SYARIKAT ITU MATI kita yang menghidupkannya..
Sedikit tentang rutin harian saya bagaimana saya urus masa. Saya sangat berdisiplin dan berkira dengan masa. Tak pernah saya membuang masa lepak-lepak meskipun dirumah .Waktu cuti saya diisi dengan belajar macam-macam perkara. Saya juga masih belajar ada guru datang kerumah untuk mengajar saya dan anak-anak. Doctor, pakar pemakanan dan ulama . Hobi saya memasak – berkebun – travel dan cari bahan ilmu adalah keutamaan hidup saya. Hidup tanpa kerja bagi saya membosankan. Kini sejak ada blog saya akan menulis untuk up date stok seminggu mengikut bahan yang ada dalam kamera. Style saya menulis pula saya bayangkan saya sedang bercerita dengan anda..!!
Saya latih diri menjadi MELAYU BARU – KERJA CARA JEPUN sejak dari muda kerana saya percaya apa Tun Mahathir cakap. Saya realistic dan benci buat kerja 2 kali (next time saya explain). Saya mengunakan masa sebaik-baiknya dalam kehidupan. Ramai orang ingat status saya sebagai bos saya banyak masa free. Hakikatnya saya paling sibuk dibandingkan staf. Semua saya buat dan semua department saya kena tengok kerja2 staf. Masa saya sangat penuh jika sejam saya berbual kosong ,memang banyak kerja lain keciciran jadinya. Saya tak pernah tidur siang jika malam saya tak boleh tidur saya akan mengaji Al Quran atau solat sebagai persiapan mati nanti. Sewajarnya saya buat begitu pun atau saya akan menaip sambung kerja untuk planning akan datang ..!!
Contoh gerak kerja saya pada 26hb Mac 2013 – Jam 5.30am saya dah bangun.. Jogging 20 minit dan solat subuh . Seterusnya masak untuk family dan jam 7am saya kerumah Yati untuk make up selama hampir 2 jam siap dengan pakai tudung. Saya terus kepejabat jam 9.00am melakukan aktiviti kebiasaan dipejabat dan rutin utama saya sampai diofc saya akan melihat design iklan yang akan disiarkan akan datang . Bahaya tak cek betul2 iklan ..KKM sentiasa pantau, banyak yang tak boleh claim. Untuk story iklan, strategy pemasaran semua saya yang buat bukannya staf. Stok product dan kewangan syarikat sangat penting dilihat setiap hari . Persiapan dan aktiviti even yang sangat rumit kerjanya perlu pemantauan saya sendiri dalam JRM ..!! JRM semua staf baru..Berbeza sekali dengan ST semuanya staf otai dan expert kerana sudah lama berkerja..
Alang-alang dah bermake up saya gunakan secukupnya untuk shooting baju untuk ruangan blog dan FB sementara bersiap untuk bersiaran WHI TV3. Selesai WHI saya terus ke OFC semula dengan program RTM. Waktu berkerja bagi saya makan dan minum sekadar alas perut . Kerja shooting ambil masa yang lama bukan boleh siap 20 minit dan sangat meletihkan. Balik rumah saya selalunya jam 7.30 petang..Selesai solat maghrib saya akan kedapur untuk masak . Saya jarang tengok TV kerana masa saya sangat suntuk dan terkejar-terkejar ..!!
Dalam bisnas saya sangat hormati rule perniagaan. Bagi saya “ Bisnes itu mati yang menghidupkan ialah saya “ . Walaupun Yati make up kan saya caj untuk make up ialah RM 400 ke RM 500. Kami mengamalkan produk ST dan JRM , kami beli dengan harga stokis bukan free. “ Nothing free in the world” Allah jadi kan saya hambanya pun bersebab..Masa kena guna sepenuhnya menjadikan saya berhati-hati pada masa untuk mendapatkan nilai. Prinsip ini menjadikan kualiti kehidupan lebih berharga dan optimis dari masa kesemasa.