Dugaan Nooraini

Hidup makin bermotivasi meski pun jual goreng pisang.. Dugaan Nooraini : Part 15

sambungan part 15, 

Rasa gembira melihat duit hasil pertama menjual goreng pisang dan karipap hari pertama tu terbawa2 sampai ke malam.. Semangat yg menyeronokan.. Teringin sekali sy nak tahu apa yg berlaku ex suami semasa menjual goreng pisang tu.. Nak juga merisik2.. Meskipun sy hanya bercakap dgn ex suami bila perlu je.. (Menjauhkan diri dgn ex suami).. Tapi hari ni sy bersemangat pula nak bercakap dgn nya.. Tujuan merisik2 respond siang tadi gara2 duit RM12 tu le…!! .

Adoiii macam mana sy nak terangkan kepada pembaca ye… Perasaan sy waktu  itu.. ha ha ha.. Perasaan sy yg boleh sy gambarkan hidup sy umpama x da jalan harapan kerana.. xda kemahiran.. Xda pendidikan.. Dan x pernah pulak seumur hidup menjual hasil kerja tangan sy untuk dapatkan duit.. Sy sgt dahagakan kemahiran waktu tu.. Kalau semangat kerja je tanpa kemahiran susah juga nak berjaya…!!

Walaupun menjual mengoreng pisang sy rasa berharga nilai hidup, nampak sinar peluang.. Sy mahu lebih banyak kemahiran.. Dgn kemahiran sy boleh mulakan hidup mengantikan sijil/Akedemik.. Untung 2 boleh ubah nasib sy..

Pengalaman nilai kemahiran.. Masa depan.. Sgt bermakna bagi sy  Moral dari story sy… Sy mahu pencapaian dari nilai diri sy yg serba xda ni.. Hari ni sy ada duit sendiri RM12… (Kepada pembaca yg sy muliakan persepsi manusia menilai kebahagiaan x sama dalam menilai kecukupan hidup. Apa yg sy fikir masa muda ttg nilai hidup dgn usia sy sekarang banyak bezanya …

Perasaan menghargai kemahiran.. Strategi.. Analisa.. Sifat ingin tahu… Menjadikan sy berjaya. Mungkin itu kot penyebabnya)… Sifat berjimat.. Positif.. berhati2 dan melihat potensi keliling tu sy belajar dr zaman kemiskinan..!!

Sebelum ni sy ingat susah sgt nak cari duit.. Sy nak sangat hidup selesa utk anak2 pun jadilah… Macam bertih jagung soalan sy hari ni dgn ex suami.. Sebelum ni sy hanya bercakap jika ada pekara penting je..  (baik sbb berhajat je pun… Sbb dia memenuhi cita2 sy nak cari duit, walhal cara sy berbual x ikhlas masa tu.. Astaghfirullahalazim)….

Sy : Awak menjual sampai kemana hari ni,.. Malu x menjual kuih tadi??

Ex : Sy pergi jauh juga.. Baru pergi 1 kongsi Indon je tu.. Rupanya kalau kat dalam2 tu lagi banyak kongsi Indon.. Mereka sgt suka sy berjual dtg kesana.. Hilang rasa malu lah sebab orang indon ni nampak je duduk kongsi.. Duit banyak kalah kita org Malaysia….# (Dalam hati mmg Indon banyak duit tahan lasak sanggup kerja berat nak cari duit.. Bukan bagi alasan basi)… Berebut2 beli.. Habis cepat sampai x cukup2.. Esok mereka minta sy datang lagi.. Katanya waktu paling bagus jam 4.. Lepas mereka balik kerja..

Sy : Esok awak pergi jualkan lagi .. Sy nak kumpul duit ubatkan Ani dan nak masukan  Yati tadika..

Ex : Boleh je ..Buat lebih esok.. Sy cuba pergi ke Kongsi Indon lain pulak..

Sy : Ehhh rajin nya.. Baiknya awak.. Sebelum ni kalau kerja angkat baja atau kerja lain awak banyak sgt alasan. Awak kata sy mata duitan.. Secupak xkan jadi segantanglah.. Bila sy buat ni.. Elok pula awak ya..

Ex :  Alah hai setakat naik moto .. X susah pun.. Mana sama kerja angkat berat.. Awak ni pun. .

