Dugaan Nooraini

Pengalaman memalukan. “Selambak lampin kain buruk jatuh depan KFC” Dugaan Nooraini : Part 53

Kisah lepas jadi sejarah.. Sy simpan sejarah tu kat blog ni (xsemua lah) sbb muzium xnak simpan sejarah sy, he he  x laku pun..

Sy banyak juga nak taip resepi dn petua.. Hold kejap je sbb mood kebelakangan ni banyak ingat kat anak2 yg membesar.. Kalau dh ada anak2 besar, bermenantu jiwa rasa lain.. Atau sy masih belajar menyesuaikan diri.. (x tau lah ibu2 yg lain..) Anak2 makin xsama masa mereka kecik dn besar, sukar dijangka…

X terlambat sy ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu2 yg baca tulisan sy ni… Sy percaya semua KASIH IBU HANYA MAHU ANAKNYA CARI JALAN KESHURGA DAN KEBAIKAN… (HIDUP DLM UGAMA DN CARI KASIH ALLAH)..

Para ibu yg sy muliakan, hidup xkan sepi dgn ujian, sabar  nak cakap mudah, cuba laluinya adakala x kuat juga.. Patutlah Rasulullah SAW kata sekuat2 org bukan pd kekuatannya tp pd kesabarannya..

Semua kejadian TERSIRAT ADALAH RAHSIA ALLAH.. DIA LEBIH MENGETAHUI.. Bagi pengalaman sy yg dh menuju tahap berusia ni “IMAN XSENANG NAK DAPAT… APA LAGI NAK MENGEKALKAN…. IMAN JUGA TIDAK KAN  DIWARISI KALAU KITA X CARI SENDIRI..”..

Sy nak sambung balik kisah dugaan Noor Aini..

Malam sunyi sekali, bunyi katak kuang dn cengkerik berdendang sayu waktu malam.. Macam orkestra bunyinya mendodoi malam tapi mata ni susahnya nak tidur.. Walau keletihan badan, hati x aman terus berkata2.. Sy pandang anak2 yg sedang kenyang dilamun tidur yg lena..

Hati berkata2 kalau boleh diputar waktu dn di bagi pilihan, nak sy kembali ke zaman kanak2.. Boleh sy mencatur nasib supaya x masuk dlm kehidupan sekarang ni.. Rasa  cemburu melihat org lain susah atau senang hidup kembali kpd Mak dn keluarga..

Berbeza dgn sy waktu tu, sy nak balik mengadu pd mak sendiri aduhai, ibu bukan tempat sy kembali mengadu nasib..(xpayah citerlah )… Keluarga mertua lagilah x nampak jalan.. Susah senang sy telan semuanya sendiri..

Meskipun felda ni yg sy sangka shurga pd awalnya (kerana lari nak sorok nasib dri semua keluarga).. Rupanya ia tempat berjudi nasib yg lebih parah.. Jika dulu sy rasa tekanan keluarga tu sakit,  tekanan masyarakat rupanya lebih sakit..

Nasihat sy sape yg nak ambik iktibar.. “Jika kita x dapat bersedekah atau menolong org, cukuplah kita menjaga adab iaitu jangan kita menambah beban hidupnya.. Berikan semangat dn senangkan hatinya.. Hari ni hari dia xtau nasib kita pulak akan dtg.. Semoga apa kita buat baik hari ni Allah Permudahkan urusan hidup kita masa akan dtg.. JANGAN SEKALI2 CUBA MENZALIMI ORG LAIN..“..

Di sini sy merasakan sampai bila sy nak lari, masalah x kan selesai.. Sy belajar di sini kat mana2 hidup pun ada masalah cuma sy perlu belajar minimakan masalah.. Disini  sy mengumpul tenaga kekuatan semangat.. Disitu sy belajar kenal penat guna tenaga kasar macam lelaki.. Sy mengenali sakitnya nak jumpa duit.. Besarnya nilai duit.. sebab tu sy masih terbawa2 sikap jimat walau ada duit..

Zaman sy susah kat sana x pernah ada org sedekah kat sy.. Di sini sy sedar perbezaan darjat, kasih sayang dn perlindungan suami,  sy nak perhatian keluarga, sy nak kasih sayang sesama manusia..

Kat sini sy mengenal erti malu dn sgt rendah diri.. University sy dari alam dn pemerhatian sy sendiri..!! Menyimpan cita2 yg sy x pernah padam supaya sy dpt sesuatu mengantikan pelajaran.. Sy sgt percaya pendidikan itu harta paling berguna dn menjadikan manusia itu bertemadun.. Sy nak juga..!!

