Bicara Bonda

Umur Tak Tunggu Kita – PART 2

Guru saya yang pertama ustazah Salmi, Ijazah syariah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Melihat orang berusia 40 tahun, saya sering terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa pun sebelum ini. Maaf kalau terlajak bahasa ya.. Nak menyakitkan hati orang mudah sangat.. Nak membahagia kan semua orang belum tentu saya boleh buat …!! Hakikatnya nak jadi baik ni lebih susah dari nak jadi kaya. Itulah yang saya rasakan.

Saya pernah cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan…!! aiiikkk apa lah barat pulak dijadikan sandaran..

Mak Jah ii
Guru ke 2 – Mak Jah , Ibu angkat saya

Adoiii susah lah nak sedarkan orang..( Dalam hati memang lah susah.. Anak saya sediri pun saya tak mampu didik untuk jadi baik.. Macam mana saya nak sedarkan orang.. Emrrhh biarlah..!! )

Kalau mau fikir baguslah ..Tak fikir melarat lah..Saya risau ekonomi Malaysia dipegang dek bangsa asing.. Kita akan ketinggalan dibumi kita sendiri dan takut dengan bangsa lain dek kerana ekonomi. Wanita pulak kalau kematian suami atau menjanda kehidupan makin menekan. Umur tua kesedihan jadi lebih lah sangat pulak.. Kelemahan menimpa-nimpa kalau tak cukup sedia..Wallahualam..

Ini guru ke 3 sy – Mohd Aslam dari Patani , belajar di luar negara selama 25 tahun Madinah. Mesir , Yaman dan Morocco.

Kali ni saya nak bercerita tentang Al Quran dan kesedaran. Sebelum meneruskan cerita saya ni, saya mengaku dan tak malu mengaku saya ni bodoh dan amatlah  jahil tentang agama. Saya tak pandai mengaji quran dengan tajwid yang betul. MALAH SAYA TAK PERNAH KHATAM QURAN PUN ( Yasin dan surah2 yang penting saja saya baca…) SEBAB TAK YAKIN TAKUT TAJWID SALAH..( alasan je tu namanya )..Wah- wah dalam bisnes dan kehidupan saya tak bagi alasan pun ..Laju je buat kerja dengan Allah saya leka-2..Saya marah diri sendiri dan saya akui saya kejam dengan diri sendiri kerana saya ingin lebih mengenali pencapaian diri ..!! KALAU TAK KEJAM TAK GERAK..

“Malu lah anak saya Yati boleh mengaji dengan tajwid yang betul..Tu anak ya, mak nya nak jadi apa..?? Didunia kamu kaya semua serba senang. Jangan fikir sedekah atau jariah dah boleh bantu saya di Negara Akhirat.. Takut  kamu telanjang dan paling miskin disana nanti ingat tu …!! Allah dah bagi saya macam2, nape saya tak nekad pulangkan balik hak Allah. Saya berhutang dengan tuhan..!! Allah akan tuntut sebab diwajibkan atas kita umat islam khatam quran sekali seumur hidup” ini cara saya tegur diri sendiri..

23444

Gambar terkini sy bersama Ustazah ke 4 .

5 tahun saya belajar mengaji mulai tahun 2009 dengan 4 orang guru. Setiap hari saya pergi kerja saya singgah belajar dan ada yang saya minta datang kerumah. Saya tanya ustazah  dan ustaz surah apa paling susah. Saya paksa diri untuk belajar yang paling susah dan saya nak belajar surah tu..!! Surah Maryam.. Ha ha ha..saya betulkan sebutan makhraj selama sebulan dari surah tu.. Sakit tengkuk.. Tertekan.. Geram.. Marah semua ada..

Saya siap pesan dengan ustazah saya nak belajar mengaji cek bacaan saya saja. Jangan tanya saya tentang hukum tajwid saya tak nak.. Cukuplah keras lidah tengkuk mengayakan dan susahnya nak faham. ( Saya mengaji mengunakan quran tajwid dan saya faham bagaimana menggunakan tajwid melalui warna dan tanda2 pada quran tersebut sahaja)

JIKA HENDAK SERIBU DAYA TAK MAU BERBAGAI DALIH..MASA TAK TUNGGU LAGI..BANGLO BARU MENUNGGU TAK DA SOFA TAK ADA MAID..TAK ADA BANTAL.. ALAMAT RUMAH BARU KAMU  :

 

3 Comments

  • Saya Nur

    Assalamualaikum..
    Untungnya akak dpt bertalaqqi dgn guru2 hebat.
    Jika sy diberi rezeki yg luar biasa pasti sy akan ikut jejak langkah akak..
    Jika Allah kurniakan sy rezeki luar biasa sy nak dirikan sekolah tahfiz kelak Insyallah..
    Moga Allah perkenankan doa2 sy..
    Aamiin..

  • ruby mohd kadry

    syukran…
    syukur ya Allah atas perkongsian kak ita ni…
    jahilnye saya tntang mengaji quran..
    terima kasih berkongsikan cerita ini..

Leave a Reply to ruby mohd kadry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!