
Dugaan Nooraini : Part 1 : Nyaris mati di langgar treler masa mengandung Ani..
Saya kira ini adalah kisah yg paling menarik sepanjang tulisan sy ..“Dugaan Noor Aini”.. Sy ingin abadikan di blog ini sebagai sejarah kehidupan iaitu Pengalaman diawal perkahwinan sy dengan bapa mereka.. Semuanya ttg Noor Aini..!! YG PASTI SY X PERNAH MENCERITAKAN KISAH INI PADA SEMUA ANAK2 SY..
Alkisahnya ….
11hb Nov (11/11) senang nak ingat no ni dan sy ni sangat susah nak ingat nombor (IC sy pun x ingat no).. Sy ingat sebab anak ke2 sy lahir pada hari ni. Sy x pernah lupa tarikh ni kerana selepas bersalin sy menoleh kedinding cermin melihat India berarak meraikan Vel Vel sempena depavali..
Hanya 2 anak yang sy ingat tarikh lahirnya. Yati dan Ani..Yang lain semua sy x ingat dan sy x pernah meraikan hari lahir anak2 sebab tu makin lah x ingat..!! Sy sendiri pun x reti nak sambut hari lahir (x suka langsung)
Anak ini sangat banyak ujiannya sebelum lahir dan selepas kelahirannya Noor Aini (Ani). Perkahwinan pertama saya ada 3 orang anak. Saya bersalinkan Yati umur sy 17 tahun, Ani lahir hanya selang setahun dari umur Yati. Meskipun macam2 cara sy makan supaya tak hamil dan sy kecewa dan tertekan bila disahkan mengandung lagi.. ..
Sy mentah, jahil dan terlalu naif ttg kehidupan. Mmg x faham langsung susah senang orang kawin apalagi merancang keluarga. Itu lah takdir yg sy kena jalani (Jika hidup arwah anak sy ni dah masuk 32 tahun umurnya) Semasa Ani dalam kandungan 5 bulan hidup kami sangat susah kerana bekas suami berhenti kerja dari Polis Hutan. Kami menumpang sekejap dirumah mertua dan seterusnya menumpang pula dirumah mak sy.(Nak cari kerja di kilang getah)

Dengan moto vespa buruk kami bertiga membonceng dari Sabak Bernam ke Felda Palong 7 (Gemas) N.Sembilan.. Hanya itu kenderaan kami ada. Perjalanan sangat lama dan terasa jauh sangat. Yati tidur senang kami meneruskan tanpa henti. Setiap kali Yati menangis kami akan berhenti (kepenatan agaknya). Dalam vespa tu ada bekal nasi dan air minum. Nak belanja2 mmg kami x berduit langsung. Kami berehat makan ditepi2 jalan bawah pokok yg redup sambil memujuk Yati utk teruskan perjalanan.
Sepanjang perjalanan tu tiba2 hari nak hujan kami berhenti di sebuah rumah kampung . Sy minta izin berteduh diserambi rumah orang kampung.. Keluarga tu baik sekali dia bagi minyak angin sebab Yati menangis sangat kuat. Mungkin kembung sebab sejuk kena angin masa naik moto..
Hujan reda kami pun meneruskan perjalanan tiba di Bukit Putus.. Jalan lengkang lengkuk.. Agak mendaki..!! Dan moto vespa pulak sangat semput nak mendaki.. Yati menangis lagi sekuat2nya dan ayahnya melihat kebelakang sementara sy mententeramkan Yati.. kami kemalangan dan ALLAH SAYANGKAN SY DAN ANAK2.. SAAT YG SANGAT MENGERIKAN..!!

Vespa kam terjatuh kerana licin ada tumpahan minyak berwarna hitam dan mungkin tayar moto kurang bunga (x mampu ganti)..Saya memeluk yati dengan kuat sekali dan sy jatuh terpelanting kesebelah kanan jalan raya.. Saya hanya fikir nak selamatkan Yati dan terlupa yg sy sedang mengandung.. Lori treler dari arah atas meluncur kebawah arah sy. Sementara bekas suami terpelanting sebelah kanan dengan vespanya..Sy x mampu nak bangun . Kaki dan tangan sy berlumuran darah ..Sy panic..!! Sy hanya fikir ajal sy dah nak sampai.. Sy mengucap 2 kalimah syahadah.. Dalam hati redha jika sampai ajal (senang sebab mati dapat mengucap dan bawa anak sekali)..
Yati menangis sampai biru mukanya dan memandang tepat kemuka sy ..Bekas suami menjerit sekuat2nya..” ITA BANGUN LAH..USAHA LAH BANGUN , PANDANG ANAK TU..”..Baru sy sedar dari panic ..bersemangat sy lawan kesakitan mengesot ke bahu jalan..

Alhamdullilah sy telah menyelamatkan 3 nyawa.. Yati..Kandungan dan Diri sy sendiri..Belum sampai ajal sy lagi..Maka x matilah sy…!! Kalau ikutkan mmg kena lenyek kami ditengah jalan..Berdesat desut driver treler membrek waktu tu..Allah mahu sy sedar dgn semangat yg kuat sy boleh memberikan anak2 sy kehidupan baru dan membawa mereka datang kedunia ini…Semangat ibu mampu merubah apa saja..
Esok sy teruskan stori sy “Dugaan Noor Aini” Part 2 : Ani Lahir Sangat Ganjil Bersama Dugaan Yg Berat.. Masih banyak lagi kisah tauladan menarik kisah benar perjalanan hidup sy .
Niat saya hanya nak membangunkan semangat insan lain. Khasnya wanita yg sedang melalui tekanan kehidupan..Ingat pesan saya “ Jika kita susah ada lagi org lain lebih susah” ..Bila sy kenang2kan balik.. Macam mana sy boleh lalui kehidupan ni ..Inshaallah dan yakin dengan kata2 sy Jika kita hidup bersemangat dan bersangka baik dengan rahmat Allah dipermudahkan perjalanan yg akan datang..


8 Comments
Kakcik
Bila kakcik rasa ‘down’, kakcik juga akan mengingatkan diri ini ‘aku rasa susah tapi ada orang lain lebih susah dari aku’….
Izawani
Suka membaca kisah benar yang membuat kita berfikir tentang diri kita… betapa kita diuji… dan ujian orang lain lebih hebat lagi…
qsuri
getir yang pernah dilalui sebelum ini telah menjadikan puan seperti hari ini
Nor Asikin Daud
Menitis airmata saya membaca kisah puan. Patutlah Allah berikan apa yang puan ada sekarang balasan ketabahan hati puan, alhamdulillah.
jamuratu malaya
Semua org patut kuat..sbb xda sape boleh ubah nasib kitabkalau kita x nak ubahsikap ..sikap tu paling penting nak ubah
UstaZah Ain
Sama nama anak puan dengan saya Noor Aini, sy akan jadikan panduan cerita ni dlm menghadapi kehidupan
nana
Semoga puan dirahmati allah swt.
Zura
Subhanallah…mmg hebat ujian hdp Pn.