X daya lah nak ada pendidikan.., sbb sy jauh ketinggalan, jgn harap dah pangkat atau ijazah.. Sy hanya nak rebut maruah sy kembali dgn usaha sendiri dgn cara sy lah.. “Bagi sy semua manusia pandai tp x ramai yg cerdik.. Ramai manusia kaya tp x boleh menang dlm kehidupan..”.. Sebalik ayat ni sy set my own goal..

Itulah ayat2 yg bermain2 sewaktu mata tegak memandang zink kedai yg buruk.. x sedar mengalir gak airmata.. “Berapa jauh lagi dugaan sy kena lalu lagi Ya ALLAH”.. Lega sikit rasanya selepas menangis.. Sejak senja tadi terasa sesak dada yg banyak fikir, sy lepaskan menangis tanpa berlagu.. xsedar dlm melamun tu,  ntah masa bila sy tertidur..

Menjelang sudah pagi, sy bangun menyiapkan makanan anak2 dn Yati uruskan diri sendiri ke sekolah.. Sy tinggal dikedai mengurus kedai sambil menjaga Anten dan Ani.. Peneroka sudah sepi di kawasan kedai di waktu jam 8am masing2 buru2 ke kebun getah.. Jam 2 petang riuh motor melalui kedai kami memenuhi PMG.. Itulah rutin peneroka semasa sy disana..

Kedai sy sentiasa ada org dari pagi sampai jam 8.00 mlm.. Waktu sesaknya biasanya petang dri jam 3ptg hingga ke malam.. Hari ni sy x niaga ikan sayur… Selagi xda ex suami, sy x mampu nak beli ikan sbb xda sape nak tinggalkan anak yg berdua ni..

Sy benar2 kesorangan dn malas nak berhubung dgn sape2 di sini sejak peristiwa fitnah ustaz.. Pastinya Mak Cik jiran merupakan manusia yg sy cukup takut, x percaya dn terlalu serik.. Tp sy x kan bermusuh.. Pendam sejarah tu sebagai sempadan.. “JANGAN PERCAYA SESIAPA PUN DALAM HIDUP NI.. TERMASUK DIRI SENDIRI”… Ini yg mendidik sy sehingga sekarang sgt berhati2..

Dalam kesibukan niaga hati resah, sy tetap teringat ex suami bagaimana keadaannya dalam penjara.. teruk ke.. makan ke ex suami tu.. Sehingga kini sy sering bertanya kabar dri anak2 dn terus menjaga ex suami dgn baik.. (Simpati atau sayang 2  tindakan yg mmg berbeza..)

Sayang sy hanya utk anak2 sewaktu kami hidup bersama.. Xda sape kawin nak bercerai.. Xda wanita suka status janda.. Org yg x pernah bercerai sering sy lihat pandang rendah wanita bercerai.. Rezeki dn takdir manusia xsama, jangan menuduh org sebarangan, x untung pun berbuat dosa..

Kata nenek sy.. ha ha ha lawak ayat nenek ni “kita mengutuk org ni kejap je menjangkit.. Kalau kita memuji kebaikan org tu,  susahlah pula nak menjangkitnya.. Allah nak balik kan sekejap je..” Bila sy renungkan kata nenek mmg banyak betulnya..

Ex suami manusia yg sgt baik dan sy simpati sehingga sekarang.. Semalam sy bercerita dgn Yati ttg Abahnya.. kata Yati “1 perkara Yati belajar ttg abah Mak.. HIDUP NI KENA BANYAK2 BERSYUKUR DAN NIKMATI APA ALLAH DAH BAGI.. BERBAIK SANGKA SESAMA MANUSIA BARU SERONOK HIDUP… SEBENARNYA ALLAH BAGI TERBAIK UTK KITA CUMA KITA X SEDAR SBB X BERSYUKUR”..

Niat hati petang ni sy nak jumpa Pak Cik tu bagaimana progress ex suami, Bila agaknya dia boleh keluar dri  penjara.. Dalam runsing tu sempat sy memikirkan dosa dn kifarah.. “Ishhh lama sgt sy x balik kampung PT 13.. Sejak kami berpindah kemari sy x pernah balik kampung ex suami.. Agaknya sy berdosa yg Allah nak tegur sy.. Sy menjauhkan diri sejak pindah.. Ya Allah seburuk2 mertua sy, sy kena berbuat baik sbb itu yg Islam tuntut.. Kalau ex Suami lepas nanti sy niat  nak balik ziarah kampung”… Berdetik hati sambil berniat nak buat kpd kebaikan..