Sy bangun awal pagi, buka tingkap dan suka sekali sy tengok subuh berkabus .. Cantik sgt suasana hutan yg bersih dan damai..  Sy mandi terus bersolat.. Dah rutin sy juga hobi melihat cermin dalam sehari.. Pakai celak mata tu kewajiban utama dalam sehari selain makan jamu.. Mata sy x sempurna kalau x bercelak…!!

Sy akui sy suka melihat dan memerhatikan diri sy sendiri masa muda2.. Sy menjaga diri dgn macam2 cara ikut kemampuan sy lah.. Sy ke dapur setelah badan bersih rapi.. Sebelum anak2 bangun tidur.. Setiap hari hidup sy teratur sejak dulu lagi… Sy ni masak dapur kayu pun ada tekniknya… ha ha ..X hitam sgt… sangat kemas dan bersih.. Sy ni suka hidup semuanya ber sistematik dan ada teknik.. (MACAM SOP)…

Kayu api masih banyak dan mudah sy nak masak utk menjual kuih2 sy tu… Stok kayu2 api tu sy kumpul masa sy mengandung dulu… Anten bayi kecil x banyak ragam.. Ani makin sihat. .Yati senang diatur.. Hari ni sy masak lebih dan mencuba inti karipap yg lebih sedap supaya kena cita rasa dgn org2 Indon… Jam 2 siap semua kerja utk menjual..

Ex suami menjual lagi kali ni penuh bakul raga.. TARGET AKAN HABISKAN JUALAN DAN MENCARI2 LAGI LOKASI BARU NAK MENJUAL AKAN DATANG… Sy fikir jam 5 ptg balik lah kerumah… Sy menunggu dengan debaran kepulangan ex suami utk melihat hasil jualan tu..

Bandar Lipis

Jam 4 ptg ex suami balik.. Habis semua jualan…  Rezeki kali ni..RM60.00.. Subhanallah seronoknya. .x sampai jam 5 boleh nampak duit..Berbaloi..Saban hari kehidupan sy makin sibuk. Ada sudah sedikit simpanan..Sy mahu niaga yg mudah dgn cara lain pulak…Sy ingin sekali ke Lipis.. Mencari produk kecantikan atau intai peluang lain..

Nantikan esok story sy akan dtg, bila ada kelapangan sy menulis lagi.. Sy berkawan wanita cina ttg dunia kecantikan dan semangat wanita cina niaga tu yg sy ambil..

14 Comments

    • jamuratu malaya

      Assallamualaikum Cik Baayah :
      sy ni kalau x da pembaca blog atau follower xda sape nak baca pun tulisan orangbtua2…ha ha..typo pulak tu..Sy hargai sgt puan sudi baca..berbanyak2 sbb sudi singgah

  • Nur Keturah

    Sangat menarik cerita puan. Tahun 87 & 88 saya bersekolah di Lipis. Tengok gambar bandar Lipis tu… teringat masa sekolah dulu dulu… . Banyak sangat kenangan. Kechau dan Pagar Sasak pun saya pernah lalu.

  • dewicinta

    salam..puan saya xpernah miss cerita puan ni..seronok menanti post baharu…seolah2 mcm baca novel..semoga bertambah lagi penulisan puan dan dapat memberi manfaat pada org lain..

  • rizz

    Tgk bandar lipis tu teringat waktu outing asrama mesti pg bdr lipis..sy skolah teknik lipis tu 96-97. Tp k.lipis tu kg sy jugak..umh nenek di penjom..masa thn 1987 tu sy darjah 1 bila raya mesti blk penjom..dr jerantut naik keretapi ke lipis pas tu naik bas lin siong ke penjom plak..

  • rizz

    Puan kenapa link tentang ros berkongsi masalah jerawat n dalaman x bleh bukak..hehehe tu saya lah tu..nk baca blog yg puan upload kan tu…

  • nory

    Puan Rozita teruskan menulis …ia menjadi sumber inspirasi untuk kami pembaca bahawa semangat dan kerajinan itu sangat penting dalam kehidupan!

  • Zutaidah

    Salam puan Rozita…dah 2 kali saya baca blog puan ni…tapi kali ini sy lebih detail pembacaan sy bermula dari artical pertama dan sy akan habis tanpa skip…tapi mungkin mengambil masa beberapa hari mengikut masa free sy.

    Sy sungguh bersemangat dan memberi sy inspirasi dalam menjalani liku2 kehidupan dan sy berharap liku2 jatuh bangun kemiskinan penderitaan kejiwaan dan segala ketabahan semangat juang dpt menjadi pembakar semangat sy kerana sy adalah seorng yg lemah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!