Dugaan Nooraini

Tips mengenal potensi diri sy kenal bermula dari sini.. Dugaan Nooraini : Part 43

Begitu sy lalui selama seminggu menjadi penjual ikan sayur.. Kesibukan rutin hidup sy semakin terurus dgn baik.. Sy sudah boleh membuat jangkaan barang apa yg patut dilebihkan atau dikurangkan utk berjualan digerai ikan..

Setiap hari sy belajar dan sy seorang pelajar.. Slogan ini sehingga sekarang sy masih terapkan dalam kepala sy.. Mengenali senario seharian.. Mengenal mental fizikal sendiri tu yg amat sangat2 penting kerana ia merupakan titik tolak keupayaan diri bertindak nak maju atau nak mundur…

Bila berniaga nak mengawal emosi marah, sabar, permainan physcologi merupakan no1.. Kegagalan mengawal emosi kita xkan boleh menembusi ruang2 kecil peluang biznes.. Kat situ ada kunci2 rahsia yg belum kita buka, yg belum kita jumpa…

Bukan senang menjadi manusia yg melakukan 3 atau 4 kerja dalam 1 masa.. Sy ibu.. isteri.. peniaga dan penoreh getah.. Silap gaya kita mengamuk dan marah bergaduh dgn anak, suami, dan pelanggan..

Kebolehan mengenal SQ dan EQ sgt diperluan dan ia yg boleh menjadikan org tu pergi ketahap yg tertinggi.. Dlm berniaga jiwa wanita selalu kalah dgn kasih sayang dn kesian.. Akibatnya jiwa cair dan x tahu membezakan bisnes dgn hal peribadi.. Sbb tu niaga banyak gagal..

Dendam dn desakan hidup juga boleh mengubah keadaan sehingga wanita boleh keluar dari diri nya yg sebenar.. Kesakitan menyebabkan wanita menyedari kepentingan biznaz boleh mengatasi masalah peribadi.. (bab ni banyak kupasannya)..

SETERUSNYA

Jualan sehari sy dalam RM120 ke RM250..

Permulaan yg baik utk sy mengendalikan pengalaman niaga kecil2an.. Sy mula tingkatkan jumlah jualan.. Kalau dulu 3 kilo kini sy berani dah ambik 5 ke 10 kuantiti ikan atau sayur.. Yg murah banyak.. yg mahal sikit je kilonya sy jual..

Ada juga org felda beli, boleh bilang dgn jari.. beli sikit2 je.. Macam cili 20sen .. Sawi 20sen… Sy bershukur sbb permulaan yg baik x semesti beli banyak..

Sy semat dalam hati sejak dulu niaga ialah mengenali sifat sy sebagai manusia &  pembeli (sikap penjual paling utama sy akan tengok) dan kenapa sy suka kepada produk tu..

  1. Sy x suka ditipu sbb niaga nak untung..
  2. Sy x suka org paksa sy membeli..
  3. Sy nak tahu info kenapa sy kena beli barang tu..
  4. Menguntungkan x sy beli..
  5. Jangan tipu, jangan paksa org beli.. Niaga kena ikhlas kan hati dn buat perkara2 baik dimulakan dulu.. Jangan nampak duit, duit tu kertas je.. Maruah kita x boleh dijual beli.. dn tk terdpt di pasar.. Sekali tercalar rosak selamanya…

Elemen ni lah yg sy buat pada pelanggan sy, sbb sejak dulu sy merasakan (pelanggan sy sejak sy buat ST smpi sekarang) apa sy rasa sama apa mereka rasa..

Gitulah serba sikit ttg sy kendalikan jiwa/nawaitu sy sejak sy pijak kaki berniaga sy praktikan ni!! Bukan nak tunjuk baik.. Sy kalau x baik pun sy mengaku je.. Sbb sy menulis utk iktibar.. Kena tulis yg realiti supaya org yg nak ikut benda baik akan tiru benda baik..

Selama seminggu niaga ni sy sudah menulis2 nota sebagai rujukan.. Terasa semangat dunia sy sekarang.. Masa tu masih trbayang kawan2 sy dah keluar U ni.. Sy masih berperang cari makan di kedai.. Umur sy 22 tahun masa tu…

Sy makin jauh dgn jiran dn x banyak masa dgn anak2.. Sy bercadang nak buat dinding supaya sy boleh bawa anak sekali masa niaga.. Bawa bekal makanan dan Yati balik sekolah tadika terus kekedai.. LEBIH DEKAT..!!..

Sy mengupah Indon lagi utk memasang dinding di kedai sy.. supaya sy boleh menjalankan tugas sy sebagai ibu dn fokus dgn apa sy buat..

Sambungan akan datang jika anda mengikuti blog sy,  lebih banyak kisah tauladan.. Pahit manis, buruk baik yg sy lalui niaga kecil2an.. Tiada lagi kisah seram dihutan tapi kisah konflik cikgu dn suami org yg tagih cinta sy yg  xberbalas..

Kesannya sy yg jadi mangsa fitnah.. Benci bila sy  teringatkan kembali.. Sbb tu sy kalau boleh nak elakan fitnah.. Hidup kalau kena fitnah xaman.. Pernah gak terfikir macam mana org hidup jadi artis.. x bosan ke hidup dengan fitnah …

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!