Seperkara baik sy cuba share kat sini ialah ttg ibu.. Sempena hari ibu.. JANGAN RASA TERAGAK2 BERBAKTI DUIT ATAU TENAGA, DALAM ERTI KATA TAAT BERBUAT KEBAIKAN KPD IBU.. ALLAH AKAN PULANGKAN KEPADA KITA DIDUNIA LAGI… KALAU DIAKHIRAT LEBIH LEBIH LAGI..

Sy x pernah mendendami ibu atau ibu mertua.. Sy tetap berbuat baik dalam mereka yg berbuat salah atau zalim pd sy.. Kemarahan dn sakit hati tetap ada tpi sy terus berbuat baik sbb sy percaya shurga di bawah tapak kaki ibu.. Akan ada ganjaran utk sy.. Allah janjikan macam tu..

Meskipun mertua kejam, sy  x pernah maki balik.. Jauh sekali melawan.. Senyap dn memberontak dlm hati je.. Berbeza dgn ipar sy yg lain berkelahi dn simbah air ke muka ibu mertua sy (sy terkejut sgt berani, agaknya dah x tahan dgn sikap mertua sy..) Hikmah dri kejadian ni sikap mertua sy lebih sopan dn baik mulutnya x membuli dn menghina  menantu lagi..

Pengalaman apa yg sy lalui ni di hujung2 usia banyak keberkatan yg Allah bagi pd sy.. Hidup sy susah macam mana pun Allah terus buka jalan yg sebaik2 dn rezeki yg x disangka2.. (kalau nak hidup yg ada keberkatan mulakan dgn doa restu dn kemaafan ibu)..

Petang tu sedang sy sibuk niaga Pak Cik Borhan x salah sy namanya, dia datang bersama kawannya.. Pak Cik ni org kaya di kampung dusun.. Ada kereta mewah dn rumah banglo.. x sombong dn murah hati menolong orang..

Perkabaran gembira dibawakan.. “Pak Cik dah jumpa suami awak dn esok Insyaallah dia balik dah.. Dia kat penjara Kuantan.. Alhamdulillah Sultan perkenan permintaan sy.. Selesai masalah awak.. X payah risau dah..”.. Pak Cik balik selepas tu dan sy amat lega mendapat berita dri Pak Cik..

Selepas ex suami selamat balik dr penjara,  sy usahakan  mengotakan janji sy pd Allah.. Sy war2kan kpd Indon yg sy nak balik kampung ziarah keluarga dan akan tutup kedai selama 3 hari..

Kami bersiap dn balik menaiki bas (5 org).. Alangkah seronoknya anak2 macam org asli naik bas jakun sgt.. Zaman dulu bas mana ada tandas dn xda pampers.. Sy pakaikan Ani lampin dri kain batik buruk.. Anten pandai cakap dan x pakai lampin..

Ini kisah paling lucu dalam hidup sy.. Malu sgt2 sy masa tu, meskipun ia kisah sy yg fakir, sy tulis supaya anda melihat bahawa sifat mahu berjaya bukan dri gaya pakaian sesaorang tp cara org tu berfikir dn bertindak…

Masa turun kat pudu raya Ani kencing terlalu banyak dn berat sgt.. Sy pulak masih muda remaja 23 tahun.. Sy kagum melihat kedai2 yg mewah menjual pelbagai barang.. “Kedai aku buruk x cantik macam ni.. Aku duk hutan.. Cina yg niaga pun.. Kalau lah aku ada kedai macam ni mmg aku hebat jadi anak melayu”..

Contoh gambar pudu raya tahun 80-an..
Contoh gambar Hentian Raya tahun 80-an..

Tetiba sy melihat Kentucky Fried Chicken yg baru dibuka dn diperkenalkan.. Sy ketawa “ha ha jual kentang goreng dn ayam je pun.. Boleh ke dia menjual benda ni..? ada ke org nak beli.. Isshh sedap lagi ubi goreng, kenapa kena jual kentang goreng..? Napa x nak majukan makanan kita kan ada ubi.. Bijaknya dia.. Uisshhhh bau sedap.. errm pandainya dia hias kedai.. Pandai tarik perhatian org.. Terasa lapar sgt.. Duit xda nak makan”..

Sy tinggalkan anak2 dn suami, sy beli kentang goreng nya.. Sifat sy ingin tahu apa istimewanya.. Selepas sy makan sy tahu nilai jualan dn istimewanya kat mana.. Sy menyimpan keinginan semaju KFC.. (next sy tulis detail) Mata dan hati sy melilau melihat kemajuan KL waktu tu..

