
Tribute to Women Malaysia Business Forum and Hi Tea…
Sambungan dari tulisan saya .ZON SELESA JADIKAN SAYA BISKUT LEMAU. SME bank dengan saya memang tidak asing sejak tahun 2001. Pada tahun itu pegawai atasan SME menemui saya menawarkan pinjaman dengan interest yang sangat rendah dibandingkan bank bank lain. Saya memang banyak sakit hati dengan bank yang memandang rendah dengan ushawan baru.Tetapi berbeza dengan SME bank.
(Gambar ini ialah Dato IR Haji Hamim Samuri Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa & Industri beliau sangat berminat dengan produk keluaran saya bersama Dato Hafsah Hashim dan Dato Noraini di booth ST & JRM).
Jemputan dari Dato Hafsah Hashim Ceo of SME Corp untuk menghadiri Hi Tea saya terima kerana ingin melihat dan mendengar perkongsian kejayaan wanita ke peringkat global. Majlis itu berlokasi di Taming Sari Grand Ball Room , Royale Chulan KL. Tetamu kehormat D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Bte Al Marhum Sultan Idris Shah.Dato IR Haji Hamim Samuri Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa & Industri dan Dato Hafsah Hashim.
Event ini dimeriahkan dengan fashion show dan persembahan dari Sheila Majid .Majlis ini dihadiri oleh ahli koperat wanita dari perlbagai bidang termasuklah artis yang berkecimpung dalam perniagaan.Antara yang saya kagumi ialah wanita ini iaitu pengasas …Berusia 75 tahun masih kuat pendengaran dan misi untuk berniaga.Ada sesuatu yang bagus saya ingin kongsikan disini.
Semasa menunggu kereta di lobi hotel ,saya bersama Mazrizah teman rapat saya bertemu sekali lagi dengan Datin Dr. Clara Chee merupakan pengasas Clara International Beauty Group Sdn Bhd.. Beliau mengusahakan perniagaan bermula tahun 1977 (37 tahun).. Tanpa mengenal tempat dia masih kuat mempromosikan pusatnya dan berusaha menyuruh Masrizah ke pusat kecantikannya rawatan jeragat.Saya dan Masrizah tersenyum kerana wajahnya sendiri dipenuhi jeragat.


2 Comments
sarah
clara tu dulu selalu masuk majalah.promot pusat kecantikan dia.sekarang dah takdak dah..
fashion wanita
I do trust every one of the tips you have offered to your posting. They’re really genuine which enables it to undoubtedly function. Even now, this discussions particularly swift instructor can. May possibly you please increase these people a lttle bit coming from up coming occasion? Just posting.