
Buka kedai hari pertama dgn semangat yg kelam.. Dugaan Nooraini : Part 42
Niaga sgt susah sejak GST. Malah sy dah rasa bahangnya sejak awal lagi.. Bukan sekarang je… Bila susah macam ni, kenalah sy menganda usaha supaya mampu menampung keperluan co.. Sedih semalam mak sy call “..Ita lama kamu x ingat mak ke.. lamanya lahh kamu x call mak.. x balik kampung.”..
Aduhai sayunya hati. Rasa bersalah sangat sebab sy x lagi kerap call Mak sebagai rutin sy setiap pagi2 hari… Kesibukan masa dn mencari idea.. Terkejar2 nak ushakan niaga dlm kemelut yg ribut dn sepi ni..
Sejak kebelakangan ni, hanya seminggu 2 atau 3 kali saja sy boleh call.. Cepat sy menjawab. “Mak maafkan sy Mak.. Sy tgh susah dan sy terpaksa tenang kan diri sy Mak.. Sy x nak Mak rasa tekanan sy pula dgn apa sy alami sekarang sbb suara sy mak boleh baca…”…
Begitulah sy pujuk Mak.. “Kesian kamu kan Ta, Mak x faham kerja kamu..”.. Besar periuk besar keraknya.. Besar niaga besar lagi masalahnya..
Kalau x tenang bagaimana sy nak mengendalikan jiwa sy dalam kesusahan.. Nak fokus cari idea dn minima kan risiko..
Istighfar dan salawat kata uztz boleh mengurangkan beban.. Ya Allah rezeki dn hidup ku dalam gengaman takdir mu.. Permudahkan lah bagi ku… Rakyat susah org niaga lebih lagi susahnya..
Mudahan Allah bantu kami di Malaysia ni GST ditarik balik.. Kesian org miskin.. Mereka x sepatutnya dikenakan cukai.. Bukan sikit, setiap hari, dan ada pd setiap barang.. Kedai mamak makan roti canai pun GST.!!
Seterusnya..
Ex suami yg sudah mencanangkan kedai kami akan dibuka sebagai pengumuman sudah diketahui oleh ramai orang2 Indonesia yg duduk di kongsi2 Indonesia.. Hari ni pertama kali kedai sy dibuka…
Alahai sedih dan kesian tengok kedai buruk, lagi lawa reban ayam layak nya.. Namun semangat mahu mencuba hanyalah hangat2 tahi ayam… Perasaan dn rendah diri lebih tebal dari semangat nak berniaga..
Rungut hati sy menahan malu masa niaga “Kalau sy ada duit mmg x nak sy niaga ni.. malunya.. macam xda muka.. xda harga diri.. tersengeh2 macam kerang busuk.. kedai pula macam reban ayam”..
Hanya zink buruk bumbungnya.. Dinding belakang hanya playwood yg buruk berlubang2… Itulah tempat rehat sementara kalau pelanggan xda.. Sy baring dn berehat..
Hari pertama niaga sy x bawa anak2 niaga sekali dtg kedai.. Sy minta mak cik sebelah jagakan.. Maklumlah pertama kali niaga sy x tahu rentak dn ragam niaga tu.. Nanti kalau dah faham dalam seminggu sy akan bawa anak 2 kekedai tu..

Hari pertama nak berniaga sy siapkan kerja2 rumah.. Kami merancang awal ex suami pergi membeli ikan dan sy berjalan kaki menuju ke kedai.. Lepas siap beli ikan ex suami menurunkan ikan utk dijual dikedai tu.. Sementara ex suami terus menjual ikan kekongsi2, sama macam dulu2 juga..
Sawi ikan dan sebagainya semua serba sedikit2.. Ikan digerai sy masa hari pertama tu x lebih 3 kilo setiap jenis.. Ayam 3 ekor.. Sawi kacang pun sama je banyaknya.. Cuma 2 ke 3 kilo je.. Macam main pondok2 pun ada rasanya.. Barang jualan sy habis licin x sampai lewat petang, jam 3 petang je dah habis..
Terkejut juga sbb di felda tu sy org pertama jual ikan.. Yg banyak membeli pun org Indon… Sy mmg mahir berniaga kedai runcit sbb dulu masa kecik2 tolong abah niaga.. Sy mengambil untung 20 ke 30%.. Alex cina pasar tu ajar sy ambik 40 ke 50%.. Katanya cover modal kalau ikan busuk.. X rugi niaga…
Tapi sy x boleh ambik untung macam tu… nanti org x nak beli kalau jual mahal sgt.. Jualan sy sgt ok.. Semua nya habis cuma ayam jer tinggal sebelah.. Sepanjang berniaga hari 1st tu.. seribu 1 rasa maklumlah org x pernah niaga sendiri.. Kalau ada pun ex suami jualkan.. Dan tolong abah sy..
