_693220950801317_1207306992_o

Lengang org x semeriah di Australia tiket masuk sini 70 ribu rupiah  (rm25).. Lebih kurang lah… Menarik disini banyak automobil antik.. Lama disini.. Sedikit konsep disini meniru macam kat Australia. .

esoknya kami pagi2 bersiap menuju ke perkampungan maid Yati.. 10 tahun kerja dgn Yati.. Banyak jasanya pada kami.. Jalan yg besar dn masih bergunung ganang.. Sawah padi sepanjang  perjalanan…

Jauh masuk ke pedalaman.. Kami berjalan kaki kerana van x boleh masuk.. Sy request nak makan cara tradisi di rumah mereka..

Kami menikmati  makan tengahari di rumahnya.. Sedapnya.. Nasi jagung.. Ikan masin.. Masak lemak sayuran.. Kerepek keladi.. Tempe goreng rangup dn kopi yg dibuat sendiri.. Mereka masak dapur kayu dn air dari sumber gunung… Melihat keadaan rumahnya sy amat terharu dn bersyukur dgn kehidupan kami…

Maaf sy menulis dan x cek tulisan sy ni typo atau sebagainya..Sbb pakai hp.. Hari ni sy pergi ke Zoo paling best.. BINATANG TENGOK KAMI DAN KE PASAR ARAB CARI JUBAH..DAN ADA MASA SY AKAN KE KUBURAN WALI SONGHO..

18 Comments

  • Bimo Mekarwangi Bandung Tour

    PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015… Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

  • edward ardy

    salam tuan dan puan
    kami mohon maaf dan minta izin promotion
    kami salah satuagency yang ada di padang bukittinggi west sumatera
    yang memiliki legalitas yang sah
    dengan ini kami menawarkan belbagai macam pakej percutian untuk information lebih lanjut sila hubungi di talian phone atau whatsapp +6282169960060 (edward ardy)atau sila tengok blog kami di http://www.risfyhidayahgroup.blogspot.com

    wassalam
    terima kasih

    (edward ardy)

  • norlina

    subhanallah allahuakbar..view yg sgt cantikkk..kagummm..
    cantik sangat ciptaan allah..itulah impian saya nak melihat dan mensyukuri nikmat allah
    tunggu bromo aku datang nxt year…arghhh tak sabar pulak..

  • norlina

    subhanallah allahuakbar..view yg sgt cantikkk..kagummm..
    cantik sangat ciptaan allah..itulah impian saya nak melihat dan mensyukuri nikmat allah
    tunggu bromo aku datang nxt year…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!