Terpingga2 sambil tangan menjenjet beg2 buruk pakaian dn Anten.. Ex suami pegang Ani.. Yati menyapa sy “Mak lampin Ani jatuh mak.. tengok Selambak jatuh..”.. SUBAHANALLAH malunya sy waktu tu.. Semua org perhatikan sy dgn keluarga sy macam org asli keluar Bandar.. Kena pulak lampin kain buruk..

Gitulah kisah bonda muda zaman yg sgt susah.. Hati ibu masih remaja dgn tanggungjawab yg berat.. Anak2 membesar dri tangan dn mulut ibu yg kuat membebel.. Supaya anak2 sedar dn x buat perkara2 merugikan diri dn maruah…

Esok sy nak tulis pasal rahsia bra dn pengalaman sy.. Jika suka sila komen sy..

15 Comments

  • nina

    Salam puan…semoga puan sekeluarga sentiasa terus diberkati dunia dan akhirat…kehidupan masa lalu puan yg pahit getir kini sudah berbalas dengan kegembiraan. Kagum dengan ketabahan puan…

    • jamuratu malaya

      Nina yg dihormati,

      Jauh lagi perjalanan kita kan…berbuat baik dgn sape saja walaupun binatang..Bila kita bahagiakan org ..Allah akan bahagiakan kita dgn cara lain..Sy yakin tu

  • dewicinta

    Assalammualaikum…alhamdulliah sehingga sekrg sya masih dan tidak ketinggalan membaca nukilan hidup puan…suka sgt terharu dan cukup berkesan di hati..teruskan agar memberi manfaat,iktibar,inspirasi sesungguhnya di luar sana masih byk jiwa yang perlu di isi dan di dorong..sekian.tq..

  • Nur Afiqah

    puan ! puan sungguh kaya dengan pengalaman. Hanya orang2 yang terpilih saja mampu hadapi pengalaman macam yang puan hadapi … bila teringat pasti menyakitkan tapi bila dibawa berfikir Allah sungguh penuh dengan hikmah. Pengalamanlah yang menjadikan kita sekarang ….

    puan sharelah entri tentang tip2 dan segala tentang bra @ breast .. (penjagaan, pantang larang , mantap dlain-lain lagi)

    kami terlalu dahagakan perkongsian ilmu daripada puan !

  • syikin daud

    Puan,
    Saya orang Pahang ni suka sangat la baca blog puan ni. Kadang2 tu sibuk x sempat nk komen..baca je lepas tu terlelap. Selalu baca masa nak tido, sedar2 tab dah hempap muks, terkejut sambung semula.
    Puan adalah idola saya sejak mula st diperkenalkan lagi sampai lah sekarang. Puan inspirasi hidup saya, anak2 pun saya suruh baca blog puan. Insha Allah kami juga ingin menjadi kuat seperti puan syabas…

    • jamuratu malaya

      Syikin daud, Subhanallah suka sy puan komen..Semoga apa sy tulis menjadi nasihat yg boleh bimbing semua yg nak ambik iktibar. .Bukan mudah nak ubah diri..sy pun masih banyak kena betulkan

  • butterfly

    Mestila sy suka dengan kisah puan…kesiannye tjatuh lampin kain ani.muda sgt2 puan dh ade 3 anak.patutla jiwa puan mberontak coz masa sy lalui umur tu sy study lg,tau enjoy ngn kawan2 je.skrg hasilnya puan dh terkenal & hidup senang.

  • roshayati rosli

    Saya baru pertama kali membaca blog puan, disebabkan ingin mencari kebaikan produk Super Perfect Collagen..rupanya saya mendapat lebih dari itu..pengalaman hidup yang mengajar saya erti keperitan untuk berjaya dan maju dalam kehidupan..kadang-kadang kita hanya melihat kesusahan diri kita tanpa menyedari sebenarnya lebih ramai manusia di luar sana yang lebih susah kehidupannya daripada kita..tetapi mereka boleh lebih berjaya dari kita..Thank you puan..saya akan terus mengikuti blog ini..2 thumbs up..

  • Fiza

    Seronoknye sy bce kisah bonda..dahulu sy jge hdup susa semasa kcil msk dpur kayu mandi air perigi..arwah mak yg sgt panas baran..nak beli buku utk blaja pown kne marah..
    .tp kisah bonda berjuta kali lgi susa dr sy..sy sgt2 kagum membaca kisah ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!