
Saya mahu jadi dominan..
“APA JADI SEKALI PUN DALAM KEHIDUPAN WANITA KENA KERJA, BIJAKSANA DAN ADA ASET DIRI HARTA ATAU KECANTIKAN” itulah pesan saya kepada anak2 perempuan saya. Wanita kalau dah kahwin jangan lalai masa seronok ( suami tengah sayang ), takut tak cukup kuat emosi masa musibah datang..!! Hati manusia senang berubah dan lagi satu kita tak nampak takdir mendatang ..!!
Bila dah kawin jangan nak mengharap duit suami dan bangga dengan kejayaan suami. Itu usaha dan kejayaannya , kejayaan kita mana ..?? Kalau suami ungkit ‘ awak ni asyik minta duit dan apa sumbangan awak pada perkahwinan ‘ wanita terkedu, sentap menangis..!! Hukum islam suami wajib bertanggung jawab namun berapa ramai lelaki yang bawa hukum islam melainkan hukum emosi. Wanita akan merana dan macam mana nak teruskan kehidupan kalau wanita tak kuat. Anak dan nafkah untuk teruskan perjuangan seterusnya..
Banyak lelaki sekarang mata duitan..walaupun tak semua begitu ..Masa suami sayang dia kata “Kamu lah suri hati ku dan ibu kepada anak2 ku..Kalau dah bercerai dia kata “Menyusahkan hidup aku tak membantu aku sesen pun, perempuan tak guna “..haaaa masa tu wanita terjelepuk.. wajib bersedia dari awal. Jangan percaya apa yang ada pada hari ini ..lebih baik bersiap untuk hari esok..
Abad 2020 sangat mencabar tak sama dengan zaman saya dulu tahun 70an. Wanita jadi rebutan dan sangat jarang orang yang bercerai. Sekarang lelaki jadi rebutan , dan berlambak perempuan lawa-2..Wanita tak banyak pilihan berbanding lelaki. Potensi rumahtangga runtuh , poligami dan gejala social yg tinggi adalah punca wanita stress yang menekan..!!
Prinsip saya sama ada suami sayang atau dah tak sayang , suami hidup atau mati , wanita mesti kerja dan ada kekuatan jiwa. Wanita akan kuat bila sentiasa jadual penuh terisi. Saya lihat suami atau lelaki lebih hormat kepada wanita yang berkerjaya . Jangan beritahu simpanan kita kepada suami , jauh sekali untuk berkongsi akaun.!! Bahayanya kita tertipu tak ada perlindungan diri.
Kalau suami ada masalah kewangan kita wajib bantu, tapi bukan selalu. Masa tu dia akan rasa isteri lebih baik dari kawannya..!! Kejayaan perkahwinan dan kekeluargaan hasil dari team yang kuat..!!
Wanita adakala jadi bodoh sanggup membeli cinta dengan wang ringgit sehingga tertipu perasaan dan habis duit dek lelaki.
Saya pantang diugut, ditipu dan cukup lah dizalimi. Kita berkahwin untuk berkasih sayang dan bukan jadi mangsa suami semata-mata mahu berstatuskan isteri. Sebab itu saya mahu jadi dominan. Apa pun bakal terjadi saya akan lindungi hak diri saya. Saya berhati2 dan tak biarkan diri saya diperbodohkan orang lain dek kerana sayang dan berkahwin tanpa keuntungan duniawi mahupun ukhrawi..

One Comment
aisyah
Saya stuju sgt2 ngan pn…sy pun x mau bergtg 100% pd suami. Kena bersedia dari segala sudut utk apa jua kemungkinan…mesti ada kekuatan jiwa & fizikal. Moga pn & semua para muslimat dirahmati Allah atas secebis kesedaran yg dilontarkan…