Bicara Bonda

Apa tu Bunion..?

Sy tulis je.. sedangkan sy mengalaminya dan sy malu kalau org tengok kaki sy.. susah nak beli kasut dn sy selesa berselipar dari berkasut cantik..!!

Bunion atau Hallux, bonjolan yg terdpt pd sendi ibu kaki merupakan kecacatan pada sisi kaki yg kelihatan seperti tulang yg terbonjol keluar.. Terjdi selalunya bila mengunakan kasut bertumit tinggi (heels), kasut yg sempit atau lebih kecik dri saiz kaki terutama yg ketat di jari penunjuk.

beransur2 macam ni... sikit2 lama2 jd bonggol macam unta.. melebar kaki macam tapak itek..!!
beransur2 macam ni… sikit2 lama2 jd bonggol macam unta.. melebar kaki macam tapak itek..!!

Selalunya bunion nie terjadi dlm kalangan wanita. Bunion pun boleh terjadi disebabkan keturunan/faktor genetik yg diburukkan lagi oleh pengunaan kasut x sesuai..

Ada anak sy menurun masalah kaki seperti ini..

Bunion terjadi secara beransur-ansur akibat pemakaian kasut yg sempit dn juga heels.. Geselan bengkak pd kasut menyebabkan kulit menjadi radang dn menyakitkan. Gejala yg biasa terjadi pd bunion ialah sakit atau rasa pedih, radang, kemerahan pd kulit & rasa panas seperti terbakar terutamanya ketika memakai kasut ketat dn rasa kebas pd ibu jari kaki..

Selalunya pesakit bunion nie mmg susah nak cari saiz kasut sebab ade nye benjolan di tepi kaki.. Untuk kasut2 yg sesuai dgn saiz kaki mereka, mereka kadangkala terpaksa beli saiz yg agak besar untuk memastikan kasut tu selesa & muat.

tu bukit kat tepi kaki.. inilah hallux abducto valgus deformity..
tu bukit kat tepi kaki.. inilah hallux abducto valgus deformity..

Tekanan dri memakai kasut sempit atau heels menyebabkan tulang tertekan dn memaksa tulang tu berganjak samada ke dalam atau keluar, kebawah & kekadang ke sisi.. Pemakaian kasut yg sempit yg dikenakan sebelah kaki yang besar (hallux) memaksa ia ke dlm dn kadang-kadang di bawah atau di atas jari kaki yang lain (angulation).. Apabila tekanan digunakan, tisu disekeliling sendi boleh membengkak.

Skala bunion..
Skala bunion..

Sy mengalami saiz large dan dia x membesar kekal saiz itu setakat ini.. Ia terjadi semasa umur sy 13 tahun.. Bunion x boleh diurut dan  x boleh hilang dgn sendirinya & selalunya akn bertambah teruk dri masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pelan rawatan pesakit bunion ni bergantung dgn individu sbb ada yg bunion nya berubah dgn cepat & ade yg lambat dan ade jugak bunion yang x perlukan rawatan…

Contoh Pelapik pd bunion..
Contoh Pelapik pd bunion..

Sy dengar ada rawatan secara klinikal kiranya rajin membuat rawatan di hospital.. Tp sy malas nak buat. Kabarnya utk mengurangkan kerosakan pd sendi tu pemeriksaan klinikal & X-ray dilakukan oleh pakar ortopedik.

Nak mencegah dari merebak dan langkah rawatan awal ialah :

  • Pakai kasut selesa dn sesuai dgn bentuk kaki dn hujung jari seperti depan kasut yg lebar dan lebih ruang utk jari kaki..
  • Elak pakai kasut yg runcing didepan / bertumit tinggi kerana boleh memburukkan lg keadaan..
  • Pemakaian penebat atau pelapik pd bunion boleh mengurangkan rasa sakit atau pemakaian penyokong atau peralatan orthotik boleh mengurangkan gejala bunion..
  • Elak melakukan aktiviti yg boleh menyakitkan bunion seperti berdiri atau berjalan terlalu lama..

6 Comments

  • Sara

    Askum pn.rozita,saya ada masalah keputihan yg serius.lpas ambil sebotol de folia dan sedu arrow keputihan dan bau beransur hilang.merata saya bertanya dan pergi ke outlet sendayu tinggi tpi de folia tiada stok sblm bln puasa.pohon sgt pada puan utk restock semula de folia sbb ia sgt bantu masalah keputihn dan bau yg teruk.suami complain dan mrh2 menengking tnpa sebab bila keputihan saya kembali lgi.mohon puan maklumkn klu ada stok lgi.saya berharap sgt puan.

    • jamuratu malaya

      Puan Sara,

      stok dah folia dn sedu di bahannya xda katanya msia, sy kalau x cukup bahan x running production. PN kalau nak tau ada stok kena tanya sendayu tinggi online ya.,Sy hargai komen Puan dn sy mendoakan Puan sihat dn bahagia bersama suami dn family..Amen Ya Rabb

  • aishah

    salam puan rozita, sy selalu follow blog puan ni. suka sgt.. sy pun biasa guna produk sendayu tinggi. tahunnlepas sy sakit kat bhgian ari2 tu. mkn ubat n jamu mcm2 xberkesan. tp dgn izin Allah pas sy mkn dfolia n sedu arrow xsmp sebulan sakit dh hilang. alhamdulillah.. tp apa yg mengecewakan sy skrg ialah, kenapa nama sendayu tinggi seolah2 hampir hilang selepas anak puan, yati yg ambil alih? sy ada pergi ke cawangan sendayu tonggi. sy tgk byk produk puan yg bagus2 dah dihentikan pengeluarannya.. mekap je byk.. sy rs sedih mcm ni.. harap dpt di improve ya pengurusan sendayu tinggi supaya melonjak blk mcm di zaman puan rozita. dan bykkan semula produk2 herba . terima kasih

  • Mas8384

    Salam Puan Rozita

    Saya sudah berkahwin selama 5 tahun dan doctor mengatakan hormone saya rendah , disebabkan itu sya masih belum hamil lagi. Pn Rozita bole cadang kan produk apa perlu saya ambil. Skrg sya sedang mencuba produk Royal V, saya rasa sangat berpuas hati dengan result yang saya dapat dan saya pun telah menjadi storkis JRM kerana sgt suka dengan produk Royal V. Setiap hari sya akan baca blog Pn Rozita kerana sangat suka dan bermanfaat tips & petua Pn Rozita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!