Dalam hati sy menghargai sgt ex suami sbb berjualan on behalf sy… Baru sy rasa bagaimana hati ni sentiasa berdebar2 (ada ke org nak beli ni.. kalau xhabis makan sendiri lah semua ni..).. Bagaimana struggles nya nak dapatkan sale..
Tebal rasa malu masa disana tu, senyum x kena, masam x kena, duduk x kena.. Mulut mengomel2, ha ha bercakap sendiri sentiasa mulut kumat kami berdoa Allah bagi kekuatan.. Tapi badan xrasa penat langsung.. Terasa ringan kerja ..
Sy bersungguh2 layan pelangan..
Teringat cara abah layan pelangan.. Sy cuba bercakap bahasa jakarta atau bahasa Indon supaya makin rapat dgn org Indon.. Kerana mereka sgt supportive dn kuasa membeli yg tinggi pun dr org Indon.
Org2 felda memerhatikan sy dari jauh sambil naik moto.. Terpusing2 kepalanya.. (alahai tu nak cari bahan nak gosip apa lagi lepas ni) KEKOK, DAN X TAU NAK SOROKAN MUKA KAT MANA..
Sy pujuk diri .. “Nape malu niaga.. bukan mencuri pun.. Kerja mulia sbb Rasulullah niaga.. abah niaga elok je.. Mula2 je malu lama2 kamu akan selesa kan diri..”
Isteri India tu kedai yg besar tu orangnya cantik, tetiba dia menyapa sy dgn sopan. Namanya Nirmala.. Moden bergaya betul dia.. India berkulit cerah ada 2 anak… “Hai sudah mula niaga ye.. Ikan sayur saja kan..??..
Sy seronok sgt dia bila dia tegur sy.. Maklum lah dia kaya, besar niaga, x sombong.. Dibandingkan sy yg kecik ni.. cepat je sy menjawab sapaannya “Ya Nirmala sy org kecik , xda modal.. ikan sayur saja.. Duduk rumah xda dapat duit.. main2 sambil cuba2 lah cari wang Nirmala..”.. Senyum dia dn kelihatan sibuk betul dia..
Rendah diri sgt tebal… Baru sy faham mood ni sgt melemahkan jiwa.. (org nak niaga kena siapkan mental).. Sy x menyiapkan mental sebelum niaga.. Sbb tu sy jadi x tentu arah..
Yg sy rasa waktu tu hanya selayaknya inilah sesuai niaga sy ni sbb org miskin, gaya org gelandangan..

6 Comments
kakciks
Kakcik ada pengalaman membantu bapa berniaga kedai runcit masa di kampung. Kedai itu akhirnya tidak dapat bertahan lama kerana sikap orang kampung yang suka berhutang…
jamuratu malaya
Kak cik…betul kak ..nanti kak baca stori sy selanjutnya..macam mana org serang sy x bagi hutang
baayah
Salam puan.
Semua sedang merasa “kehangatan gst” tak kira kaya atau sebaliknya. Inilah saat yg sukar sya rasa bg kita semua.
Apa pun semoga puan tabah dlm mengharungi saat ini!
jamuratu malaya
pn Baayah..kesusahan ni buat kerajaan kacau golongan org niaga sehingga banyak org tutup kedai ..x tahan nak layan mereka
GokuSuperSaiya
Assallamuallaikum bonda, mohon beribu ampun maaf, sy tak setuju gst punca kemiskinan rakyat malaysia, ada beberapa faktor bonda berlaku :
> gst dilaksanakan
> ringgit jatuh
> gaji tak naik sejak 2012
> subsidi barang di tarik
> subsidi minyak ditarik
> monopoli pembekal produk
> 80% produk malaysia di import kesan kejatuhan ringgit dan monopoli buat harga barang melambung
jadi kesan tersebut berganda ganda . GST bagus untuk negara. cuma 6% value sy tak setuju sangat. sepatutnya 3% sahaja. GST elak peniaga lari cukai. kalau peniaga baik macam bonda sy boleh halalkan sebab bayar zakat berbudi bahasa. bagi peniaga cuci duit? penjenayah? organize crimininal? mereka sangat sukar laksanakan aktiviti cuci duit selepas GST.
GST jadi modal poltiicial meraih undi. moga hak rakyat subsidi, dan lain2 lagi dikembalikan. sy sedih rakyat ditipu. sy xberniat jadi politician cuma sy rasa bodoh kalau kita ditipu politician dan bergaduh demi menyokong mereka. ada yang cerai berai, tak tegur sanak sedara demi politician.
berbalik kepada islam hidup akan aman damai. Allah yang jaga kita. terima kasih bonda sudi baca luahan sy.
GokuSuperSaiya
asallamuallaikum, bonda. ex suami bonda ni patut dapat anugerah pekerja terbaik. sebab dia jujur amanah dan langgar je kongsi indonesia. hihi. kalau sy tiada gps waze rasanya dah xkeluar hutan sawit tu. mahu bomba kena buat operasi menyelamatkan sy.
mungkin tu hikmah jodoh pertama bonda businesswomen marry top worker. chill bonda. seronok baca kisah bonda